Quantcast
Channel: Blog Makan Mahamahu
Viewing all 1340 articles
Browse latest View live

Korang Mesti Cuba Tujuh Hidangan Yang Sesuai Masak Di Rumah Bulan Ramadan Ini

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kurang daripada sebulan sahaja lagi kita bakal menyambut bulan Ramadan. Inilah masa untuk kita semua menjalani ibadah puasa dan menikmati pelbagai juadah yang enak. Cuma tahun ni kebanyakan tempat akan tiada bazar Ramadan untuk membeli makanan kegemaran kita sebab daripada pandemik Covid-19 melanda negara. Jadi, apa yang korang boleh buat untuk memenuhi keinginan menikmati kuih-muih semasa Ramadan yang biasa emak kita sediakan? Kita buat sendiri la!

Maha telah mengumpulkan senarai kuih dan pencuci mulut yang korang mesti cuba di rumah waktu Ramadan nanti. Kuih ini yang paling mudah dan cepat, malah boleh dibuat oleh mereka yang jarang memasak di rumah atau orang bujang. Resipi kuih dan pencuci mulut ini mesra pengguna, kerana tidak memerlukan peralatan-peralatan khas jarang ada di dapur korang. Cukup dengan adanya periuk dan senduk.

Semua hidangan ini mengandungi santan yang terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia dengan rasa lemak berkrim yang enak. Santan Ayam Brand ini telah diuji berkualiti dan terbaik di pasaran. Korang boleh dapatkan santan ini dalam tiga variasi iaitu Santan biasa, Santan Trim (45% kurang lemak) dan Santan Super Light (75% kurang lemak berbanding Santan Ayam Brand).



Untuk memastikan kandungan lemak lebih rendah, tiada satu pun hidangan ini yang digoreng. Kebanyakan resepi ini mempunyai rasa manis yang sederhana. Tetapi jika korang sedang dalam diet kurang gula, boleh kurangkan mengikut kesukaan korang.

1. Bubur Jagung



Pencuci mulut yang paling senang pernah Maha cuba. Cuma masukkan ramuan mengikut turutan, kacau dengan kepanasan sederhana sehinggalah bubur siap. Kemudian, letakkan ke dalam mangkuk. Taburkan dengan jagung manis. Enak dinikmati ketika panas dan menyegarkan apabila dimakan sejuk. Jika anda boleh kacau periuk tanpa sebarang insiden, anda boleh buat bubur ini!

Tempoh memasak: 20 minit
Hidangan untuk: Orang
Tahap kemahiran: 1/10

2. Bubur Kacang



Bubur yang sedikit manis, kaya dengan serat dan protein ini cukup enak sebagai juadah berbuka puasa. Bubur kacang boleh dinikmati begitu sahaja jika anda tidak ada masa untuk menyediakan juadah yang banyak. Hidangan ini terdiri daripada kacang, sagu, jagung, santan dan pandan untuk rasa yang enak. Rendam kacang semalaman untuk menjimatkan masa memasak. Masukkan semua ramuan itu ke dalam satu periuk besar dalam turutan yang betul, kacau, reneh dan ia sedia untuk dimakan!

Tempoh memasak: 20 minit
Hidangan untuk: Orang 
Tahap kemahiran: 1/10

3. Puding Jagung



Juadah ketiga ialah puding jagung manis. Masukkan ramuan mengikut turutan ke dalam periuk besar, kacau, kacau dan kacau dengan api kecil. Masukkan ke dalam acuan atau bekas kaca yang rata, masukkan ke dalam peti ais sehingga sejuk. Potong kecil sekiranya perlu. Sebelum hidang, taburkan dengan keju parmesan untuk rasa masin dan berkrim.

Tempoh memasak: 30 minit
Hidangan untuk: 12 Orang
Tahap kemahiran: 1/10

4. Kuih Talam



Seterusnya ialah kuih talam. Maha senaraikannya di tempat keempat kerana kuih dua lapis ini agak mencabar untuk dibuat, tetapi usaha itu berbaloi kerana rasanya sedap! Satukan ramuan untuk lapisan atas, letakkan di atas talam dan stim selama 10 minit. Untuk lapisan bawah, bancuh ramuan kedua, tuang berhati-hati ke dalam talam yang sama sehingga hampir penuh dan stim sekali lagi selama 20 minit. Untuk rasa yang lebih ringan gunakan Santan Super Light. Biarkan sejuk. Potong kecil atau hidangkan dalam saiz berasingan. Hiaskan dengan jagung manis dan kelapa parut untuk jadikannya lebih menarik!

Tempoh memasak: 1 jam
Hidangan untuk: 12 Orang
Tahap kemahiran: 3/10

5. Agar Agar Buah 



Hidangan kelima adalah satu jenis hidangan yang dinantikan apabila anda menjemput ahli keluarga dan rakan untuk berbuka puasa! Bagaimanapun, ini merupakan satu lagi kuih dua lapis yang sedap daripada acuan berbeza. Maksudnya, lebih banyak masa dan pinggan mangkuk yang perlu dibasuh selepas itu. Hasilkan jeli laici yang jernih mengikut resepi, tuangkan ke dalam acuan, kemudian tambah pilihan buah-buahan segar. Biarkan selama 20 minit. Sementara itu anda boleh sediakan lapisan jeli santan pandan yang berkrim. Tuangkannya di atas jeli buah, biarkan ia sejuk sedikit sebelum masukkan ke dalam peti ais. Keluarkan daripada acuan sebelum hidangkannya di atas pinggan. Cantik, sedap dan sihat dengan buah-buahan yang kaya dengan serat dan santan yang berkrim. Memang berbaloi!

Tempoh memasak: 2 Jam
Hidangan untuk: 6 Orang
Tahap kemahiran: 3/10

6. Kuih Serimuka



Memerlukan lebih banyak kemahiran di hidangan keenam iaitu kuih yang terdiri daripada lapisan pulut dan kastard santan. Rendam pulut selama setengah jam sebelum masukkan ramuan lain termasuklah santan untuk lapisan pulut, kemudian stim selama 20 minit. Sementara itu, siapkan lapisan kastard kelapa sebelum kukus di atas air yang mendidih sehingga ia sedikit pekat. Jangan masak di atas api untuk mengelak ia menjadi seperti telur dadar! Kacau campuran pulut, tekan supaya ia menjadi bentuk, kemudian tuang kastard di atasnya. Stim selama 30 minit lagi. Biarkan sejuk sebelum dipotong dan dihidangkan.

Tempoh memasak: 1 jam
Hidangan untuk: 6 Orang
Tahap kemahiran: 5/10

7. Kuih Kaswi Labu



Kuih Kaswi Labu ialah kuih yang sihat untuk penggemar labu. Ia jarang dijumpai di bazar kerana ia sukar dibuat. Stimkan labu, lenyek dan sejukkan. Buat satu ‘pelekat’ menggunakan tepung ubi dan serbuk agar-agar kemudian tambah labu lenyek yang sudah sejuk, santan dan bahan lain. Kacau sehingga ia membentuk tepung sadur yang licin. Tapis untuk asingkan ketulan sebelum tuang ke atas talam atau acuan sendiri. Kukus selama sejam, sejukkan dan potong empat segi jika perlu. Tabur kelapa parut. Sedap!

Tempoh memasak: 1 jam 40 minit
Hidangan untuk: 15 Orang  
Tahap kemahiran: 5/10

Korang boleh dapatkan semua resipi ini dan banyak lagi di laman sesawang http://www.ayambrand.com.my/raya2020

Peraduan


Kalau korang cuba resipi ini korang berpeluang untuk memenangi hadiah menarik. Caranya mudah sahaja kongsikan resipi yang korang buat di laman Instagram atau Facebook korang dan tag @ayambrandmy di Instagram atau @ayambrandmalaysia di Facebook bersama dengan hashtag #beRAYAmbrand. Beritahu mereka kenapa ia merupakan hidangan kegemaran korang semasa Ramadan atau Raya. Peraduan bermula daripada 5 April dan berakhir 14 Jun 2020. Ia menawarkan 16 hadiah mingguan dan 2 hadiah utama untuk dimenangi. Jom rebut peluang ni sekarang juga.









Tengok Sahaja Dah Terliur Belum Rasa Lagi Mesti Nak Berkali-kali Cookies By Chef Jo

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Bukan semua orang ada kemahiran dalam menghasilkan biskut atau kuih raya kerana ia memerlukan pengalaman. Bukan macam masak lauk-pauk boleh main campak-campak sahaja dah masakan ikut firasat. Tapi itulah yang Maha buat kalau memasak lauk kat rumah, tak tahu korang pulak macam mana. Terus terang Maha cakap untuk buat biskut dan kuih raya ini sangat remeh dan juga perlu ketelitian.

Itu yang Maha memang tabik pada mereka yang boleh buat biskut atau kuih raya dalam kuantiti yang banyak. Sukatan kena tepat dan juga bahan kena ikut resipi baru betul-betul jadi. Masalahnya Maha ni suka makan kek dan juga biskut terutama biskut Raya. Cuma nak buat memang tidak lah kerana sekarang ni banyak pilihan'Kuih Tunjuk' so buat apa susahkan diri.

Cuma nak cari yang betul-betul bebaloi dengan harga yang kita keluar dan juga dengan rasa itu yang payah sekarang ni. Sekarang ni cuma satu yang memang Maha yakin sangat sebab yang baut biskut ini juga seorang chef profesional level international. Kalau korang peminat program masakan yang pernah popular tahun 2011 dan 2012 mesti kenal chef yang suka menghidu makanan sebelum di rasa. Siapa lagi kalau bukan Chef Johari Edrus atau ramai kenali sebagai Chef Jo. 

Beliau adalah pemilik restoran SYMPHONY by CHEF JO yang Maha pernah pergi makan kat situ dulu korang boleh baca kat posting Maha yang lepas. Kini chef telah mengeluarkan pula biskut raya yang di kenali nama Cookies By Chef Jo. Biskut yang dihasilkan mempunyai banyak variasi dan Maha dah merasai sendiri semua biskut tersebut. Setakat ini ada lapan jenis biskut dibawah brand Cookies By Chef Jo iaitu Red Velvet Chewy, Golden Peanut Bite, Cheese Pineapple Roll, Crunchy Oreo, Almond Big Ben, Makmur Pandan, Cranberry Oats dan juga paling istimewa iaitu Biskut Bunga Cina

Red Velvet Chewy





Biskut ini memang sangat ramai orang suka sebelum ini kita kenal sebagai kek Red Velvet tapi kini telah dijadikan biskut. Warna merah menyala dan juga rasa yang sangat rapuh bila waktu korang mengunyah. Tak tebal dan nipis serta mengandungi biji badam dan chocolate chip dalamnya. Satu balang tu ada 50 pcs dengan harga hanya RM25 sebalang.

Golden Peanut Bite





Biskut ni warna sangat kemasan memang menarik walaupun nampak bulat dan kilat jer. Bila korang gigit memang dapat rasa kacang dengan rasa sangat berlemak. Kalau siapa suka biskut kacang ini adalah pilihannya. Satu balang ni ada 40 pcs dengan harga juga RM25 sahaja.

Cheese Pineapple Roll





Bagi pecinta Tart Nanas ini adalah pilihan yang korang mesti kena cuba. Maha sendiri dah rasa biskut ini memang sangat puas hati sebab dapat rasa cheese dan juga pastrinya sangat lembut dan hancur dalam mulut. Pulak tu saiz tart ni sangat besar dan gebu tidak seperti tart biasa yang akan mudah hancur kalau dipeganga. Isi jem nanas dalam tart tu pun banyak tak dan kenyal. Satu balang tu ada 25 ke 30 biji tart dengan harga masih murah RM25 sahaja.

Crunchy Oreo





Pada pecinta coklat dan Oreo ini adalah gandingan sepadan dan pilihan yang tepat. Bukan setakat menggunakan coklat malah ada juga taburan Oreo di atas biskut yang rangup. Bagi kanak sangat suka sebab coklat dan ada rasa Oreo. Satu balang tu ada 40 biji biskut dengan harga juga sama RM25.

Almond Big Ben





Selalunya kita kenal Almond London jer kan ni pun sama juga lah lebih kurang cuma rupa lain sikit tak lonjong. Dalam nya ada kacang badam dan juga diatas disalut dengan coklat lepas tu ditaburkan dengan kacang badam di cincang. Ni pun budak-budak akan suka bila tengok coklat banyakkan. Dalam balang tu ada lebih kurang 40 biji biskut Almond Big Ben dengan harga juga RM25.

Makmur Pandan





Ini ramai orang kenal selalu orang panggil Biskut Makmur yang menggunakan kacang tanah yang ditumbuk. Tapi selalu yang kita lihat ia berwarna putih cuma yang chef hasilkan kali ini pula berwarna hijau kerana ada menggunakan perisa pandan. Putih-putih kat luar tu sebab biskut ni di salut dengan icing sugar. Dalam balang tu ada 25-30 biji biskut dengan harga RM25 sahaja.

Cranberry Oats





Ramai orang kurang minat makan Oat begitu sahaja sebab mungkin rasanya yang kosong dan kadang-kadang orang isi buah-buahan untuk bagi lagi sedap. Tapi kali ini mereka hasilkan biskut raya dicampurkan juga dengan cornflakes ditambah lagi buah Cranberry kering. Sebab tu bila korang gigit biskut ini ada rasa rangup-rangup dalam kemasaman sikit. Harga pun sama RM25 dan juga ada 50 keping biskut dalam satu balang.

Biskut Bunga Cina





Biskut ini sangat istimewa dan ada setengah orang panggil Biskut Dahlia Susu, ada yang panggil Semperit Dahlia dan macam-macam lagilah. Biskut ini sangat klasik sebab dari Maha kecil sampai sekarang orang masih menghasilkan biskut ini dengan pelbagai cara serta rupa. Sebab itu dalam banyak-banyak biskut bagi Maha biskut ini paling legend sekali. Biskut ni menurut kata chef kalau nak betul-betul menghayati rasanya korang kena makan sambil tutup mata. Masa tu korang akan dapat rasa bertapa ia lembut dan hancur dalam mulut meletop-letop bak kata Chef Jo. Biskut ni balang lain sebab ia perlu penjagaan kerana lembut mudah hancur dan harga pun masih sama RM25 satu balang.


Jadi mana satu pilihan dan juga kegemaran korang bila tengok biskut-biskut yang dihasilkan oleh chef ini. Penting sekali biskut ini adalah buatan tangan dan korang boleh rasa kasih sayang dalam setiap biji yang dihasilkan. Lembut dan cukup segala rasa Maha bukan nak bodek tapi memang dah rasa sendiri biskut ni tenyata ia memang tak mengecewakan langsung.

Jangan risau sebab Cookies By Chef Jo ini adalah biskut yang dikeluarkan setiap masa dan bukan mengikut musim. Kalau korang rasa teringin nak makan tambah-tambah masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni boleh order atas talian tak perlu tunggu musim perayaan. Nak jadikan biskut ni sebagai doorgift atau hadiah kepada orang atau tetamu istimewa pun boleh. Setakat ini dah ada ejen mereka di seluruh negeri di Malaysia. Cuma harga yang Maha nyatakan tu adalah harga biskut sahaja tidak termasuk cas penghantaran ok. Nanti kalau korang dah cuba boleh lah komen sikit macam mana rasanya betul sedap atau Maha hanya auta sahaja ok. Selamat mencuba semua.

Sebarang tempahan atau pertanyaan boleh hubungi :
Tel atau Whatsapp : 017-4377559







Tujuh Masakan Cepat Dan Mudah Di Rumah Sempena Perintah Kawalan Pergerakan

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Korang telah menyahut saranan kerajaan untuk memutuskan rangkaian Covid-19 dengan #dudukrumah sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilanjutkan sehingga 28 April ini. Ada antara korang yang sudahpun menyajikan hidangan yang sama sebanyak dua kali atau lebih sepanjang tempoh PKP ini kerana ketandusan idea masakan. Malahan, khidmat pesanan makanan atas talian tidak menarik perhatian dan kos penghantaran agak mahal.


Apa yang boleh korang lakukan?


Mari sama-sama mencuba resipi mudah dan cepat ini dengan menggunakan bahan-bahan yang sedia ada dirumah. Sebelum ni Maha ada sharekan tujuh hidangan yang sesuai masak dirumah bulan Ramadan. Kali ini hidangan yang ringkas dan memerlukan penyediaan bahan masakan yang minimum. Padankan dengan pilihan karbohidrat untuk melengkapkan hidangan. Jika korang tidak mempunyai bahan yang dinyatakan, gunalah apa saja yang ada mengikut citarasa korang. Tiada dapur api atau ketuhar? korang boleh gunakan Ketuhar Gelombang Mikro di rumah untuk menyediakan beberapa hidangan ini.

1. Satu Pan Kacang Panggang dengan Telur



korang mempunyai satu tin kacang panggang, telur dan beberapa rempah asas? korang boleh menyediakan kacang panggang dengan telur ini di dalam pan. Kacang panggang dan telur adalah sumber protein yang baik, mengandungi zat vitamin dan mineral. Kombinasi kacang panggang Ayam Brand™ yang manis dan telur sangat enak. Malahan, kroang hanya perlu mencuci satu pan sahaja selepas makan. https://www.ayambrand.com.my/one-pan-baked-beans-with-eggs.html

2. Pizza Tuna



Roti sememangnya sukar untuk didapati semasa PKP ini namun sekiranya korang berjaya mendapatkan roti jadikannya hidangan pizza tuna. Guna Ayam Brand™ tuna yang ada, sapukan sos tomato di atas roti. Taburkan keju mengikut citarasa korang dan tambah sedikit jagung manis Ayam Brand™ atau bahan lain. Bakar dalam ketuhar atau panaskan sehingga keju cair. Sangat puas hati. 
https://www.ayambrand.com.my/recipe/recipes-video/866-tuna-pizza.html

3. Nasi Lemak Pandan



Nasi, santan Ayam Brand™ dan daun pandan yang tanam di laman rumah. Tiga bahan asas yang diperlukan untuk menyediakan nasi lemak pandan yang harum dan menyelerakan terus dari periuk nasi korang. Hidangkan apa jua lauk dengan nasi lemak pasti lebih enak. 
https://www.ayambrand.com.my/recipe/recipes-video/143-coconut-rice-with-pandan-leaves.html

4. Pasta Sardin



Seminggu korang telah menikmati roti untuk sarapan pagi, nasi pada waktu tengah hari dan makan malam. Cubalah pasta ini yang mudah dengan Sardin dalam Sos Tomato Ayam Brand™. Sedap, lengkap dan unik bersama hirisan daun selasih. Mmmm. 
https://www.ayambrand.com.my/recipe/recipes-video/104-sardines-pasta.html

5. Kari Mackerel



Tidak pernah masak kari tapi korang teringin untuk makan masakan kari? Mackerel dalam sos tomato Ayam Brand™ dimasak kari adalah hidangan ringkas dan korang juga boleh menjadikannya dua hidangan hanya dengan menggunakan satu tin. Tambah sayur-sayuran untuk hidangan seimbang serta kekalkan citarasa Malaysia.
https://www.ayambrand.com.my/recipe/recipes-video/68-curry-mackerel.html

6. Kentang Tuna Pedas



Korang hanya perlukan kentang, satu tin tuna Ayam Brand™ , serbuk cili dan bawang untuk hidangan ini. Goreng semua bahan-bahan tersebut dan rasai aroma kepedasan dan bau yang enak. Hiaskan dengan bahan yang korang ada. 
https://www.ayambrand.com.my/recipe/recipes-video/180-spicy-tuna-potato.html

7. Sardin Gulung Goreng



Raikan kejayaan korang dapat membeli roti di pasaran sempena PKP ini dengan sardin gulung goreng. Sediakan roti, sardin Ayam Brand™, telur dan perasa. Lenyek sardin, gulung bersama roti, celup ke dalam telur dan goreng. Cicah bersama sos cili atau tomato. Sesuai untuk makan tengah hari atau pilihan makan malam yang ringan.

Layari https://www.ayambrand.com.my/recipe/stay-at-home.html untuk dapatkan lebih banyak resipi di rumah dari Ayam Brand. Sehingga tempoh PKP tamat, kekal di rumah dan kekal sihat.







Kat Mana Nak Beli Makanan Untuk Buka Puasa Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Ini

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan sekalian. Kerajaan telah melanjutkan lagi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga tanggal 28 April 2020. Jadi sekarang ni kita telah masuk fasa ketiga untuk perintah ini bagi memutuskan rantaian Pendamik Covid-19. Seperti mana kita semua ketahui bahawa tinggal kurang daripada 10 hari jer lagi kita akan menyambut bulan Ramadan dan tempoh itu juga kita kena hadapi PKP ini.

Jadi kerajaan telah mengambil langkah drastik dalam memastikan matlamat untuk menghentikan jangkitan pendamik ini dapat diteruskan dengan melarang semua bazar Ramadan diadakan dalam tempoh PKP. Namun kerajaan masih melihat bahawa ada altenatif lain dalam memastikan pengusaha bazar Ramadan dapat terus beroperasi dibulan mulia ini tanpa membahayakan nyawa pembeli. Maka dengan itu lahirnya idea untuk mewujudkan e-Bazar Ramadan.

Salah satu e-Bazar Ramadan pertama di Malaysia adalah Watsapkita. Apa itu Watsapkita? Bagaimana ia mampu membantu pengusaha dan juga pelanggan terus mendapatkan juadan bulan Ramadan dalam keadaan kita masih #dudukrumah. Serta memastikan matlamat utama kerajaan untuk memutuskan pendamik akan tercapai. Misi Watsapkita sangat mudah iaitu untuk menolong membangunkan komuniti ekonomi. 

Apa itu komuniti ekonomi? Komuniti ekonomi adalah sistem ekonomi yang mengutamakan jual beli dalam satu komuniti. Cuba korang bayangkan dalam waktu Covid-19 ni ramai peniaga tak boleh buka gerai atau kedai. Ini secara langsung membuatkan ekonomi di komuniti itu terus mati. Ditambah lagi dengan kebanyakkan peniaga kurang pengetahuan dalam perniagaan secara dalam talian.


Jadi kehadiran Watsapkita ini dapat merancakkan lagi komuniti ekonomi dan secara langsung dapat menolong peniaga IKS mencari rezeki dalam bulan Ramadan. Kita sendiri pun selaku pengguna dalam masa sama dapat menikmati juadah yang begitu popular masa bulan Ramadan dengan hanya duduk rumah dan buat pembelian di e-bazar ini.

Kelebihan Watsapkita


Diantara kelebihan Watsapkita e-bazar ini, selain menyahut seruan kerajaan mengelakkan daripada pembeli berkumpul beramai-ramai untuk membeli makanan di bazar Ramadan. Ia juga dapat memudahkan urusan kerana: 

- Satu-satunya platform yang mempunyai bazaar komuniti (satu bazar komuniti ramai peniaga)
- Proses yang lengkap dari pembelian dan bayaran atas talian sehingga ke proses penghantaran
- Beli dari pelbagai penjual dalam satu cas penghantaran sahaja
- Penghantaran dilakukan dalam hari yang sama (dalam tempoh beberapa jam sahaja)


Apa yang Maha tengok dalam sistem e-bazar ini ia sangat lengkap dengan sistem pembayaran dimana pengguna tidak perlu keluar tunai dan hanya dilakukan dalam sistem yang selamat. Kemudian penghantaran yang disediakan pula adalah secara 'bulk delivery'. Ini bermaksud korang selaku pelanggan boleh membeli dari empat peniaga berlainan dalam bazar komuniti tersebut tapi akan di cas untuk sekali penghantaran sahaja. Kat situ dah menjimatkan pembelian korang dan ia sangat menarik.

Model Operasi WatsapKita


1. Setiap bazaar ada Organizer yang tinggal di kawasan bazaar tersebut. Tugas Organizer adalah untuk mencari peniaga dan mempromosikan bazar tersebut. Organizer bazar akan mendapat komisen dari setiap jualan. 

2. Setiap bazaar pula terdapat sekurang-kurangnya 30 peniaga dan harus berada atau beroperasi 3km dari kawasan bazaar tersebut. 

3. Setiap bazar akan ada satu delivery partner tersendiri. 


Cara Pembelian Dalam Watsapkita


Langkah untuk kita sebagai pembeli atau pengguna sangat mudah macam korang selalu buat pembelian secara atas talian lain. Tapi kali ini korang hanya perlu layari laman https://www.watsapkita.my. Kemudian pilih bazar komuniti yang berhampiran dengan korang. Langkah seterusnya adalah pilih juadah yang korang hendak beli. Ia maksima dari empat perniaga sahaja. Sesudah membuat pemiilihan produk korang terus buat pembayaran secara atas talian ia dijamin selamat. Lepas siap pembayaran tunggu lah penghantar akan menghantar makanan terus ke rumah korang. Sangat mudah dan menjimatkan masa.


Korang rasa macam mana dengan kosep Watsapkita ini. Bagi Maha ia satu inisiatif yang bagus dalam memastikan kelangsungan perniaga kecil dan sederhana seperti peniaga bazar Ramadan untuk terus hidup. Juga memastikan bahawa kita sebagai pembeli akan sentiasa dapat apa sahaja barang yang kita perlukan dibulan Ramadan. Dalam masa sama menjaga keselamatan kita dan memutuskan rantaian Covid-19.

Kalau korang nak daftar jadi organizer atau peniaga di e-bazar Watsapkita boleh layari :
Tel : 017-2362440 (Amir)
        016-3373749 (Shazwani)
Email : admin@watsapkita.my






Tanpa Daun Pisang Boleh Ke Nak Buat Kuih Pulut Panggang

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan sekalian. Dalam masa Perintah Kawalan Pergerakan ni lah macam-macam nafsu makan ni nak cuba. Hari tu tiba-tiba lak rasa nak cuba buat resipi Kuih Pulut Panggang. Yer lah nak cari orang jual kat tepi jalan gerai atau pasar malam musim PKP ni memang tak adalah. Nak atau tidak memang kena cari resipi kat Youtube dan cuba buat.

Cuma sekarang ni yang jadi masalah besarnya adalah mana nak dapatkan daun pisang. Mana nak cari daun pisang kat KL ni Ya Allah. Dugaan sangat, kalau tak ada daun pisang boleh jadi ker kuih Pulut Panggan ni. Selongkar punya selongkar kat dapur tu terjumpa pula Mission Wraps yang dapat semasa pergi event hari tu. Masih belum tamat tempoh dan elok lagi, maka timbullah idea untuk buat Pulut Panggang menggunakan wrap ni. Jadi atau tidak jom kita tengok.

Bahan nak buat Kuih Pulut Panggang tak banyak sangat. Tapi part nak memasak tu ada beberapa peringkat iaitu pertama kena masak pulut dahulu dan lepas tu baru boleh bungkus pulut tu dan akhirnya panggang. Jom tengok bahan-bahan yang Maha gunakan dalam membuat resipi ini. 

Bahan-bahan utama :
1 pek Mission Wraps Original
200gram Beras Pulut
2 cawan Air Kosong
150ml Santan Kelapa
1 sudu teh Garam
100gram Sambal Ikan Bilis atau Serunding Daging (untuk inti)
Pencukil Gigi 

Ini bahan yang ada kat dapur masa tu jadi gunakan saja tak payah nak bazir-bazir. Ini resipi orang bujang ikut suka Maha lah nak buat macam mana wakakaka. Cara nak membuat Pulut Panggan ni Maha dah sediakan dalam bentuk video kat bawah ni korang boleh tonton sampai habis baru faham caranya macam mana ok.


Korang rasa senang tak nak buat Kuih Pulut Panggang walaupun tiada duan pisang. Apa yang penting rupa lebih kurang sama tapi rasa kurang harum lah sebab pakai daun pisang ni lebih wangi kata orang dulu-dululah. Cuma dalam pulut yang Maha kukus tu tak isi daun pandan sebab tak ada dan tak boleh nak ganti dengan bahan lain ok. So kukus macam biasa sahaja yang penting pulut kena masak tau. Korang rasa nak cuba tak resipi ala Maha ni. Kalau dah cuba nanti tinggalkan komen korang kat sini sama ada jadi atau tidak ok. Selamatlah mencuba semua.









dahmakan Membawakan Bazar Ramadhan Terus Ke Rumah Anda

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Alhamdulillah walaupun kita masih lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tapi kita masih tidak terbatas untuk mendapatkan makanan dan juga keperluan harian. Kerana teknologi memudahkan segalanya. Kalau dulu kita bila tiba Bulan Ramadan dan sibuk nak buat jadual bazar Ramadan mana nak pergi setiap hari dan menu apa nak kena buat pilihan.

Sekarang tidak lagi sebab kecanggihan teknologi menjadikan bazar secara atas talian begitu popular dimusim PKP ini. Satu lagi e-Bazar Ramadan yang Maha nak perkenalkan kepada korang iaitu dahmakan. Kalau sebelum ini kita kenal dengan aplikasi dahmakan ni mereka cukup popular menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan dari restoran pilihan terus ke rumah korang. 

Cuma kali ini mereeka memulakan bazar dalam taliannya sendiri untuk memastikan semangat Ramadhan terus hidup walaupun kita #dudukrumah. Ini adalah situasi yang belum pernah terjadi sebelumnya, mereka juga akan mengurus makanan rakyat Malaysia sepanjang Ramadhan sehingga mereka dapat memberi tumpuan untuk tetap sihat dan selamat berada di rumah.

Mereka telah mengambil langkah-langkah aktif sebagai tindak balas terhadap wabak COVID-19 baru-baru ini untuk memastikan bahawa makanan yang dihantar ke rumah korang selamat dan terjamin. Permulaan penghantaran makanan akan melaksanakan langkah-langkah keselamatan berikut untuk e-Bazaar Ramadhannya:

Keselamatan & Kebersihan


Keutamaan nombor satu meraka adalah kesihatan dan keselamatan kakitangan dan pelanggannya. Syarikat ini menjaga kebersihan dapur dan habnya dengan mengikuti standard tertinggi dalam protokol sanitasi dan pembersihan. Selain itu, semua kakitangan dapur dan hab telah meningkatkan usaha mereka dalam pemeriksaan suhu, dan penggunaan topeng dan sarung tangan yang tepat setiap saat.

Penghantaran Tanpa Hubungan


Bagi meminimumkan hubungan pelanggan dan penghantar makanan mereka mempraktikkan penghantaran tanpa sentuhan dengan menyampaikan makanan pelanggan mengikut arahan mereka. Cash on Delivery juga telah ditangguhkan untuk mengurangkan hubungan.

Kesihatan & Keselamatan Penghantar


Semua penghantar makanan diminta memeriksa suhu sebelum memasuki kawasan pengiriman pesanan dan sebelum mengambil makanan untuk penghantaran. Mereka juga menyediakan pembersih tangan dan topeng muka untuk melindungi kesihatan dan keselamatan penunggang. Bersama dengan mengambil langkah-langkah aktif untuk menyampaikan makanan yang enak dan higienis kepada korang, Merkea juga memperkenalkan rangkaian makanan menarik yang disusun untuk bulan Ramadhan:


Kegemaran Klasik


Korang boleh menikmati makanan kegemaran klasik kegemaran korang pada bulan Ramadan ini dengan mudah dan selamat. Makanan kegemaran ini termasuk Nasi Kerabu, Nasi Lemak, Nasi Kunyit, Nasi Kukus, Rendang Ayam, Nasi Tomato, Ayam Bakar Madu, dan banyak lagi.

Ciptaan Baru Dari Chef


Mereka beroperasi pada full-stack platform - sistem operasi yang mengawal hampir setiap langkah operasinya. Oleh itu, semua makanan dibuat oleh chef Malaysia bertaraf dunia yang telah bekerja di beberapa restoran dan hotel terkemuka di Malaysia. Setiap chef membawa sesuatu yang istimewa yang dapat dilihat dalam ciptaan baru mereka untuk Ramadhan ini. Rakyat Malaysia kini dapat menikmati hidangan baru seperti Beef Rendang Lasagne, Nasi Ikan Sambal Baked Cheesy, Ayam Perchik dengan Nasi Kelapa dan Piza Sardin. Koki. Mereka telah memilih makanan kegemaran Malaysia dan memberikan sentuhan istimewa untuk menjadikan ia sesuai dengan masa.


Sisi dan Tambahan


Semua rakyat Malaysia akan bersetuju bahawa iftar tidak akan lengkap tanpa kuih, kurma dan minuman klasik. Rakyat Malaysia boleh yakin bahawa mereka akan mendapat keperluan ini di e-Bazaar Ramadhan mereka. Pelanggan boleh berbuka puasa dengan Sirap Bandung, Teh Ais, dan kuih tradisional. Berakaitan buah kurma pula mereka akan menyediakan kurma ikonik Yusuf Taiyoob di menu yang di tempah.

Rakan Kongsi Jenama


Mereka cukup berterima kasih kepada rakan-rakannya kongsi yang sentiasa menyokong dalam memastikan perkhidmatan makanan ini terus memberikan yang terbaik kepada korang. Kini mereka bekerjasama dengan Redoxon untuk memastikan bahawa rakyat Malaysia kekal sihat dan mendapat vitamin yang cukup pada bulan puasa. Rakyat Malaysia boleh kekal sihat dengan paket Redoxon Double Action percuma dengan setiap makanan yang dipesan di sini.

Dengan menu yang luas, korang lebih yakin bahawa akan dapat menikmati juadah Ramadhan kegemaran sambil mengekalkan jarak sosial dan selamat di rumah. Harga makanan bermula dari RM 11.99 dan bayaran penghantaran hanya bermula RM 0.99. Pada masa ini perkhidmatan menghantar disediakan ke seluruh Lembah Klang dengan slot waktu penghantaran pertama bermula pada 8:20 pagi dan slot waktu penghantaran terakhir pada jam 8 malam. Tidak sampai beberapa hari sahaja lagi korang di Lembah Klang dah boleh menikmati juadah Ramadhan kegemaran tanpa meninggalkan kediaman kroang ok. #StayHome Stop Covid-19.

Tempah di sini https://dahmakan.com







Bersama Menghadapi Saat Sukar Dengan Laporan Skor MyCTOS Secara Percuma

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Setiap hari Maha ikuti perkembangan tentang isu Covid-19 yang melanda negara dan macam-macam ramalan dikeluarkan oleh pakar-pakar tentang keadaan ekonomi negara. Ada pakar yang menyatakan negara kita mungkin memerlukan enam hingga satu tahun untuk memulihkan semula ekonomi. Maha bukan nak takutkan semua orang tapi itu yang kita kena hadapi walaupun kita turut bimbang kepada kesihatan kita dan juga kepada ekonomi kita.

Yer lah kebanyakkan daripada kita terpaksa berhutang dalam menyediakan kemudah untuk kehidupan seperti hutang rumah, hutang kereta, hutang pendidikan dan macam-macam lagi. Bagaimana kita dalam menghadapi isu ekonomi negara yang tak menentu dan mengimbangkan pendapatan serta hutang yang sedia ada. Maha sebagai orang yang berhutang juga bimbang tentang perkara ini namun apa yang boleh kita buat.

Ramai orang masih tak tahu yang kita sebagai pemuitang kena lebih proaktif dalam memantau kredit supaya sentiasa mengikuti perkembangan kewangan peribadi sepanjang tempoh yang rumit ini. Caranya kita perlu berhubung terus dengan pihak pemberi pinjaman untuk membincangkan pilihan-pilihan jangka masa panjang untuk mengurangkan beban kepada kita sendiri.

Juga ada pihak yang tampil dalam memberi khidmat percuma kepada pengguna yang terkesan dengan masalah ini. Seperti CTOS sebagai agensi pelaporan kredit terbesar di Malaysia menyumbangkan sehingga 100,000 laporan kredit Skor CTOS secara PERCUMA. Semua ini bernilai RM 2.5 juta demi membantu rakyat Malaysia mendapat pencerahan yang lebih jelas atas keadaan kewangan korang sendiri. 

Sekiranya korang ingin dapatkan laporan Skor MyCTOS secara percuma ini boleh buat atas talian sahaja dengan layari laman sesawang mereka www.ctoscredit.com.my. Khidmat semakan secara percuma ini bermula sekarang sehingga 30 April 2020. Ia tertakluk kepada beberapa terma dan syarat yang telah ditetapkan. Ini lah peluang untuk korang memantau kredit pinjaman yang ada agar tidak menjadi beban dimasa kritikal ini.

*Masukkan kod promo FREEMCO20 di halaman pembayaran untuk mendapatkan laporan PERCUMA anda.

Selain itu, korang boleh mendapat sokongan untuk mengurangkan potensi kesan negatif akibat wabak ini terhadap kedudukan kredit korang sendiri. Maha cuma sekadar berkongsi perkara ini kerana tahu ramai yang kat luar sana bimbang tentang perkara ini. Sebab Maha sendiri pun bimbang juga tapi itu yang kita kena hadapi dengan sitauasi ini bijak mengatasinya secara profesional. 









Akan Lebih Bahagia Dengan NIPS Kurma Berbuka Puasa Nanti

$
0
0
Slam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Tahun ini kita akan sambut bulan Ramadan dengan situasi yang agak mencabar. Bukan setakat mencabar untuk menahan lapar dan dahaga atau menahan nafsu tapi juga dalam mengawal pegerakkan untuk membendung penularan wabak Covid-19 ni. Itu yang kita perlukan kekuatan dan juga tenaga lebih.

Bila nak tenaga kita kena makan makanan yang sihat dan juga mempunyai khasiat seperti Buah Tamar atau orang kita panggil Kurma. Langsung bulan Ramadan ini buah kurma sangat sinonim bagi orang Islam. Kini Pelbagai cara dan juga bentuk bagi memastikan kita sentiasa dapat menikmati Kurma denga lebih relax dan enjoy. Sebab tu sekarang ni Jack 'n Jill NIPS memperkenalkan NIPS Kurma.

Maha sebenarnya adalah salah seorang peminat coklat NIPS ini kalau pergi pasaraya shopping barang dapur mesti akan beli NIPS ni satu pek sebab mereka ada letak kat tepi kaunter pembayaran. Jadi nampak terus ambil dan bayar jer sekali wakakaka. Sekarang nak sambut Ramadan ada pulak NIPS Kurma ni lagi best. 

NIPS Kurma ini diperbuat daripada coklat berperisa kurma lazat, disalut dengan kolongsong manis berwarna-warni. Bila gigit sahaja sati biji tu korang dapat menikmati gabungan rasa karamel manis dan kurma bersama coklat susu. Kalau selalu Maha akan beli yang NIPS Kacang tapi selepas ada Kurma ni maka ada banyak jenis lah produk NIPS kat pasaran seperti Kismis, Kacang dan Kismis, serta Cookies & Crème
Coklat memang begitu sesuai dikongsi bersama rakan-rakan dan keluarga untuk menyambut Hari Raya dan juga sewaktu bulan Ramadan. NIPS Kurma sesuai sekali dihidangkan sebagai penghujung pemanis setiap hidangan perayaan ataupun selepas berbuka puasa. Lepas ni ada cara baru nak nikmati Kurma dengan adanya NIPS Kurma ni. Budak-budak pun akan suka tidak lah rasa bosan makan kurma biasa sahajakan.

Ikutkan hari tu Maha nampak yang NIPS Kurma ini dah mula dijual kat pasaraya besar seperti Giant. Kalau korang shopping barang dapur boleh lah beli sekali NIPS Kurma ni dan rasai sendiri keunikan rasanya. Beli online boleh kot tak silap Maha ada jual kat TESCO online kalau tak silap lah. Nanti kita cari yer hehehe. Selamat berpuasa semua dan selamat berbuka. 








Awas! Jangan Guna Bateri Kereta Lebih 8 Bulan Dari Tarikh Pembuatan Ini Kesannya

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan sekalian. Kalau dihitung daripada tarikh mula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa pertama sehingga sekarang ni masuk fasa ketiga dah lebih satu bulan Maha tak pandu kereta. Ye lah mematuhi arahan kerajaan tu. Nak keluar pun untuk sebab yang penting iaitu pergi beli barang keperluan dapur itu pun bawa motor jer. Risau jugalah bila dah terlalu lama kereta tidak dihidupkan dan dipandu mungkin ada sebarang masalah.


Jadi hari ni tekad untuk pergi tengok kereta dengan hidupkan enjin dan bawalah jalan sekeliling kawasan parking rumah ni. Janji kereta dapat bergerak dan juga mengaktifkan pemprosesan peralatan yang sangat penting dalam sebuah kereta iaitu bateri. Selalu orang kata kalau kereta lama tak begerak bateri akan cepat rosak dan mulalah kereta akan susah untuk dihidupkan.

Tapi tu kalau korang gunakan bateri jenama biasa. Nasib baik Maha dah tukar kepada jenama beteri AMARON yang berkualiti dan juga memberi jaminan selamat 36 bulan. Ada ke bateri lain yang boleh beri tempoh jaminan lama macam tu. Paling penting bateri ini Maha beli secara atas talian dan mereka hantar terus ke rumah tak perlu nak pergi keluar cari bengkel kereta. Tambah pula musim PKP ni semua kena buat secara online sahaja.


Maha bukanlah pandai sangat tentang kereta ni tapi sikit-sikit ilmu pasal bateri kereta tu kena ada. Korang tahu tak bateri yang sihat dan bagus adalah bateri kereta yang digunakan dalam jangka masa tidak melebihi 8 bulan dari tarikh pembuatan agar ia berada dalam kondisi terbaik untuk kereta kesayangan korang. Jadi korang kena periksa atau kalau tak tahu kena tanya kepada penjual tentang tarikh pembuatan bateri yang korang beli. Sebab bateri kereta jenama AMARON yang Maha gunakan itu dijamin baru dan masih berkualiti.


Selain itu juga, kebanyakkan 70% kereta di Malaysia disesuaikan dengan bateri kereta yang berat di antara 10kg +/- (Model 38b20l) atau berat 12kg+/- (Model 46b24). Sebab itu bateri kereta yang berkualiti berkait rapat dengan keberatan dan model kerana ia mempengaruhi Amp-Hour (AH) dan kapasiti simpanan tenaga (RC) yang terkandung dalam bateri tersebut. Teror tak Maha semua ni Maha tanya pada ejen yang hantar bateri hari tu mereka yang bagi tahu.


Tapi basic alat ganti korang kena tahu terutama bateri kereta. Mungkin kalau korang tanya Maha bateri apa yang bagus untuk kegunaan masa yang panjang Maha akan rakemen bateri jenama AMARON ini. Sebab secara logik korang boleh fikir bawah makin lama jaminan sesuatu produk tersebut maksudnya makin bagus kualiti produk yang dihasilkan tu, betul tak. Kalau bateri jaminan setahun selalunya selepas habis tempoh setahun tu ia akan mula memberi tanda masalah betul tak dan masa tu korang mula pening nak tukar baru. Jadi dengan ada jaminan 36 bulan daripada AMARON ni membantu Maha untuk berjimat dimusim PKP ini.

Mana pula nak dapatkan bateri AMARON ni? Macam Maha cakap sebelum ni ia semua dilakukan secara atas talian korang masuk sahaja Facebook rasmi https://www.facebook.com/amarontecxus dan dapatkan senarai peniaga rasmi untuk bateri ini. Nanti korang hubungi mereka dan peniaga ini akan urus penghantaran terus ke rumah. Harga pula sangat berbaloi dengan kualiti yang Maha dapat. Boleh tengok senarai harga yang ada ni mungkin korang boleh buat bajet nanti bila nak tukar bateri baru.

Senarai harga bateri AMARON mengikut model yang terdapat dipasaran
AMARON 38B20L – RM250.00
AMARON 46B24R/L – RM295.00
AMARON 46B24RS/LS – RM295.00
AMARON 555111050 (DIN55R) – RM390.00
AMARON 555112050 (DIN55) – RM390.00
AMARON 555155050 (DIN55LH) – RM390.00
AMARON 566112061 (DIN66) – RM510.00
AMARON 565106590 (DIN65) – RM616.00
AMARON 574102069 (DIN74) – RM550.00
AMARON 580122073 (DIN80) – RM680.00
AMARON 600109090 (DIN100) – RM730.00









Rantaian Kasih 2020 Habib Mengembalikan Tradisi Di Hari Raya

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Wanita sinonim dengan minat mereka untuk menggayakan dan memperagakan pakaian baru terutama pada hari lebaran. Pada hari istimewa ini, wanita akan memakai pakaian tradisional mereka yang cantik dan mengenakan alat solek untuk memberi penampilan yang segar. Namun, tidak ketinggalan, aksesori juga memainkan peranan penting untuk melengkapkan penampilannya seorang wanita. Oleh itu, tahun ini Habib hadir dengan koleksi baru yang indah untuk menyempurnakan wanita ketika lebaran.

Tahun ini, Habib memilih 'Tradisi' sebagai tema untuk merayakan kempen Rantaian Kasih dalam menyambut Syawal. Bagi tukang emas yang terkenal ini, tradisi melambangkan asal usul dan kepercayaan bukan hanya kepada komuniti tertentu tetapi juga untuk keluarga atau individu. Tradisi semasa lebaran mungkin berbeza antara satu keluarga dengan keluarga yang lain. Namun, mereka percaya tradisi yang diturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain adalah tradisi yang menyatukan rakyat Malaysia dari pelbagai bangsa dan agama.

Pada tahun ini, Rozita Che Wan, Zain Saidin, Aaisyah Dhia Rana, Ramona Zamzam dan Hannah Delisha adalah Duta Habib Raya. Selebriti-selebriti ini dipilih bukan sahaja kerana mereka adalah pencinta barang kemas tetapi mereka adalah antara pelanggan setia dan yang paling penting mereka semua berkongsi Tradisi Raya indah yang menjadi tema kempen Habib Raya tahun ini.

Setiap tahun, pelanggan menantikan pelbagai koleksi Raya baru untuk digayakan semua orang. Istimewa pada tahun ini, mereka mengeluarkan pelbagai koleksi untuk semua peringkat umur dari kanak-kanak, wanita dan juga kepada laki-laki. Koleksi Oro Italia 916 yang dibuat khas dari Itali menggunakan teknologi pemotongan ais dan pematerian laser dilengkapi dengan reka bentuk yang berbeza. Reka bentuk ini menggabungkan variasi warna emas seperti emas kuning, emas putih, emas mawar dan emas hitam.



Selain itu, Aura Collection dilengkapi dengan rekaan yang sesuai dengan wanita yang memakai tudung atau mereka yang suka rantai panjang. Koleksi Lelaki juga boleh didapati iaitu set butang baju melayu dan cincin bertatahkan berlian dan batu permata adalah aksesori yang pasti kena pada hari istimewa.

Sepanjang Kempen Rantaian Kasih, mereka turut menganjurkan beberapa peraduan menarik, misalnya "Share Your Raya Tradition" dengan menggunakan #HabibRayaTradisi dan berpeluang memenangi barang perhiasan Habib bernilai RM 10,000! Selain itu, Mereka telah menerima banyak penyertaan dari pelanggan setia mereka melalui peraduan mingguan di media sosial. Di mana dua pemenang akan dipilih untuk setiap peraduan. Apa erti Hari Raya tanpa duit raya?

Sekiranya arahan PKP ditarik balik satu hari nanti, mereka mengalu-alukan semua pelanggan untuk datang ke kedai pameran mereka. Bagi memastikan keselamatan pelanggan mereka mengikut Standard Operation Procedure (SOP), mereka mengutamakan penjarakan sosial, menyediakan topeng muka kepada pelanggan, pemeriksaan suhu di pintu masuk dan pembersih tangan di luar premis. Mereka akan memastikan bahawa setiap barang kemas dibersihkan selepas disentuk oleh pelanggan. Selain itu, mereka juga menyediakan perkhidmatan seperti penilaian emas, pembersihan barang kemas, perundingan, penyesuaian barang kemas dan beli balik di semua kedai mereka.



Sempena Hari Raya Aiditlfitri tahun ini, marilah kita mengekalkan tradisi dan terus menyebarkan kasih sayang aura posditif kepada semua. Kempen ini telah bermula dari 24 April hingga 22 Jun 2020. Risalah Rantaian Kasih boleh dimuat turun di https://tinyurl.com/ukatucr atau layari pautan sosial media Habib seperti di bawah. 

Keterangan lanjut hubungi di talian 
Tel : 019-2222916 








Resipi Roti Coklat Dengan Kismis Yang Mudah Dan Sangat Gebu Menggunakan Bread Maker

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Lama juga Maha tak buat blogpost resipi tengok semua kawan-kawan aktif menghasilkan resipi sedap-sedap dan berjaya. Kalau buat tak jadi pun jangan bimbang boleh post kat Facebook groupMasak Apa Pun Tak Jadi Hari Ni. Viral dah group ni memang semua orang menyebut group ni time PKP dan Ramadan termasuk sekali PM kita pun sebut pasal group ni.

Ok lah kali ni Maha nak update satu resipi yang dihasilkan oleh kawan Maha dari Facebook. Terima kasih Abang Muhamad Muktamin kerana sudi bagi Maha kongsikan resipi abang yang sangat mengujakan. Maha buat post ni atas keizinan abang ni sebab tertarik dengan hasil yang terjadi selepas siap memasak roti buatan sendiri ni. Maha yakin bukan sahaja gambar yang cantik tapi juga rasa mesti sangat sedap dan menarik. 

Resipi yang abang ni hasilkan iaitu Roti Coklat Dengan Kismis katanya ia adalah roti kesukaan anak beliau yang paling kecil sekali. Jadi Maha pun rasa teruja nak kongsikan resipi ni sebab memang nak buat juga nanti satu hari tapi sekarang ni tak ada Bread Maker sebab kat kampung. Nanti dah bawa balik bread maker tu Maha cuba resipi abang ok. Jom kita tengok bahan-bahan yang beliau gunakan sebijik-bijik Maha ambil dari resipi abang ni tak ubah ok.

Bahan-bahan utama resipi ini :
320ml Air Suam (40°c-50°c)
2 sudu teh Garam
5 sudu besar Gula
35g Marjerin dicairkan *4 scoop yg disediakan
500g Tepung Roti
1.2/1.5 sudu Instant Yeast
4 sudu Serbuk Koko
2 sudu Susu
Segenggam Cherry dan Kismis (dipotong kecil)

Tak banyak pun bahannya untuk buat roti ni tapi ada beberapa tips penting semasa korang nak masukkan bahan itu. Seperti apa yang abang tu kongsikan tips penting adalah pertama masukkan bahan basah di bahagian bawah dahulu seperti air, minyak, majerin cari dan susu. Kemudian bahagian atas baru masukkan bahan kering seperti tepung, manakala gula, garam dan serbuk koko letak di bahagian tepi sudut bekas bread maker. Kemudian buat lubang pada tengah  tepung dan masukkan yeast kemudian timbuskan yeast tu. Pastikan tidak bercampur bahan-bahan lain tadi. 

Lepas tu hidupkan bread maker dan biar ia uli bahan tu secara automatik. Tunggu sehingga ada bunyi beep baru korang masukkan bahan buah iaitu cherry dan kismis. Semasa awal proses menguli tu, kalau nampak macam ada lebihan tepung di tepi dinding bekas bread maker tu, tuangkan sikit susu. Ia akan membuatkan bekas bread maker tu lebih bersih licin tanpa ada lebihan tepung yang melekat ditepinya. 

Itu lah tips dan juga cara membuat roti ni yang abang tu ajar pada Maha dengan menggunakan Bread Maker Russell Taylors. Nak gunakan mesin pembuat roti ni korang boleh cari kat Youtube ada banyak orang kongsikan cara penggunaannya. Macam mana nak setting berat, berapa lama nak masak dan juga warna roti yang korang nak dihasilkan pasti ok punya. Selamat mencuba dan terima kasih kepada abang Muktamin kerana sudi berkongsi resipi ni dengan Maha. Korang boleh ker FB beliau kerana banyak juga resipi yang telah beliau dihasilkan semua enak-enak. Gambar pun Maha ambil dari FB beliau sangat cantik dan menarik. Selamat mencuba semua dan selamat berpuasa. 










Perubahan Waktu Makan Di Bulan Puasa Pengaruhi Pengambilan Nutrisi

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Salam Ramadan masih awal lagi Maha nak ucapkan kepada semua hehehe. Macam mana dengan puasa korang setakat ni ok ker. Harap terus kekal sihat dan juga dapat menjalani ibadah ini dengan tenang dan gembira. Almaklumlah bulan puasa ni waktu makan kita juga telah berubah dan maka  mungkin pengambilan nutrisi juga tidak seimbang. Kadang-kadang kita tak bangun pun untuk bersahur. 

Amboi Maha cerita dah macam pakar nutrisi jer wakakaka. Tapi adalah membaca sikit pasal pengambilan makanan sewaktu bulan Ramadan ini. Selalu hari tidak puasa kita akan makan berat waktu sarapan pagi tapi bila masuk bulan puasa ini selera tu kurang sikit terutama sewaktu bangun sahur. Tapi kalau waktu makan nak berbuka tu tak ingat dunia semua menda jadi sedap. Jadi apa yang Maha akan buat sangat mudah dengan mengambil bahan yang memberi banyak khasiat seperti kentang.

Bukan sebarangan kentang yang Maha gunakan tapi Kentang A.S. kerana ia bersifat serba guna dan mengenyangkan, menjadikannya sumber makanan yang berkhasiat tinggi. Sebab tu Maha ambil pemakanan kentang di waktu bersahur kerana ia membekal sumber kabohidrat yang baik untuk tubuh badan selain daripada kaya dengan Vitamin B6 dan C. Boleh memberi tenaga dan tahan seharian untuk berpuasa. Bukan korang perlu makan kentang sebjik macam tu, boleh masuk dalam masakan macam yang Maha buat ini dalam resipi ini. Korang boleh cuba resipi mudah dan sedap ni.


Resipi Sup Sayur Dengan Kentang A.S.



Bahan utama adalah:
1 biji kentang A.S Russet (dipotong dadu)

Bahan-bahan untuk menumis:
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2-3 tangkai cengkih
3 biji buah pelaga
½ batang lobak merah, dipotong panjang
1 biji tomato, dipotong 4
Bunga kobis
Sawi
300 gram isi ayam, potong kecil

Bahan-bahan untuk dikisar:
1 inci halia
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 sudu makan minyak masak
Secubit garam

Cara-cara memasak:
1.Panaskan minyak dalam periuk.
2.Tumis bahan tumis bersama bahan kisar. Tumis hingga naik bau dan pecah minyak.
3.Masukkan air, kentang A.S, lobak merah dan isi ayam. Masak hingga empuk.
4.Masukkan sawi, bunga kobis, tomato dan didihkan sebentar. 
5.     Masukkan garam secukup rasa.
6.Sedia dihidangkan enak makan waktu panas bersama nasi putih.

Tu baru resipi untuk sahur, korang boleh buat banyak lagi masakan lain dengan menggunakan kentang ni. Kalau korang rajin cari kat google tentang Kentang A.S, ia sebenarnya tidak mengandungi lemak, natrium atau kolesterol. Malah, ia hanya mempunyai hanya 110 kalori dalam setiap hidangan. Jadi ia bukanlah makanan yang menggemukkan seperti mana motis kat luar sana. Korang boleh tengok fakta nutrisi yang Maha kongsikan di bawah ni baru korang tahu. 

Selain daripada khasiatnya, Maha suka masak menggunakan Kentang A.S. ini kerana ia dikeluarkan daripada ladang yang terbaik. Pengusaha ladang kentang ini sangat mejaga tanaman mereka daripada suhu penanaman yang ideal, tanah yang subur, cara pemprosesan terkini dan kepakaran yang diwarisi sejak turun-temurun. Semua faktor ini menjadikan Kentang A.S. antara kentang yang terbaik di dunia. Tambahan lagi, piawaian ketat industri yang memenuhi semua spesifkasi Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan A.S., memastikan Kentang A.S. selamat dan bermutu tinggi. 

Maha nak kongsikan kepada korang satu lagi resipi yang mudah dan enak menggunakan kentang ini. Ia dicipta oleh pakar diet dari KPJ Damansara iaitu Cik Rushda Adiba Ismail. Beliau berkata bulan puasa ini waktu makan yang singkat menjadi faktor kepada pengambilan nutrisi yang tidak seimbang. Jadi beliau ada kongsikan resipi yang boleh korang cuba waktu berbuka puasa nanti.

Resipi Ubi Kentang A.S. Bakar Berinti Sambal Bilis



Bahan utama mestilah:
4 biji ubi kentang A.S Russet (sederhana besar)

Bahan-bahan untuk inti:
15 tangkai cili kering 
2 biji bawang besar 
4 ulas bawang putih 
50 gram ikan bilis 
2 sudu makan asam jawa
Secubit garam/gula
Garam
Keju Mozarela
Brokoli potong kecil, stim
Minyak masak
Cara memasak:
1.Bersihkan semua kentang A.S dan rebus tanpa dipotong dan tidak perlu dibuang kulit. Rebus hingga empuk.
2.Taburkan garam ke dalam air rebusan.
3.Apabila empuk, angkat dan biarkan sejuk.

Membuat bahagian inti:
4.Kisar cili kering, bawang merah dan bawang putih.
5.Panaskan minyak, masukkan bahan kisar kacau hingga garing.
6.Sementara itu, goreng ikan bilis dalam kuali berasingan.
7.Setelah sambal garing dan pecah minyak, masukkan air asam jawa, garam dan gula. 
8.Masukkan ikan bilis yang digoreng tadi dan gaul rata.
9.Setelah sambal bilis siap,belah ubi kentang A.S dan keluar isi di bahagian tengah.
10.Gaulkan isi kentang A.S tadi dengan sambal ikan bilis.
11.Masukkan gaulan tersebut ke dalam kentang A.S yang dikorek tadi.
12.Taburkan keju mozarela.
13.Bakar selama 5 -10 minit pada suhu 200˚c
14.Hiaskan dengan hirisan brokoli. Sedia dihidang.

Hurrrmm rasa lapar pula bila tengok resipi masakan yang mudah dan sedap ni. Orang bujang macam Maha sangat sesuai untuk cuba resipi macam ni senang hehehe. Pakar diet tersebut juga ada berkongsikan antara beberapa tips pemakanan yang korang boleh amalkan sewaktu bulan puasa ini. Di antaranya adalah :

  • Kekal hidrasi sepanjang tempoh 13 jam berpuasa. Minum air masak secukupnya semasa bersahur dan Iftar. Cadangan hidangan adalah minum segelas air masak setiap jam sebelum tidur. 
  • Sayur-sayuran dan buah-buahan amat digalakkan ketika bersahur dan Iftar kerana dapat membekalkan serat dan dapat mengelakkan masalah sembelit.
  • Tidak lupa juga pengambilan sumber protein seperti ikan, ayam, telur, daging, soya, susu dan produk tenusu.
  • Bersahur setiap hari dan digalakkan melewatkan bersahur sebelum masuk waktu Imsak. Pilihan makanan sahur yang dicadangkan daripada sumber karbohidrat kompleks seperti beras perang, roti bijirin penuh, kentang, oats dan lain-lain.  

Harap tips yang dikongsikan oleh beliau ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada Maha dan juga korang yang membaca post ni. Maha cuma kongsikan sahaja sebagai panduan kerana setiap tahun kita akan berpuasa. Tahun depan pun boleh amalkan tips berguna ini jadi tak salah kalau Maha kongsikan. Kalau korang nak ketahui lebih lanjut tentang Kentang A.S ni, layarilah laman web www.uspotatogoodness.com.my. Selamat berpuasa dan juga selamat mencuba resipi yang Maha kongsikan.








Bawa Balik Juadah Ramadan Ta'pau Selera Kampung Dari Vivatel Kuala Lumpur

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan dan peluang untuk terus merasai Ramadan tahun ini walaupun dalam serba berjaga-jaga terutama dengan serangan pendamik Covid-19. Semua orang terkawal pergerakkan dan tak kurang juga Maha yang banyak habis masa kat rumah. Tapi bila time nak berbuka puasa tu sibuk lah mencari juadah. Lokasi yang selalu menjadi jualan bazar Ramadan pun dan tak boleh buka sekarang ni. So buat tempahan melalui call atau whatsapp sahaja lah.

Nasib Vivatel Kuala Lumpur ada menyediakan juadah berbuka istimewa Ramadan Ta'pau Selera Kampung. Nama pun dah tapau jadi kena pergi ambil sendiri kat sana untuk take away. Jangan risau korang boleh buat tempahan awal sehari sebelum untuk mendapatkan semua juadah yang disediakan. Vivatel Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Loke Yew dekat sebelah Viva Home Shopping Mall. Kalau korang nak buka hari ni dah boleh buat tempahan seawal jam 10.00 pagi dan petang pukul 5.00 dah boleh ambil. Bayaran pula adalah secara tunai sahaja. 

Apa menu yang disediakan oleh chef mereka? Jom kita tengok memang banyak dan sendiri pun tak tahu mana satu nak cuba dulu. Kalau korang nak order yang Individual Meal ada banyak pilihan daripada harga serendah RM18 hingga ke RM20. Korang boleh pilih antara Ayam Percik, Daging Salai Lemak Cili Padi, Pais Pari Bakar Air Asam, Sup Tulang Rawan Urat Keting, Sup Kambing Berempah dan Udang Sambal Petai. Semua lauk ni didatangkan sekali dengan nasi putih, acar sayur timun dan karot, sambal belacan dan juga kuah lauk tersebut.


Ada lagi korang boleh pilih antara set yang sedia ada seperti Nasi Ulam Raja, Ayam Penyet Minah, Briyani Warisan Kambing dan juga Briyani Warisan Ayam. Ini semua memang datang satu set dengan nasi dan juga papadom serta dengan acar sayur tadi. Maha telah cuba mereka punya Udang Sambal Petai yang udangnya saiz besar bukan kecik-kecik juga petainya banyak giler. Juga Briyani ayam dan kambing tu sangat sedap pekat dan kena dengan selera untuk berbuka puasa.
Udang Sambal Petai - RM20.00

Briyani Warisan Kambing - RM20.00

Briyani Warisan Ayam - RM20.00

Kalau korang dengan keluarga besar dan ramai nak masak tak cukup masa boleh juga order mereka punya Value Family Meal. Ada dua kombo iaitu Combo 1 yang bernilai RM130 sahaja yang boleh makan untuk 5 orang. Dalam kombo 1 ni ada lauk seperti Kari Kepala Ikan Merah, Kubis Putih Goreng Kunyit, Sos Soya dan Cili Hijau serta ada Nasi Putih dan Papadom. Manakala untuk Combo 2 pula berharga RM155 untuk 5 orang makan ada lauk western iaitu Peha Kambing Panggang, Tradisional Coleslaw, Roasted Potato dan juga Black Pepper Sauce.


Ikut lah korang selera apa nak makan waktu berbuka ini janji tak membazirkan hehehe. Semua menu ini disediakan sendiri oleh Executive Chef di Retro Cafe mereka. Promosi ini bermula 27 April hari tu dan sehingga 22 May 2020 ni sahaja untuk bulan Ramadan dan juga musim PKP ni. Jadi korang tak ada kesempatan masak nak cuba menu baru taraf hotel boleh order kat sini. Cara order hanya melalui call atau whatsapp sahaja mereka sebelum waktunya. 

Tempahan boleh dibuat melalui nombor:
Tel : 03-9205 8888
Whatsapp : 013-228 8840




e-Bazar PLATS Normal Baharu Menikmati Juadah Ramadan Di Musim Pendamik

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Ramadan tahu ni sangat berlainan dan juga sangat unik bagi Maha. Ini kerana selalunya bila tiba Ramadan kita akan sibuk untuk senaraikan bazar Ramadan mana nak dikunjungi. Juga juadah apa yang nak dibeli sehingga cukup lah 30 hari puasa. Sebab itu bulan mulia ni sangat Maha nantikan dan juga tak sabar untuk meraikannya.

Tapi tahun ini seluruh rakyat Malaysia kena beralih kepada Normal Baharu. Ini semua kerana pendamik yang melanda negara sekarang ini. Menjadikan banyak perkara berubah termasuk juga bazar Ramadan yang selalu banyak dimerata tempat kini terpaksa tidak diadakan lagi. Maha sendiri pun rasa tahun ni emosi puasa tu lain sangat. Yer lah tak dapat pergi bazar Ramadan dan juga tak dapat lihat macam-macam makanan viral.

Kali ni semua orang mula beralih kepada konsep e-bazar iaitu bazar atas talian. Tiada lagi sesak-sesak dan juga menghabiskan masa kat luar semua dibuat dirumah dan secara online. Sekarang ni dah ada platform e-bazar baru yang dilancarkan oleh Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI). Namanya PLATS atau ‘Platform Selangor’. Maha kongsikan sikit pasal PLAT ini ia berlainan daripada e-bazar yang ada sebelum ini.

Juadah Yang Boleh Diperolehi Di Platform PLATS


Sangat banyak juadah yang ada disediakan dalam platform ini. Maha sendiri masa layari laman PLATS ni memang rambang mata nak beli tak tahu yang mana satu. Ada makanan tradisional yang sangat popular di bazar Ramadan seperti Nasi Ambeng, Nasi Kerabu, Nasi Lemak, Nasi Kari Kambing, Ayam Percik dan macam-macam lagi.



Tu baru kat bahagian masakan tradisional kalau pergi pula pada juadah western ada pula Lamb Chop, Nachos, Chicken Wing, Roti John dan banyak lagi membuak nafsu nak membeli ni hehehe.



Tengok juadah pencuci mulut pula jangan ceritalah memang pelbagai menu disediakan seperti Bubur Jagung, Bubur Cha-Cha, Cendol, Karipap, Murtabak, Seri Muka dan juga pelbagai jenis kuih-muih tradisional semua ada. Sekarang ni cuma kena sediakan duit sahaja untuk bayar secara atas talian kerana tiada COD (cash-on-delivery).

Keutamaan PLATS


PLATS mengguna kaedah konsep e-Kitchen yang hanya berfungsi sebagai platform bagi pengumpulan pesanan tempahan atas talian sahaja. Tiada sebarang fizikal bazar dan pembelian secara terus atau walk in juga tidak dibenarkan. Apa yang Maha baca lagi semua e-Kitchen akan mematuhi jarak sosial yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan amalan kebersihan yang ketat. Juga para peniaga perlu mendapatkan suntikan Pelalian Tifoid seperti yang digariskan dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Begitu dijaga sekali kualiti dan juga peniaga yang ada didalam platform ini bukan calang-calang peniaga hanya mereka yang betul serius untuk berniaga di e-bazar ini. Bagus inisiatif ini kerana ia dapat membantu peniaga bazar Ramadan yang terkesan akibat larangan berniaga di bazar yang terbuka. Buat masa ini e-Kitchen telah beroperasi di enam lokasi seluruh Selangor iaitu Bangi, Shah Alam, Salak Tinggi, Semenyih, Bandar Utama dan Ampang. Mereka juga akan mensasarkan untuk buka lagi enam lokasi dimasa akan datang bagi memenuhi keperluan seluruh rakyat Selangor.

Macam yang Maha bagitahu tadi bahawa platform ini tiada walk-in untuk pembelian semua tempahan makanan akan dihantar terus kepada pelanggan sehingga ke depan rumah oleh rakan penghantaran seperti Grab, Mr. Speedy, Zepto Express dan MatDespatch. So mudah lah hanya buat pembelian atas talian dan bayar nanti makanan akan sampai.

Cara Pembelian Dalam Platform PLATS

Bagi memudahkan orang yang tidak biasa membeli menggunakan atas talian ini PLATS menyediakan laman sesawang yang sangat selamat dan mesra pengguna. Korang hanya perlu layari laman web https://www.plats.com.my melalui laptop atau telefon pintar. Kemudian pilih lokasi e-Kitchen yang berhampiran dengan korang. Contoh kalau korang duduk area Bandar Baru Bangi boleh pilih menu jualan yang ada di e-Kitchen Seksyen 7 Bangi.

Lepas tu korang klik butang‘Tempah Di Sini’ dah mula buat tempahan menu apa yang nak dibeli. Nanti peniaga akan menerima tempahan dan membuat persediaan tempahan yang korang dah pilih tadi. Lepas tu tempahan korang akan dihantar terus oleh perkhidmatan penghantaran yang disediakan sampai ke depan rumah korang. Tempahan boleh dibuat seawal jam 9.00 pagi sehingga 4.00 petang. Penghantaran pula akan bermula dari pukul 3.30 petang hingga 7.00 malam sahaja.

Bagusnya lagi semua penghantar akan membuat penghantaran korang melalui penghantaran tanpa sentuh. Mengekalkan jarak yang bersesuaian ketika menghantar atau meletakkan pada tempat yang sesuai dan korang akan mengambil makanan tersebut dari jarak yang selamat. Jadi kat situ penjarakan sangat dijaga dan Maha sangat yakin dengan SOP yang telah disediakan dalam platform ini.

Sekarang ni korang masih boleh menikmati juadah enak untuk berbuka puasa dan dalam masa sama menjaga keselamatan korang dengan pembelian atas talian ini. Secara langsung juga ia membuka ruang kepada peniaga yang hanya bergantung kepada jualan musim Ramadan untuk mencari rezeki lebih. Walaupun bazar Ramadan telah dilarang tapi PLATS ada untuk membantu peniaga yang terjejas ini.

Moga usaha murni MBI untuk meneruskan Normal Baharu dalam dunia peniagaan atas talian membuka mata semua orang di mana ada usaha di situ ada jalan. Diharapkan platform PLATS ini akan diteruskan walaupun selepas habis bulan Ramadan. Hari-hari lah Maha akan beli menggunakan PLATS ni kerana satu hari dah satu menu, puasa ada 30 hari separuh menu dalam platform habis Maha cuba semuanya hehehe. Korang pun boleh juga beli kat situ mudah, cepat dan selamat. Selamat berpuasa semua dan kita kena #StopCovid19.

Info lanjut tentang PLATS boleh layari laman sosial media:









Tak Rugi Memang Berbaloi Puasa Berbuka Bersama Marrybrown

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Maha nak ucapkan selamat berpuasa kepada umat Islam yang terus kuat menjalani ibadah ini walaupun dalam musim wabak. Tapi ketahuilah bahawa orang yang berpuasa itu akan memperolehi dua kegembiraan seperti mana dalam hadith Riwayat al-Tirmizi yang bermaksud:


"Bagi orang yang berpuasa, dia akan memperolehi dua kegembiraan. Pertama, kegembiraan ketika dia berbuka puasa dan kedua kegembiraan ketika dia bertemu Tuhannya"


Kegembiraan ketika berbuka puasa itu adalah fitrah seorang manusia apabila ia ditahan daripada makan untuk berpuasa satu hari dan tiba waktu buka memang akan rasa gembira dan tak sabar untuk makan. Ditambah lagi kalau dihidangkan dengan makan yang sedap-sedap dan juga yang jaranga kita dapat makan.

Seperti mana promo terbaru daripada Marrybrown sekarang ni tengah ada banyak tawaran menarik korang kena cuba. Promosi MB Berbaloi Puasa kali ini menawarkan tiga promo iaitu Family Meals, Istimewa Ramadan dan Buy 1 Free 1. Promo ini bermula sekarang sehingga 23 May 2020 nanti. Jadi masih banyak masa untuk korang dapatkannya.



Bagi mereka yang berkeluarga ada anak-anak ramai Family Meals ni sangat sesuai. Ada tiga set untuk promo ni iaitu Comba A yang bernilai RM24.90 sesuai untuk 2 hingga 3 orang. Manakala Combo B pula bernilai RM49.90 untuk yang ada ahli keluarga 5 hingga 6 orang. Satu lagi lak Combo C sesuai untuk keluar lagi besar 8 hingga 10 orang dengan harga RM79.90. Promo Family Meals ni boleh didapati melalui khaidmat penghantaran atau juga bawa pulang di restoran yang terlibat.


Ini pula promo yang sesuai untuk orang bujang atau juga pasangan yang baru berkahwin. Kombo ini diberi nama Istimewa Ramadanyang membawakan 2 MB Combo Meals dengan harga RM20 dan RM22 sahaja. Maha hari tu berbuka puasa dengan kombo ni lah. Maha beli MB Lucky Plate Combo hanya RM22 sahaja untuk dua hidangan. Selain tu juga korang boleh pilih Nasi Lemak MB Combo atau MB Hotouch Burger Combo yang ni harga RM20 sahaja. Kombo ni hanya untuk penghantaran sahaja dengan order melalui Grab Food atau Food Panda terus ke rumah korang.



Last sekali ada juga promo Buy 1 free 1untuk item jualan paling laris di Marrybrown. Item tersebut adalah Bubur Ayam MB, Cheesy Wedges, 6 pcs Chicken Nuggets, Chicken Sausage Burger dan Mushroom Soup. Tapi ia hanya terhad kepada 3 penebusan setiap transaksi dan hanya untuk dibawa pulang daripada restoran. Siapa minat site menu dari MB ni bolehlah ambil promo ni sangat berbaloi.





Kenapa Maha pilih untuk berbuka dengan Marrybrown bukan sahaja kerana kesedapannya tapi juga ia cepat, senang dan berpatutan untuk waktu berbuka. Hari tu Maha order online kat Grab Food pagi dan kemudian boleh set masa bila mereka nak hantar ke rumah. Jadi Maha pilih dekat-dekat waktu berbuka tak perlu nak susah-susah. Maha nak ucapkan selamat berpuasa dan juga selamat berbuka kepada semua. Nikmati waktu berbuka dengan kegembiraan bersama Marrybrown.










15 Minit Sahaja Dah Siap Hidangan Berbuka Puasa Menu Barat Dari MIOS Kitchen

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakanp-rakan sekalian. Maha nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa yang dah masuk hari ke 15 dah separuh bulan kita berpuasa. Sekarang ni pun musim kena duduk rumah jadi banyak kerja Maha buat dirumah sahaja. Termasuk untuk menyediakan juadah berbuka puasa.

Bila bulan puasa ni makanan Melayu memang banyak boleh dapat dengan mudah tapi kalau tiba-tiba rasa nak berbuka dengan masakan barat macam mana. Kalau nak masak sendiri perlukan persediaan bahan yang banyak nak cari, rempah nak buat perapan dan macam-macamlah. Nasib Maha ada temui solusi baru untuk orang bujang dan juga ibu-ibu yang sibuk di rumah mahupun di pejabat.

Maha dah mencuba satu produk baru daripada MIOS Kitchen yang menjadi pilihan JJCM dan juga menerima GrabFood Award Winner. Mereka mengeluarkan produk mudah dimasak dan jimat masa. Semua produk yang mereka keluarkan kali ini adalah yang popular dan menjadi pilihan pelanggan tetap mereka. Sebab itu lah Maha berani mencuba produk MIOS ni memang menarik.


Bulan Ramadan mereka mengeluarkan perlbagai variasi produk yang mudah untuk disediakan dan ready-to-cock. Hari tu Maha telah mencuba Grilled Chicken Chop yang hanya mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk memasak. Maha hanya perlu keluarkan produk ni daripada peti sejuk dan biar sementara untuk dinyah bekukan. Lepas tu terus boleh panggang atas kuali kalau korang ada ketuhar atau Airfriyer boleh jer bakar dalam tu lagi mudah.


Dalam pek Grilled Chicken Chop ini dah cukup ada semua item seperti daging ayam yang telah diperap dengan rempah, juga ada BBQ sos, mash potato powder dan juga brown sos. Jadi bila dah masak ayam tu korang panaskan sahaja BBQ sos dan bancug mash potato powder dengan air panas lepas tu boleh hidang macam yang Maha buat ni. Rasanya pula mencukupi kerana perapan yang sempurna dan juga ada Oregano, Paprika dan macam-macam lagi.


Satu pek ni sesuai lah untuk makan seorang bagi orang macam Maha yang memang suka makan panggang ni. Tapi kalau korang yang ada keluarga ramai anak-anak boleh gunakan Chicken Chop Marinate. Perapan ni korang boleh guna untuk lebih kurang 1ekor ayam dan boleh masak sesuai untuk berbuka puasa. Caranya hanya buka sahaja perapan tu dan gaulkan dengan daging ayam dan perap lebih kurang 2 ke 3 jam untuk rasa lebih sekata. Lepas tu bila masa dekat berbuka boleh panggan sahaja sangat mudah.

Selain itu juga mereka ada produk lain yang Maha suka iaitu Carbonara Sauce. Ni satu lagi yang bestnya iaitu ada sos yang dah siap hanya perlu panaskan sahaja lepas tu korang rebus spaghetti atau pasta. Bila dah cukup masak boleh dimasukkan terus dalam tu. Nak menarik lagi mungkin boleh ditambah dengan cendawan atau juga sosej macam yang Maha buat ni. Kenyang kot makan ni banyak giler.

Pada yang suka Tomato Sauce untuk buat macam Spaghetti Bolognese boleh guna yang ni. Cara sama jer hanya perlu panaskan dalam periuk dan masukkan bahan tambahan seperti daging atau juga ketumbar. Semua ni senang giler disediakan tak sampai 15 minit pun memang waktu nak dekat berbuka tu boleh jer buat terus.

Selain itu juga mereka ada banyak lagi sebenarnya produk lain yang boleh dipilih seperti Grilled Lamb Chop pada yang suka daging kambing, juga ada Lamb Chop Marinate untuk masak dengan kuantiti yang banyak, ada juga Meatball & Mash, Special Beef Burger Patties dan Special Crunchy Chicken Burger.

Semua produk mereka tak mahal pun harga mampu beli kalau macam yang Maha makan tu Grilled Chicken Chop untuk satu pek RM14.00, manakala kalau Grilled Lamb Chop pula harganya RM25.00 sahaja. Carbonara Sauce pula RM22.00 dan Tomato Sauce RM11.00. Yang lain tu korang boleh tengok harganya ada mereka letak kat Facebook dan juga laman web mereka.

Musim PKP ni Maha tak keluar pun untuk dapatkan produk ni hanya beli atas talian sahaja seperti kat laman web https://linktr.ee/mioskitchen, juga boleh beli kat aplikasi Grab Food, Food Panda atau Beep Delivery korang search sahaja MIOS Kitchen nanti jumpa lah. Mereka akan hantar terus ke rumah tak perlu keluar. Jimat masa dan juga lebih selamat. Pek produk ni pun bagus boleh tahan lama simpan sahaja dalam peti sejuk beku nanti nak masak keluarkan sahaja.


Mungkin ini boleh menjadikan waktu berbuka korang lebih mudah dan menyediakan juadah masakan barat tanpa perlu beli bahan untuk membuatnya semua ada dalam satu pek. Itu yang membuatkan Maha suka akan produk keluaran MIOS Kitchen ni. Nanti kalau korang dah cuba macam Maha ni boleh lah share gambar menarik kat sini kita tengok siapa yang buat lagi hebat dari Maha hehehe. Selamat mencuba dan selamat berbuka puasa semua ok.

Info lanjut boleh layari:
Email: hello@mioskitchen.com 






Potong-Q Untuk Membeli Domino's Pizza Boleh Bawa Pulang Dengan Senang dan Selamat

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Usaha yang lebih mantap dilaksanakan ketika rakyat Malaysia melalui Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan memerangi COVID-19. Sekali lagi, Domino's Pizza menunjukkan komitmen dan mengotakan janjinya berdasarkan "It’s All About You" dengan mengutamakan keselamatan pelanggan dan pekerjanya menerusi pengenalan langkah keselamatan yang ditambahbaik bagi memastikan kesejahteraan pelanggan, sejajar dengan pengamalan penjarakan sosial dan langkah-langkah “zero-contact” antara pelanggan di restoran dan pekerja yang bertugas.

Dilancarkan dengan matlamat utama untuk memberi keselesaan kepada korang, Domino’s mengesyorkan korang untuk Potong-Q! Dengan ciri baru ini, Potong-Q membolehkan proses pesanan dan pengambilan yang lebih cekap berikutan pengurangan masa menunggu dan pengambilan piza untuk korang yang memilih perkhidmatan bawa pulang dari kedai.

Sebagai langkah keselamatan tambahan kepada penghantaran "Zero Contact", Potong-Q menggalakkan korang untuk membuat pesanan mereka menerusi aplikasi mudah alih dan laman web terlebih dahulu dan mengunjungi restoran Domino’s yang terdekat untuk mengambil pesanan mereka. Alternatif Potong-Q merupakan satu alternatif yang menggunakan 100% pembayaran tanpa tunai. Pembayaran wajib dilaksanakan melalui pilihan tanpa tunai seperti kad kredit, Grab Pay dan perbankan atas talian agar dapat meminimumkan sentuhan. Semua piza Domino’s yang dipesan akan dipanggang dalam ketuhar pada suhu 235 darjah Celsius. Ianya kemudian dikeluarkan dengan teliti dari ketuhar dengan menggunakan alat yang disanitasi sebelum meletakkan piza ke dalam kotak. Setelah siap, piza dan produk diletakkan di kaunter pengambilan khas berlabel 'Potong-Q' di restoran untuk korang mengambil pesanan korang.

Sebagai tambahan, Domino’s juga memberi jaminan kepada korang terhadap langkah-langkah kebersihan dan keselamatan yang ketat dalam semua operasinya. Pada permulaan setiap shif, semua pekerja yang bertugas akan melalui pemeriksaan suhu badan, selain pengamalan langkah-langkah penjarakan sosial yang ketat di setiap restoran. Selain itu, pembuat piza diwajibkan untuk mencuci tangan setiap 30 minit, dan seluruh kedai dan peralatan disanitasi setiap jam.

Ketua Pegawai Eksekutif Domino's Malaysia, Shamsul Amree berkata, "Di Domino’s, kami mengamalkan prosedur kebersihan dan pengendalian makanan yang tinggi untuk memastikan keselamatan pekerja dan pelanggan kami, terutama pada masa yang kritikal ini. Operasi kami telah berkembang bagi meyakinkan dan memberikan keselesaan maksimum kepada pelanggan kami. Dalam usaha kami untuk menyesuaikan diri dengan 'normal baharu', pengenalan Potong-Q memaksimumkan langkah keselamatan dan keselesaan bagi pelanggan kami. Dengan alternatif ini, pelanggan yang ingin membawa pulang makanan mereka hanya perlu meluangkan  masa menunggu yang mimima di restoran. Pengenalan Potong-Q adalah sebagai demonstrasi usaha berterusan Domino’s dalam meningkatkan mutu perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan walaupun dalam tempoh yang mencabar di samping usaha kami untuk terus menepati janji “It’s All About You”.

Dilancarkan di seluruh negara, korang kini dapat menggunakan perkhidmatan Potong-Q di semua restoran Domino’s Pizza di seluruh Malaysia. Korang yang memilih Potong-Q boleh membuat pesanan dan pembayaran korang di www.dominos.com.my atau melalui aplikasi mudah alih Domino's Pizza untuk menikmati promosi Potong-Q terbaru. Untuk masa yang terhad sahaja, Korang berpeluang menikmati tawaran Beli 1 Percuma 2, dengan harga eksklusif RM2.99 (jimat RM10.51) untuk 1 botol Tropicana Twister Orange (1.5L) dan ia dijamin tawaran terbaik. Jadi, tunggu apa lagi? Perhatikan papan tanda Potong-Q di kedai Domino’s untuk pengambilan bawa pulang yang lebih cepat, selamat dan mudah.







SUBWAY Mengajak Rakyat Malaysia Untuk Sertai Kempen 'Discover And Pay Forward' RAMADAN Ini

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan sekalian. Subway Malaysia melancarkan kempen pemberian komuniti "Discover and Pay Forward" untuk bulan Ramadan, dan akan menyumbangkan 7000 makanan kepada barisan hadapan, para gelandangan dan orang miskin untuk setiap sandwic Subway yang dibeli bernula dari 11 Mei hingga 23 Mei 2020.


Subway Malaysia Country Director En Samad Shariff berkata inisiatif pemberian untuk masyarakat, dengan kerjasama Coca-Cola adalah yang terbaru dalam satu siri aktiviti untuk menyokong mereka yang paling teruk terkesan impak krisis Covid-19.

Di Subway kami berkomitmen untuk menyediakan pilihan makanan yang enak dan berkhasiat untuk semua rakyat Malaysia. Sesuai dengan janji ini, kami akan menyumbangkan hingga 7000 makanan Subway kepada mereka di komuniti kami yang telah terjejas teruk dengan wabak Covid-19 ketika ini dan kepada barisan hadapan yang memerangi penyebaran virus di Malaysia," kata Encik Shariff.

Kempen ini bersempena dengan pelancaran menu Subway Malaysia yang disegarkan dengan 12 ramuan dan rasa serba baru yang mendorong setiap rakyat Malaysia untuk "menemui semula apa yang anda gemari" di Subway tetapi juga berperanan dalam membantu barisan hadapan kami dan mereka yang memerlukan.

"Dalam semangat Ramadan, kempen baru kami mengundang para tetamu untuk menemui semula apa yang mereka sukai tentang Subway sambil membantu kami memberikan kembali kepada komuniti kami yang memerlukan, selama ini memberi. Untuk setiap sandwic Subway yang dibeli, kami akan menyediakan makanan untuk mereka yang memerlukan. Tujuan kami adalah untuk menyumbangkan ribuan makanan pada waktunya untuk menyebarkan sedikit perayaan untuk Hari Raya,” kata Encik Shariff lagi.

Sejak penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac, Subway Malaysia telah menyediakan lebih dari seribu makanan Subway kepada barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh, para pelajar yang kehilangan tempat tinggal dan terkandas di Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) dan masyarakat kurang bernasib baik melalui badan bukan kerajaan, Yellow House KL.

Menu segar Subway Malaysia mencipta keseimbangan yang hebat antara kegemaran klasik Subway terkenal dengan kombinasi rasa baru, seperti Bulgogi Chicken dengan keju mozzarella, Breaded Chicken Cutlet dengan sos Mayo Pedas dan Smoky Chicken dengan sos Lada Panas.

Di samping itu, menu baru termasuk keju yang lazat seperti keju cheddar dan keju mozzarella, tiga sos baru - mayo pedas, lada pedas dan keju; sayur campur, cili flakes dan bahan tambahan seperti Avocado dan cendawan cincang. Sebilangan besar makaroni & keju juga disediakan sebagai iringan sempurna bagi mereka yang menginginkan sesuatu yang sedikit lebih merosot dari makanan mereka.

Untuk mengekang penyebaran Covid-19 lebih efektif, Subway Malaysia memastikan kesihatan dan keselamatan semua pekerja dan tetamunya dengan prosedur kesihatan, keselamatan, dan kebersihan tambahan yang sudah ketat.

Rakyat Malaysia boleh mengambil bahagian dalam kempen "Discover and Pay Forward" Subway Malaysia dari 11 Mei hingga 23 Mei 2020 dan merasai menu baru yang menggembirakan melalui makanan dari semua restoran Subway atau melalui penghantaran melalui Foodpanda dan GrabFood. Untuk maklumat lebih lanjut, layari https://subwayisfresh.com.my/.







Hotel MAYA Kuala Lumpur Membawa Juadah Tradisional Terus Ke Rumah Di Bulan Ramadan Ini

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersayarat (PKPB) yang belum pernah terjadi sebelumnya di negara kita, Hotel Maya Kuala Lumpur bersama dengan semua kakitangan dapur mereka membawa sedikit keselesaan ke rumah anda yang merindui masakan tradisional Melayu.

Setiap tahun, hotel ini sentiasa menyumbang kepada projek CSR (tanggungjawab sosial korporat) tetapi tahun ini, dengan alasan yang jelas, mereka menggunakan sumber untuk membantu sebanyak mungkin dalam situasi rakyat menghadapi pendamik ini. Dengan usaha daya mereka telah menyumbang makanan untuk barisan hadapan perubatan di Hospital Kuala Lumpur, sebagai sokongan moral kepada frontliner. Mereka juga telah bergabung dengan MODA Malaysia (Persatuan Pereka Rasmi Malaysia) untuk menyediakan tenaga kerja jahitan untuk menjahit PPE (peralatan pelindung diri) bagi kegunaan frontliner juga. 
Chef Hasbullah Hotel Maya KL

Kali ini Chef Hasbullah yang terkenal dengan masakan Melayu, telah membuat menu khas yang memaparkan beberapa kegemaran peribadinya seperti Nasi Tomato bersama Ayam Masak Merah; Nasi Kerabu; Soto Ayam dan banyak lagi. Korang boleh memilih dari pilihan makanan yang ditetapkan, lengkap dengan tarikh. 
Nasi Kerabu Dan Ayam Goreng Rempah 

Salmon Teriyaki

Salad 

Homemade Waffle

Bukan itu sahaja, korang juga boleh memilih menu a la carte mereka yang menampilkan makanan kegemaran tempatan, masakan Barat dan Jepun. Menu kepakaran Chef ini juga merangkumi Salmon Teriyaki dan Mie Ying & Yong Kanton. Bagi mereka yang mengutakan keseimbangan makanan terdapat pilihan salad sihat, bebas gluten dan makana vegan. Pencuci mulut pula, nikmati wafel buatan sendiri, Homemade Waffle, Chinese Pancake with Lotus Paste atau Bubur Pulut Hitam.


Menu Buka Puasa yang sedap ini korang boleh nikmati dengan penghantaran bermula dari 5 hingga 23 Mei 2020 dan menu a la carte akan disediakan mulai 5 Mei 2020 dan seterusnya. Pesanan boleh dibuat melalui Storehub atau hotelmayakl.beepit.com. Lebih-lebih lagi, pengunjung akan menikmati pulangan tunai 10% untuk pesanan mereka yang seterusnya. Penghantaran percuma disediakan dengan perbelanjaan minimum RM60 dalam radius 5KM dan perbelanjaan minimum RM80 dalam radius 10KM dari hotel. Semua harga tidak termasuk cukai SST.







Ayuh Kita Cuba Resipi Kuih Seri Muka Jagung Manis Di Bulan Puasa Ini

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan meninggalkan bulan Ramadan dan juga amalan puasa yang datang setahun sekali. Nanti kita akan meraikan Syawal walaupun dalam keadaan yang lain tahun ini kerana masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Walau pun jauh dan tak dapat pulang beraya di kampung tetap kita akan merinduai saat indah bersama keluarga di pagi raya.

Tiba-tiba pulak emo hari ni bila bicara pasal raya. Dah lah lupakan tu semua apa kata hari ni kita sama-sama belajar membuat satu resipi kuih tradisional yang digabungkan. Wakakaka Maha suka buat experiment macam ni kalau jadi boleh cuba lagi kalau tidak kita buat lain wakaka. Kali ini Maha nak mencuba buat resipi kuih Seri Muka gabung dengan Puding Jagung Manis. Maha panggil kuih ni Seri Muka Jagung Manis dan pastinya menggunakan produk berkualiti yang terbaik dari Ayam Brand.

Bahan-bahan untuk membuat kuih ini tak banyak cuma cara jer agak leceh sikit. Jom kita tengok bahan yang Maha gunakan.

Bahan untuk lapisan pulut:-
300 gram Beras Pulut
200ml santan kelapa Ayam Brand
Garam secukup rasa
Air kosong 

Bahan untuk membuat lapisan jagung:-
1/2 tin Ayam Brand Jagung Manis Ala Krim
100ml santan kelapa Ayam Brand 
1 cawan tepung kastard
½ cawan gula
Garam secukup rasa
Air Kosong

Ada dua part untuk buat kuih ini dan juga ada dua proses untuk memasak resipi ni. Korang boleh tengok video yang Maha sediakan ini Insha Allah akan menjadi yakin sangat wakakaka.


Macam mana faham dan mudah tak cara nak memasak kuih Seri Muka Jagung Manis ala Maha ni hehehe. Tak menggunakan pandan sebab musim PKPB ni susah nak dapat lak. Paling penting tips sebelum tuangkan puding jagung tu kat atas lapisan pulut korang kena garis-gariskan sikit pulut tu dengan garfu kalau tidak ia sukar melekat dan mudah tetanggal. Tips biasa jer wakakaka. Ayam Brang pun tengah menganjurkan peraduan 'Kongsi Resipi Dan Menang' di Facebook rasmi Ayam Brand Malaysia boleh lah cuba masuk hehehe.

So selamat mencuba semua di bulan puasa ini dan juga selamat menjalani ibadah puasa di hari-hari terakhir ini. Moga ibadah puasa korang dilimpah keberkatan dan juga kerahmatan. Maha nak ucapkan selamat Hari Raya juga in advance kepada semua yang mengenali diri ini dan sepuluh jari disusun mohon kemaafan harap halalkan segala yang terkurang dan terlebih. Janganlah sedih-sedih ok Maha pun tak dapat balik raya. Beraya ngan adik beradik jer kat KL ni. Waaaa....









Viewing all 1340 articles
Browse latest View live


Latest Images