Quantcast
Channel: Blog Makan Mahamahu
Viewing all 1340 articles
Browse latest View live

Resipi Istimewa Dari Chef Florence Tan Menggunakan Mentega Anchor Dalam Tin

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Anchor Food Professionals bahagian perkhidmatan makanan Fonterra bersama chef selebriti Malaysia Florence Tan, hari ini memperkenalkan tiga resipi yang direka khas untuk para peminat pembuat kek dan masakan dengan menggunakan mentega Anchor dalam tin yang diperbuat daripada 100% tenusu asli dari New Zealand.

Chef Florence Tan yang mengetuai demonstrasi masakan ini menyediakan tiga resipi unik iaitu kek coklat supermoist bersadur coklat, tat labu berkeju dan biskut emping jagung emas bermadu dengan badam yang mempunyai aroma yang hebat dan rasa unggul mentega Anchor dalam tin. Mentega ini diperbuat oleh pakar tenusu dari New Zealand sejak beberapa generasi yang menghasilkan antara susu yang paling berkualiti di dunia.
Supermoist Chocolate Cake with Chocolate Glace

Mentega Anchor dalam tin diperbuat daripada krim segar bermutu tinggi yang diperolehi daripada 100% tenusu asli New Zealand yang kaya dengan aroma yang terpelihara serta kekal di dalam tin bagi memberikan kelazatan dan rasa yang unggul. Pembungkusan berkualiti tinggi memudahkan penyimpanan selain mengekalkan kesegaran rasa mentega bagi meningkatkan keenakan makanan manis dan juga berempah termasuklah kek lapis, biskut, kek paun hinggalah nasi kurma dan ayam kurma. Wakil media dan influencer media sosial turut menyertai sesi demonstrasi masakan bersama Chef Florence menggunakan mentega Anchor dalam tin. 
Pumpkin Cheesy Tart

Anchor Food Professionals sejak sekian lama telah menghasilkan produk tenusu dari New Zealand daripada ternakan lembu yang diberikan rumput semula jadi. Ia kemudian dibekalkan kepada restoran, kafe dan pembuat kek dan roti bagi membolehkan mereka memenuhi permintaan pelanggan yang inginkan rasa makanan yang lazat.
Honey Gold Cornflakes with Almonds

Anchor Food Professionals amat berbangga dapat berkongsi produk tenusu berkualiti tinggi ini dengan seluruh warga Malaysia.  Produk tenusu terbaik ini adalah hasil daripada faktor cuaca di New Zealand yang sederhana di mana ternakan lembu diberikan rumput sepanjang tahun serta usaha gigih dan ketekunan dari 10,000 peladang pemegang saham Fonterra yang memiliki kepakaran dan pengalaman perladangan sejak beberapa generasi bagi menghasilkan produk yang selamat dan berkhasiat.

Setiap tin mentega Anchor mengandungi 454g mentega asli dari New Zealand, dan boleh didapati di Tesco dan kedai-kedai yang menjual barangan membuat kek di seluruh Malaysia. Pilihlah mentega yang bermutu tinggi untuk masakan dan membuat kek dan roti untuk hasil yang lazat hari ini!

Info lanjut tentang mentega Anchor dalam tin serta resipi dari Chef Florence layari : 











YOLO Eats Menyediakan 25 Tarikan Menarik Di Philea Mines Beach Resort

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha tak tahu pun yang di area The Mines tu ada satu hotel yang mempunyai pantainya sendiri. Memang pelikkan tapi itu yang ada kat sana korang boleh merasai seperti menginap di sebuah beach resort tepi pantai walaupun ia hanya di sebuah tasik sahaja. 

Maha masuk Philea Mines Beach Resort ini baru nampak semua yang orang katakan tentang tempat ini. Sangat besar hotel ni dan juga pemandangan yang menarik mengadap tasik buatan manusia. Dulu kalau pergi kat The Mines Shopping Malls sahaja untuk beli-belah tak pernah sampai kat sini. Rupanya kat dalam ni ada lagi banyak yang menarik terdapat 25 tarikan ramai orang tak tahu.



Aktiviti yang boleh buat di sini seperti :
1) Paradise Bridge / Paradise Arch
2) YOLO Garden
3) Neon Arch
4) I Want To Be Superstar
5) Rainbow Arch
6) Fairy Arch
7) Fairy Waterfall
8) Fantasy Garden 
9) Where Your Dreams Come True!
10) Avatar Junction
11) ABC BBQ Area
12) Red Light District 
13) Peek A Boo Lane!
14) You're My Sunshine!
15) Love Tunnel!
16) Look Up! Jelly Fish
17) Love Lane
18) Wishing Well
19) Vroom & Splash
20) Windmill
21) Sand Pit
22) Tiki Tiki Bar
23) Sand Pool
24) Waterfall
25) Kung Fu Panda BBQ Area

YOLO Eats atau nama panjangnya You Only Live Once. Selain daripada tempat yang menarik juga boleh buat pelbagai aktiviti seronok bersama keluarga di sini. Kalau datang bersama anak-anak boleh mandi-mandi di Sand Pool dan juga menikmati Water Slide yang ada ditengah-tengah pool juga ada itik besar tengah pool tu hehehe. 




Selain itu juga kat sini korang boleh berseronok untuk bernyanyi, makan, menonton movie, mendengar live band dan banyak lagi. Kalau sebut pasal makan kat sini memang banyak pilihan. Paling menarik adalah mereka menyediakan ruang untuk korang BBQ nak masak sendiri. Tapi kalau tak nak masak boleh Pick-Grill-Serve dimana mereka menyediakan makan bakar yang lazat. 





Ada pilihan antaranya striploin, ribeye dan tanderloin steak, juga ada chicken garlic cheese dan chicken cajun. Kalau suka pada makanan laut ada juga seasoning salmon dan butter fish. Tak sah kalau BBQ tanpa sosej dan banyak lagi lah. Korang boleh nikmati semua makanan ini secara santai tepi pantai buatan macam berkelahla dengan nikmati hiburan yang disediakan.






Mereka juga sediakan bahagian yang mana kalau siapa ada plan untuk buat majlis perkahwinan atau pernikahan secara outdoor sini pun boleh. Sebab tu ada satu bahagian yang didekorasi dengan hiasan kerusi dan juga mini pelamin. Best kot boleh buat majlis bersejarah ini kemudian bermalam kat hotel yang ada di sini. 



Kalau korang berada di sini sampai malam keadaan akan berubah sangat menarik. Bukan sahaja kerana makan tapi juga suasana di sini yang diterangi dengan lampu-lampu neon. Tak rasa sunyi tapi lebih meriah bila tiba waktu malam dan aktiviti lebih rancak hehehe. Juga mereka yang kaki Insgtramer dan juga kaki photo sini banyak port menarik yang dicipta untuk korang abadikan dalam sosial media dan sangat rare ok.





YOLO Eats ini hanya ada dibuka setiap malam Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja. Pada hari lain ia akan tutup melainkan kalau ada cuti umum ia akan dibuka. Buka tu maksudnya adalah makanan bufet, persembahan dan juga hiburan tapi tempat ini tetap masih macam sama setiap hari biasa. Lepas ini tahu lah mana nak pergi kalau hujung minggu sambil makan dan berhibur area sini. 

Info lanjut dan juga sebarang pertanyaan boleh hubungi :
Tel : 03-8943 6688
Fax : 03-8943 5555







Lindungi Daripada Penipuan Dan Pencurian Identiti Dalam Talian Dengan CTOS SecureID

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sejak dua menjak ini negara kita selalu dibanjiri dengan laporan di media orang kena tipu atau lebih dikenali scam dalam talian. Kadang-kadang kita dah rasa maklumat kita dah selamat dan juga dilindungi namun semua itu menakutkan. Ada satu laporan tu yang Maha baca kena tipu sehingga berpuluh ribu ringgit duit simpanan bertahun-tahun sedih sangat dengar.

Selain daripada kita buat laporan pada pihak berkuasa jika terkena dengan semua ini, kita juga perlua ada pelindungan peringkat awal agar kita dapat bertindak sebelum terjebak. Sebab itu CTOS telah melancarkan CTOS SecureID iaitu khidmat pelindungan penipuan dan pemantauan kredit untuk memerangi pencurian dan penipuan identiti. Perkhidmatan pemantauan dark web ini adalah yang terulung seumpamanya yang dilancarkan oleh sebuah agensi pelaporan kredit di Asia Tenggara. 
Y.Bhg Dato' Dr. Haji Amiruddin Bin Abdul WahabKetua Pegawai Eksekutif Cybersecurity Malaysia

Hebat tak Maha wakakaka, bukan hebat mana pun semua ini Maha tahu masa pergi ke majlis pelancaran CTOS SecureID ini. Program ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg Dato' Dr. Haji Amiruddin bin Abdul Wahab iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Cybersecurity Malaysia. Juga turut hadir pada majlis pelancaran tersebut adalah Mr. Dennis Martin iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CTOS. Kalau korang tahu program ini dibangunkan oleh CTOS Data Systems Sdn Bhd (CTOS) iaitu agensi pelaporan kredit terkemuka di Malaysia tau. 
Mr. Dennis MartinKetua Pegawai Eksekutif Kumpulan CTOS

Kalau korang melanggan khidmat ini korang akan dapat maklumat awal jika berlaku sebarang perubahan profil kredit korang seperti permohonan kredit baharu, bayaran yang tertinggal, prubahan had kredit, penutupan kemudahan kredit, kemuflisan, kes litigasi dan juga amaran jika ditemui butiran peribadi dalam dark web. Semua ciri ini korang akan dapat kalau melanggan CTOS SecureID ini. 

Selain itu juga CTOS ini juga menyediakan pelindungan takaful sehingga RM20,000 untuk kerugian kewangan akibat daripada transaksi palsu dan macam-macam lagi. Jadi bukan sahaja memberi notifikasi awal malah memberi bantuan takaful selepas sahaja malapertaka belaku yang kita tidak ketahui. Khidmat takaful ini diuruskan oleh Zurich General Takaful Malaysia Berhad jadi ia dijamin.

Macam mana korang nak dapat semua program CTOS SecureID ini. Mudah sahaja korang hanya perlu muat turun di App Store atau Google Play dan daftar kemudian korang hanya perlu melangggan serendah RM9.90 sebulan sahaja atau RM99.00 untuk setahun perkhidmatan ini. Korang dah boleh dapat semua kemudahan yang disediakan oleh CTOS ini.
Hisyam Hamid, Kapten CTOS

Bagi melancarkan dan juga memberi penerangan lebih lanjut kepada semua pengguna di Malaysia mereka juga turut memperkenalkan Kapten CTOS. Siapa lagi kalau bukan pelakon drama dan filem hebat iaitu Hisyam Hamid dilantik menjadi Kapten CTOS. Kalau korang perasan iklan komersial yang ada Hisyam tu lah tugas beliau memberi galakkan kepad orang awam tentang kepentingan program ini. 

Selaku pelanggan CTOS SecureID korang akan turut menerima sokongan berupa maklumat terkini mengenai panduan pecegahan penipuan dan pencurian, sokongan dalam hal-hal berkaitan pencurian identiti serta empat Laporan Skor MyCTOS setahun. Ini penting untuk korang memudahkan membuat pinjaman tak kisah lah pinjaman peribadi atau perumahan daripada pihak bank tau. Lepas ini korang boleh relax dan tidak perlu bimbang akan masalah scam atau pencurian identiti ni. 

Korang nak dapat info lanjut tentang program ini boleh layari https://www.ctoscredit.com.my.








Resotran Toss N Curry Istimewa Kari Kepala Ikan Dan Juga Briyani Kambing

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha tahu kat mana sekarang ni nak cari masakan kari terbaik di Kuala Lumpur. Kari Kepala Ikan ker, kari kambing ker, atau juga Mee Kari kat sini lah tempatnya. Walaupun disebut sebagai Overnight Curry tapi ia bukanlah kari yang dimasak semalam tapi nama untuk melambangkan keenakan kari yang dihasilkan sendiri di sini. 

Korang tahu tak restoran apa yang Maha maksudkan ini. Ini lah dia Toss N Curry yang terletak di Jalan SS21/62, Uptown Damansara. Maha pun pertama kali jejak kaki kat restoran ini. Kalau korang melalui lebuh raya SPRINT korang boleh melihat sebelah kiri lebuh raya ini dan nampak bumbung restoran yang berwarna merah hitam ini. Dari luar sahaja korang dah nampak exclusiviti restoran ini.



Mengetengahkan konsep modern Malaysia dimana korang boleh lihat ada campuran bangsa di Malaysia ini sendiri dalam restoran ini. Selain daripada penggunaan perabot yang lebih terkini dan juga mewah membuat korang rasa selesa untuk makan kat sini. Restoran ini no pork, no lard, no beef  dan hanya menghidangkan daging ayam, kambing dan ikan, selain daripada makanan laut lain. Jadi memang semua orang boleh datang makan kat sini.




Sebut sahaja tentang menu kat sini macam Maha bagi tahu awal-awal tadi kat sini paling best adalah karinya. Special korang kena cuba bila datang kat sini adalah Overnight Fish Curry yang dimasak cara Indian. Karinya sangat pekat dan juga melekat rasanya kerana karinya dimasak dalam clayport mengikut cara tradisional. Makan pula dengan nasi putih dan juga sayur serta papadom memang best. 
Overnight Fish Curry (RM18.90)

Selain tu juga boleh cuba mereka punya Mutton Briyani yang menggunakan beras basmati terbaik dan juga daging kamping import yang paling mahal bukan biasa-biasa tau. Sebab tu korang dapat rasa kambing tu tiada lemak dan liat. Kemudian cuba juga mereka punya Mutton Masala Fried Rice dimana kambing tu masak kari. 
Mutton Briyani (RM27.90)

Mutton Masala Fried Rice (RM19.90)

Kalau tak makan kambing boleh cuba mereka punya TnC Chef Special Chicken Rendang yang dihidang bersama dengan nasih juga. Rendang ini cara Melayu masak dan ia lebih pedas kerana menggunakan cili padi terbaik. Juga satu lagi nasi adalah Nasi Lemak Grilled Chicken. Menarik kerana semua makanan kesukaaan rakyat Malaysia ada kat sini kan.
TnC Chef Special Chicken Rendang (RM12.90)

Nasi Lemak Grilled Chicken (RM19.90)

Satu lagi masakan kari yang popular kat sini adalah Spaghetti Curry Laksa. Mereka tak menggunakan mee biasa tapi spaghetti dan kuah karinya lebih kepada kari nyonya sedikit manis. Sebab itu Maha cakap restoran ini semua bangsa ada dalam semua hidangan mereka. Kalau nak betul-betul modern korang boleh cuba Macho Nachos dan juga Club Sandwich atau Salad pun ada kat sini.
Spaghetti Curry Laksa (RM18.90)

Club Sandwich 

Macho Nachos (RM18.90)

Last sekali korang kena cuba satu-satunya dessert di sini dan tak ada kat tempat lain kot iaitu Sizzling Brownies With Curry Ice-Cream. Korang pernah cuba tak aiskrim kari. Kat sini ada tau dan rasa sangat sedap padan rasa brownies dengan kari tu tau. Korang tak rasa muak pun makan dimana sos yang panas bersama dengan aiskrim yang sejuk dan juga brownies yang manus menyelerakan sangat pencuci mulut ini masih terngiang desiran sosnya masa dituang tu hehehe best. 
Sizzling Brownies With Curry Ice-Cream (RM22.90)


Restoran Toss N Curry ini dibuka setiap hari dari pukul 7.00 pagi hingga 11.00 malam. Cara nak cari senang jer Google atau Waze jer Toos N Curry nanti jumpa lah kat area Uptown Damansara atau sekarang dikenali sebagai Damansara Utama. Rekmen sangat untuk korang yang tinggal dan bekerja berhampiran untuk cuba menu-menu yang ada kat sini. Maha dah cuba korang bila lagi. Nanti tinggalkan komen bila dah datang cuba makan di sini ok. Selamat menjamu selera.

Info lanjut menu lain dan juga tempahan layari :









Pemandangan Indah Panorama Sekitar Cyberjaya Di Royale Palace Skyview

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Selalu kalau orang buat acara seperti majlis perkahwinan, majlis pertunangan, atau juga majlis pelancaran produk dan juga acara koporat mesti mencari dewan yang berada aras bawah. Itu boleh juga tapi cuma ia tidak memberikan panorama indah dari kawasan yang tinggi lah.

Tapi sekarang ini korang boleh buat semua majlis bermakna itu di sebuah dewan tingkat 10 dengan pemandangan menarik sekitar Cyberjaya. Kat mana tu? Ini lah tempatnya iaitu Royale Palace Skyview terletak di Skytech Tower 2 Cyberjaya. Korang boleh buat majlis dalam dewan atau juga outdoor kerana ia mempunyai kedua-dua ruangan tersebut.




Walaupun berapa pada kedudukan bangunan yang tinggi tapi tetap masih menarik cantik dan luas sehinggakan mampu memuatkan lebih kurang 300 orang dalam satu-satu masa. Korang tak perlu risau juga kerana kawasan ini ada banyak parking kenderaan yang disediakan daripada parking terbuka kepada kawasan parking bertingkat jadi masih mampu muat untuk semua tetamu yang datang menaiki kenderaan sendiri.



Dewan dilengkapi segala kemudahan yang ada seperti tandas, surau dan juga ruangan menunggu sangat sesuai untuk buat pelbagai acara. Dewan ini boleh berubah wajah mengikut citarasa anda yang mahukan ia menjadi seperti istana mewah atau taman penuh bunga-bunga. Kalau kat luar pula boleh buat tempat santai bersembang atau bersama kawan-kawan untuk tetamu yang suka pemadangan luas memukau. 




Royale Palace ditubuhkan pada tahun 2016 dan diuruskan oleh RSZ VENTURES SDN BHD. Kalau korang perasan ia ada satu lagi dewan di U6 Shah Alam dan kini menambahkan lagi ruangan bagi masyarakat di Cyberjaya, Putrajaya dan sekitarnya. Banyak lagi kemudahan yang boleh korang request yang mereka boleh sediakan di sini seperti :

1) Lighting System
2) Projector
3) Sound System For Band
4) Instant Photobooth
5) Oblong Table / Cake Table
6) Royal Palace Rostrum 
7) Red Carpet
8) Pentas Utama







Jadi sangat sesuai untuk sebarang majlis yang korang nak cari keselesaan dan juga kemewahan. Royale Palace Skyview kini beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang, 5 hari seminggu dari Selasa hingga Ahad. Namun tempat ini juga boleh disewa secara eksklusif pada waktu malam dan hujung minggu untuk sebarang aktiviti yang korang nak rancang. Mereka boleh sediakan khidmat rundingan sekiranya nak mengadakan majlis di sini dan membuka ruang untuk lawatan sebelum sesuatu acara di adakan.

Kalau nak maklumat lanjut boleh hubungi mereka di talian :
Tel : 019-3316728 (Rashman)
        016-4450538 (Pogy)
Alamat : Level 10, Skytech Tower 2, MKN Embassy Techzone
               Jalan Teknorat 2, Cyber 4, 63000 Cyberjaya Selangor








Makanan Western Dalam Dulang Yang Besar Dan Banyak Hanya Di Kedai Makan Fei & Ali

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Selalu kalau korang datang makat kat restoran bawa keluarga ramai-ramai mesti korang susah nak pilih menu yang ada semuanya dalam satu set. Yer lah kadang-kadang ada yang nak makan ayam sahaja, ada yang nak makan spaghetti lah, yang nak makan nasi lah dan juga tak kurang yang nak diet kan.

Maha sendiri pun kadang-kadang terpaksa order banyak sebab nak rasa semua tu. Tapi sekarang Maha dan tahu kat mana korang boleh order satu dulang dan dalam tu ada macam-macam makanan daripada masakan tempatan kepada masakan barat yang popular. Sebab tu Maha suka datang ker Kedai Makan Fei & Ali. Kedai makan ni terletak di Seksyen 9 Shah Alam.



Fei & Ali tu mungkin nama kepada pemilik kedai makan ni kot. Hari tu Maha tengok menu mereka menyediakan hidangan tempatan dan barat yang berpatutan seperti Sambal Udang Petai dengan nasi putih, Laksa, Mee Rebus, Burger, Pasta, dan banyak lagi. Tapi satu ini sangat menarik perhatian Maha sehingga terorder sebab dalam satu dulang boleh dapat semua sekali nama set ini adalah Western Platter
Western Platter (RM57.80)

Kalau korang tengok satu plate tu boleh makan lebih kurang untuk tiga ke empat orang. Dalam dulang tu ada dua jenis Spaghetti yang pedas iaitu Aglio Olio dan juga yang berkeju Gamberoni Pasta. Kemudian ada pula Butter Rice dan lauk seperti Garlic Herb Prawn, Spicy Chicken Wing, Beef Teriyaki Slices, juga yang macam sate tu Lamb Skewer. Banyak tu kalau makan seorang memang tak boleh nak habis.



Pulak tu ada dalam set tu Salad dan juga Onion Ring melengkapkan hidangan korang. Kalau tanya tentang rasa semua masakan ini ada rasa tersendiri ada yang pedas, yang berlemak dan juga yang rengup memang sempurna. Harga untuk satu dulang ini hanya RM57.80 sahaja jadi dah boleh jimat kat situ.

Ayam Goreng Kunyit Sambal Terangkat (RM10.00)

Kalau tak puas makan yang western ini korang boleh order macam yang Maha ambil ini iaitu Ayam Goreng Kunyit Sambal Terangkat. Rasa sambal tu yang sedap dan pedas-pedas manja kena pulak dengan ayam kunyit tu per memang terangkat. Pulak tu korang perkena minuman special mereka kat sini iaitu Teh Tarik Semanis Cinta Ku Pada Mu. Nama pun dah rasa sedapkan tengok teh tarik yang ada Popcorn atasnya bersama aiskrim dan juga sos karamel terbaik.
Teh Tarik Semanis Cinta Ku Pada Mu (RM8.80)


Akhir sekali tak sah kalau makan tak tutup dengan pencuci mulut walupun hakikat perut dah kenyang wakakaka. Hari tu Maha order mereka punya special kek kat sini iaitu Almond Salted Caramel Crepe Cake. Tak begitu manis dan juga sesuai boleh habis seorang satu potong ni. Harga pula hanya RM15 sahaja. 
Almond Salted Caramel Crepe Cake (RM15.00)

Suasana dalam restoran ini walaupun korang masuk ia macam dekorasi yang biasa sahaja tapi tetap nampak kemas dan tidak serabut. Ada sudut yang khas untuk korang nak membaca sambil makan. Paling penting restoran ini berhawa dingin sepenuhnya jadi lebih selera korang nak makan. Restoran ini kalau time makan tengah hari memang boleh kata penuh dengan pelanggan yang dah tahu tentang keistimewaan restoran mereka. Cuma Maha jer baru tahu dan baru dapat pergi mencuba hidangan kat sini.


Kedai Makan Fei & Ali ini buka setiap hari kecuali hari Isnin mereka tutup. Waktu operasi pula dari pukul 12.00 tengah hari hingga 3.00 petang dan sesi kedua 6.00 petang hingga 10.30 malam untuk makan malam. Cuma hari minggu Sabtu dan Ahad mereka buka dari pukul 12.00 tengahari sampai pukul 11.00 malam sebab tu sentiasa penuh orang. Nanti kalau korang dah cuba menu sini boleh bagi komen dan pendapat tentang makanan kat sini ok. Maha nak tahu juga citarasa korang semua hehehe.

Kalau korang nak tahu menu lain dan juga nak cari restoran ini boleh pergi ke laman social media mereka:
Alamat : Kedai Makan Fei & Ali, 
               No.22 Jln Tengku Ampuan Zabedah A9/A, 
               Seksyen 9 Shah Alam, Selangor

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 4.5/5
Harga : 4/5





Espira Sri Petaling Memperkenalkan Wajah Baru Dan Menu Baru

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kalau sebut nama Hotel Sri Petaling mesti ramai orang kenal dan tahu kat mana hotel ni. Tapi bila sebut Espira Sri Petaling korang tahu tak kat mana kan. Maha sendiri pun tak tahu sebenarnya Hotel Sri Petaling telah di jenamakan semula dengan Espira Sri Petaling. Walaupun rumah Maha dekat situ dan selalu lalu situ pun tak tahu pasal perubahan ini. 

Sejak Ogos 2019 lagi hotel 3 bintang ini telah diambil alih oleh Attana Hotels & Resorts Sdn Bhd iaitu anak syarikat kepada Permodalan Nasional Berhad (PNB). Wahh hebat yer PNB makin banyak hotel beliau seluruh Malaysia. Tak lama lagi akan ada pula menara tertinggi di Malaysia milik PNB juga yang terletak dekat dengan Stadium Merdeka tu hurmmm.




Hotel ini memperkenalkan identiti korporat dan imej baru kepada komuniti, pelanggan dan syarikat koporat. Hotel ni terletak ditengah bandar Sri Petaling dan hanya 2.7km daripada Stadium Nasional Bukit Jalil. Hotel ini sekarang ada 168 buah bilik yang terdiri daripada Superior King/Twin, Family Standard, Family Superior, Family Deluxe, Junior Suite dan Executive Suite



Maha berkesempatan masuk dan melihat sendiri bilik-bilik yang ada kat sini bagaimana susun aturnya juga saiz biliknya. Kalau yang gamily tu memang sangat besar boleh muat sehingga empat orang terdapat bilik asing untuk ibubapa dan anak-anak. Kemudian bilik suite lain pun semua kemas dan teratur daripada segi perabut mahu pun hiasan yang ada di dalamnya. Satu bilik tu iaitu bilik paling besar siap ada Jacuzzi lagi kat dalamnya mewah giler. 

Tu perubahan daripada segi bilik mereka juga telah menambah menu baru lebih daripada 50 jenis makanan yang terdapat di Dine Coffee House dalam hotel ini. Semua di sediakan sendiri oleh chef profesional mereka dan pasti memenuhi selera masyarakat Malaysia. Menariknya sehingga hujung bulan Mac 2020 ini mereka buat promosi 'Buy 2 Free 1' untuk semua jenis ala-carte menu mereka dari jam 11.00 pagi hingga 10.30 malam. Apa yang korang perlu buat untuk dapatkan promosi ini hanya like Facebook Page Espira Sri Petaling dan korang boleh terus tebus promo ini. 
Salmon Bakar (RM38.00)

Caeser Salad with Salmon Salai (RM15.00)

Maha nak kongsi dengan korang menu-menu baru yang terdapat kat sini tak adalah semua tapi yang mana sempat Maha cuba hari tu masa datang ke hotel ini. Kalau korang kaki ikan Salmon mesti kena cuba dua menu ini iaitu Salmon Bakar dan juga Caeser Salad with Salmon Salai. Selain makanan laut ada juga beberapa menu daging dan kambing yang menarik di sini seperti Daging Sirloin Panggang dan NZ Lamb Chop Panggang. Kedua-duanya ada sos lada hitam dan juga bersama kentang goreng dan sayur yang ditumis bersama mentega.
Daging Sirloin Panggang (RM35.00)

 NZ Lamb Chop Panggang (RM40.00)

Kalau korang tak berapa sangat makanan barat nak cuba hidangan masakan Melayu kat sini ada juga Daging Halia, Sup Ekor dan Kacang Pool. Semua ini cukup rasa masakan tempatan dimana dagingnya lembut dan juga sup ekor yang direneh selama 2 jam untuk pastikan ia masak sempurna. Juga kalau orang Johor rindu nak makan masakan Johor boleh cuba Kacang Pool mereka rasa sama jer macam kat sana. Kalau yang nak makan nasi paling rekemen kat sini adalah Nasi Goreng Sri Petaling bersama dengan sambal udang, ayam goreng dan acar sayur cukup lengkap.
Daging Halia (RM15.00)

Sup Ekor (RM20.00)

 Kacang Pool (RM12.00)

Malaysia ni kaya dengan pelbagai bangsa menu kat sini juga ada untuk semua bangsa seperi masakan Cina. Kat sini popular adalah Mee Sup Wantan dan juga Beef Stroganoff. Jadi boleh pilih nak mana satu korang mesti balik tak akan lapar dan puas kenyang makan. Akhir sekali mesti kena tutup dengan pencuci mulut iaitu Puding Roti dan Mentega. Lengkap makanan satu hari korang kalau menginap kat hotel ini tak perlu pergi jauh-jauh.
Mee Sup Wantan (RM18.00)

Cili Padi Chicken Chop (RM18.00)

Puding Roti dan Mentega (RM5.00)


Paling penting Dine Coffee House, Espira Sri Petaling mendapat persijilan Halal daripada JAKIM jadi makan tanpa was-was. Korang yang tidak menginap kat sini pun boleh datang untuk makan tengah hari bawa rakan pejabat atau juga bawa keluarga sekali-sekala makan yang sedap-sedap dan mewah, tapi harga tetap masih mampu bayar. Kalau korang dah makan kat sini nanti boleh tinggal komen untuk reference orang lain juga nantikan. Selamat menjamu selera.

Info lanjut dan juga tempahan boleh hubungi :
Whatsapp : 011-3676 5641
Tel : 03-9058 2323









Iftar Ramadhan 'Jom Ler Berbuka!' Di RHR Hotel @ UNITEN Bangi

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Tinggal lebih kurang sebulan lebih sahaja lagi kita akan menyambut ketibaan bulan yang penuh mulia dan Mubarak. Bulan yang dinantikan oleh umat Islam seluruh dunia iaitu bulan Ramadhan. Bulan dimana kita dapat meningkatkan amal ibadah dan juga lebih mendekatkan diri kepada Maha Pencipta.

Bulan itu juga kat Malaysia ni macam pesta makanan kerana merata tempat akan menyediakan juadah berbuka puasa dengan pelbagai hidangan yang enak-enak belaka. Tak kurang juga di RHR Hotel yang terletak di dalam Universiri Tenaga Nasional Bangi ini. Hotel yang strategik di antara Putrajaya, Kajang, Bangi dan Sepang menyajikan lebih daripada 200 pilihan makanan serta lebih 21 gerai istimewa. 





Kali ini RHR Hotel membawakan konsep 'Selera Kampung'yang pasti orang Malaysia tidak akan lupa masakan kampung yang begitu sinonim dengan cara hidup masyarakat kita. Bufet Ramadhan kali ini di sediakan di Jupiter Coffee House yang memiliki persijilanan Halal JAKIM. Kafe ini juga mampu memuatkan 500 hingga 700 orang dalam satu-satu masa banyak tu.






Macam Maha bagitahu tadi yang bufet kat sini ada juga gerai yang menyajikan beberapa juadah istimewa seperti Gerai Bergedil Tauhu Pak Hassan Ada juga gerai yang menjadi tumpuan orang ramai bila bulan puasa iaitu Gerai Odeng Kambing Golek istimewa. Gerai Satay Kajang, Gerai Shellout Station Anuar, Gerai Nasi Bebek & Ayam Adik Shahrul, Gerai Gulai Kawah Pak Suhaimi, Gerai Sup Bro Adil, gerai yang Maha paling suka iaitu Gerai Nasi Chef Hizrani, Gerai Ikan Bakar Utara dan banyak lagi lah.




Tu baru bahagian gerai yang ada kat situ belum lagi menu utama bufet kat sini berkonsepkan masakan mengikut negeri-negeri yang popular di Malaysia. Menu utama ini akan digilirkan setiap hari agar korang datang dan dapat nikmati juadah berbeza setiap masa. Kalau contoh hari pertama puasa juadah dari Negeri Johor, esoknya pulak juadah dari negeri Melaka dan begitulah bergilir sehingga habis semua negeri-negeri di Malaysia. 





Maha senaraikan beberapa juadah yang korang akan dapat rasa kat sini mana tahu ada yang korang mengidam nak rasa boleh datang sini. Ada menu Laksa Johor, Nasi Briyani Muar, Mee Kari Nyonya, Masak Lemak Teluk Itik, Ayam Rendang Pucuk Ubi, Ikan Keli Goreng Dengan Sambal Merah, Kupang Masak Serai, Ikan Patin Masak Lemak Tempoyak, Gulai Daging Berkentang, Sambal Ikan Tongkol dan banyak lagi lah ada 200 menu semuanya. 








Semua juadah ini korang boleh nikmati dengan hanya harga RM75.00nett untuk seorang dewasa dan RM38.00nett untuk seorang kanak-kanak 5 hingga 12 tahun dan warga emas berusia 60 tahun keatas. Tapi kalau korang booking sekarang ada harga 'early bird' hanya RM55.00nett bermula 1 Mac hingga 20 April 2020. Tarikh sebenar bufet ini akan bermula adalah dari 25 April 2020 hingga 21 Mei 2020 dari pukul 6.00 petang hingga 10.00 malam. 

Korang rasa berbaloi tak dengan harga ni serta makanan yang ada kat sini. Bagi Maha sangat-sangat berbaloi murah dan juga makanan mereka semua sedap dan ada rasa yang asli masakan Melayu tradisional. Kemudahan lain ada kat sini seperti tempat solat yang dekat iaitu bersebelahan dengan Masjid Universiti Tenaga Nasional. Kawasan parking yang luas dan selesa jadi tak perlu risau datang naik kenderaan di sini. Boleh lah bawa keluarga atau juga plan dari sekarang untuk berbuka dengan kawan-kawan.

Sebarang tempahan dan pertanyaan boleh hubungi :
Tel : 03-8922 2088 sambungan 8036/8013
Whatsapp : 011-6318 2088
Email : dahlia@rhrhotel.com








Bufet Ramadan Santapan Kasih Juadah Mesra Di The Grand Campbell Hotel Kuala Lumpur

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kali ini Maha nak perkenal kepada korang satu lagi lokasi untuk berbuka puasa bila tiba bulan Ramadan nanti. Kali ini berada betul-betul ditengah-tengah Kuala Lumpur dan tempat tumpuan orang ramai bila tiba musim perayaan terutama Hari Raya. Di sini lah tempat kalau dulu-dulu sebulan puasa penuh sesak dengan Bazar Ramadan dan juga orang membeli belah keperluan perayaan.

Lokasi yang Maha maksudkan adalah The Grand Campbell Hotel Kuala Lumpur. Hotel yang terletak di Jalan Dang Wangi dan sebelahan sahaja denga Lorong Tuanku Abdul Rahman memang tempat tumpuanlah. Kalau hujung minggu hotel dan kawasan sekitar ini penuh dengan pengunjung yang datang beli-belah dari serata Malaysia kerana hotel ni dekat dengan Masjid Jamek, SOGO, Jalan TAR, Pertama Komplek  dan banyak lagi. 




Kat sini pun tak kurang banyak juga juadah pilihan makanan untuk korang berbuka puasa. Membawakan konsep Santapan Kasih Juadah Mesra mereka mengutamakan makanan masakan Melayu. Antara yang popular dihidangkan dalam bufet kat sini seperti Kambing Kuzi, Bawal Masak Tomato, Ayam Perchik Kelantan, Pucuk Paku Sambal Belacan, Sambal Tempe, Kobis Masak Putih Tahu Keras, Daging Palimbang dan banyak lagi. 






Tu menu utama ada juga pembuka selera seperti Cucur Udang, Keropok Lekor, Keropok Ikan, pelbagai jenis Jeruk dan juga sambal-sambal. Kalau untuk pencuci mulut pula ada banyak pilihan seperti Bread Butter Pudding, Swiss Roll Spouge Cake Chocolate, Puding Jagung Kemasik, Buah Melaka, Kastad Labu, Dodol dan juga pelbagai jenis kuih muih tradisional yang popular di Malaysia.





Ini yang Maha senaraikan adalah menu untuk set pertama, kerana kat sini mereka ada tiga set juadah yang berbeza dan akan berubah setiap minggu demi memberi kepuasan kepada pelanggan yang datang berbuka di sini. Selain itu juga dalam Dewan Bunga Raya ini akan dikelilingi dengan pelbagai jenis gerai untuk juadah lain juga.

Kat sini ada Gerai Malay Station yang menyajikan Roasted Whole Lamb dengan Sos Percik. Ada Gerai Campbell Briyani menyediakan Nasi Briyani bersama dengan Ayam Masak Merah dan Papadom. Ada juga Gerai Malay Sweet Hot Dessert yang ada pelbagai jenis bubur panas dan manis. Juga terdapat Gerai ABC, Cendol dan juga Lycee Kang untuk menyejukkan perut. 






Gerai BBQ untuk pelbagai jenis makanan laut yang dipanggan seperti Kembong, Pari dan Cencaru. Ada lagi Gerai Satay yang memang wajib ada setiap kali buka puasa. Juga ada Gerai Kawah Station yang menyediakan Gulai Kawah Kambing atau Daging dan juga Assam Pedas. Akhir sekali ada Gerai Live Station dimana mereka menyediakan yang Maha sebut tadi Cucur Udang dan Keropok Lekor. 




Harga untuk buka puasa di sini juga masih mampu beli dimana RM55.00nett untuk seorang dewasa dan RM30.00nett untuk seorang kanak-kanak. Tarikh bermula Bufet Ramadan kat hotel ini adalah dari 29 April hingga 21 Mei 2020 dari jam 6.00 petang hingga 10.00 malam. Tapi kalau korang nak buat'Private Event'berbuka puasa kat dewan ini yang mampu memuatkan sehingga 150 orang dalam satu-satu masa pun boleh. Harganya lain sikit dimana untuk dewasa RM65.00nett dan juga RM35.00nett untuk yang bawa kanak-kanak.

Bila tiba hari Raya nanti kalau korang plan nak buat majlis rumah terbuka kat sini juga ada menyediakan perkhidmatan tersebut. Harga untuk majlis Rumah Terbuka Hari Raya pula hanya RM60.00nett seorang sahaja. Jadi boleh lah plan dari sekarang untuk buat acara raya nantikan. Sebab dalam dewan ni ada pentas utama dan kemudahan lain seperti tandas dan ruang solat sangat selesa untuk sebarang acara. 

Kalau korang nak buat tempahan atau ada pertanyaan lanjug hubungi :
Tel : 03-2694 1717 ext 5
        013-526 6539 (Diana)
        012-623 4361 (Farid)








MinNature Malaysia Membawa Anda Mengembara Dunia Mini Lebih Dekat Dan Realiti

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Bagi Maha masih banyak lagi lokasi pelancongan dan juga bangunan prasejarah yang mungkin kita anggap ia biasa sahaja tapi bagi orang luar ia satu yang sangat berharga. Sehingga mereka sanggup melancong sejauh beribu batu untuk datang ke negara kita kerana banyaknya tempat sejarah yang menarik. Bukan tak cinta kepada sejarah tapi tak berkesempatan untuk melihat semua ini depan mata.

Tapi sekarang tiada alasan lagi untuk korang tidak kenali sejarah dan juga peninggalan lama yang begitu popular sehingga luar negara. MinNature Malaysia mempamirkan kekayaan warisan, sejarah dan pelbagai masyarakat dan budaya yang ada di Malaysia tercinta ini. Tapi ia dalam dunia miniatur yang mereka terjemah dari dunia sebenar. 

Wan Cheng Huat Pengasas MinNature Malaysia


Terpegun Maha bila pertama kali masuk ke dalam pameran MinNature ini yang telah dirasmikan pada tanggal 3 Mac 2020. Ia terletak di tingkar satu JUMPA @ Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur. Pameran ini telah diasakan oleh Wan Cheng Huat iaitu seorang yang mempunyai tangan kreatif dan juga semangat cinta akan negara dengan caranya tersendiri. Pameran ini dibahagikan kepada empat sektor utama yang mesti korang singgah disetiap sudutnya.

RASA MALAYSIA


Pertama sekali bila korang masuk melalui pintu utama korang akan diceritakan dengan koleksi pelbagai juadah dan makanan yang begitu popular di Malaysia. Korang tahu ke apa makanan yang menjadi identiti kepada pelbagai kaum yang ada di Malaysia ni. Kat sini korang dapat lihat Kacang Putih yang dibawa oleh penjaja India di Malaysia. Kemudian Dim Sum yang menjadi hidangan utama Cina Kantonis. Gerai Sate dan Kepak Ayam Bakar yang banyak diusakan oleh orang Melayu dan menjadi juadah kegemaran semua rakyat Malaysia.






Ada juga gerai kuih muih tradisional, gerai sarapan pagi yang banyak kita dapat lihat diserata Malaysia. Kat sini kita baru tahu sebab itu banyak pelancong luar menggelar Malaysia sebagai syurga makanan. Ada banyak lagi korang akan tengok hasil seni yang halus dan teliti dilakukan bagi memastikan setiap item terbentuk dan terletak pada tempat yang tepat dan betul.

MINI DI DALAM DINDING KACA


Bahagian kedua di sini pula membawa korang kepada konsep diorama-diorama di dalam akuarium atau dinding kaca. Diorama-diorama ini menggambarkan suasana-suasana berbeza; dari suasana kampung Melayu ke suasana bandar dan juga suaasana gua dan juga pengkalan jeti atas air. 






Maha sungguh kagum kerana semua ini direka mengikut ciri sebenar rakyat di Malaysia daripada warna, bentuk dan juga susun aturnya. Korang diberi peluang untuk tengok kadang-kadang ada budaya itu tidak lagi diamalkan di Malaysia. Seperti contoh tradisi Angkat Rumah. Orang dulu bila pindah tanah mereka akan bawa bukan sahaja barang dalam rumah tapi juga mengangkat rumah yang dibina atas tanah tersebut. Sebab itu rumah lama dulu dibina bertiang dan juga hanya dialaskan batu dibawahnya, menarik bukan.

RAKYAT MALAYSIA DALAM PAKAIAN TRADISI


Masa Maha datang hari tu bahagian ini masih belum siap lagi dan masih tidak dibuka lagi kepada tontonan pelawat. Kat sini mungkin nanti kita akan dapat lihat pelbagai pakaian tradisi Malaysia yang jarang dan mungkin pupus tidak lagi diamalkan oleh orang kita sekarang ini. Kita akan dapat lihat pakaian tradisi Melayu, Cina, India dan juga suku kaum di Sabah dan Sarawak. Nantikan part ini ok.

SENI BINA DAN BANGUNAN WARISAN MALAYSIA


Ini adalah bahagian paling besar dalam ruang pameran yang mengandungi lebih dariapda 100 bangunan. Inilah yang mempamerkan seni bina bangunan sejarah yang ada di Malaysia. Ada juga pembinaan bangunan moden yang juga menjadi ikonik kepada negara kita Malaysia. Bahagian pameran ini juga dimeriahkan lagi dengan pelbagai mini yang bergerak dan juga virtual reality, augmented reality dan projection mapping yang menaikkan lagi keserian bangunan tersebut.




Kat sini korang boleh lihat bangunan lokasi sejarah negara kita iaitu Dataran Merdeka yang dibina sebijik seperti mana yang ada sekarang ini termasuk sekali bangunan disekelilingnya iaitu bangunan Sultan Abdul Samad. Selain itu juga ada banyak bangunan lain seperti Muzium Negara, Bangunan Central Market, Bangunan Masjid Jamek dan banyak lagi. Itu baru bahagian di Kuala Lumpur ada banyak lagi bulding lain dari serata negara yang dijadikan rekabentuk disini. 



Kalau korang rasa teruja untuk masuk ke MinNature Malaysia ini boleh datang kerana sekarang mereka tengah mengadakan 'Pre-Opening'promosi tiket yang bermula dari 29 Feb 2020 hingga 13 Mac 2020 ni. Harga tiket masuk promosi ini hanya RM15 untuk seorang dewasa dan RM10 seorang untuk kanak-kanak 4 hingga 12 tahun. Kalau yang bawah dari tu masuk adalah percuma. Kalau diikutkan harga asal masuk sini adalah RM25 untuk dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak. Tapi peringatan untuk orang dewasa dan kanak-kanak yang nak masuk sini ada beberapa peraturan yang telah ditetapkan. Selamat bercuti dan cuti sekolah akan tiba ni boleh bawa anak-anak ke sinikan.

Info lanjut boleh layari :
Tel: 6011-1009 9374 
Waktu operasi: Dibuka setiap hari dari pukul 10am to 10pm








'Jom Iftar @ Chatz Brasserie' Istimewa Bulan Ramadan Di PARKROYAL Kuala Lumpur

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Laporan pekembangan virus Covid-19 di negara kita semakin meningkat dari hari ke hari jadi kita kena lebih berhati-hati dan juga selalu beringat. Walaupun hanya untuk keluar pergi makan atau pergi mana-mana sahaja amalkan penjagaan kesihatan yang maksima dan pakai penutup mulut. 

Maha mengingatkan pada diri sendiri juga pasal perkara ini. Walaupun nampak Maha pergi makan merata dan pergi event tapi tetap menjaga keselamatan. Macam baru-baru ini pergi makan Bufet Ramadan di ParkRoyal Kuala Lumpur. Kali ini mereka membawa tema Jom Iftar @ Chatz Brasserie yang ada lebih daripada 50 juadah semuanya dengan masakan tradisi menjadi keutamaan kali ini.



Di antara beberapa menu yang menjadi hero kali ini adalah menu khas daripada barisan chef mereka iaitu antaranya ialah Ikan Goreng Kari Pulleh Rangup Johor Berlada Hitam dari Chef Isham, Special Nenda Ayam Goreng Inchi Kabin dari Chef Hazmi, Kambing Panggang Cik Mek Molek Mewangi yang menjadi tumpuan dari Chef Razalee. Manakala Gulai Kawah Pedas Tetel Omak Den dari Chef Khairulizam dan diterbangkan jauh dari Borneo iaitu Mi Kolok Bumi Kenyalang dari Chef Stewart.



Dalam banyak-banyak menu ini yang paling Maha suka adalah Kambing Panggang daripada negeri Chek Mek Molek Kelantan. Seluruh kambing panggang diasinkan dengan jus nanas yang baru dicampur, sentuhan madu dan wangi dengan rempah-rempah Tanah Merah yang segar.  Hidangan ini dihidangkan bersama dengan nanas panggang kayu manis dan lembapkan dengan sos kuzi pedas.




Juga kelainan dibawakan kali ini adalah Mee Kolok yang terkenal di Sarawak. Chefnya pun daripada sana diimport khas. Dihidangkan dengan bawang putih dan daging bawang merah, bawang cincang, bawang cincang dan daging ayam Char siew yang disalut dengan minyak bawang merah.  Mi Kolok disediakan dengan minyak merah merah rahsia oleh Chef Stewart. Untuk pengalaman Mi Kolok yang lazat, mi mesti dimakan bersama chill jeruk dan mangkuk sup. Ia biasanya diambil untuk sarapan, makan tengahari atau makan malam.



Maha suka Assam Laksa sini kerana kuahnya terasa ikan dan juga manis, masam dan juga pedas yang cukup seimbang.  Assam Laksa dihidangkan dengan porsi sayuran yang dihiris seperti timun, bawang, cili, nanas, salad, daun pudina, tunas halia dan mi beras. Semangkuk tak cukup kot kalau makan tambah-tambah bulan puasa nanti hehehe semua makanan nampak sedap.




Promosi khas Ramadan ini akan bermula dari 27 April hingga 20 Mei 2020. Bagi harga asal kat sini adalah RM132nett untuk seorang dewasa dan RM66nett untuk kanak-kanak dari usia 5 hingga 11 tahun.. Tapi masa sekarang ini ada promo early-bird bermula dari 16 Mac hingga 26 April 2020 korang boleh booking dengan harga hanya RM93nett seorang. Ok lah bagi hotel yang berada ditengah-tengah segitiga Bukit Bintang tu. Kalau korang ada berbuka sana nanti roger-roger mana tahu boleh buka sama tapi korang belanja wakakaka. Selamat bergurau..

Tempahan dan juga pertanyaan lanjut hubungi :
Tel : 03-2147 0088





#Bismillah Bazar Ramadan Di Restoran Citra Rasa Dorsett Putrajaya

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Buat warga Putrajaya, Bangi, Kajang, Sepang dan yang sekawasan dengannya Maha nak rekemen kepada korang lokasi berbuka puasa bulan Ramadan yang akan tiba tak lama sahaja lagi. Sebuah hotel yang berada betul-betul di tengah pusat pentadbiran negara Putrajaya.

Mana lagi kalau bukan kat Restoran Citra Rasa @ Dorsett Putrajaya lah. Tahun ini mereka membawakan konsep #Bismillah Bazar Ramadan yang menggabungkan masakan tempatan, barat dan timur tengah. Makanan di sini ada lebih daripada 100 jenis juadah yang korang boleh nikmati. Maha boleh kata setiap tahun jugalah berbuka puasa kat sini dan memang sentiasa ramai orang.




Ramai tu bukan sebab dekat sahaja tapi sebab juadah yang disediakan di sini memenuhi citarasa tempatan. Macam biasalah tak sah Bufet Ramadan kalau tiada Kambing Golek. Walaupun restoran ini berada di tingkat tiga hotel tapi ada ruang luar untuk mereka menyediakan juadah yang panas baru lepas dimasak sepeti kambing ini. Ruang luar tu pula betul-betul mengadap tasik Putrajaya dan juga Masjid Besi. Satu pemandangan yang menarik sangat.





Selain itu juga ada beberapa masakan istimewa di sini seperti Udang Percik Mek Ayu, CR's Singnature Mango Fish Head Curry, Asam Pedas Ikan Pari atau Ikan Merah, Patin Masak Tempoyak, Nasi Kerabu, Laksa dan Laksam Kelantan, Kueh Teow Goreng serta banyak lagi lah semua ni kat bahagian luar.







Kat dalam pula yang paling popular setiap tahun mesti ada kat sini iaitu Nasi Lemak Delima Sambal Hijau. Uniknya Nasi Lemak ni warna merah jambu kerana menggunakan buah delima serta sambal nasi lemak ni menggunakan sambal hijau. Juga yang ramai orang cari bila puasa adalah Bubur Lambuk bersama dengan lauk. Juga banyak lagi lah menu lain seperti enam jenis Kerabu, Lemang dan Ketupat, Kuih Muih tradisional dan juga timur tengah dan macam-macam lagi.







Harga pula kalau korang nak murah boleh beli sekarang sampai 26 April 2020 untuk promo 1000 early bird baucer. Harganya hanyalah RM88 nett bagi dewasa. Murah lah tu mana nak dapat hotel harga makanan bufet macam ni. Kalau harga biasa untuk bufet Ramadan kat sini adalah RM108 nett bagi dewasa, RM88 nett untuk warga emas dan juga RM68 nett untuk kanak-kanak usia 6 hingga 12 tahun. 




Bufet #Bismillah Bazar Ramadan di sini akan bermula dari 27 April hingga 21 May 2020. Korang mestilah kena booking tiga hari sebelum datang makan sini untuk mengelakkan daripada tempahan penuh. Sebab Maha datang makan tahun lepas kat sini sampai keluar ruang eskelator tu mereka buka meja sebab ramai sangat tahun ni tak tahu adakah Covid-19 mempengaruhi orang untuk datang bufet Ramadan. Apa pun ktia doa yang terbaik untuk negara kita jauh dari penyakit berjangkit ini.





Hotel Dorsett Putrajaya juga membuat promosi Ramadan Room Package dengan harga RM400 nett sebilik termasuk sekalu dengan bufet buka puasa dan juga sahur untuk dua orang. Perhhh ok lah tu murah sangat dah kalau yang datang urusan kerja kat Putrajaya boleh ambil pakej ini. 







Kalau korang nak buka beramai-ramai satu pejabat dan memerlukan ruang khas mereka boleh sediakan private room dengan minimum booking 50 orang. Kat situ dah tak perlu sesak-sesak dengan orang ramai untuk ambil makanan ada bilik khas lagi. Restoran Citra Rasa ini mendapat persijilan Halal dari JAKIM. Mereka juga menyediakan ruang solat untuk lelaku dan wanita. Parking kat sini pun banyak dan percuma ok. Tunggu apa lagi boleh plan dari sekarang nak berbuka kat Dorsett Putrajaya. Selamat menjamu selera semua.

Tempahan dan juga pertanyaan lain boleh hubungi :
Tel : 03-8892 8388
Email : fnb.putrajaya@dorsetthotels.com







Homestay Pilihan Di Pulau Langkawi Cantik Dan Dekat Dengan Kemudahan

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Mungkin sekarang ni bukan masa yang sesuai untuk posting tentang percutian dalam negara kerana kita tengah mengalami Perintah Kawalan Pegerakan yang dikeluarkan oleh kerajaan. Nak pergi travel antara negari pun perlu mendapat kebenaran dahulu baru boleh.

Tapi ada yang tanya kat Maha masa pergi bercuti ke Pulau Langkawi hujung bulan lepas menginap kat mana. Adakah pilih hotel atau homestay? Jadi Maha sharelah sikit kat mana kami duduk sepanjang bercuti kat sana hari tu. Disebabkan hari tu percutian kami ramai dalam enam orang dan semua kawan-kawan blogger yang giler-giler jadi kami pilih untuk menginap di homestay sahaja lebih murah.


Ye lah mana tidaknya satu malam sahaja homestay yang kami tinggal selama empat hari tiga malam tu hanya RM300 untuk satu malam. Tapi kalau korang datang musim public holiday atau cuti sekolah harganya RM350 tak adalah mahal. Bayangkan kalau kami duduk hotel dah perlukan 3 bilik dan satu bilik untuk satu malam sahaja dalam RM150. Kiralah RM150 x 3 bilik sudah RM450 semalam dan darab pulak untuk 3 malam jadi cecah RM1,350, tak ke mahal tu.


Kalau duduk homestay ini lebih jimat RM300 x 3 malam baru RM900 sahaja dah jimat. Homestay ini ada tiga bilik dan juga tiga bilik air. Semua bilik ada aircond dan juga kipas syiling. Juga terdapat ruang tamu yang luas lengkap dengan TV dan sofa. Kemudian ada ruang untuk makan siap dengan meja makan lagi. Sangat-sangat untung kalau siapa bercuti dengan jumlah ramai kerana homestay yang kami duduk tu boleh muat 6 hingga 10 orang. 

Bestnya homestay ini kerana ia terletak dekat dengan Pantai Chenang walaupun bukan betul-betul depan pantai tapi hanya mengambil masa 5 minit sahaja kalau naik kereta nak keluar ke Chenang tu. Kelengkapan lain yang ada dalam homestay tu seperti dapur gas untuk memasak, periuk, water heater, pinggan, cawan, mini peti sejuk, extra toto dan bantal, seterika dan iron board, juga mesih basuh diuar. Apa lagi yang nak dah macam rumah sendiri boleh jimat untuk memasak kalau datang bercuti kat sini tapi kalau dah sampai Langkawi kena cuba tempat makan bestkan.

Jangan bimbang kerana sekitar homestay ini tempat makan sangat banyak termasuk yang popular dan viral iaitu Restoran Roti Canai Black Pepper. Setiap pagi penuh orang datang sarapan kat sini kerana nak cuba roti canai mereka yang sedap. Nasi Lemak kat sini pun terbaik tau Maha dah cuba memang sedap gilerrr. Homestay ini berada dalam kawasan Kampung Temonyong dan area situ juga terdapatnya kedai serbaneka 24jam untuk korang beli barang keperluan hanya keluar jalan kaki jer.


Kalau time musim sawah padi baru sahaja menghijau kat sini sangat cantik kerana homestay ni betul-betul berada tepi sawah padi. Cuma biasalah kalau dah kat kawasan sawah ni ada sedikit gangguan nyamuk jadi kena sembur ubat nyamuk jer lah. Maha dan kawan-kawan blogger lain Cik Lily Putih dan suami, Rawlins, Faries dan Zharif semua giler-giler memang setiap malam kami tidur lambat sebab layan sembang sambil mengunyah.


Bagi Maha kalau korang nak cari homestay kat Pulau Langkawi memang Maha rekemen sangat kat sini sebab ia selesa dan juga cantik pulak tu harga murah. Servicedaripada ejen yang Maha guna ni pun sangat bagus dan boleh dipercayai. Korang hubungi sahaja En Syafiq pemilik agensi EzeeGo Travel & Tour. Beliau sangat membantu segalanya, beliau boleh sediakan dari segi kereta sewa, penginapan, pakej Island Hopping, Mangrove, juga tiket-tiket untuk tempat menarik semua beliau boleh sediakan. Pakej Island Hopping dan Mangrove percutian kami hari tu pun ambil dengan beliau nanti Maha cerita kat next posting lak ok.

Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi beliau terus ditalian :
Whatsapp : 013-421 0084 (En Syafiq)









Duduk Rumah Pun Masih Boleh Makan Sedap Melalui Penghantaran D'Salai By FELDA D'Saji

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Berikutan dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia berkuat kuasa semalam 18 Mac hingga 31 Mac 2020 bagi membendung penyebaran wabak Covid-19 ramai yang mengeluh. Bukan apa selalunya dapat pergi makan sedap-sedap kat restoran mahal atau kat kedai makan yang korang suka tapi sekarang kena bungkus.

Bagi yang bujang macam Maha ni memang rasa nak masak tu tak berbaloi langsung sebab duduk berdua sahaja kalau masak mesti kena banyak nanti membazir pulak. Nak masak sedap-sedap tak pandai pastu nak kena keluar beli barang untuk memasak lagi satu hal. Jadi sekarang ni korang tak perlu nak fikir semua tu kerana makanan akan datang kepada korang.


Tak percaya sekarang ni D'Salai By Felda D'Saji menyediakan khidmat penghantaran makanan terus kepada anda di rumah. Makanan yang ditawarkan untuk setiap waktu iaitu makan sarapan pagi, makan tengah hari dan juga makan malam. Macam mana nak tempah? Ada dua platform yang disediakan untuk korang buat tempahan iaitu melalui aplikasi Food Panda dan juga aplikasi BungkusIt. Korang muat turun sahaja dua aplikasi ni dan cari lah D'Salai nanti kat situ korang boleh pilih menu yang korang suka. 



Bukan kaleng-kaleng menu makanan yang disediakan kat sini. Korang tengok untuk sarapan pagi yang bermula dari pukul 7.00 pagi hingga 10.00 pagi ada macam-macam menu tempatan yang lazat. Korang boleh pilih daripada Set Nasi Lemak, Set Mee Kari, Set Lempeng Kelapa, Set Mee Hoon Sup dan Set Lontong. Harga pun berpatutan bermula dari RM5 sahaja tidak termasuk kos penghantaran. Korang rasa tak untung walaupun duduk bekurung dalam rumah tetap boleh makan sedap-sedap yer.

Tu baru sarapan kita tengok pulak menu makan tengah hari yang boleh ditempah bermula pukul 11.00 pagi hingga 3.00 petang dan juga makan malam bermula dari pukul 3.00 petang hingga 7.00 malam. Di antara set yang boleh korang pilih di sini seperti Set Itik Salai, Set Daging Salai, Set Sup Kambing dan juga Set Ayam Bumbu. Ya Allah sedapnya ada daging salai harga pun berpatutan bermula dari RM10 sahaja tak termasuk penghantaran memang terbaik. 


Kalau korang yang berada berdekatan dengan D'Salai Anjung Felda, Jalan Semarak Kuala Lumpur korang boleh pergi sahaja sana terus bungkus lagi jimat. Bagi pakej penghantaran ini terhad mengikut jajahan seperti pengguna aplikasi Food Panda hanya 5km-10km sahaja dari restoran. Manakala kalau aplikasi BungkusIt pula lebih kurang 15km-20km dari restoran. So memang tempahan ini khas untuk orang Kuala Lumpur sahaja lah hehehe.


Tunggu apa lagi promosi ini hanya dalam tempoh perintah kawalan pegerakkan ini sahaja. Lepas ni kita tak tahu lagi kalau dilanjutkan munkin akan diteruskan lagi. Kalau korang tak ada dua aplikasi tersebut masih boleh buat tempahan juga melalui Whatsapp ker nombor hotline mereka dengan detail seperti di bawah ni.

Whatsapp D’Saji Delivery HOTLINE: 019-662 2525

Maklumat Tempahan
Nama : 
No tel :  
Tarikh : 
Masa :
Menu :






Citarasa Kampungku Bufet Ramadan Di Utara Hotel Armada Petaling Jaya

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Mesti sekarang ni korang tengah riki-riki lokasi dan pilihan utuk berbuka puasa Ramadan nanti yang tinggal lebih kurang 30 hari jer. Mungkin orang Petaling Jaya dan yang berhampirannya boleh pilih kat satu hotel yang bagi Maha tak pernah mengecewakan setiap kali bufet Ramadan mereka. Hotel yang Maha maksudkan kali ini adalah Armada Hotel Petaling Jaya yang terletak tepi lebuh raya persekutuan.

Satu restoran Halal yang ada kat hotel tesebut iaitu Utara memang menyajikan juadah berbuka makanan Melayu yang sangat menepati citarasa orang Malaysia. Bertepatan dengan tema mereka tahun ini 'Citarasa Kampungku' korang akan rasa menu berbuka mereka seperti mana berbuka di kampung sendiri. Dengar cerita ada lebih daripada 100 jenis juadah pilihan semasa bulan Ramadan nanti. Puaslah korang kalau boleh makan semuanya.




Macam biasa kalau buka puasa mesti kena ada menu pembuka selera tradisi seperti Kerabu Mangga, Kerabu Nenas, Kerabu Kaki Ayam dan Kerabu Udang. Juga ada Cincalok, Lemang, Pasembor dan Aneka Jeruk.ditambah sedap lagi dengan pelbagai jenis Sambal klasik, yang jarang ditawarkan di mana-mana bufet Ramadan lain.





Tu baru permulaan kita pergi pula dengan pilihan menu utama yang pasti buat korang tak keruan bila melihatnya. Antara yang menjadi perhatian ramai bila buka puasa kat sini adalah Sambal Udang Petai, Ketam Masak Gulai Siam, Ayam Berempah, Ikan Pari Masak Asam Pedas (Kawah), Daging Masak Hitam, Paru-paru Goreng Berlada, Rendang Itik, Sup Tulang Rusuk, Ikan Sembilang Panggang, Pucku Paku Goreng Belacan dan kegemaran sepanjang masa Siput Sedut Masak Cili Padi





Tapi Maha paling suka bila datang sini menikmati mereka punya juadah yang menjadi lambang kesedapan kat restoran ini iaitu Laksa Thai, Bubur Lambuk dan Roti Durian. Ini memang jarang dapat kat tempat lain kalau ada pun Maha jamin tak sesedap yang pernah Maha makan kat sini. Pasti last kena cuba pencuci mulut dari pelbagai jenis Kuih Melayudan hidangan istimewa pemanis seperti Pengat Nangka dengan Sago, Ais Cendol dengan Pulut, Bubur Gandum dan Bubur Kacang Hijau. Last kena ada minuman tempatan seperti Air Bandung, Air Sirap Selaseh atau Teh Tarik.




Kalau korang buat tempahan awal sekarang sehingga 19 April 2020 nanti korang buleh dapat tawaran harga serendah RM75.00 untuk seorang dewasa. Kalau tidak harga normal untuk bufet Ramadan kat sini adalah RM90.00 seorang dewasa dan RM45.00 seorang kanak-kanak (6 hingga 12 tahun). 'Citarasa Kampungku'  bufet Ramadhan ini akan bermula dari 24 April hingga 22 Mei 2020 nanti. 

Juga mereka ada menyediakan menu Sahur dari 3 pagi hingga 5 pagi dengan harga RM20 seorang. So bermalam kat hotel boleh berbuka puasa dan juga bersahur sekali memang cukup lengkap.

Sebarang tempahan dan juga pertanyaan boleh hubungi :-
Tel : 03-7954 6888 ext. 4557
        018 222 0824









Tunaikan Haji Dengan Pakej Rawdah Dari Felda Travel Lebih Terjamin Dan Mesra Warga Emas

$
0
0
Salam sejahtera kepada asemua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian.

"Ya Allah, Berilah kurnia-Mu untuk mengunjungi rumah-Mu yang Agung dan Rasul-Mu yang mulia, di tahun ini dan setiap tahun, dengan keadaan sebaik-baiknya."

Doa yang kita boleh amalkan sekiranya berniat dijemput oleh-Nya menunaikan Haji atau Umrah. Semua ini impian sebagai seorang umat Islam untuk dapat menjejak kaki ke Makah menunaikan Haji. Kita sendiri pun nak melihat orang tersayang berkesempatan menunaikai rukun Islam ke lima ini. Sepertimana kita ketahui yang setiap negara diberikan kuota untuk rakyat mereka menunaikan Haji, begitu juga dengan Malaysia yang hanya ada kuota 31,600 orang sahaja untuk tahun ini.

Tak mustahil untuk mendapat ruang mengerjakan Haji dengan melalui Pakej Rawdah bagi Haji tahun 2020 dari Felda Travel. Ini kerana bagi mereka yang tengah merayu berpeluang tinggi sehingga 90% untuk dapat menunaikannya dengan pakej premium ini. Ramai yang telah menunaikan Haji dengan Felda Travel kerana ia bukan sahaja khas untuk warga Felda tapi semua orang boleh menggunakan perkhidmat mereka. Tujuh perkara kenapa Felda Travel ini menjadi pilihan orang ramai untuk menunaikan Haji dan Umrah.

1. Peluang untuk anda menunaikan haji sangat tinggi meskipun anda dalam status rayuan (Pada tahun lepas, semua jemaah rayuan dari Felda Travel untuk pakej ini dapat menunaikan haji). Paling penting anda telah mendaftar haji sejak tahun 2015 ke bawah. Insha Aallah pihak Felda Travel akan membantu supaya anda dapat menunaikan haji tahun ini.

2. Pembimbing yang berpengalaman dalam ibadah Haji, dimana jemaah akan dibimbing oleh Prof. Dr Mohamad Khadafi Rofie, seorang pembimbing ibadah Haji bertauliah yang cukup berpengalaman membawakan jemaah Haji Malaysia. Jadi jemaah tak perlu risau tentang masalah hukum dan ibadah sepanjang menunaikan Haji di sana.

3. Hotel berdekatan dan sajian makanan terbaik. Jemaah akan menginap di hotel 5 bintang iaitu Safwah Royal Orchid Hotel. Hotel ini bersambung dengan dataran Masjidil Haram dan ia memudahkan jemaah berulang alik ke masjid dengan selesa untuk beribadah. Hotel ni menjadi pilihan untuk rakyat Malaysia kerana terdapatnya food court yang menempatkan Restoran Felda D’Saji.

4. Tiada transit hotel di Aziziah kerana Jemaah akan terus menginap di hotel Mekah, bukannya transit dahulu di kawasan Aziziah sehingga 15 Zulhijah seperti pakej-pakej lain. Ramai yang tak tahu perkara ni, tapi ada pakej yang harganya mungkin lebih murah kerana jemaah dibawa transit menginap di Aziziah dahulu untuk jimatkan kos sebab harga hotel di Mekah sangat mahal ketika waktu kemuncak haji (25 Zulkaedah - 15 Zulhijjah). Jemaah hanya dibawa berpindah ke hotel di Mekah selepas 15 Zulhijah. Memang dapat jimatkan kos, tapi jemaah mungkin tidak dapat pergi ke Masjidil Haram setiap hari kerana kawasan Aziziah jaraknya 4.5km dari Masjidil Haram dan jalan sangat jem ketika musim haji.

5. Penerbangan yang selesa dimana jemaah dapat terbang terus ke Jeddah dengan menaiki penerbangan Business Class Saudia Airlines. Harga pakej ini termasuk tiket penerbangan Business Class.

6. Khemah berdekatan dimana jemaah dapat beribadah dengan lebih selesa di khemah khas yang disediakan ketika di Mina, dengan jarak kurang daripada 800 meter untuk melontar. Sangat bagus kepada jemaah yang mempunyai masalah sakit kaki dan lutut sebab jemaah akan berulang-alik Melontar Jamrah sehingga 4 hari.

7. Lebih fokus dengan kumpulan kecil. Tahun ini pihal Felda Travel telah hadkan jemaah Pakej Rawdah untuk 45 orang. Ia memadai untuk pengangkutan satu bas dan memastikan jemaah mendapat kualiti perkhidmatan dan bimbingan ibadah haji yang terbaik.

Kalau korang ada keluarga atau sedara-mara yang mahu mendapatkan peluang mengerjakan Haji bagi tahun 2020, ini adalah masanya. Slot ini sangat terhad dan ia dibuka pendaftaran sehingga 25 Mac 2020 sahaja tanpa pembayaran pendahuluan. Semoga niat murni anda membantu ahli keluarga mengerjakan Haji mendapat keberkatan dan juga anda dimudahkan peluang juga untuk menunaikan Haji dikemudian hari. Sama-sama kita dioakan agar semua jemaah yang dijemput menunaikan Haji mendapat Haji yang mabrur dan diterima disisi-Nya.

Sebarang pertanyaan lanjut atau pendaftaran Pakej Rawdah boleh menghubungi talian :
Tel : 019-201 0843
        03-2789 1133
Whatsapp : 019-279 0022








Laman Nostalgia Bufet Buka Puasa Di Sofitel Kuala Lumpur Damansara

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Tinggal lagi 30 hari sahaja untuk kita mula menyambut Ramadan Al Mubarak. Semoga dalam beberapa hari menghampiri bulan mulia ini kita terus diberikan kesihatan dan juga terhindar daripada penyakit yang tidak diingini. Korang terus ikut arahan dan duduk sahaja diruah agar segalanya dapat diselesaikan secepat mungkin.

Bila dah tenang semuanya bolehlah kita pergi buka puasa dengan senang dan tenang. Seperti mana yang terdapat di Sofitel Kuala Lumpur Damansara ini. Hotel dan resort ini berada betul-betul di tengah-tengah Damansara City Mall mejanjikan pengalaman buka puasa yang pasti korang puas hati. Kali ini mereka membawakan konsep Laman Nostalgia dan juga menampilkan chef selebriti yang popular iaitu Dato' Chef Haji Ismail




Kalau dah Chef Mail mestilah korang akan dapat nikmati juadah makanan tradisional yang sangat autentik dan juga jarang kita dapat ditempat lain. Keaslian makanan tradisi yang diperkenalkan kali ini membawa kita betul-betul berada pada zaman dahulu kala. Korang boleh nikmati bufet buka puasa ini di Restoran Kwee Zeen dalam hotel ini. Ia akan diubah menjadi satu suasana yang sangat indah dan klasik demi menyambut kedatang korang.



Kalau makanan barat popular dengan pembuka selesa salad mereka, makanan Malaysia juga ada yang kita sendiri tak tahu itu adalah pembuka selera seperti Pecal, Tauhu Sumbat, Lawar Pucuk Betik, Acar Jelatah, Kerabu Mangga Muda, Kerabu Taugeh dan Kerang, Kerabu Aneka Laukdan Soo Hoon, Kerabu Daging Bakar, dan banyak lagi untuk memulakan permulaan juadah.  





Pastu baru kita mulakan dengan menu utama yang ada di sini seperti Ayam Percik Kelantan, Daging Salai Masak Lemak Cili Padi, Asam Pedas Ikan Pari, Sambal Udang Petai, Telur Itik Masak Lemak Cili Api dan lain-lain. Semua juadah utama ini adalah ciptaan Chef Mail sendiri yang direka khas untuk Sofitel Kuala Lumpur Damansara sahaja. Juga termasuk Botak-Botak Ikan Tenggiri, Paru Berlada, Ayam Kaloi, Daging Masak Hitam, Dalca Sayur, Udang Masak Lemak Nenas, Ikan Pari  Asam Pedas, serta pilihan Panggang Purba berkhidmat dengan Nasi Ulam.  




Walaupun juadah buka puasa tapi tak lupa untuk tetamu yang dari pelbagai negara neraka mereka turut menyajikan juadah antarabangsa seperti masakan Cina, India, Jepun dan Barat.  Terdapat juga stesen untuk masak secara live, yang menawarkan segala-galanya dari Roti Canai, Murtabak Ayam, Pisang Goreng dan lain-lain.  





Akhir mesti kena tutup dengan pencuci mulut pelbagai hidangan istimewa tempatan seperti Bubur Cha-Cha, Bubur Pulut Hitam, Bubur Pengat Pisang, Bubur Serawa Durian, pilihan kuih-muih, kuih-muih dan kuih muih Melayu yang banyak pilihan.  Selain itu, terdapat juga minuman tradisional yang menyegarkan seperti Air Janda Pulang, minuman yang penuh dengan sumber mineral dan nutrien penting istimewa dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan tempat kelahiran chef lah.







Mulai hari ini hingga 22 April 2020, akan ada baucar pembelian awal yang dijual pada harga RM141.00nett seorang dewasa dan RM70.50nett seorang kanak-kanak. Kalau harga biasa korang beli walkin bermula 23 April hingga 23 Mei 2020 adalah RM188.00nett untuk seorang dewasa dana RM94.00nett untuk seorang kanak-kanak. Jadi mana lagi jimat, tepuk dada tanya selera korang boleh buat pilihan.




Selain daripada makan korang juga akan dihiburkan dengan persembahan secara langsung daripada Dollah Gambus Al-Linggi setiap hari dari pukul 6.30 petang hingga 9.00 malam. Juga mereka membuat tanggungjawab koporat CSR dengan menjual produk beg dan juga kad hari raya dengan harga RM15.00nett. Korang boleh membeli sambil beramal.
  
Sebarang tempahan bufet dan juga pertanyaan boleh hubungi :
Tel : 03-2720 6688
Email : ha123-fb2@Sofitel.com







4 Affordable & Yummy Western Food Places In KualaLumpur

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini semua kerja jadi terbatas. Nak keluar pun takut akan berjangkitnya Covid-19. Jadi lebih baik kita #dudukrumah sahaja sehingga arahan seterusnya. Tapi perut nak kena isi juga dan tak tahu nak makan apa sekarang ini hurmmm. Maha ada beberapa senarai tempat makanan yang menyediakan juadah makanan barat istimewa dan pada harga yang sangat berpatutan. Jom kita tengok mana yang menarik.  

#1 - Uncle Z Western Food



Bagi sesiapa yang tinggal di kawasan Bangsar mesti dah biasa dengan nama Uncle Z Western  Food. Dikalangan peminat-peminat Nasi Kandar apatah lagi kerana di sini ada pelbagai jenis makanan termasuklah menu makanan barat.

Harganya pula memang berpatutan dengan rasanya yang sedap. Antara hidangan yang disediakan oleh mereka adalah seperti berikut:

Nuggets(5 biji): RM4.50
Fun Fries: RM5.00
Chicken Chop: RM12.00
Chicken Grill: RM12.00
Fish & Chips: RM13.00
Lamb Chop: RM22.00
Beef Steak: RM22.00

#2 - Geo’s Hartamas



Hartamas amat dikenali dengan rumah-rumah mewah dan kehidupan masyarakat di situ yang selalu sibuk, namun di situ juga terdapat restoran yang  yang sangat meriah suasananya terutama pada waktu malam. Ia juga sering dijadikan sebagai port lepak oleh orang-orang muda di kawasan itu.

Geo’s Hartamas sudah beroperasi selama enam tahun dan makanan yang dihidangkan oleh mereka memang pelbagai termasuklah hidangan tempatan, Itali dan juga western. Kelebihan di sini ialah pada sos GorGeos buatan sendiri oleh chef Geo’s dengan resepi yang terbaik. Dan sudah tentulah halal. Antara hidangan yang disediakan di restoran Geo’s Hartamas ini ialah:

Grilled Chicken Chop: RM18.00
Grilled Lamb Chop:  RM22.00
Carbonara Grilled Chicken Chop: RM22.00

#3 - Q Bistro TTDI



Bagi sesiapa yang dah biasa dengan kawasan TTDI mesti kenal nama Q Bistro. Restoran ini merupakan salah satu rangkaian kedai makanan yang sangat popular di semenanjung Malaysia di mana mereka mempunyai pelbagai hidangan makanan yang berala-alakan mamak, tetapi anda semua juga perlu tahu yang di restoran ini juga terdapat pelbagai hidangan barat.

Bagi sesiapa di luar sana yang mempunyai selera yang besar tapi nak berjimat bolehlah datang Q Bistro TTDI ni sebab harga di sini memang berpatutan.

Antara hidangan special yang terdapat di sini ialah QB Fried Chicken Burger, QB Mushroom Soup, Spaghetti Bolognese dan Grilled Lamb Chop. Harganya pula hanyalah dari RM10.40 hingga RM34.00 sahaja.

#4 - Eye’s Steak



Bagi anda yang belum tahu, kedai ini baru dibuka di Pantai Dalam.  Mereka mempunyai hidangan istimewa tersendiri seperti Chicken Boxing dan Ribs Eye.

Sesiapa yang makan di sini mesti akan puas hati sebab makanan yang dihidangkan dengan saiz yang agak besar. Bagi sesiapa saja yang ingin makan makanan western dengan harga yang berpatutan, anda disarankan datang ke kedai ini kerana tagline mereka pun “rasa restoran, harga kedai” yang sememangnya menjaminkan dompet anda tidak akan “koyak dan kering”.

Antara hidangan yang disediakan oleh Eye’s Steak adalah:

Beef Steak: RM11.00
Chicken Chop: RM7.50 
Lamb Chop(dan nasi): RM13.50

Alamak, macamana nak keluar makan ke restoran sedap-sedap dalam keadaan begini kan? Tapi bila difkirkan balik boleh saja makan makanan western yang affordable dan yummy ni dengan mudah. Tak kan lupa kot, servis mencari western food near me berserta penghantaran Foodpanda kan ada.

Teringin nak makan apa bukanlah penghalang kerana bermacam jenis pilihan ada kat sana. Order dan tunggu kemudian ngap! Senang sangat-sangat. Thank you Foodpanda Malaysia.






Swiss Garden Hotel & Residence Genting Highlands Percutian Yang Giler Seronok

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Nak kongsi dengan korang satu lagi penginapan percutian Maha bersama kawan-kawan blogger. Hari tu kami pergi sampai ke Langkawi tapi kali ini dekat sikit tapi kena mendakilah untuk sampai kesini. Perjalanan dari Kuala Lumpur untuk sampai ke lokasi yang Maha pergi ini hanya mengambil masa lebih kurang 45 minit sahaja menaikit kereta. Terima kasih pada Faries sebab sudi tumpangkan kereta untuk kami sama-sama bercuti kat atas tu.


Siapa lagi kalau bukan kami yang kaki havoc tu ada Cik Lily Putih dan suami, Rawlins, Zharif, Zuzu, Kifli dan ramai lagi sebenarnya. Kami semua bercuti sempena dengan aktiviti STAYCATIONISTABEAUTE anjuran Swiss Garden Hotel & Residence Genting Highlands dan Toscana Clinic. Percutian yang penuh gelak tawa dan juga keseronokan walaupun tiga hari dua malam jer memang satu kenangan paling menarik sepanjang Maha pergi trip dengan kawan-kawan blogger.


Keseronokkan satu hal ditambal lagi dengan keindahan dan juga kecantikan tempat yang kami menginap iaitu Swiss Garden Hotel & Residence Genting Highlands. Hotel ni baru sahaja buka kalau tak silap Maha September 2019. Walaupun hotel ni tak berada di puncak Genting Highlands tapi hanya mengambil masa lebih kurang 20 minit menaiki kereta dari hotel ni nak sampai puncak tu. Manakala kalau nak ke Genting Highlands Premium Outlet (GHPO) hanya ambil masa 10 minit sahaja. 


Masa kami sampai tu memang tak sangka pula yang hotel ni sangat besar dan luas. Bangunan sini ada dua jenis iaitu bangunan hotel dan juga bangunan residence dengan ketinggian 42 tingkat dan mempunyai lebih 500 bilik. Tips bagi Maha kalau nak pilih hotel yang penting kena tengok lobinya dahulu kalau cantik dan selesa bilik hotel confirm selesa juga. Kalau korang tengok ruang lobi hotel ni macam ni korang rasa macam mana biliknya.



Kami di tempat di bilik di bangunan residence kerana bilik yang kami duduk tu adalah Premier 2-Bedroom Residence. Bilik ini boleh memuatkan sehingga empat orang dimana dalamnya ada dua bilik tidur serta dua bilik air. Masa mula naik tu ingat bilik biasa sekali masuk memang rasa macam tak nak keluar dah. Sebab kerana kami berada di tingkat 30 residence ni dengan pemandangan indah sekeliling nampak pohon hijau saja. Korang boleh tengok pemandangan luar waktu siang dan waktu malam ni memang mempesona sangat.




Ruang dalam bilik kami sangat luas sebab ada ruang tamu sendiri, ruang makan dan juga ruang dapur. Dah macam duduk rumah sendiri jer. Kemudahan yang ada kat sini semua lengkap korang boleh tengok kat bahagian dapur tu ada dapur elektrik, peti sejuk, mesin basuh, pemanas air dan juga kopi dan teh untuk bancuh. Kemudian pergi pula kat ruang tamu ada TV flat screen, telefon dan juga sopa 3-seater. Dalam bilik tidur pula ada peti deposit keselamatan, meja kerja, almari dan pengering rambut. Paling penting kena ada wifi yang laju dan semua lengkap macam sebuah rumah. Korang nak masak dalam tu pun boleh kalau menginap kat sini jimat sangat. 





Selain dari bilik yang kami duduk tu ada juga beberapa lagi jenis bilik yang ditawarkan kat Swiss Garden ini macam Executive 2-Bedroom Residence. Kemudian kat bahagian bangunan hotel pula ada Deluxe Room dan 1-Bedroom Suite. Terpulang pada korang kalau nak yang bilik banyak dan juga ada ruang privacy boleh pilih residence kalau yang honeymoon boleh ambil bahagian hotel duduk berdua jer romantik kata orang. 






Hari pertama kami check-in dalam pukul dua petang dan lepas masuk bilik rehat-rehat kejap kami di bawa untuk hotel tour. Masa ni lah nak tahu apa lagi yang ada kat Swiss Garden ni kan. Rupanya sini semua kemudahan lain ada termasuk kolam renang dan juga gym di tingkat 41 dan 42. Korang boleh tengok kat bahagian kolam renang ini sahaja mempunyai pemandangan sangat indah yer. Dikelilingi dengan kehijauan alam semulajadi serta dekorasi yang sangat sesuai untuk kaki Instagramer yang suka posse bergambar.





Puas kami semua bergambar kat atas tu habis semua sudut kami bergambar dan sempat buat video TikTok kat atas tu hehe korang boleh tengok kat akaun Mahamahu83 video TikTok kami ok. Aras kolam renang ni juga ada sauna khas untuk lelaki dan perempuan. Kolam renang untuk kanak-kanak juga diasingkan untuk keselamatan. Bahagian gym yang berhawa dingin dan juga mengadap pemandangan indah. Kalau malam lagi cantik bergambar kat atas ni boleh nampak bintang kerana ia terbuka.




Lepas tu kami pergi pula aras bawah ingat ada parking sahaja rupanya ada Game Room. Kat sini jugalah ada playground indoor untuk kanak-kanak, juga ada ruang karaoke yang besar giler boleh muat dalam berpuluh orang. Kemudian ada ruang permaian macam pool table, dart dan paling syok ada Squash dan Tennis Court korang rasa. 




Kemudian lepas tu kami dibawa pula naik ke aras lima nak tengok kawasan outdoor yang ada di hotel ni. Ada juga outdoor playground untuk kanak-kanak dan juga ibu bapa boleh pantau dengan membuat aktiviti senaman kat sini. Juga kat aras ini ada sekali outdoor Jacuzzi untuk mandi air panas waktu malam. Aras ni pun sangat sesuai untuk korang nak bergambar kenang-kenangan dan juga ambil polaroid yang cantik-cantik. Sini kalau nak shooting untuk kahwin sangat sesuai dan cantik yer.






Belum habis lagi ada lagi iaitu pergi kat mereka punya restoran. Tapi Maha tak cerita kat sini lah sebab nanti panjang sangat sambung kat posting seterusnya nanti ok. Kalau korang duduk hotel ni mereka ada sediakan shuttle percuma untuk pergi ke GHPO jadi tak perlu nak drive kereta sendiri. Hotel ni pun berdekatan dengan semua kemudahan lain macam stesen minyak, Starbucks tempat kami berkumpul waktu malam dan habiskan masa gelak ketawa kat situ sampai ada orang marah wakakaka. Kemudian ada kedai 24jam juga kedai makan yang banyak so tak perlu risau kalau lapar atau nak memasak boleh beli bahan kat kedai-kedai berhampiran jalan kaki sahaja. 


Bagi Maha Swiss Garden Hotel & Residence Genting Highlands ini boleh jadi salah satu tempat untuk korang menginap kalau nak ker taman tema Genting Highlands. Kalau tak berani nak bawa kereta sendiri naik ke atas korang bermalam sahaja kat hotel ni dan siang naik shuttle terus pergi ke Awana Sky Genting Highlands naik cable car pergi puncak Genting dah selamat dan jimat kat situ. 



Korang boleh layan video-video hebat yang dihasilkan oleh Abam Marcus kita promote video hebat abang ni tau. Ini percutian Maha yang sangat best sebab dengan kawan-kawan kepala giler-giler dan juga buat aktiviti yang seronok ditambah lagi dengan hotel yang sangat welcome untuk tetamu yang datang kat sini. Next kalau ada lagi trip pergi sini jangan lupa ajak Maha ok. Korang tunggu untuk posting seterusnya Maha nak cite pasal aktiviti kami selebihnya dan juga makanan yang ada kat sini termasuk juadah buka puasa yang hotel ni tawarkan tahun ini. Selamat bercuti dan beristirahat semua.

Kalau nak tahu detail pasal hotel ni atau nak booking boleh layari:
Tel : 603 9213 0777
Email : reservation@shrgh.swissgarden.com








Aktiviti Yang Menyeronokkan Dan Makanan Enak Di Swiss Garden Hotel & Residence Genting Highlands

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Hari ni tak habis lagi Maha nak cerita pasal percutian geng havoc kami kat Swiss Garden Hotel & Residence Genting Highlands. Kali ni Maha nak share beberapa aktiviti yang kami semua buat bersama-sama sepanjang STAYCATIONISTABEAUTE tiga hari dua malam. 

Bukan sahaja dapat tidur hotel yang mewah malah dapat makan dan juga ilmu berguna terutama yang ada penyakit macam Maha ni. Nak tahu sakit apa korang kena baca habis kat post ni Maha share segala ilmu yang dapat. Selain tu juga makan-makan yang menarik ditawarkan oleh hotel ini. Pada yang terlapas posting lepas tentang suasana hotel yang sangat mengkagumkan ini boleh jengah kat posting Swiss Garden Hotel & Residence Genting Highlands ini ok.

Malan Warisan Budaya


Malam hari kedua kami kat hotel dipenuhi dengan aktiviti iaitu food review dengan bertemakan Malam Warisan Budaya. Pada malam itu kami dikehendaki memakai pakaian mengikut tema iaitu pakaian tradisional. Yer lah sebab malam tu kami kena review untuk Ramadan sekali. Maha buat pertama kali sewa pakaian mengikut tema yang dianjutkan. Pakaian kali ini direkemen oleh rakan blogger yang selalu menang best dress kalau mana-mana pertandingan tak pernah mengecewakan. 




Siapa lagi kalau bukan blogger cantik Rawlins Una. Terima kasih babe sebab carikan baju tema Sultan ni. Memang sangat padan dan sesuai dengan saiz Maha yang comel ni. Kalau korang ada mana-mana nak cari baju untuk sesuatu tema boleh contact Rawlins ni dia ada banyak kawan. Alhamdulillah sebab baju tu juga kami bertiga dinobatkan sebagai pakaian mengikut tema dan dipilih oleh juri. Seronok dapat pakej penginapan lagi kat sini tunggu akan datang lagi sana hehehe.

Bufet Buka Puasa Sajian Warisan Budaya 


Macam yang Maha bagi tahu tadi kenapa kami berpakaian Melayu lama ni kerana pada malam tu juga kami buat review untuk pakej bufet Ramadan di hotel ini. Korang jangan sangka yang hotel mewah macam ni tak ada promo buka puasa dengan makanan tradisional. Harga pula sangat berpatutan dan korang boleh dapat pelbagai jenis makanan tradisi Pahang.





Korang boleh nikmati buka puasa di sini dengan makanan seperti Ikan Patin Masak Tempoyak, Daging Panggang dan Ayam Panggang, juga ada Rendang Ayam bersama dengan Lemang dan Ketupat Palas. Kalau buka puasa mesti kena ada kuih-muih tradisional dan juga pelbagai lauk pauk lain lebih kurang 30 jenis semuanya. Hari tu hanya beberapa menu utama yang dihidangkan bagi merasaikan bagaimana kesedapan makanan kat sini.








Kalau nak cuba bufet buka puasa mereka ini boleh datang ke hotel ni ditingkat lima Restoran The Garden Terrace. Tapi promo ini hanya akan bermula dari 29 April 2020 hingga 21 Mei 2020, waktunya pula dari pukul 6.30 petang hingga 9.30 malam. Korang boleh dapat harga istimewa ‘Early Bird’RM55.00nett sahaja untuk seorang dewasa sehingga bulan April 2020 ini. Manakala kalau harga biasa korang walk-in masa bulan puasa di sini hanganya pula RM78.00nett untuk seorang dewasa dan RM34.00nett untuk kanak-kanak. Mana tahu masa turun Genting Highlands nak singgah sinikan. 




Sebarang tempahan buka puasa kat Swiss Garden Hotel & Residence Genting Highlands boleh hubungi :
Whatsapp : 016 - 670 0743 (Ravi) 
                   017 - 542 8790 (Firdaus) 
Email : ravindra.chantira@shrgh.swissgarden.com 
             fnb@shrgh.swissgarden.com 


Berzumba Di Pagi Hari


Setelah malam tu kami makan dengan kenyang dan puasa macam-macam makanan pagi esoknya iaitu hari ketiga kami kat sana dipenuhi dengan aktiviti yang menyihatkan. Mana tak pagi-pagi lagi selepas sarapan pagi kami melakukan aktiviti berzumba. Secara jujur memang Maha tak pernah menyertai zumba sebelum ini kat rumah atau kat mana-mana ini pertama kali. Susah juga nak ikut step yang dibuat oleh jurulatih.



Zumba kami pagi tu di ketuai oleh seorang pakar Dr. Lashela Dharmadass. Orang nampak muda dan cantik jer sebab selalu amalkan zumba dan pemakanan sihat maklumlah doktor. Beliau adalah seorang Dr pakar dari TOSCANA Medi Clinic yang menaja program kami sepanjang bercuti di sini. Sejam jugalah kami habiskan masa dengan zumba ni habis keluar semua peluh jantan. Memang rasa sihat sehari tu dapat bersenamkan.

Perkongsian Kesihatan Dan Kecantikan


Selepas sahaja aktiviti dengan zumba pagi tu kami masuk bilik mandi-mandi dan siap-siap untuk satu sesi ilmiah sebelum beraakhir program kami. Sesi Health Beauty Talk bertajuk'Snoring and Anti-Aging' dari TOSCANA Medi Clinic. Ye lah dah seronok-seronok kena juga dapat ilmu berguna dan di sinilah Maha baru tahu tentang penyakit yang Maha hadapi. Kalau korang nak tahu Maha ada masalah dengkur yang serius juga.



Penerangan daripada doktor yang mengajar zumba tadi baru tahu yang sebenarnya penyakit untuk dengkur ini boleh dirawat tanpa sebarang ubat dan ia mampu bertahan lama. Maha cerita sikit pasal klinik ini kalau korang nak tahu. TOSCANA Medi Clinic merupakan klinik kesihatan kulit, pusat estetik dan kesihatan. Matlamat utama klinik ini adalah untuk untuk menawarkan rawatan individu premium pada kadar harga yang berpatutan. Toscana menawarkan sesuatu untuk setiap orang dan keperluan antara kesihatan kulit, body contouring, facelift, rejuvenation therapies, anti penuaan, rawatan stemcell, pengurusan berat badan dan banyak lagi. Salah satu daripada 10 klinik estetik terbaik di Malaysia. 


Salah satu juga rawatan mereka adalah untuk golongan yang ada masalah berdengkur terutama orang lelaki. Mereka di sini menggunakan rawatan teknologi laser FOTONA Nightlase Snoring untuk masalah dengkur ini. Rawatan ini tiada kesan sampingan dan juga perlu dilakukan tiga ke empat kali untuk memastikan kesan yang terbaik. 

Selain itu juga Dr. berkongsikan tentang masalah yang orang perempuan suka sangat kalau dengar ini iaitu masalah penuaan. Kadang-kadang kita tengok orang tu usia muda tapi muka nampak tua. Selalunya tanda-tanda penuaan ni boleh dilihat secara fizikal iaitu di sekeliling mata, bahagian pipi mulai jatuh dan banyak lagi serta usia semakin meningkat semakin nampaklah tanda-tanda tuh. Bukan hanya daripada masalah genetik tapi juga ada banyak masalah lain terutama daripada tekanan. Sebab tu doktor nasihat orang yang nak nampak muda kena ceria dan tidak stress.

Kalau korang rasa nak mencuba service dari klinik ini mereka terletak di Publika Solaris Dutamas. Juga korang boleh hubungi mereka melalui laman sosial mereka:

Laman web : www.toscanamed.com
Tel : 03 6143 8866
        016 6088 846

Berakhir sudah program dan juga aktiviti kami sepanjang beberapa hari berada di sini bersama dengan orang yang giler semuanya. Daripada dalam bilik sampai kepada tempat makan dan juga semua aktiviti memang seronok. Rindu korang untuk buat trip macam ni lagi next time. Sambil bercuti kita belajar banyak perkara tentang kesihatan barulah enjoy. Jumpa korang lagi nanti next trip.









Viewing all 1340 articles
Browse latest View live