Quantcast
Channel: Blog Makan Mahamahu
Viewing all 1340 articles
Browse latest View live

Tips Yang Boleh Diamalkan Untuk Menyediakan Juadah Sihat di Hari Raya

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Tahun ni kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan suasan yang berbeza daripada normal biasa memandangkan kita masih dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Semua aktiviti sosial dan kemasyarakatan yang biasa dilakukan perlu dihadkan bagi mencegah wabak COVID-19 terus merebak.

Sebenarnya ada hikmah daripada semua ini kerana ia memberi peluang kepada kita untuk cuba memasak dan menyediakan makanan sendiri di rumah. Bagi Maha ini pertama kali raya sendiri dan menyediakan juadah Hari Raya yang selalu emak sediakan di pagi raya. Ini masanya Maha nak menyediakan juadah sihat di Hari Raya. Ada beberapa tips yang boleh kita gunakan ketika menyediakan masakan pagi raya seperti :

Gunakan daging yang dibuang lemak dan ayam yang telah dibuang kulit.
Gunakan susu rendah lemak
Kurangkan gula, minyak dan lemak dalam penyediaan biskut raya dan kek.
Kurangkan penggunaan pewarna tiruan dalam kuih-muih, kek dan puding.
Gunakan ramuan tinggi serat untuk membuat biskut dan kuih raya seperti tepung bijirin penuh, oat dan kismis.

Kebanyakan dari kita cuba mengurangkan pengambilan gula tetapi dalam masa yang sama ingin kekalkan rasa kemanisan biskut dan kuih raya. Sebagai alternatif, kismis boleh digunakan bagi menggantikan gula kerana ia manis secara semulajadi dan tiada gula tambahan.
Photo Dietitian Adiba - KPJ Damansara

Kismis California sesuai digunakan untuk penyediaan pencuci mulut, biskut dan kuih raya. Kismis California mudah didapati di pasaran untuk kegunaan dalam resepi masakan.  Tambahan pula, Kismis California dikeringkan di bawah matahari dan rasa manis buah kering ini terbit secara semulajadi. Ini menjadikan kismis California snek berkhasiat yang sesuai dinikmati oleh semua peringkat umur.

Harga Kismis California berpatutan dan mudah didapati di pasar raya dalam bungkusan makanan ringan dan senang dibawa. Mungkin Syawal ini Maha boleh menyediakan biskut Raya, pencuci mulut atau hidangan utama dengan menggunakan Kismis California. Ia boleh menggantikan penggunaan gula. Kat sini ada dua resepi ringkas yang Maha dah cuba menggunakan Kismis California iaitu Puding Roti Kismis CALIFORNIA Dengan Sos Kastard. 

Bahan-Bahan
A) Puding Roti:
60 gm Kismis California
8 keping roti putih
500ml susu rendah lemak
2 biji telur,saiz sederhana
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil esen vanila

B) Sos Kastard
•       300ml susu rendah lemak
•       1 sudu kecil gula
2 sudu besar tepung kastard

Bahan tambahan:
1 sudu kecil mentega untuk gris permukaan loyang

Cara-cara penyediaan:
1. Panaskan oven 10 minit pada suhu 180°c.
2. Satukan susu rendah lemak, 30 gm Kismis California, telur, gula dan esen vanila dalam satu bekas. 
3. Koyakkan roti atau boleh potong 4. Kemudian rendam roti ke dalam campuran tadi. Pastikan semua bahagian roti terendam dan meresap bahan cecair tadi.
4. Tuangkan ke dalam loyang yang telah digris mentega. Taburkan baki kismis, 30 gm ke atas adunan puding roti. Biarkan dalam 10 minit.
5. Bakar pada suhu 180°C selama 30 minit.
6. Untuk sos kastard, campurkan semua bahan B ke dalam periuk dan kacau hingga menjadi pekat. Gunakan api kecil.
7. Puding roti boleh dipotong dan tuang sos kastard ke atas puding roti.

Resipi kedua Salad Sayur Bersama Kismis CALIFORNIA

Bahan-Bahan
60 gm Kismis California
Daun salad (merah dan hijau)
Ceri tomato
Lobak merah, hiris panjang
Sos salad (thousand island dressing)

Cara-cara penyediaan:
1. Basuh dan toskan daun salad, kemudian potong kecil.
2. Dalam satu mangkuk, campurkan semua bahan-bahan. Gaul rata bersama sos salad dan sedia dihidang.
3. Sesuai dinikmati sebagai snek (sejukkan dahulu) atau boleh dihidang bersama hidangan utama semasa perayaan. 

Kalau korang nak tahun maklumat lanjut mengenai fakta pemakanan dan petua resipi mengenai Kismis California, boleh layari laman web  raisins.org dan caraisins.com Maha pun selalu melawati laman sesawang ini untuk cuba resipi terbaru dan menarik. Ada yang tak pernah kita rasa mungkin ini masanya menikmati lain daripada yang lain. Selamat mencuba semua ok.









Hidangan Juadah Hari Raya Di Rumah Dibawakan Oleh Putrajaya Marriott Hotel

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Esok kita dah bakal berhari raya dengan normal baharu dimana raya tak boleh semeriah dulu dan berkumpul ramai-ramai lagi. Paling sedih menyentuh hari tak boleh balik raya ke kampung. Sepanjang hidup Maha tak pernah lagi rak beraya dengan keluarga kat kampung. Tahun ini lah baru pertama kali kena beraya seorang diri dan jauh dari mak ayah.
Tapi walaupun jauh tetap kena Kita Raya Kita. Menyambut hari kemenangan sebulan berpuasa dengan hari raya penuh gembira. Cuma tu lah tengah fikir untuk juadah pagi raya nak masak apa yer. Takut tak jadi lak kalau masak rendang yang susah-susah tu. Selalu bangun pagi raya tengok semua juadah dah siap mak masakkan. Kali ni harapkan makanan order online sahaja.

Tak perlu risau kerpada Putrajaya Marriott Hotel memperkenalkan hidangan juadah raya tahun ini. Pelbagai juadah disediakan bagi menikmati raya #dudukrumah. Hari Raya Aidilfitri bagaikan tidak lengkap tanpa hidangan kegemaran Maha. Kali ini Putrajaya Marriott Hotel sedia menyajikan aneka pilihan juadah raya yang akan membuatkan hari kita lebih riang dan gembira.

Maha tengok pun banyak pilihan juadah mengikut selera dan juga bajet korang.

Kombo A - RM200 nett (4 orang)
- Ayam Golek
- Nasi Beriani
- Kari Kambing Madras
- Satay - Ayam atau Daging Lembu
- Masak Lemak Sayur Lodeh bersama Nasi Impit

Kombo B - RM200 nett (4 orang)
- Kambing Golek 
- Lemang bersama Rendang Ayam
- Daging Salai Masak Lemak Cili Api dan Nasi Putih
- Satay - Ayam atau Daging Lembu
- Masak Lemak Sayur Lodeh bersama Nasi Impit

Kombo A - RM500 nett (8 orang)
- Ayam Golek
- Nasi Beriani
- Kari Kambing Madras
- Satay - Ayam atau Daging Lembu
- Masak Lemak Sayur Lodeh bersama Nasi Impit 
- Mee Rebus Stulang Laut
- Piza Naan Margherita atau Piza Ayam Hawaiian

Kombo B - RM500 nett (8 orang)
- Lemang bersama Rendang Daging
- Kambing Golek
- Daging Salai Masak Lemak Cili Padi dan Nasi Putih
- Satay - Ayam atau Daging Lembu
- Roti John
- Mee Kari Wak Lan
- Serawa Durian bersama Pulut atau Roti

Banyak tu pilihan menu yang korang boleh pilih memang meriah juadah pagi raya. Maha sendiri dah cuba kebanyakkan menu mereka sangat memenuhi selera terasa asli masakan tradisional Melayu. Kalau korang tak tahu nak masak apa pagi raya boleh order online yang bermula 24 May hingga 20 June 2020. Sebulan tu mereka buka promo ni dan juga ada perkhidmatan penghantaran terus kerumah tak perlu risau nak keluar.

Apa lagi jom lah cuba. Maha nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin pada semua pembaca blog Maha dan moga raya ini walaupun berjauhan kita tetap ingat pada yang tersayang. Selamat mencuba semua ok.

Tempahan dan pertanyaan lanjut hubungi :
Tel : 03-8949 8888
Whatsapp : 012-393 0172







Jom Belajar Memasak Resipi Menarik Menggunakan Kentang A.S. Bersama Chef Sabri

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan ini bukan setakat isteri dan mak-mak jer yang pandai memasak. Tapi suami-suami pun tidak kurang hebatnya malah siapa ada group lagi untuk kongsi resipi masakan yang menjadi dan enak-enak belaka. Itu lah salah satu hikmah bila duduk rumah dan bosan tak tahu nak buat apa.

Maha sendiri pun duduk rumah belajar banyak resipi masakan melalui atas talian sahaja. Tapi kali ini lebih menariknya korang boleh belajar resipi baru yang hebat dan pastinya sedap daripada seorang chef terkemuka yang berpengalaman lebih 32 tahun dalam dunia masakan ni. Malah beliau juga pakar dalam masakan kontemporari & ukiran ais serta merupakan penulis buku resipi. Siapa lagi kalau bukan Master Chef Sabri Hassan.

Demo masakan kali ini akan diadakan secara langsung bukan di television tapi di Facebook live stream. Yer lah semua orang ada akaun Facebook jadi senang guna telefon pintar sendiri dah boleh tonton kat rumah, atau kat pejabat atau juga kat mana-man sahaja. Program demo masakan Chef Sabri akan berlangsung pada ketetapan seperti berikut :

Tarikh : 6 Jun 2020 (Sabtu)
Masa : 3.00 petang
Lokasi : Live stream laman Facebook MY Potatoes USA

Dengar cerita chef akan berkongsi dua resipi hebat dan lazat menggunakan Kentang A.S. yang lebih sihat dan cepat. Resipi yang akan didemo pada hari tersebut adalah Bergedil Kentang A.S. Pedas (Stuffed Spicy U.S Hash Browns in Dried Bean curd) dan juga resipi Rendang Kentang A.S. Russet (U.S. Russet Potato Rendang)

Tak sabar Maha nak menyaksikan demo masakan ni korang macam mana. Yer lah sebab  kali ini chef menggunakan produk Kentang A.S. yang memang diketahui ramai khasiatnya. Kentang ini mengandungi kompleks nutrien iaitu karbohidrat, sumber kalium yang baik dan vitamin B6. Ia juga tidak mempunyai lemak, natrium dan kolesterol almaklumlah hanya mengandungi 110 kalori dalam setiap hidangan. 

Kentang ni ada dalam pelbagai betuk segar dari ladang dan juga sejuk beku. Sebab Maha sendiri dah mencuba menggunakan kentang ini dalam masakan. Memang menarik dan menjadikan masakan kita lebih enak. Kentang ini menjadi pilihan Maha kerana ia daripada pengeluaran ladang dengan tanah yang baik, cuaca dan langkah-langkah ketat yang diambil dalam kawalan kualiti hasil dari penanaman, penuaian, penyimpanan hingga penghantaran ke pasaraya.

Selain daripada sesi demo masakan tu mereka juga menganjurkan peraduan dalam talian. Dimana korang boleh memasak menggunakan Kentang A.S. dan upload dalam Facebook atau Instagram milik korang pastikan ia 'public'. Kemudian berikan nama hidangan yang korang masak tu dan letakkan hashtag #VersatileUSPotatoes #USPotatoDish diruangan caption. Tarikh peraduan sehingga 16 Jun 2020 dan keputusan akan diumumkan pada 20 Jun di Facebook My Potatoes USA. 100 peserta awal yang mengeposkan resipi ciptaan sendiri menggunakan Kentang A.S. akan memenagi Potatoes USA Cooler Bag edisi terhad dengan buku-buku resipi. 

Jadi jangan tunggu lagi korang boleh start post kat laman sosial bermula sekarang. Sebab hadiah istimewa ini diberikan kepada mereka yang terawal (first-come-first-serve). Apa yang korang kena ingat sekarang ni ada dua perkara menarik yang akan berlaku di laman Facebook My Potatoes USA iaitu pertama live demo masakan yang akan berlangsung pada 6 Jun ni dan juga peraduan masakan menggunakan Kentang A.S. So set alarm korang jangan terlepas peluang hebat ni. Maha pun akan tonton program secara langsung nanti jumpa kat sanalah ok. Selamat mencuba dan selamat bertugas semua. 













Nak Tenaga Extra! JoyMix Awake Serbuk Ekstrak Buah Anggur Semula Jadi

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Walaupun Maha kerja buat masa ni hanya dari rumah tapi tetap aktif bergerak dan juga melalukan kerja rumah macam seorang suri rumah. Lepas sahaja buat kerja pastu memasak, mengemas dan juga membasuh kadang-kadang penat dan rasa macam tak cukup tenaga. Itu lah yang dihadapi oleh golongan ibu-ibu dan juga bapa-bapa yang bekerja tak kira dirumah mahupun kat luar.

Belum lagi mereka yang bekerja 24 jam seperti frontliner macam doktor, jururawat, polis, bomba dan ramai lagi. Semua tu memang memerlukan tenaga tambahan agar mereka dapat mengekalkan kecergasan dalam tempoh bertugas. Korang yang aktif bersuka seperti menyertai marathon, berbasikal, main gym juga perlukan sumber bekalan tenaga semulajadi bukan ambil daripada ubat atau bahan terlarang. 


Sebab tu sekarang ni Maha tengah mengamalkan satu produk serbuk untuk tambah tenaga. Produk yang Maha maksudkan tu adalah JoyMix Awake. Ia bukanlah produk ubatan ia adalah serbuk semula jadi yang dibungkus dengan kebaikan buah anggur. Ia mengandungi ekstrak daripada kulit, isi dan biji anggur. Ramai tahu yang buah anggur memang banyak khasiat sebab tu kita digalakkan mengambil buahan ini. 


Anggur adalah buah penuh khasiat yang kaya dengan Vitamin C dan antioksidan. Ini meningkatkan imuniti, mengurangkan radikal bebas, dan membuat korang tetap cergas dan sihat. Setiap serbuk JoyMix Awake rasanya segar dan menyegarkan. Maha firstime ambil produk ni memang akan rasa sedikit masam dan tajam menyengat kulit anggur tapi bila dah amalkan setiap hari dah mula biasa.

Kebaikan JoyMix Awake 


Mengekalkan Tahap Aktif - JoyMix Awake adalah serbuk tenaga semula jadi yang membuat korang sentiasa cergas sehingga 5 jam. Ia secara sementara dapat menghalang hormon Adenosine agar berinteraksi dan tidak tidur di dalam badan, menjadikan korang aktif dan bertenaga dalam tempoh tersebut.

Meningkatkan Aliran Darah - JoyMix Awake meningkatkan aliran darah dengan melebarkan saluran darah. Ia berpotensi meningkatkan pengangkutan nutrien dan oksigen oleh darah.

Bebas dari Kafein - JoyMix Awake bebas dari kafein. Ia tidak meningkatkan kadar pengepaman jantung manusia, tidak seperti kopi atau minuman tenaga yang mengandungi kafein. Mengonsumsi kafein dalam jumlah yang tinggi dapat mengurangkan kadar aliran darah. Ia boleh menyebabkan komplikasi yang berkaitan dengan kesihatan dalam jangka masa panjang. Disebabkan ia bebas kafein, JoyMix Awake lebih selamat dan lebih sihat daripada kopi atau minuman tenaga berkafein.

Tanpa Gula Tambahan - Tidak mengandungi gula tambahan dan dapat diamalkan dengan selamat oleh orang-orang yang bersukan, peka terhadap kesihatan, atau menjalani diet ketat.

Kaya dengan Vitamin C - Setiap hidangan JoyMix Awake mempunyai 200mg Vitamin C. Ia lebih daripada jumlah harian yang disyorkan untuk orang dewasa (90mg) dan wanita yang menyusui (120g). JoyMix Awake meningkatkan imuniti anda dan menjadikan anda sihat.

Bagaimana Mengambil JoyMix Awake


Maha amalkan produk ni sebab bukan nak kurus tau tapi nak tenaga kerana kerja yang banyak. Satu kotak ni ada 30 sachet yang boleh diambil satu bungkus sehari. Sachet pun tak besar hanya saiz kecil 3gram dan senang dibawa dalam beg atau pun dalam kocek juga senang diminum.

Cara pengambilan JoyMix Awake:

1) Potong atau koyakkan satu sachet JoyMix Awake.

2) Sedut atau tuang perlahan JoyMix Awake terus dari sachet ke dalam mulut dan membiarkannya mencair atau korang boleh kemam perlahan-lahan.

Dah siap senang sangat nak ambil tidak perlu nak bancuh dalam air suam atau panas. Jadi bila-bila masa dan tempat korang boleh ambil serbuk ini. Kalau Maha setiap pagi lepas bangun dan sarapan tu sebelum mula kerja akan ambil satu sachet untuk terus kekal tenaga. Rasa sedap anggur tak ada rasa ubat pun memang sesuai untuk semua golongan dewasa. Kalau korang nak cuba dan rasai kelainan produk ni boleh beli online kat https://www.joypremix.com/products/awake hanya RM70 untuk satu kotak tu. Selamat mencuba semua.








Ekspresi Wajah Baharu Texas Chicken Untuk Peminat Di Malaysia

$
0
0
Salam sejahtera kepad semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Maha adalah seorang peminat makanan segera yang cukup popular iaitu Texas Chicken kerana suka akan ayam goreng dan juga pelbagai lagi menu lain seperti burger dan juga pencuci mulut yang ada kat sini. Ingat lagi masa Maha pergi sebelum negara dibawah Perintah Kawalan Pergerakan memang akan order ayam goreng mereka yang special kat sini.

Masa PKP hari tu memang langsung tak pergi kemana-mana cawangan Texas Chicken sebab tak boleh nak makan kat situ hanya boleh order untuk penghantaran sahaja. Rupanya Texas Chicken telah berubah kepada wajah baru. Mula-mula ingat ada jenama lain tapi ia adalah sebenarnya Texas Chicken yang Maha pernah makan hari tu. Kali ini Texas Chicken dengan penampilan identiti jenama baru korang boleh lihat perubahan bukan sahaja kepada logo, malah juga kepada reka bentuk dan juga susun atur restoran mereka yang lebih unik seperti kualiti, keberanian, inovasi dan rasa. 

Kalau korang nak tengok konsep restoran baru mereka yang pertama boleh pergi outlet Texas Chicken yang terletak di Sunway Pyramid. Ia adalah yang pertama di Malaysia yang menampilkan reka bentuk restoran baru, yang bermula dengan bahagian luar yang menarik dengan panel kayu bertekstur hangat berlabuh dengan tanda logo baru yang muncul dan segera menarik perhatian para tetamu. Bahagian dalamnya mempunyai mural besar dengan ikon khas yang mencerminkan elemen penting Texas seperti Lada Jalapeno untuk 'Bold', bintang tunggal yang mewakili 'Texas', dan tentu saja ayam untuk 'Flavour'. 

Bintang emas gergasi di siling berfungsi sebagai ciri pencahayaan dan pernyataan bahawa ini adalah tempat yang tepat untuk rasa yang berani dan legenda. Pelbagai pilihan tempat duduk termasuk meja kayu, kerusi, bangku dengan permukaan dan dinding berwarna lebih terang dikeseluruhnya. Papan menu digital juga menyerupai keperibadian jenama Texas yang tajam dan berukuran lurus - dengan fokus baru pada visual yang lebih besar untuk membuat pesanan lebih mudah dan membantu para tetamu mencari makanan kegemaran mereka dengan cepat dan mudah. Lebih banyak kedai Texas Chicken Malaysia akan diubahsuai untuk menggunakan reka bentuk baru ini pada akhir tahun 2020.

Bagi meningkatkan lagi pengalaman tetamu, semua kru Texas Chicken kini mengenakan pakaian seragam dan pengurus baru, sesuai dengan sifat berani dari jenama tersebut. Seragam kru kini merangkumi kemeja-T yang santai dengan warna yang dipilih dari palet warna hangat yang mencerminkan rupa dan nuansa Texas dan melengkapkan rasa jenama yang berani. Bagi yang tahu apa artinya menyampaian makanan yang selesa dalam suasana yang mesra. Pengurus restoran mempunyai penampilan yang bersih dengan kemeja hitam dan kelabu. Pembungkusan makanan dan minuman juga mendapat kemas kini moden, dengan ikon tanda tangan, teks di luar setiap pakej yang menegaskan kebenaran berukuran Texas seperti 'Bold Tastes with a Twist', 'Blazing New Trails in Flavour' dan 'The Legendary Taste Texas'.

Selain itu juga, Texas Chicken telah mengeluarkan penawaran waktu terhad baru seperti ‘Ayam 8 Lada Bersaudara’, yang menampilkan ayam gorengnya yang dikilap dengan sos khas yang terbuat dari lapan jenis lada. Ia juga mengembalikan biskut Chocolate Chip yang digemari ramai, yang merupakan kelainan pada biskut madu-mentega khas mereka. Lagi rasa teruja nak makan menu Texas Chicken ni.
Ayam 8 Lada Bersaudara dan Biskut Chocolate Chip

Tapi sebab sekarang ni musim covid kena had waktu kat luar walaupun kerajaan dah kurangkan PKP dengan membenarkan untuk makan dining kat restoran tapi kena jaga jarak dan juga amal norma baharu. Jadi nak senang Maha gunakan sahaja khidmat Delivery Malaysia by Foodpanda lagi selesa boleh makan puas-puas kat rumah jer hehehe.

Korang boleh juga order online dan terus sampai ke rumah untuk menu pilihan menarik di Texas Chicken. Lepas ni nak order banyak lagi menu yang terbaru mereka dan boleh makan satu keluarga best lah puas hari. Korang pun jangan lupa guna khidmat penghantaran terus ke rumah mudah cepat dan selamat. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.


*Gambar dari Facebook Texas Chicken






Hotel Maya Kuala Lumpur Membuka Restoran Untuk Menikmati Juadah Enak Dengan Normal Baharu

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Alhamdulillah setelah lebih kurang 3 bulan kita menghadapi situasi yang sangat genting dan juga diluar kebiasaan dengan PKP kini kita telah masuk kepada fasa yang lebih menenangkan. Ye lah kerajaan pun telah umumkan PKPP sekarang ni dimana hampir semua sektor industri telah mula beroperasi termasuk juga bidang perhotelan.

Salah satu yang terkesan teruk akibat dengan pendemik ini adalah sektor pelancongan dan perhotelan. Ada setengah sektor langsung tidak dapat beroperasi dan terus gulung tikar. Namun masih ada yang mampu bersaing dan juga terus hidup dalam normal baharu ini termasuk juga Hotel Maya Kuala Lumpur. Salah satu hotel yang terletak di tengah Kota Kuala Lumpur.

Kini Hotel Maya telah mula membuka restoran yang ada didalamnya untuk menyambut kedatangan tetamu menikmati juadah yang enak dan cara dan inovasi baharu. Kalau korang biasa datang hotel ni terdapat beberapa restoran popular mereka seperti Japanese and Cantonese Restaurant, Still Waters, Maya Brasserie dan Ramah Tamah Restaurant.



Namun kali ini demi mengikut prosedure dan SOP yang ditetapkan kerajaan mereka akur dan juga melaksanakan semua itu seperti penjarakan sosial, menyediakan pencuci tangan, dan juga peralatan yang lebih selamat. Tidak kurang juga melakukan nyah kuman pada semua restoran dan juga perkakasan mereka sebelum memulakan operasi. 



Terdapat pelbagai pilihan Menu Set termasuk makanan Malaysia, makanan Barat dan Jepun. Mereka juga menggalakkan untuk tetamu menempah Menu Set kerana menampilkan kelainan baharu. Menu Set dicipta khas untuk pengunjung yang datang makan lebih dari 2 orang diantaranya adalah seperti Japanese Breaded Tiger Prawns; Stewed Australian Ribeye with Miso Paste, Braised Hot & Sour Szechuan Soup, Braised Duck with Ginger and Fresh Shiitake Mushroom, Creamy Chicken with Curry Leaves and Homemades plum Sauce & Shredded Young Mango dan Supreme Spicy Soya Sauce Tiger Prawns



Ada juga pencuci mulut yang enak seperti Chilled Sea Coconut with Longan and Lemon Syrup, Double Boiled Dried Pear with Chrysanthemum, Sea Bird's Nest, White Fungus dan Dried Longan. Terdapat tiga pilihan Menu Set yang berbeza bermula dari RM60 untuk dua orang dan tambahan RM20 untuk setiap orang seterusnya. 


Bagi yang nak cuba menu Ala Carte dari masakan Malaysia sangat sesuai untuk mencuba seperti Nasi Kerabu dengan Ayam Goreng Berempah, Nasi Tomato bersama Ayam Masak Merah, Nasi Goreng Sayur Zaitun, Work Fried Shell-less Tiger Prawns dengan Butter dan Golden Oat dan Butter Squid dengan Salted Egg Yolk. Harga pula bermula dari RM8 dan seterusnya. Makan malam hanya tersedia pada hari kerja (kecuali Cuti Umum) dari jam 11 pagi hingga 8 malam (pesanan terakhir pada 7 malam).

Hotel ni juga menawarkan Maya Meals Home untuk korang yang lebih selesa menikmati juadalah dengan memilih menu yang sama tetapi di rumah sendiri. Ni semua korang boleh tempah melalui atas talian di laman hotelmayakl.beepit.com. Penghantaran percuma untuk minimum RM60 dalam radius 5KM dan minimum RM80 dalam radius 10KM dari hotel. Bukan itu sahaja, nikmati pulangan tunai kedai 10% untuk pesanan dan yang seterusnya. Tempahan ni boleh buat setiap hari dari jam 11 pagi hingga 8 malam.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi :
Talian : 03-2711 8866
Email : info@hotelmaya.com.my







Ayam Untuk Semua Sempena Ulang Tahun Ke-20 The Chicken Rice Shop

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Bila cerita tentang makan Maha paling suka akan makan Nasi Ayam. Tak tahu memang setiap kali kalau keluar mesti akan makan Nasi Ayam sebab lengkap dalam satu set ada semua sekali seperti nasi, sup, daging ayam, sayur dan juga sambal. Itu yang membuatkan Maha pecinta nasi ayam.

Paling senang Maha nak dapatkan makanan kegemaran ini hanya di The Chicken Rice Shop. Ini kerena bukan sahaja Nasi Ayam mereka sedap tapi juga halal diyakini untuk makan. Menarik lagi mereka juga selalu mengadakan pelbagai tawaran dan juga pilihan yang menarik selain daripada nasi ayam. Terbaru ni pulak sempena dengan ulang tahun The Chicken Rice Shop yang ke-20 mereka menyediakan set Ayam Untuk Semua.


Set makanan Ayam Untuk Semua ini telah bermula dari 18 Jun 2020 dan terhad sehingga 20,000 set di seluruh Malaysia. Pulak tu harga sangat menarik hanya RM20 sahaja untuk set ini dimana korang boleh dapat 2 jenis daging ayam yang boleh pilih daripada Roast/Steamed/Soy Sauce. Kemudian ada pula sayur boleh pilih antara Pak Choy atau Ipoh Bean Sprout. Juga dapat 3 set nasi, 3 sup dan juga 3 minuman ringan. Sebab set ini sesuai untuk makan 3 orang dengan harga sebanyak tu sangat berbaloi bagi Maha.




Selain tu juga kalau korang ambil set ini secara langsung korang menyumbang RM2 hidangan ke Program Makanan Pay It Forward demi membantu mereka yang memerlukan. Bagus tak bukan sahaja dapta makan tapi dapat membatu juga. Secara tidak langsung menggembirakan rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat dengan hidangan Nasi Ayam Hainan yang asli dan lazat ni.

Itu lah sebabnya Maha suka makan kat The Chicken Rice Shop. Jadi tunggu apa lagi masa masih ada ni korang kena cepat tau kerana siapa cepat dia dapat. Walaupun makan kat restoran mereka tetap mengamalkan SOP yang ketat seperti pemeriksaan suhu, pendaftaran masuk dan juga penjarakan sosial. Jadi jangan lah marah kalau kena berbaris panjang untuk makan kat restoran mereka. Hidangan ni tak boleh bungkus tau ia hanya untuk dine-in sahaja tau. Pergilah cawangan berhampiran korang sekarang juga ok. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Maklumat lanjut mengenai The Chicken Rice Shop, boleh layari Facebook https://www.facebook.com/thechickenriceshop.







Tidak Sangka Menang Emas Dengan Pembelian Di Platform CMASA.MY

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Musim norma baharu semua kena buat secara atas talian sahaja lebih selamat dan mudah. Rakyat Malaysia yang kaki membeli-belah pun dah mula beralih kepada cara e-commerce ini. Sebab itu sekarang makin banyak platform pembelian atasa talian seperti yang terbaru CMASA.MY.

Maha pun pertama kali tahu tentang laman web pembelian atas talian cmasa.my ni. Ia dibangunkan oleh YaPEIM iaitu Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia. Sebab itu dalam platform ini banyak product keluaran muslim dan produk tempatan. Ini lah masanya untuk kita sokong dan memperkasakan memperkasakan ekonomi tempatan terutama muslim agar kita sentiasa dapat melahirkan generasi usahawan kerana kita tahu 9 daripada 10 pintu rezeki adalah perniagaan. 


Kat sini mereka mula membuat promosi pelbagai jenis produk daripada produk makanan, barangan bayi dan kanak-kanak, fesyen, kesihatan, kecantikan, Haji & Umrah serta juga perkhidmatan. Walaupun masih baru platform ini telah mula mendapat tempat dihati pembeli tempatan dan juga perusahaan kecil dan sederhana. Maha suka sebab boleh dapat banyak produk halal dan berkualiti untuk kegunaan harian. 



Musim pelbagai penyakit sekarang ni memang kena banyak duduk rumah jer mereka akan terus hantar barang kepada korang. Sekarang ni pula platform ini juga menganjurkan satu peraduan untuk memenagi emas. Enam orang yang layak berhak untuk menang emas dan bagaimana caranya korang boleh follow langkah seperti di bawah:


LANGKAH 1

Beli minimum 1 produk dari website e-commerce https://cmasa.my. Tak kisah produk apa sekalipun yang korang beli, korang layak untuk memenangi hadiah EMAS PERCUMA ini.

LANGKAH 2

Sila simpan resit pembelian online korang daripada website e-commerce cmasa.my tersebut. Sila PRIVATE MESSAGE di Facebook Page rasmi CMASAserta upload dan kemukakan resit pembelian korang sebagai bukti pengesahan.

LANGKAH 3

Selepas korang buat dua langkah di atas, sila buat satu posting secara public di Facebook profile korang dengan ayat "SAYA SUKA CMASA.MY KERANA............" (sila lengkapkan ayat ini mengikut pengalaman dan kreativiti korang sendiri) beserta dengan gambar anda secara kreatif di posting Facebook tersebut. Sertakan juga hashtag #cmasa dalam posting korang.


Pemilihan 6 orang pemenang berdasarkan Like, Komen dan Share paling tinggi dalam posting korang untuk menang hadiah EMAS SECARA PERCUMA. Juga ada 10 hadiah saguhati memanti untuk korang juga! Tarikh tutup peraduan adalah sehingga 30 Jun 2020. Cepat korang boleh beli dan dalam masa sama menang hadiah emas. Bestnya!!!










Cabar Kepedasan Anda Di Subway Malaysia Dengan Sandwich #tambahpedas Untuk Masa Terhad

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan sekalian. Subway Malaysia semakin menjadi-jadi bulan ini apabila melancarkan produk terbaharu Subs & Hot Spicy edisi terhad #tambahpedas, yang memberikan pengalaman yang mengghangatkan.

Berikutan penambahan 12 bahan baru yang lebih segar ke dalam menu Subway Malaysia, termasuk chili flake dan sizzling sauces, Spicy Mayo Chicken dan Hot Pepper Chicken semuanya bergabung dalam satu untuk memberikan rasa tambahan kepada selera rakyat Malaysia.

Subway Malaysia Country Director, Mr Samad Shariff berkata, sandwich edisi terhad dibuat untuk menggembirakan rakyat Malaysia dengan pilihan yang lebih menarik dan mencerminkan komitmen untuk memenuhi selera rakyat Malaysia, termasuk cinta mereka terhadap makanan sangat pedas.
Hot Pepper Chicken


"Kami di Subway tahu betapa banyak rakyat Malaysia yang gemar menambahkan lebih banyak rempah ke dalam makanan kami - semakin sedap, semakin baik! Kami tahu kami harus mengambil tahu dengan menawarkan sandwich edisi terhad ini," kata Shariff.

"Sebagai pencinta makanan pedas juga, saya menggalakkan rakyat Malaysia untuk mencuba #tambahpedas dan mencabar tahap kepedasan mereka dengan mencuba new subs dan menambah lebih banyak chilli flakes".

Spicy Mayo Chicken

Subway Spicy Mayo Chicken mempunyai ayam yang diasinkan dalam pembuatan kembali krim yang diilham dari selatan dan manakala Hot Pepper Sauce panggang yang tajam disisipkan ke dalam kepingan ayam lembut untuk Hot Pepper Chicken. Rakyat Malaysia dijemput untuk menikmati Subs Hot & Spicy dan berkongsi pengalaman mereka di media sosial dengan hashtag #tambahpedas.

Tempah edisi terhad baru ini dengan makan malam atau makanan di semua restoran Subway Malaysia juga boleh melalui penghantaran menggunakan Foodpanda dan GrabFood mulai hari ini dan selagi stock masih ada. Bagi mengekang penyebaran Covid-19, dan untuk kesihatan dan keselamatan Sandwich Artists dan tetamu, Subway Malaysia memiliki prosedur kesihatan, keselamatan dan kebersihan yang sangat ketat. Untuk maklumat lebih lanjut, lawati www.subwayisfresh.com.my.









ADMC Menyokong Derma Darah Bagi Bank Darah Nasional

$
0
0
Pusat Perubatan Ara Damansara (ADMC) akan mengadakan gerakan kempen menderma darah untuk merayu kepada orang ramai agar menderma darah bagi menyokong Bank Darah Nasional yang perlu menambah bekalan darahnya. Semenjak wabak Covid-19 diikuti oleh berbagai fasa perintah kawalan pergerakan telah menyebabkan penurunan yang signifikan dalam jumlah penderma darah untuk beberapa bulan terakhir.


Penderma boleh menuju ke lobi hospital pada 14 Julai 2020 antara jam 9.00 pagi dan 3.00 petang. ADMC menggesa masyarakat untuk turut serta membantu mereka yang memerlukan darah pada masa-masa yang belum pernah terjadi sebelumnya. Setiap unit darah yang didermakan dapat menyelamatkan tiga nyawa.

Bagi memenuhi syarat untuk menderma darah, penderma mesti tidur sekurang-kurangnya lapan jam pada malam sebelumnya, berat badan lebih dari 45kg, berada dalam keadaan sihat dan tidak boleh mengambil sebarang ubat-ubatan. 

ADMC akan mengambil semua langkah yang diperlukan untuk menegakkan standard keselamatan tertinggi semasa kempen derma darah di premisnya. Penderma diminta memakai topeng dan menjalani pemeriksaan umum Covid-19 di pintu masuk hospital. Untuk maklumat lebih lanjut, hubungi 03 7839 9210 atau layari www.aradamansaramedicalcentre.com atau layari Facebook @aradamansaramedicalcentre dan Instagram @aradamansara_medicalcentre.







Penghormatan Hero Float Istimewa Untuk Petugas NKF Untuk Kempen Mengumpulkan Dana PPE

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan sekalian. INOVATOR Carpe Ri Sdn Bhd bekerjasama dengan Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan  (NKF) dalam kempen membantu menyediakan Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) untuk petugas barisan depan NKF.

Pengasas Bersama Carpe Ri, Danieul Mudali berkata, mereka mengambil kesempatan ini untuk menggunakan proses paten mereka dalam pemerosesan "untuk mewujudkan penghormatan paling hebat untuk petugas  barisan depan".

Hero Float sedia dinikmati di Sunway Pyramid dari 6 Julai 2020. Pengunjung boleh menikmati float ini sehingga 12 Julai dan pada masa yang sama berpeluang menghormati pahlawan mereka. Hero Float bukan untuk dijual dan orang ramai boleh menderma dengan hati terbuka.

Selain sedap dan menarik, Hero Float halal ini mesra alam dan mengandungi serat larut dan pra-biotik yang sihat.
(dari kiri ke kanan) Pengasas Bersama Carpe Ri Joon Tan, Pakar Strategi Korporat Pecca Group Kelly Teoh, Ketua Pegawai Eksekutif NKF Chua Hong Wee, Pengasas Bersama Carpe Ri Danieul Mudali dan selebriti tempatan Vince Chong pada pelancaran Hero Float sebagai penghormatan istimewa untuk petugas NKF

"Kami mendapat inspirasi untuk Hero Float dari semangat, dedikasi dan sikap tanpa pamrih yang ditunjukkan oleh petugas barisan depan," kata Danieul. "Inovasi kami membawa warna dengan cemerlang. Gabungkannya dengan bahan-bahan yang sesuai dan ia dapat menyampaikan latar belakang positif tentang peranan petugas barisan depan.”

Kempen Hero Float yang  merangkumi kempen media sosial selama tiga bulan serta acara selama seminggu di Sunway Pyramid telah menyentuh hati dan minda orangramai.

Penaja kempen adalah Kumpulan Pecca, Carpe Ri Sdn Bhd, pemasar digital Social Grooves, pereka laman web Brand You Sdn Bhd, perunding perhubungan awam iPR dan pembekal bahan ais krim French Marque Sdn Bhd. Sunway Pyramid adalah penaja lokasi acara.

Pengerusi NKF, Dato’ Dr Zaki Morad Mohd Zaher berkata NGO itu bersyukur kerana terpilih untuk menjadi sebahagian daripada kempen ini.

“Ini akan membantu memberi kesedaran dan meningkatkan asas sukarelawan NKF selain mengumpulkan dana. Sebarang sumbangan bekalan perubatan untuk petugas barisan depan kami sungguh tepat pada masa ini,” tambahnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Social Grooves, Christopher Tock sungguh gembira dapat memberikan sumbangan dalam kempen ini kerana menghormati petugas barisan depan sambil mengumpulkan dana untuk NKF.

"Sejak keadaan normal yang baru, kami telah melihat lonjakan pertambahan waktu yang dihabiskan di media sosial dan berpendapat bahawa kempen ini cara yang berkesan untuk mengumpulkan rakyat Malaysia demi menghormati dan mengucapkan terima kasih kepada petugas barisan depan," kata Christopher.

Selebriti popular Vince Chong turut memberi sokongan semasa majlis pelancaran Hero Float berkata: “Petugas barisan depan pandemik ini sebenarnya penjaga kesihatan kerana NKF telah menyediakan keperluan kesihatan penting, termasuk untuk pesakit dialisis di pusatnya serta pelbagai perkhidmatan lain semasa semua peringkat Perintah Kawalan Pergerakan.

“Mereka telah mencapai lebih daripada kemampuan profesional dan peribadi mereka. Kami menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk terus maju dan menyokong kempen ini demi memberi penghargaan anda kepada mereka,” katanya.

Pengasas Bersama Carpe Ri, Joon Tan juga mengetuai Projek Nasi Goreng 100 yang mengumpulkan sukarelawan untuk memberi bantuan makanan kepada mereka yang serba kekurangan semasa PKP.

“Ini adalah projek yang sedang digiatkan dan kami berharap kempen ini dapat memberi kesedaran dan menarik lebih ramai sukarelawan untuk menceburi diri,” kata Joon.

Bersempena dengan pelancaran kempen Hero Float, Pecca menyumbang peralatan perubatan PPE bernilai RM20,000 kepada NKF.









Jom Makan Di Restoran Sana Sini Di DPULZE Shopping Centre Cyberjaya

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Lama dah kota Maha tak buat review makan-makan kat restoran ni sejak daripada PKP hari tu lagi. Sekarang ni setalah kita berapa pada fasa PKPP lega sikit banyak restoran dan juga kedai makan dah mula beroperasi penuh dengan membenarkan pengunjung untuk makan direstoran namun tetap mengamalkan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib.

Maka dikesempatan dan peluang ada ini Maha cuba penuhi jemputan untuk makan di restoran yang menjadi piliha ramai orang. Salah satunya adalah Restoran Sana Sini yang terletak di aras LG DPulze Shopping Centre. Bestnya datang sini kerana ia adalah sebuah Restoran Bertema Unik sebab menggabungkan banyak unsur-unsur menarik daripada luar dan tempatan.  




Restoran ni luas tak silap Maha boleh muatkan lebih kurang 100 orang tetamu dalam satu-satu masa. Sebab tu kat sini mereka ada sediakan ruangan untuk korang nak buat acara seperti harijadi, pelancaran produk, reunion atau juga perjumpaan rakan-rakan mahupun sahabat lama. Macam kami lah semua hari tu makan-makan lebih kurang ada 20 orang blogger setelah lama tak bertemu akibat duduk rumah dan sekali dapat berkumpul meriah habis ruih rendah dalam restoran ni.

Selain daripada dekorasi yang unik makanan kat sini juga sangat menarik. Korang boleh dapat macam-macam daripada makanan barat kepada makanan local dan juga makanan orang Asia. Kalau yang suka makan protien sahaja pun ada, kalau siapa nak makan nasi dan mee juga ada. Jadi kalau datang beramai-ramai satu keluarga semua orang boleh pilih menu yang berbeza. Hari tu sahaja kami dapat makan lebih kurang 20 jenis juadah yang sedap.
Nasi Ayam 7 Adik Beradik

Butter Milk Chicken Rice

Salted Egg Yolk Squid Rice

Spicy Szechuan Chicken Rice

Pineapple Seafood Fried Rice 

Pumpkin Fried Rice With Chicken Chop

Sweet And Sour Fish Rice

Black Pepper Beef Rice

Menu paling popular dan juga menjadi perhatian pengunjung adalah Nasi Ayam 7 Adik Beradik. Specialnya nasi ni kerana ada 7 jenis nasi pelbagai warna dan rasa disediakan dalam satu hidangan bersama dengan ayam goreng yang rangup dan sambal yang menyelerakan. Selain tu ada juga menu nasi lain yang boleh dicuba seperti Butter Chicken With Egg Floss Rice, Black Papper Beef Rice, Sweet And Sour Fish Rice, Salted Egg Yolk Squid Rice, Sambal Prawn Rice, Butter Milk Chicken Rice, Pineapple Seafood Fried Rice dan juga Pumpkin Fried Rice With Chicken Chop.
Curry Laksa Noodle
King Prawn Kway Teow With Ginger And Egg


Hokkaido Curry Chicken Chop Rice With Omelette
Claypot Beancurd With Vegetable


Sizzling Yee Mee With Chicken And Mushroom

Sizzling Ayam Bakar Rice

Tu untuk yang ada nasi kalau korang nak makan yang ada mee banyak pilihan dan paling Maha suka adalah Curry Laksa Noodle memang terasa mee karinya dan bahan penuh kat dalam satu mangkuk tu terbaik. Selain tu ada lain banyak seperti Sizzling Yee Mee With Chicken And Mushroom dan King Prawn Kway Teow With Ginger And Egg. Siapa suka makan panas-panas wajib cuba mereka punya sizzling atau claypot yang ada seperti Claypot Beancurd With Vegetable, Sizzling Ayam Bakar Rice dan Sizzling Ayam Bakar Rice.
Fire Flame Cajun Chicken Chop

Spaghetti Aglio Olio With Seafood

Classic Chicken Carbonara

Salted Egg Chicken Wing

Sambal Prawn Rice
Butter Chicken With Egg Floss Rice

Menu barat juga tak kurang sedapnya kat sini di antara yang ada iaitu seperti Hokkaido Curry Chicken Chop Rice With Omelette, Spicy Szechuan Chicken Rice, Classic Chicken Carbonara, Spaghetti Aglio Olio With Seafood, Fire Flame Cajun Chicken Chop dan Salted Egg Chicken Wing. Banyak kan korang tengok pun berputar biji mata tak tahu mana yang nak kena cuba dulu hehehe. Semua sedap bagi Maha tapi hari tu kami makan seorang sikit dan berkongsi baru dapat rasa semua. 

Minuman kat sini juga puas hati sebab apa korang boleh tengok gelas yang digunakan juga bersaiz besar dan memang kalau orang perempuan tu tak habis mesti kongsi punya hehehe. Maha hari tu cuba mereka punya Soya Cincau meman banyak air soya dan juga cincau dalamnya. Kalau korang nak tengok air besar mana ada dalam video Youtube yang Maha upload kat bawah ni.


Meriah kan makanan dan juga minuman kat Restoran Sana Sini. Restoran ni beroperasi setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Sekarang ni mereka buat promo korang boleh dapat potongan 20% untuk makan pada waktu 3.00petang hingga 6.00petang dari hari Isnin hingga Jumaat. Pulak tu kalau korang makan kat sini juga akan boleh nikmati aiskrim, pop corn, soup dan salad secara PERCUMA. Korang nak tambah atau ambil sebanyak mana pun boleh untung tak. Bestnya kalau jadi warga Cyberjaya atau Putrajaya yang berhampiran. Banyak pilihan tempat makan. Nanti korang dah cuba kongsi pengalaman makan kat sini ok.

Maklumat lanjut tentang Restoran Sana Sini layari:






Miliki Kedai Online Sendiri Dengan MeCan Trade Mulai Dari Sekarang

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Macam mana kehidupan korang sekarang selepas kita menjalani fasa yang sangat mencabar dengan datangnya Covid-19 ni. Ramai juga yang Maha tengok diberhentikan kerja dan juga tidak kurang yang terpaksa buat banyak kerja dalam satu masa demi untuk kelangsungan hidup. Banyak sangat sekarang ni kita belajar daripada Covid ni agar jangan terlalu selesa dengan apa yang kita ada kerana kita tidak tahu masa hadapan macam mana.

Tapi ramai juga yang bijak ambil peluang didalam keadaan seperti ini untuk terus mencari pendapatan sendiri dengan berniaga. Walaupun kita tiada produk sendiri tapi kita ada pelbagai platform yang boleh digunakan untuk menjana pendapatan atas talian. Sekarang semua orang dah boleh menjadi usahawan dan berniaga tak kira dimana sahaja dan juga apa sahaja. Mencari peniagaan yang tanpa rosiko sangat penting buat masa yang sangat mencabar ni.

Sekarang sangat mudah ma kerana dah ada satu platform yang menyediakan peluang perniagaan atas talian yang juga memberi peluang kepada semua orang untuk menjadi usahawan. Apa yang Maha maksudkan ini adalah MeCan Trade. MeCan Trade adalah platform yang sentiasa menghasilkan peluang penjualan untuk korang yang baru berjinak dalam dunia perniagaan tanpa perlu ada produk sendiri, tanpa kos tapi mampu berniaga. Bagaimana?

Bagaimana MeCan Trade berfungsi


Ia adalah pusat e-commence sehenti yang menghubungkan terus penjual dan pembeli di seluruh dunia. Penjual boleh terus menyediakan platform jualan dalam talian sendiri dan menjadi pemilik perniagaan segera dengan pelbagai jenis produk atau barang dagangan yang ditawarkan tanpa perlu menyimpan stok dimana ia memerlukan pelaburan modal yang besar. Ia adalah kedai dalam talian sehenti yang mengurus keseluruhan proses pembelian dari A hingga Z di mana dari prosedur pendaftaran, pembelian, pembayaran hingga penghantaran ke depan pintu pelanggan.

Apa yang perlu korang lakukan hanyalah dengan membuka e-kedai yang platformnya telah siap tersedia di MeCan Trade. Kemudian kongsi produk pilihan korang dalam talian atau media sosial kepada rakan atau sedara-mara korang. Paling menariknya korang boleh berniaga bukan sahaja dipasaran tempatan malah juga ke peringkat antarabangsa.

Melalui platform MeCan Trade ia memanfaatkan kekuatan hubungan manusia melalui Program e-commerce MeCan Trade Ambassador. Ia adalah program mendorong pengusaha baru yang mempunyai pengaruh sosial yang cukup besar untuk menjual barang-barang yang relevan dari MeCan Trade ke rangkaian rakan dan pengikut korang yang ramai. Setiap yang mendaftar sebagai Ambassador akan diberikan URL tersendiri yang unik untuk menjadikan korang pemilik kedai dalam talian dengan segera. 

Langkah-langkah untuk menjadi MeCan Trade Ambassador: -
- Mendaftar akaun pembeli untuk mengaktifkan MeCan Trade Ambassador
- Mulakan membeli-belah dan reka sendiri e-store korang dengan URL yang tersendiri 
- Mempromosikan kedai dan penjualan produk ke rangkaian sosial untuk meraih keuntungan

Kalau korang tiada pengikut yang ramai jangan bimbang masih boleh sertai program ini dengan menjadi penjual biasa sahaja atau program 'Seller'. Yang penting kena rajin dan juga usaha mesti boleh berjaya. Ini kerana melalui platform MeCan Trade mereka akan membantu korang melalui sokongan'End-to-End' dimana pasukan tempatan yang akan memfasilitasi dan memberi nasihat mengenai operasi, pemasaran, rangkaian, IT dan kewangan. 

Ini kerana produk-produk yang ada dalam MeCan Trade ini diyakini dan juga telah lama berada dipasaran yang terbaik serta berkualiti. Pengasas platform ini Mr Andy Goh juga seorang usahawan pengasas kepada Oldtown dan kini merupakan pemilik rangkaian Restoran Nam Heong. Seorang yang sangat optimis dan berpandangan jauh didalam bidang perniagaan dan teknologi. Di mana dengan pengalaman yang cukup lama serta berpengetahuan strategi dalam bisnes, beliau ingin membantu mereka yang menghadapi masalah didalam perniagaan ketika ini.

Platform ini beribu pejabat di Kuala Lumpur kini mempunyai perdagangan bukan sahaja di Malaysia malah China, Thailand dan Indonesia. Rancangan pengembangannya dimasa hadapan untuk merangkumi negara-negara Asia Tenggara lain seperti Singapura, Filipina, Vietnam, Kemboja, Laos dan Myanmar. Itu satu peluang besar untuk anda menjadi peniaga diperingkat antarabangsa.

Maha Juga Telah Ada Kedai Sendiri


Sebenarnya Maha sendiri telah mendaftar dengan platform ini dan menubuhkan e-store Maha sendiri untuk mula menjana pendapatan pasif. Ini kerana ia adalah perniagaan tanpa modal dan tanpa risiko yang membolehkan Maha memberi tumpuan kepada rangkaian di internet yang merupakan kelebihan Maha. Korang boleh layari kedai Maha di https://mahamahu.mecan.trade.

Korang tak perlu susah-susah nak mencipta platform perniagaan online mereka semua dah sediakan template hanya perlu daftar sahaja. Tapi kalau korang ada kemahiran dalam design dan juga susun atur boleh sahaja korang buat platform korang seperti mana yang korang suka dan lebih menarik. Produk yang ada dalam ni pun tak perlu kepada produk korang sendiri kerana kat dalam ni ia telah mempunyai rakan kongsi yang kuat dan rangkaian afiliasi ternama yang memberikan kestabilan dan kelebihan tambahan untuk korang jual. 

Item yang paling menarik bagi Maha kat dalam platform ini dan Maha telah gunakan adalah penyegar udara Vanzo. Ia adalah produk daripada negara Jepun yang dibuat daripada ekstrak berasaskan tumbuhan dan bebas dari bahan kimia berbahaya kerana ia tidak mengandungi alkohol, formaldehid, benzena, dan toluena. Sebenarnya Maha gunakan sendiri produk ini kat dalam kenderaan kerana ia ada penyegar udara yang baik untuk kenderaan dan disahkan selamat digunakan. Produk ini telah lulus Laporan Ujian Standard Antarabangsa MSDS, lulus ujian SGS, dan menerima Sijil Analisis.

Terdapat dua siri pewangi Venzo ini iaitu untuk kegunaan di dashboard kenderaan dan juga untuk penghawa dingin kenderaan. Wanginan pula ada tiga variasi yang boleh dipilih iaitu English Pear and Freesia 1818, LX Secret Musk 1616 dan LX Velvet Musk 1717 untuk variasi Dashboard. Manakala kalau yang mini pula ada Miniature English Pear and Freesia 658, Miniature LX Secret Musk 656 dan Miniature LX Velvet Musk 657. Semua sangat nampak elegant kalau letak dalam kenderaan dan wangian sangat harum.

Satu lagi adalah produk makanan yang dijamin halal yang Maha juga turut guna iaitu mentega kacang Jobbie. Produk mentega kacang ini adalah 100% daripada bahan semulajadi dan tanpa lemak trans, tiada bahan pengawet, tiada minyak terhidrogenasi dan tiada perasa tiruan tambahan itu penting. Ada dua variasi produk mentega kacang ini iaitu Chunky yang masih mengandungi kacang garing didalamnya dan juga Classic Creamy yang lebih halus. 

Selain daripada berniaga Maha juga menggunakan kedua-dua produk ini untuk kegunaan harian. Jadi kenapa kita tidak membeli dan juga dalam masa sama menjana pendapatan di platform yang sangat mudah ini. Rugi tak rebut peluang yang masih ada dalam musim ekonomi yang tidak menentu ini. Korang tak perlu nak fikir kerana mereka sediakan strategi pemasaran yang kuat untuk meningkatkan kesedaran dan aktiviti untuk platform dan jenama yang diwakilinya. Ini dilakukan melalui pemasaran kandungan media sosial, iklan media sosial, komunikasi media digital, acara & bengkel, pemasaran & pengurusan influencer dan komunikasi e-mel. Tunggu apa lagi daftar sekarang juga kat https://mecan.trade/mainsite.











Meraikan 50 Tahun Salmon Norway

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Tahun 2020 menandakan ulang tahun ke-50 salmon berjaya diternak untuk kali pertama di Norway. Kisah ini memaparkan tentang cita-cita, kolaborasi, kekurangan dan kejayaan yang akhirnya berpuncak menjadikan salmon, ikan yang menjadi kegemaran di pinggan. Kini 14 juta hidangan makanan salmon Norway dimakan setiap hari di seluruh dunia.

Kisah sejarah 50 tahun ini, salmon Norway telah menyelerakan rakyat Malaysia sekurang-kurangnya selama 20 tahun, baik di rumah mahupun di restoran, dengan permintaan yang kian bertambah untuk makanan ini dan juga ikan fiord trout. Norway telah muncul sebagai negara asal pilihan untuk ikan salmon dan fiord trout di kalangan rakyat Malaysia, menurut Wawasan Pengguna Makanan Laut Tahunan dari Majlis Makanan Laut Norway (NSC).

Pada tahun 2019, eksport ikan salmon dan fiord trout  ke Malaysia berjumlah 4,056 tan dengan nilai AS$26,625,035, menandakan kenaikan jumlah berat 20.35%  dan tambahan nilai 16.2% berbanding tahun sebelumnya (2018).

Sejak bermula di sepanjang pantai Norway pada musim bunga tahun 1970, pembelaan salmon telah berkembang menjadi industri global di barisan kehadapan teknologi baru. Norway adalah negara pertama, dan masih kekal sebagai negara membela ikan salmon Atlantik terbesar, menghasilkan lebih daripada separuh salmon ternakan dunia di sepanjang pesisirannya yang panjang dengan perairan sejuk dan jernih sepanjang tahun.

Sukar untuk membayangkan dunia di mana salmon, sama ada disajikan dalam sushi dan sashimi, salai, panggang atau goreng, tidak ada di menu atau pinggan makan malam di seluruh dunia. Salmon Norway sebagai makanan utama sepanjang tahun tidak akan berlaku tanpa dua entrepreneur saudara lelaki yang menikmati makanan laut.

Pada 28 Mei 1970, di pulau Hitra berhampiran pantai Norway, kedua saudara Ove dan Sivert Grøntvedt memasukkan ikan salmon dalam sangkar terbuka terapung mereka yang akan berkembang menjadi generasi ternakan pertama salmon Atlantik yang berjaya. Mereka meletakkan asas akuakultur moden di Norway dan di luar negara.

14 Juta Hidangan Makanan Setiap Hari


Penternakan ikan salmon telah berkembang dan setiap hari 14 juta hidangan makanan salmon ternakan Norway dinikmati di meja makan dan di restoran di seluruh dunia. Ketika dunia melihat pengeluaran makanan yang lebih lestari, teknologi akuakultur moden mewakili penyumbang utama untuk memenuhi permintaan protin yang terus meningkat dan sebagai sebahagian daripada penyelesaian untuk memerangi perubahan iklim.

50 Tahun Sejarah Salmon Norway


Pada tahun 1971, saudara Grøntvedt menghasilkan salmon generasi pertama yang berjaya diternak, diikuti dengan beberapa ladang salmon lain.

Pada tahun 1973 parlimen Norway memperkenalkan undang-undang baru untuk penternakan salmon secara lestari serta berkualiti. Akuakultur Norway meningkat sekitar 40% setiap tahun antara tahun 1972 dan 1975. Menternak salmon sesungguhnya menguntungkan, dengan harga yang setara hingga 10 kali ganda dari harga salmon hari ini.

Pada tahun 1980-an ladang salmon berkembang di sepanjang garis pantai Norway, dan salmon Norway mula menakluki pasaran Eropah dan AS. Dengan pertumbuhan pesat muncul cabaran besar. Penyakit ikan adalah masalah bagi ladang salmon, dan organisasi penjualan penternak ikan membuat projek bersama untuk mengusahakan kesejahteraan dan penyelidikan kesihatan ikan.

Pada tahun 1986, Projek Jepun yang diketuai oleh perintis Norway iaitu Thor Listhaug bertujuan untuk menggandakan eksport salmon Norway. Ini menandakan permulaan menghidangkan salmon dalam sushi.

Antara tahun 1986 dan 1991, eksport salmon Norway meningkat 250 peratus! Pengenalan salmon dalam sushi memainkan peranan utama. Pada tahun 1980 Norway mengeksport 2 tan salmon ke Jepun; 20 tahun kemudian jumlahnya mencapai 40,000 tan.

Pada tahun 1990, jumlah pengeluaran salmon mencapai 170,000 tan, berbanding dengan 8,000 tan pada tahun 1980 dan 500 tan pada tahun 1970.

Pada tahun 1990-an saintis Norway bersama-sama dengan pemain industri  memperkenalkan beberapa vaksin pertama untuk ikan. Vaksin baru telah menggantikan penggunaan antibiotik dalam pertanian salmon Norway. Pada tahun 1995 jumlah lokasi pertanian ikan salmon dan fiord trout di Norway mencapai 1,220.

Pada tahun 2005 Parlimen Norway meluluskan Undang-undang Akuakultur untuk menyokong keuntungan sektor tersebut sambil melindungi pembangunan yang mampan.

Pada tahun 2015 Norway menjadi pengeluar salmon Atlantik terbesar di dunia, dengan 53 peratus daripada semua salmon ternakan berasal dari fiord Norway.

Kemajuan teknologi pada tahun 2017 menjadikan ladang salmon lebih selamat dan produktif. "Ocean farm 1" menjadi ladang lautan pertama yang dikendalikan dari jarak jauh di dunia, dengan ruang menempatkan hingga 1.5 juta salmon. Ladang ini dilengkapi dengan sensor canggih dan sistem digital untuk mengawal kesihatan ikan dan alam sekitar.

Pada tahun 2018, program vaksinasi yang berkesan bermaksud penggunaan antibiotik dalam pertanian salmon Norway telah dikurangkan sebanyak 99% sejak tahun 1987. Kurang dari 2 peratus salmon Norway telah dirawat dengan antibiotik.


Pada tahun 2020 lebih ramai ladang salmon luar pesisiran memulakan pengeluaran, mewakili era baru untuk industri ini. Salmon Norway adalah ikan yang paling disukai di dunia, menurut Indeks Pengguna Makanan Laut NSC 2020.

Salmon Dan Makanan Laut Norway Selamat Dimakan


Keselamatan makanan selalu menjadi keutamaan tertinggi untuk pertanian salmon Norway. Sepanjang keseluruhan kitaran pengeluaran, peraturan dan pemantauan yang ketat memastikan tahap keselamatan makanan yang setinggi mungkin. Salmon Norway bebas dari bahan atau parasit yang tidak diingini kerana diberi makanan sihat yang terkawal.

Salmon Norway sangat kaya dengan protin, vitamin A, D dan B12, antioksidan dan Omega-3. Ini adalah tambahan yang sihat dan lazat untuk apa jua diet.








Balik Kampung Sale Untuk Pemakai Bersaiz Besar Di Bob Rock Apparel

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Terus terang Maha cakapkan ini adalah salah satu butik tempat Maha untuk cari baju mahu pun seluar kerana saiz yang ada kat sini sangat sesuai dengan bentuk badan Maha yang comel ni wakakakaka. Sejak pertama kali beli kat butik ni terus jatuh cinta dan juga memang kalau nak cari pakaian daripada Baju Melayu, Kurta, Baju Kemeja atau Batik, butik ni lah yang Maha pergi.

Butik mana yang Maha maksudkan ianya adalah Bob Rock Apparel yang terletak di Plaza Shah Alam Selangor. Mungkin agak jauh sikitlah bagi orang KL nak pergi sana cari baju tapi bagi Maha sangat berbaloi kerana akan dapat pakaian yang dikehendaki dan juga sangat puas hati. Boleh beli sekali baju dan seluar tiga empat pasang sekali. 



Paling kecil yang ada kat sini adalah saiz XL sehingga kepada 6XL tau memang bagus. Jangan malu dengan saiz yang kita ada kerana itu anugerah kita kena gayakan agar orang tak pandang rendah pada orang comel-comel macam kita ni hehehe. Kebanyakkan pakaian kat sini adalah rekaan khas dan juga kain berasaskan Signature Oxford Cotton dengan bereksperimen pelbagai warna dan design yang berani.



Pakaian kat sini bukan sahaja sesuai untuk orang lelaki orang perempuan pun ada juga tau. Ia kena dengan potongan badan orang asia yang bersaiz besar. Macam yang Maha gayakan ini iaitu baju Bahamas Foresta Shirt. Ada tiga warna yang menarik iaitu hijau macam yang Maha pekenakan ini dan juga biru. Selesa lembut jer kainnya boleh lah bawa pergi acara yang casual sikit hehehe.




Selain tu juga ada koleksi yang menawan hati Maha seperti Bahamas Sketch Shirt dan Bahamas Batik Shirt. Kalau untuk kemeja Maha suka juga kat sini antara koleksi terbaru mereka iaitu Kemeja Lestari dan Kemeja Arjuna. Boleh pakai pergi kerja atau kenduri kahwin sangat sesuai. Tapi buat masa ni yang ada hanya berlengan pendek sahaja. 

Balik Kampung Sale 


Promosi sempena dengan Hari Raya Qurban yang akan datang tak berapa lama lagi ni butik Bob Rock Apparel juga mengadakan promosi istimewa. Balik Kampung Sale ini telah bermula daripada 24 Julai hingga 2 Ogos 2020 ni. Promo ini adalah sekiranya lagi banyak korang berbelanja, lagi jimat, macam mana tu? 

Kalau korang beli mana-mana pakaian 2 helai akan dapat diskaun 5%, manakala kalau beli 3 helai akan dapat diskaun 10% dan juga kalau beli 5 helai & lebih akan dapat diskaun 15%. Nak lagi murah korang daftar di website Bob Rock hari ini dan akan terima Kod Diskaun Tambahan sebanyak 10% melalui emel yang telah didaftarkan. So kat situ dan ada lagi diskaun tau memang menarik gilerr.




Cuma promo ni tak terpakai kepada pakaian yang telah ada diskaun dan juga kepada aksesori tambahan. Maha hari minggu lepas terus rembat 3 sekali baju memang puas hati. Pulak tu nak raya ni nak cari Baju Melayu atau Kurta pun ada kat sini. Sekarang ni tengah ada kurta design baru iaitu Kurta Yunus dengan 3 warna pilihan dan juga Kurta Idris Relax Fit dengan dua warna pilihan serta Kurta Adam V2 Relax Fit Short Sleeve.




Jadi tak susahlah orang yang saiz gebu dan comel macam Maha ni nak cari pakaian dan bergaya walaupun saiz besar. Memang membantu lah ada butik macam ni tak pening nak tempah makan masa lama hanya pergi cari saiz puas hati dan beli. Layan staff mereka pun sangat bagus dan sangat membantu kalau kita perlukan penerangan serta nak dapatkan pakaian yang sesuai. Ramah lah staff mereka korang boleh pergi sendiri dan tengok macam mana mereka melayan semua pelanggan yang datang. 

Maklumat lanjut boleh dapatkan di sini:
Tel : 03-5513 3588 / 011-1009 1302
Email : bobrocklovelily@gmail.com
Alamat : BOB ROCK LOVELILY
               Lot F15, Level 1
               Plaza Shah Alam (Plaza Masalam)
               Jln Tengku Ampuan Zabedah E9/E
               40100 Shah Alam, Selangor









Cinta Dikongsi Kembali Nikmati potongan 50% untuk SEMUA Jenis Piza di Domino's

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Apa yang lebih baik daripada menikmati piza kegemaran korang? Jawapannya adalah menikmatinya dengan potongan sebanyak 50%! Bersesuaian dengan janji jenama, "It’s All About You", Domino's Pizza mengutamakan hati dan fikiran pelanggannya sebagai tumpuan utama dalam kepakaran penghantaran pizanya. Dengan pengumuman terkini yang melaungkan potongan 50% untuk semua piza, pelanggan dapat menikmati piza dengan harga yang berpatutan bersama keluarga dan rakan-rakan mereka tanpa mengikat perbelanjaan mereka.

Bermula 13 Julai 2020, para pelanggan yang lebih menggemari kaedah bawa pulang (take-away) dapat menikmati tawaran potongan 50% untuk semua piza di dalam menu. Untuk kemudahan pelanggan, tawaran ini juga tersedia untuk perkhidmatan Potong-Q dan Pandu Ambil!

Linda Hassan, Ketua Pegawai Pemasaran Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura berkata, “Dalam situasi terkini, kami memahami bahawa kebanyakan rakyat Malaysia membelanjakan secara berhemah dan ada yang mungkin menghadapi cabaran yang lebih besar daripada yang lain. Kami merasakan bahawa tawaran ini sesuai diperkenalkan pada waktu ini bagi menawarkan pelanggan dengan tawaran yang  bernilai bagi semua pelanggan kami. Di Domino’s, pelanggan kami sentiasa keutamaan kami dan kami senantiasa bersedia untuk berusaha keras untuk menawarkan pelanggan kami pizza pada nilai harga yang luar biasa.

“Tujuan di sebalik tawaran berpatutan ini adalah untuk memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan kami dan kami yakin bahawa kami akan sentiasa menepati janji kami dalam mewujudkan detik-detik manis untuk para pelanggan, keluarga dan rakan-rakan. Kepada yang menggemarkan nilai tawaran lumayan, ini untuk anda!

Bagi pembelian mana-mana piza Regular, Large atau Xtra Large, pelanggan dapat menikmati potongan 50% dari Domino’s untuk semua tawaran perkhidmatan bawa pulang di semua restoran Domino’s di seluruh negara. Penggemar piza yang lebih menyukai pengalaman kaedah bawa pulang yang lebih mudah boleh mencuba Pandu Ambil piza mereka dan nikmati tawaran potongan 50% dengan melakukan pembelian dengan selesa dari rumah, “It’s Just That Easy”. Jadi, nikmatilah tawaran potongan 50% ini sekarang sementara ia masih panas dari ketuhar!

Dengan potongan 50%, pelanggan kini dapat menikmati piza kegemaran mereka dari harga serendah RM15.95. Bagi masa terhad sahaja, satu piza Regular, Large atau Xtra Large boleh didapati masing-masing pada harga RM15.95, RM21.45 dan RM26.45. Harga surcaj akan dikenakan untuk piza jenis Classics, First Class pizza range, Cheese burst crust dan Cheese Tarik crust.

Domino’s mendorong para pelangganya untuk menggunakan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai. Oleh itu, para pelanggan yang tidak mempunyai kad kredit atau debit juga boleh memilih kaedah pembayaran yang tersedia melalui pilihan tanpa tunai seperti GrabPay dan pilihan perbankan dalam talian yang lain.

Berminat untuk mendapatkan lebih banyak tawaran hebat untuk memuaskan keinginan pizza korang? Nantikan halaman Domino’s untuk tawaran tambahan yang akan disediakan dalam beberapa minggu yang akan datang! Pelanggan yang memilih kaedah Potong-Q atau Pandu Ambil boleh membuat pesanan dan pembayaran mereka di www.dominos.com.my atau melalui aplikasi mudah alih Domino's Pizza untuk menikmati promosi potongan 50% terkini.






Jack'n Jill Cream-O Meraikan Rakyat Malaysia Yang 'Ekstra O-Some' Bersama Ismail Izani

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan sekalian lian. Bersempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang akan datang, Jack'n Jill Cream-O memeriahkan sambutan kali ini dengan menzahirkan penghargaan kepada wira dan wirawati negara yang 'Ekstra O-Some', iaitu pejuang barisan hadapan negara.
Sebagai pembuka tirai kepada sambutan ini, Jack'n Jill Cream-O telah mengaturkan satu kejutan istimewa untuk penghantar makanan yang jasanya tidak ternilai di sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sambutan mengenang jasa Cream-O 'Ekstra O-Some'  akan sampai ke kemuncaknya pada Hari Malaysia dengan satu video penghargaan yang dihasilkan melalui kerjasama dengan penyanyi dan pencipta lagi tanah air Ismail Izani.

Disepanjang bulan Ogos ini, Jack'n Jill Cream-O menyeru semua rakyat Malaysia untuk menyampaikan penghargaan kepada barisan petugas hadapan edngan menhantar gambar kreatif bersama nota terima kasih dalam apa jua bahasa. Sebanyak 63 karya akan disenarai pendek dan ditampilkan dalam kompilasi video penghargaan yang akan disiarkan pada 16 September 2020. Kesemua penyertaan yang terpilih itu akan diberikan cenderahati edisi terhad serta satu jemputan exsklusif untuk bertemu Ismail Izani secara dalam talian. 

Biskut sandwic Cream-O adalah pilihan terbaik untuk 'Menjadikan Kehidupan Seharian Anda O-Some' (Make Everyday O-Some). Padat dengan perlbagai perisa krim yang kaya dan enak, setiap gigitan biskut sandwic Cream-O memberikan rasa hebat dan sekaligus menjadikan hari korang lebih meriah. Bersempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pelanggan-pelanggan di seluruh Malaysia akan menikmati tambahan 15% biskut percuma dalam setiap pek Cream-O 132gram dan Cream O-Tart 120gram. 

Rebutlah peluang untuk karya korang dipilih dan ditampilkan dalam kompilasi video penghargaan khas dan menangi sesi pertemuan secara dalam talian eksklusif bersama Ismail Izani, serta memorabilla bertandantangan. Ikuti langkah-langkah di bawah ini :

Langkah 1
Beli Jack'n Jill Cream-O dan/atau Magic bernilai RM5 dan ke atas dalam satu resit. Tarikh pembelian sah hendaklah di antara 1 Ogos hingga 31 Ogos 2020.

Langkah 2
Whatsapp resit, bersama <nama>, <no MyKad> dan gambar anda dengan masej penghargaan kepada frontliners.

Langkah 3 
Jawab soalan dan hantar ke +6011-55001878 
"Pek Promosi Cream-O PERCUMA 15% Terdapat Dalam 4 Variasi - Ya/Tidak?"

Maklumat lanjut boleh layari https://www.facebook.com/creamomalaysia







Ayam Brand & JAKOA Melalui Kempen #AyamBersamaMu Menyokong Orang Asli Dengan Makanan Berkhasiat

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Kita masih terkesan dengan pendamik Covid-19 ini tak keterkecuali Komuniti Orang Asli turut terjejas mata pencarian akibat kurangnya peluang ekonomi ekoran wabak ini.

Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA) sedang bekerjasama dengan Ayam Brand bagi membawa kempen kebajikan komuniti viral #AyamBersamaMu ke komuniti Orang Asli di Selangor.

Pantri komuniti #AyamBersamaMu kini berdiri dengan sendiri di 13 lokasi di seluruh negara dengan kerjasama komuniti yang menyumbangkan dan mengambil keperluan harian seperti makanan, bagi membantu mereka yang memerlukan, dan disokong oleh sumbangan produk dari Ayam Brand, Mission Foods dan Alce Nero, antara yang terlibat.

Versi kempen kebajikan komuniti tersebut yang diubahsuai kini sedang dilancarkan di Kampung Orang Asli Changkat Bintang dengan bekalan produk Ayam Brand dan Alce Nero untuk sebulan bagi kegunaan 39 keluarga Orang Asli.

Ketua Pengarah JAKOA, Prof Dr Juli Edo berkata kempen #AyamBersamaMu diperlukan sebagai sokongan dalam bentuk nyata dan psikologi bagi komuniti Orang Asli menerusi sumbangan makanan keperluan dalam tempoh sukar ini.

Pakej rangsangan yang disediakan untuk Orang Asli telah membantu banyak komuniti tetapi mereka masih menghadapi cabaran ekonomi, khususnya dalam menyara hidup keluarga. Kempen #AyamBersamaMu ini merupakan bantuan yang positif dan tepat pada masanya bagi komuniti Orang Asli, dan menjadi peringatan buat mereka bahawa mereka tidak keseorangan. Ada organisasi dan individu yang prihatin akan nasib mereka. Ucapan terima kasih kami buat Ayam Brand dan Alce Nero di atas kemurahan hati syarikat-syarikat ini menyumbangkan produk makanan sihat berkualiti premium,” kata Prof Dr Juli Edo.

Oleh kerana komuniti-komuniti ini tinggal jauh di pedalaman, JAKOA akan mengendalikan sokongan logistik dan menyelaraskan tugas dengan Tok Batin dan orang tua-tua di kampung dalam mengedarkan sekotak 27 produk kepada ketua-ketua keluarga dalam setiap komuniti, dan pada masa yang sama mengamalkan penjarakan sosial.

Komuniti-komuniti ini amat terjejas di segi ekonomi, dan sumbangan barangan makanan yang tahan lama merupakan penghubung nyawa yang penting. Kami berharap lebih banyak organisasi akan menyertai kempen #AyamBersamaMu atau memulakan usaha kebajikan sendiri,” tambah beliau. Menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporatnya yang telah berjalan sekian lama, Ayam Brand™ telah menyumbang lebih 2 juta makanan berkhasiat kepada pertubuhan amal dan menyediakan makanan berkhasiat untuk lebih 21,800 orang dari 524 organisasi dan NGO amal sejak 13 tahun lalu.

Kempen kebajikan komuniti #AyamBersamaMu turut memberi sokongan kepada petugas barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh, golongan gelandangan, golongan OKU, anak yatim, ibu tunggal dan orang tua sejak wabak Covid-19 melanda Malaysia. Dianggarkan 20,000 produk Ayam Brand telah diedarkan setakat ini.

Kami telah menyantuni pelbagai komuniti, terutama mereka yang memerlukan menerusi kempen kebajikan komuniti ini, dan and berpuas hati bekerja dengan JAKOA bagi membantu komuniti Orang Asli. Produk-produk kami sarat dengan zat makanan dan rendah kandungan gula dan garam, menjadikannya sesuai untuk pemakanan Orang Asli. Kami mengubah suai konsep pantri komuniti kerana kekurangan penderma disebabkan lokasi yang terpencil. Kami mengalu-alukan jenama lain untuk turut serta dalam membantu komuniti ini. Kesimpulan daripada kempen #AyamBersamaMu ini adalah kita mampu bantu-membantu sebagai satu komuniti,” kata Pengurus Pemasaran Ayam Brand Malaysia, Cik Teoh Wei Ling.

Kempen #AyamBersamaMu ini umpama pucuk dicita ulam mendatang bagi penduduk Kampung Orang Asli Changkat Bintang di Selangor.

Waktu ini merupakan tempoh sukar bagi kami kerana aktiviti ekonomi di kawasan kami telah berkurangan dan peluang tidak banyak. Sumbangan oleh Ayam Brand dan JAKOA ini meringankan kesusahan kami dalam menyara keluarga. Kami amat menghargai rasa timbang rasa dan kuantiti produk berkualiti yang disumbangkan. Ini mampu memastikan kesemua 39 keluarga di sini cukup makan untuk sekurang-kurangnya sebulan. Kami belum pernah mencuba tuna, saba atau pasta jadi ini juga merupakan pengalaman baru buat kami!” terang Tok Batin Hassan bin Kaku.

Seorang penduduk kampung, menganggap sumbangan yang diberi ini sebagai durian runtuh yang amat dialu-alukan oleh komuniti Orang Asli Changkat Bintang.

Kami semua kenal jenama Ayam Brand, tetapi ia kami anggap mewah dan hanya untuk majlis istimewa. Dan kini kami ada cukup untuk sebulan. Malah kami tidak perlukan alat pembuka tin untuk menikmati tuna, saba, kacang panggang dan santan ini. Kami berasa seolah-olah seluruh rakyat Malaysia bersama kami di dalam kempen #AyamBersamaMu ini,” kata penduduk kampung. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kempen kebajikan komuniti #AyamBersamaMu, layari https://www.ayambrand.com.my.









Pizza Amerika Terbaik Kini Di Malaysia - US PIZZA

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Lama kot tak update pasal makan-makan ni hehehe rindu rasa nak share ngan korang semua tempat makan yang best di negara kita. Tak apa Maha akan cuba juga untuk bagi yang terbaik kepada korang yang selalu sokong dan follow blog Mahamahu Makan ni hehehe.

Kali ni Maha dapat jemputan dari kawan untuk teman beliau makan di sebuah restoran makanan barat. Siapa sini yang memang suka makan pizza angkat tangan? Kali ini Maha mencuba menu pizza terbaik dari Amerika yang dibawa ke Malaysia. Mana lagi kalau bukan US PIZZA lah. Kat Malaysia ni dah ada banyak cawangan di Kedah, Penang, Selangor, Kuala Lumpur dan Johor. 


Walaupun ia adalah pizza dari Amerika tapi mereka menerapkan citarasa dan juga perisa kegemaran Malaysia. Macam baru ni mereka memperkenalkan Musang King Pizza dan juga Salted Egg Pizza. Korang rasa orang Amerika makan pizza ni semua wakakaka. Orang Malaysia jer yang suka durian dan telur masin ni. 
Cheese Boat Pizza

Musang King Pizza 

Walaupun mengguna rasa tempatan tapi tetap masih mengekalkan cara penyediaan pizza yang asal dari sana. Juga boleh rasa cheese yang banyak bila tarik tu melimpah puas hati. Bagi Maha rasa Durian Musang King tu memang mereka menggunakan buah durian sebenar. Bila sampai pizza dalam waktu panas tu memang boleh bau kuat durian tu. 


Manakala pizza yang telur masin tu di buat dalam bentuk perahu nama pun Cheese Boat Pizza. Masa sampai pizza masih panas dan juga cheese masih cair dan banyak. Kemudian pekerja akan bantu untuk campurkan telur dan cheese tu agar kita boleh makan dengan puasnya. Siapa suka yang banyak cheese ini adalah pilihannya. Mereka menggunakan menggunakan 100% keju rendah lemak rendah keju Mozzarella terbaik. Sebab tu bila tarik panjang jer cheesenya.
Mushroom Soup

Garlic Twist Bread

Vanilla Milkshake dan Chocolate Milkshake

Menu sampingan lain yang korang boleh order bila datang makan pizza kat sini macam Mushroom Soup, Garlic Twist Bread dan juga minuman Milkshake. Juadah depan Maha ni sesuai untuk makan 2 orang jadi datanglah bersama yang istimewa hehehehe. Kalau korang tak ada masa nak pergi restoran dine-ini boleh jer order online mereka akan hantar terus ke rumah mudah dan cepat. 

Promosi lanjut dan juga info lain layari :
Laman web : https://uspizza.my
Facebook : https://www.facebook.com/USPizzaMalaysia
Hotline : 1300-22-3838







Kongsi Keseronokkan, Kongsi Kebaikan Bersama Jack 'n Jill Roller Coaster

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Jack 'n Jill Roler Coaster kembali dengan satu lagi kempen yang menyeronokkan, kali ini mendorong rakyat Malaysia menyumbang kepada masyarakat. Peraduan 'Roller Coaster Kongsi Keseronokkan, Kongsi Kebaikan 2020'(The Roller Coaster Share the Fun, Share the Kindness Contest 2020) merupakan satu inisiatif bagi memperkasakan para pengguna untuk berkongsi keseronokkan dan kebaikan bersama rumah anak-anak yatim. 

Setelah bertahun mendapat tempat dalam hati para penggemar snek dengan kerangupan yang luar biasa, gegelang ubi kentang hebat ini kini memberi peluang pula kepada korang untuk melibatkan diri dalam satu usaha murni yang boleh dibanggakan sebagai rakyat Malaysia. Untuk keseronokkan berterusan, Jack'n Jill Roller Coaster akan menyatukan penggunanya untuk menghasilkan kombinasi yang menggandingkan gegelang ubi kentang berkerak dengan hidangan kegemaran korang.

Memandangkan ramai di antara rakyat Malaysia banyak menghabiskan masa di rumah baru-baru ini, kemahiran memasak korang sudah pasti bertambah baikkan. 

Bagi memupuk semangat perpaduan, Jack 'n Jill Roller Coaster akan menguji rakyat Malaysia dengan satu peraduan yang menarik. Sama ada untuk melengkapkan hidangan Nasi Lemak Pedas ataupun menambah kerangupan dalam resipi Rojak istimewa korang. Jack 'n Jill Roller Coaster mencari idea juadah hidangan kreatif dan menyeronokkan yang dipasangkan dengan gegelang ubi kentang rangup. Penggemar snek mempunyai pilihan untuk menyediakan masakan kegemaran dari dapur sendiri, ataupun membeli dari restoran dan seterusnya menonjolkan kreativiti masing-masing. Kombinasi yang terbaik akan berpeluang untuk meraih hadiah menarik dan pada masa sama menjadi sebahagian daripada usaha Jack 'n Jill Roller Coaster menyumbang kepada masyarakat. 

Jack 'n Jill Roller Coaster telah mengenal pasti tiga rumah anak-anak yatim untuk disalurkan sumbangan iaitu Rumah Penyayang Darul Ilmi (Gombak), Rumah K.I.D.S (Klang) dan House of Joy (Puchong). Rumah-rumah kebajikan ini merupakan tempat perlindungan yang menyediakan persekitaran yang selamat bagi golongan anak-anak yatim membesar. 

Cara untuk korang menyertai peraduan ini sangat mudah ikuti tiga langkah ini :

Langkah 1
Beli produk Jack 'n Jill Roller Coaster yang bernilai RM5 dan ke atas dalam satu resit. Simpan resit itu sebagai bukti. 

Langkah 2
Sediakan satu hidangan kegemaran anda yang dipasangkan dengan Jack 'n Jill Roller Coaster dan ambil gambat juadah masakan tersebut (paket Jack 'n Jill Roller Coaster mestilah jelas kelihatan).

Langkah 3 
Kongsikan gambar tersebut menerusi laman Facebook atau Instagram korang dan tag Facebook @URCRollerCoaster atau Instagram @RollerCoasterMalaysia. Tag juga tiga orang rakan dan letakkan tanda pagar #JacknJillRollerCoaster #RollerCoasterShareTheFun.

Pemenang bakal membawa pulang hadiah lumayan dan juga turut sama menyumbang kepada rumah anak-anak yatim yang terpilih. 

Hadiah Utama x 1
RM1,500 dan tambahan RM1,500 akan disumbangkan kepada rumah anak -anak yatim

Hadiah Kedua x 2
RM1,000 untuk setiap pemenang dan tambahan RM1,000 akan disumbangkan kepada rumah anak-anak yatim

Hadiah Ketiga x 5 
RM500 untuk setiap pemenang dan tambahan RM500 akan disumbangkan kepada rumah anak-anak yatim 

Hadiah Khas x 55
RM200 untuk setiap pemenang dan tambahan RM200 akan disumbangkan kepada rumah anak-anak yatim 

Tarikh peraduan adalah bermula dari 1 Ogos 2020 hingga 16 September 2020. Untuk maklumat lanjut boleh layari Facebook https://www.facebook.com/urc.rollercoaster/. Tunggu apa lagi korang sertai sekarang kerana banyak peluang untuk menang dan membantu mereka yang memerlukan. Selamat mencuba semua. 








Viewing all 1340 articles
Browse latest View live


Latest Images