Quantcast
Channel: Blog Makan Mahamahu
Viewing all 1337 articles
Browse latest View live

Wajah Baru Restoran Chef Bob @ Kajang Pasti Lebih Sedap Dan Lebih Pilihan

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Hari ni nak bawa korang ke satu lagi restoran yang dah lama beroperasi tapi sekarang mereka membuat renovation baru untuk nampak lebih segar dan lebih menarik. Juga dari segi menu-menu yang ditawarkan juga lebih banyak pilihan serta lebih berkualiti. 


Restoran yang Maha maksudkan adalah Restoran Chef Bob yang terletak di TTDI Grove Saujana Impian Kajang. Sebelum ini orang Kajang dah kenali restoran ini tapi sekarang ini dengan wajah baru mereka juga mempunyai barisan chef baru yang lebih berpengalaman dan lebih hebat.



Kalau korang lalu jalan Kajang - Semenyih tu boleh nampak restoran ini warna merah menyala menyerlahkan lagi tema baru mereka. Restoran ini masih baru sahaja dibuka untuk konsep dan tema baru ini jadi kalau masuk tu macam kosong sikitlah tapi tetap selesa untuk makan.

Pemilik restoran Dr Ahmad Othman

Restoran ini dibuka setiap hari dari pukul 4.30 petang hingga 12.30 pagi. Kat sini juga sekarang dah ada menu-menu baru dari segi dessert, makanan tempatan dan juga pilihan makanan untuk kanak-kanak. Tapi kali ni Maha nak highlight menu western yang telah menjadi kesukaan pelanggan mereka sejak dibuka tahun 2014 lagi.

Grilled Chicken (RM21.00)

Hari tu Maha sempat cuba menu Grilled Chicken dan juga Chicken Parmigiana. Nama pun dah sedapkan apatah rasanya. Bagi Maha keseluruhan menu menarik sedap boleh makan tapi cuma ayam panggang tu agak kering sikit sebab mungkin sos perapan tidak disalut atas ayam semasa memanggang. 

Chicken Parmigiana (RM19.50)

Chicken Parmigiana atau parmesan ayam adalah hidangan yang popular Itali-Amerika. Ia terdiri daripada dada ayam yang dilapisi tepung dengan sos tomato dan mozzarella atau parmesan cheese atasnya. Kalau korang tengok cheese memang banyak dan yang Maha dapat ini agak keras sikit mungkin dah lama masak kot sebab makanan ini kena hidang panas-panas.

Rib Eye Steak (RM41.00)

Selain tu juga ada Rib Eye Steak, Lamb Chop dan Mixed Grill Platter. Korang boleh pilih nak makan mana satu semua menarik daging dan kambing semua import punya dari Australia dan New Zealand. Semua hidangan boleh pilih dari 3 jenis sos special buatan sendiri iaitu Brown Sauce, Black Pepper Sauce dan Mongolian Sauce. Harga semua masih berpatutan tapi jangan harap yang letop-letop sangat ok.

Lamb Chop (RM28.50)

Mixed Grill Platter (RM49.40)

Kalau yang nak makan nasi kat sini masih ada pilih Nasi Goreng Istimewa Chef Bob. Bagi Maha yang ini nampak menarik kerana banyak benda ada dalam satu pinggan dan sangat kenyang kalau makan seorang. Lagi yang best juga Fish And Chips tu biasa kebanyakan tempat ada cuma ia datang dengan dua jenis sos special cuma nama lupa lak. Korang datang cuba sendiri ok.

Nasi Goreng Istimewa Chef Bob (RM10.00)

Fish And Chips (RM17.50)

Tu baru cite pasal makan kalau tengok pada minuman juga sini ada minuman yang special iaitu Bandung Lele dan juga Neslatte Lava. Sangat berbuih dan istimewa kalau korang order minum bersama dengan westrn tu cuma bagi Maha ia agak manis sikit mungkin korang boleh minta yang kurang manis kena jaga kesihatan sekarangkan.

Bandung Lele (RM6.00)

Neslatte Lava (RM6.50)

Minuman jus buah-buahan lain pun turut ada kat sini korang boleh pilih daripada Jus Durian Belanda, Jus Apel, Jus Tembikai dan juga Jus Oren. Bak kata orang kalau datang makan sini masih tetap banyak pilihan makanan yang korang boleh cuba ini hanya baru sebahagian sahaja yang Maha sempat rasa. 


Specialnya sempena dengan pelancara wajah baru ini mereka menyediakan 'Grand Opening Promo' untuk pelanggan setia. Bagi mereka yang mempunyai kad VVIP Member akan menerima 7% potongan harga dari jumlah bill. Manakala bagi pelanggan biasa akan terima 5% potongan sahaja. Sah hanya untuk 2 minggu promo bermula dari hari pembukaan baru sehingga 18 Mac 2018 ini. 


Tunggu apa lagi daftar jadi member dan terima potongan lebih banyak serta keistimewaan lain seperti tawaran promosi semasa hari jadi dan macam-macam lagi. Hanya perlu membayar RM18 dan jadi ahli seumur hidup. Itu yang best restoran ini tempat lain tak ada tawaran macam ini. 


Maha dah cuba korang bila lagi jangan lupa datang cuba makan kat Restoran Chef Bob @ Kajang dan bagi pendapat korang tentang makanan dan service kat sini mana tahun lain orang lain rasanya betul tak. Selamat mencuba semua. 

Tempahan dan maklumat lanjut layari :-

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 3.5/5







Rumah Terbuka Tahun Baru Cina MYDIN dan SJ Echo Meraikan Kepelbagaian Bangsa Malaysia

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Baru-baru ini 9 Mac MYDIN telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina MYDIN Bersama SJ Echo. Korang ada nampak Maha asyik update kat Facebook dan Instagram tentang majlis ni dan nak cerita lebih lanjut kat blog ni.


Majlis telah berlangsung dengan meriahnya di MYDIN Mall USJ Subang Jaya bermula dari pukul 6.00 petang hingga 11.00 malam. Ribuan rakyat Malaysia ada kat sana tak lepas peluanglah untuk sama-sama menjadi rakyat Malaysia yang cinta akan keamanan negara berbilang kaum ini. Tahun ini adalah sambutan ke 6 MYDIN meraikan Tahun Baru Cina. 




Petang tu masa Maha sampai ada pentas utama yang menyajikan perembahan tarian tradisional masyarakat Cina di Malaysia. Seronok tengok persembahan tarian dan lihat gelagat orang Malaysia yang pelbagai kaum ada kat sana.



Malam tu acara bermula dengan pembakaran mercun kalau Tahun Baru Cina tak sah tak ada mercun memang meriah sangat. Lepas tu disambut dengan persembahan Tarian Singa yang memukau dan menarik minat pengunjung. 


Habis jer persembahan Tarian Singa wajib ada acara utama iaitu menggaul Yee Sang yang menjadi kepercayaan masyarakat cina, ianya melambangkan kemewahan dan mampu melanjut usia seseorang. Maha suka makan Yee Sang ni sebab ada macam-macam rasa dalam tu sayur dan juga keropok.



Paling semua orang nantikan adalah acara makan yang mana pelbagai menu yang disediakan oleh vendor makanan menyajikan hidangan percuma. Di antara menu yang ada untuk semua tetamu adalah Yong Tau Foo, Char Kue Tiau, Dim Sum, Bihun Goreng, Nasi Goreng, Maggi Goreng, Laksa, Ayam Barbeku, Bubur Cha Cha dan pelbagi jenis minuman.



Memang siapa yang ada pada majlis tu tak balik perut kosong semua kenyang makanan memang banyak. Tidak lupa juga 20 orang warga emas daripada Rumah Victory Puchong turut diraikan dalam sambutan hari terebut. Dalam kita bergembira mereka yang kurang berupaya juga harus kita ingat sama bagi mereka turut rasa seronok dan gembira.



Belah malam tu juga selain acara makan-makan ada persembahan daripada artis popular yang juga pemenang Anugerah Industri Muzik (AIM) 2016 kategori artis Wanita Cina Terbaik iaitu Angeline Wong. Beliau menyampaikan beberapa buah lagu raya kepada semua tetamu tengok adik-adik paling suka sambil menyanyi mereka turut menari.


Sepertimana tahun-tahun sebelumnya aktiviti cabutan bertuah untuk pelanggan MYDIN tidak ketinggalan dan menjadi acara kemuncak pada malam tersebut. Setiap pelanggan yang membelanjakan RM88 di Pasaraya Besar MYDIN USJ dan semua kedai-kedia dalam mall tersebut layak menyertai cabutan pada malam itu.


Hadiah paling besar yang Maha nampak adalah Smart TV tak silap 50' kot memang bertuah siapa yang dapat. Untung siapa yang datang pada majlis tersebut dan harap tahun depan akan ada lagi bagi meraikan kepelbagaian rakyat Malaysia dan pelanggan utama MYDIN. Moga MYDIN terus maju jaya dan menjadi pasaraya utama pilihan seluruh rakyat Malaysia.







Matcharena Minuman Teh Hijau Ala San Fancisco Coffee Lain Dari Yang Lain

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sapa sini pecinta Teh Hijau korang bertuah kerana sekarang ni San Francisco Coffee memperkenalkan Matcharena. Ia adalah minuman teh hijau sempena dengan bulan Mac yang memberi kesegaran dalam pilihan minuman di SF Coffee.


Nama minuman Matcharena ini diambil daripada lagu nyanyian penyanyi Spanish yang popular satu masa dulu iaitu 'La Macarena'. Korang kalau Maha pasang lagu ni mesti teringat dan menari-nari siap ada yang jadikan ia lagu untuk senaman zumba.

Minuman Matcharena

Minuman Matcharena Frisco Frappe' ini adalah campuran sempurna teh hijau dan krim dengan sentuhan manis vanila. Minuman ini sangat baik untuk peminat coffee kerana ia berfungsi sebagai minuman menyegarkan yang ideal untuk hari yang panas dan mengurangkan pengambilan kafein. 



Teh hijau ni boleh ditambah dengan topping cream kat atasnya atau tidak macam yang Maha minum ni. Juga sangat sesuai untuk korang yang sibuk hanya grab and go sahaja bila singgah kat sini sambil buat kerja boleh minum sangat menyegarkan. Harga minuman ini untuk tempoh 6 Mac hingga 30 April 2018 hanya RM16 untuk cawan regular (16oz) dan RM17 untuk cawan saiz besar (20oz).

Spaghetti Bolognese

Fettucine Carbonara

Juga sesuai untuk yang datang nak makan sarapan pagi atau tengahari kat SF Coffee kerana kat sini juga ada sediakan beberapa menu hidangan makanan yang sesuai. Maha paling suka adalah Spaghetti Bolognese juga Fettucine Carbonara. Tapi siapa yang nak kering sikit boleh cuba Aglio Olio Peperoncino ni.

Aglio Olio Peperoncino

Honey Mustard Chicken Wrap

Kemudian untuk sarapan pagi atau minum petang korang boleh cuba menu seperti Tex Mex Chicken Wrap ni Maha suka juga sedap tau. Juga ada Turkey Mushroom Ragout Ciabatta dan kalau sapa nak rasa pedas-pedas chili flake boleh cuba Spicy Sambal Chicken Sandwich. Ini memang memenuhi selera orang Malaysia pastu bila pedas minum lak Matcharena sangat lega.

Turkey Mushroom Ragout Ciabatta

Spicy Sambal Chicken Sandwich

Tapi orang nak diet selalu makan semua ini sambil minum Teh Hijau. Bulan sebelum ini kar SF Coffee ada memperkenalkan minuman lain iaitu Yo! Mango dan Hello Berry. Bermula 10 Mac hingga 31 Mac 2018 ini pelanggan boleh menang baucer 'Buy 1 Free 1' dengan ambil video 2-3 saat bersama minuman Matcharena dan upload dalam Facebook dan Instagram korang bersama caption #SFCoffeeMatcharena.



Siapa-siapa yang dah cuba minuman baru dan menu yang ada kat SF Coffee ini boleh berkongsi dengan Maha sebab setiap tekak tak sama rasa. Tapi bagi Maha ini sesuai untuk semua rakyat Malaysia dan sekarang dan ada di 39 outlet seluruh KL, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Nak tahu kat mana lokasi terdekat anda boleh ker Facebook atau laman web mereka seperti di bawah.

Maklumat lanjut dan promosi layari:-
Facebook : https://www.facebook.com/sfcoffee

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 4/5





Mengantuk Ketika Memandu Heed Energy Drinks Pilihan Terbaik

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Tahu musim cuti sekolah atau musim perayaan semua orang akan ambil peluang untuk pulang ke kampung. Ada yang jauh perjalanan sampai lebih daripada 4 jam memandu kereta jadi risiko untuk mengantuk ketika memandu sangat tinggi.


Maha sendiri pun kalau memandu lebih masa pun akan cepat penat dan mengantuk. Kadang-kadang perlu kunyak sesuatu untuk mengurangkan rasa mengantuk tu. Tapi sekarang ni dah ada satu minuman tenaga yang boleh membantu untuk kesegaran berpanjangan. HEED Energy Drink kini dah ada di pasaran Malaysia.

Kalau bab makanan dan minuman ni korang mesti akan teliti pasal Halal ini dan jangan bimbang minuman ini telah mendapat pengesahan Halal daripada IIDC Austria yang juga badan Halal diiktiraf oleh JAKIM. Korang boleh rujuk artikel yang Maha pernah tulis senarai badan Halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM.


Produk ini daripada negara Eropah jadi mereka memang mengutamakan kualiti dan juga kesihatan kepada pengguna. Produk minuman ini dijamin tiada bahan pengawet dan produk ini adalah jenama ke-3 pengeluar tebesar minuman tenaga di dunia dan pilihan lebih 40 buah negara diseluruh dunia.

Pelakon Hollywood Bruce Willis Mengamal HEED


Sekarang produk ini telah melantik duta mereka bagi tahun 2018 iaitu Bruce Willis iaitu pelakon yang penuh dengan aksi hebat dan bertenaga. Walaupun pada usia 63 tahun pelakon Hollywood ini cukup lincah dalam aksi lakonan beliau.


Kini produk HEED Energy Drink ini mula boleh didapati dibeberapa pasaraya yang popular di Malaysia seperti Hero Market, Pasaraya Haniffa, de-Market dan beberapa pasaraya lain. Minuman ini dijual pada harga RM2.50 untuk satu tin 250ml dan jauh bebeza dengan beberapa harga minuman tenaga yang ada di pasaran. Tahun ini Heed akan mengadakan sampling dan juga promosi di beberapa pasaraya serta stesen minyak seluruh Malaysia untuk anda cuba dan kenali minuman ini.

Jadi Maha dah mula beralih kepada minuman HEED untuk mengurangkan rasa penat dan mengantuk ketika memandu dalam perjalanan yang jauh. Juga boleh dijadikan minuman tenaga sewaktu bersukan atau beriadah ia mampu memberikan tenaga tambahan kepada kita. Jadi mulalah cuba minuman Heed sekarang.






Versus 1001 Rasa Baba's Kembali Untuk Musim Kedua Lebih Sengit Dan Hangit

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sapa kat sini yang tonton program Versus 1001 Rasa Baba'smusim pertamatahun lepas. Mesti korang perasan Maha dalam tu jadi salah seorang juri jemputan program tersebut. Terima kasih kepada pihak Baba's kerana percaya kepada bakat yang ada dalam diri ini.


Tahun ini program yang mendapat sambutan hebat ini kembali lagi untuk musim kedua. Menggunakan format yang sama dengan membariskan peserta yang jauh lebih hebat dan lebih kreatif dalam memasak. Juga membariskan mentor iaitu chef profesional yang cukup banyak memenangi anugerah dan mempunyai latar belakang kulinari yang terlalu hebat.



Dengar cerita tahun ini semasa sesi ujibakat lagi team Baba's telah membuat penapisan ketat dalam memastikan peserta tahun ini lebih berkualiti. Hanya 26 orang peserta yang terpilih daripada ujibakat itu untuk peringkat saingan di pentas Baba's. 




Peluang Menjadi Juri Untuk Kali Kedua


Terima kasih sekali lagi Maha ucapkan kepada pihak Baba's kerana masih mempercayai keupayaan diri ini untuk menjadi juri jemputan bagi musim kedua. Teruja sangat semasa sesi rakaman program ini yang berlangsung bulan Januari lalu melihat kehebatan peserta dan juga semangat mereka untuk menang. Menu yang mereka kena sediakan juga lebih mantap dan hasil masakan mereka juga sangat inovatif.




Maha cerita pun korang semua tak dapat rasa tapi kalau nak tahu kehangatan pertandingan ini korang kena tonton sendiri. Rancangan musim kedua akan memulakan siaran pada 22 Mac 2018 setiap hari Khamis jam 6.00petang di TV3. Manakala siaran ulangan pula pada hari Isnin berikutnya jam 5.35petang di TV3. Jadi sempat lah semua orang nak pulang sampai kerumah dan menonton rancangan ini.




Kalau korang yang ikuti musim pertama mesti tahu siapa yang telah menjadi juara utama program ini. Tahniah kepada saudara Mohd Khairul Fazly bin Ismail dari Langkawi yang berjaya membawa pulang hadiah utama wang tunai RM10,000. Manakala tempat kedua milik Mohd Yusri bin Mohd Yusof yang membawa pulang wang tunai RM3,000.

Mohd Khairul Fazly bin Ismail Juara Musim Pertama


Dalam program ini dimana juara setiap minggu yang korang tonton dalam tv itu akan bersaing pula dalam pusingan sosial media. Dalam peringkat ini menu menarik mereka akan di update dalam Facebook Baba's dan 4 resipi yang mendapat undian tertinggi dari pembaca dan penonton akan bersaing pula pada peringkat akhir merebut hadiah Grand Prix.

Pengacara Chef Kamarul dan Chef Adu

Tahun ini juga ada episod istimewa iaitu episod Festive yang memaparkan selebriti tempatan juga akan merasai bagaimana peserta bersaing memasak dipentas keramat ini. Kali ini bermula perayaan Gawai / Keamatan Special pada 30 Mei, Khas Hari Raya pada 21 Jun dan Khas Merdeka pada 31 Ogos



Korang yang menjadi penonton dirumah juga jangan risau boleh menang hadiah istimewa seperti mana peraduan tahun lepas. Jadi terus setia bersama dengan Facebook BABASNU setiap kali program disiarkan. Jangan lupa juga untuk tonton episod Maha jadi juri tau iaitu 29 Mac dan minggu-minggu berikutnya. Selamat menonton semua.







Lepas Berkahwin Fazura Suka Aiskrim Haagen-Dazs Perisa Strawberry

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sapa tak kenal dengan pelakon dan penyanyi yang cukup mendapat perhatian media sekarang ini kerana perkahwinan meletop mereka. Siapa lagi kalau bukan Fazura, baru-baru ini Maha dapat bersama dengan dengan beliau dalam satu majlis iaitu Haagen-Dazs Experience Extraordinary yang bertempat di WORQ Glo Damansara.



Fazura adalah salah seorang tetamu dan panel yang bersama menceritakan pengalaman extraordinary dalam hidup beliau. Sedih juga dengar cerita beliau bagaimana dari kecil gadis kampung yang akhirnya berpindah ke KL untuk menjadi penyanyi selepas kematian ayahnya. Masa tu lah Maha tahu yang beliau ni suka dengan aiskrim perisa strawberry orang perempuankan.


Sebelum ni pernah cuba tak aiskrim Haagen-Dazs gabungan Latte Maha pernah cerita kat blog. Tapi kali ni Maha paling suka perisa Macadamia Nut iaitu perisa baru yang mula mendapat perhatian rakyat Malaysia. Kalau makan aiskrim perisa ni kat dalam tu memang dapat rasa ketulan kacang memang tak kedekut. 


Masa event tersebut mereka juga memperkenalkan packaging baru bekas aiskrim ini lebih menarik dan segar. Paling best kami semua diberi peluang untuk menikmati semua perisa Haagen-Dazs sampai sebu perut makan aiskrim. Selain perisa yang Maha suka tu, buat pecinta coklat kena cuba perisa Belgian Chocolate ini memang sangat pekat rasa coklat dalamnya. 




Lepas tu ada pula Matcha Green Tea memang sapa suka kepada teh hijau ini memang akan habislah makan yang ini. Perisa biasa lain seperti Vanilla dan juga Strawberry yang mana dalamnya korang boleh rasa ketulan buah strawberry bila masuk kunyah kedalam mulut tu.

Pengacara Melissa bersama panel Fazura, Jane dan Raja Nadia Sabrina


Semasa event tu juga bukan sahaja Fazura tetapi mereka ada menjemput beberapa wanita yang menjadi inspirasi dalam kehidupan yang extraordinary. Diantaranya adalah Jane Chuck seorang sosial media influancer juga bersama dengan lawyer iaitu Raja Nadia Sabrina yang sekarang menceburi bidang fesyen apabila memenangi Kuala Lumpur Fashion Week 2015


Pada hari tu juga Aere adalah label Malaysia bagi pakaian kontemporari yang diasaskan oleh Raja Nadia turut mempamerkan rekaan mereka. Menggabungkan warna Kuning, Biru dan juga Putih dalam rekaannya ini sangat menarik. Fazura juga turut mengayakan rekaan keluaran Aere ini pada hari terebut.



Lepas ni boleh lah ke mana-mana kedai untuk dapatkan perisa yang Maha ceritakan tadi. Semua Maha suka sedap menawan hati nak makan aiskrim. Layari Facebook mereka Haagen-Dazs Malaysia untuk sebarang promosi.





Tips Dari Shinsegae Mamee Foodservice Untuk Jadi Usahawan Makanan Yang Berjaya

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Mee Goreng, Nasi Goreng Kampung dan rojak buah sebagainya memang sinonim dengan industri makanan di Malaysia dan perniagaan makanan, sekiranya di tadbir dengan betul dapat mendatangkan pulangan yang lumayan.


Ia juga merupakan salah satu industri mampu membantu masyarakat “Bottom 40%” (B40) untuk berganjak ke dalam kurungan pendapatan yang lebih tinggi.

Kumpulan B40 yang terdiri daripada golongan berkolar biru, graduan yang menggangur dan berpendapatan rendah, suri rumah dan pesara dengan pendapatan isi rumah median sebanyak RM3,000.

Sempena pelancaran produk segera Shinsegae Mamee Foodservice yang disasarkan kepada peniaga makanan baru-baru ini, Shinsegae Mamee menganjurkan satu sesi panel bersama pihak berkepentingan seperti GIATMARA, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia dan Majlis Bandaraya Shah Alam untuk membincangkan golongan B40 boleh berjaya dalam industri makanan.

Dalam sesi panel tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA, Haji Jamal Nasir Othman berkata terdapat keperluan untuk 91,000 pekerja mahir dalam Makanan & Minuman menjelang 2020.

Di dalam satu sesi panel tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA Tn Haji Jamal Nasir Othman berkata, terdapat keperluan sebanyak 91,000 pekerja mahir dalam bidang Food & Beverage menjelang tahun 2020.


“Dianggarkan, hampir 1,000 pelatih bidang F&B mengikuti latihan sepenuh masa di GIATMARA setiap tahun. Setakat ini, GIATMARA telah mengeluarkan 10,570 orang chef. Di GIATMARA, kita berharap agar chef-chef yang dilatih ini dapat mengusahakan perniagaan sendiri,” katanya.

Jamal juga menambah bahawa Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) melalui GIATMARA telah mengambil inisiatif untuk menggalakkan pengwujudan usahawan dengan memperkenalkan program-program seperti Mobilepreneur & Mobile Truck selain program Rintis Niaga (inkubator).

“Ia adalah satu polisi kerajaan yang amat baik dalam membantu golongan B40 berganjak kepada M40 (Middle 40%) seterusnya T20 (Top 20%),” kata Jamal.

Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA itu juga berpendapat bahawa kerjasama strategic bersama pemain-pemain industri adalah penting bagi memastikan bahawa kualiti pelatih yang dihasilkan adalah berdasarkan keperluan semasa.

Beliau menambah bahawa GIATMARA berminat untuk bekersama dengan Shinsegae Mamee memandangkan produk-produk Shinsegae Mamee Foodservice yang dilancarkan baru-baru ini menarik dan dapat membantu pelatih-pelatih GIATMARA dari segi penjimatan kos dan masa sambil mengekalkan keaslian rasa makanan.

Di dalam sesi panel yang sama, Eksekutif Chef Shinsegae Mamee Chef Faizul Hazly Ghazali berkata bahawa kebolehan memasak semata-mata tidak dapat membantu seseorang chef untuk berjaya dalam perniagaan makanan.

“Untuk berjaya dalam perniagaan makanan, pemilik perniagaan itu harus bijak merancang masa dan mengawal kos disamping menjaga kualiti makanan yang dihidangkan,” kata Faizul.

Berdasarkan ketiga-tiga perkara tersebut, Shinsegae Mamee telah mengeluarkan 10 produk segera Shinsegae Mamee Foodservice yang diperbuat dengan bahan-bahan asli dan tidak ditambah dengan perisa tiruan dan pengawet tiruan.


“Bila kita dengar perkataan makanan segera, persepsi pertama yang datang ke fikiran kita ialah tak ‘original’. Tetapi, ramai juga chef yang berjaya telah mengambil jalan pintas dengan menggunakan bahan-bahan segera untuk menjimat kos and masa.

“Walau bagaimanapun, bahan-bahan segera yang digunakan haruslah berkualiti tinggi supaya rasa dan kualiti masakan mereka tidak terjejas,” kata Faizul.

Eksekutif Chef Shinsegae Mamee itu juga menambah bahawa Shinsegae Mamee Foodservice sedang cuba mengubah persepsi bahawa semua makanan segera tidak asli adalah tidak benar dengan mengeluarkan gabungan bahan-bahan segera yang tidak ditambah dengan perisa dan bahan pengawet tiruan agar dapat membantu para peniaga makanan mengurangkan kos dan menjimatkan masa dan mengekalkan keaslian rasa makanan tersebut.






Pengalaman Menginap Di Hotel Armada Petaling Jaya Lokasi Strategik Antara Selangor Dan KL

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kepenatan dan juga kesibukan kerja hari-hari menjadikan kadang-kadang kita stress dan perlu kepada satu suasana yang exclusive dan privacy. Yer lah orang kata rumah adalah satu tempat paling best untuk rehat tapi kalau dapat duduk di hotel sekali sekala apa salahnya.


Hujung minggu yang lalu Maha telah mengambil kesempatan untuk berehat di sebuah hotel yang selalu Maha datang makan kat sini. Sebelum ni Maha selalu makan bufet yang disediakan di sini tapi tak berkesempatan untuk menginap kat hotel ni.



Hotel yang Maha maksudkan tu adalah Armada Petaling Jaya. Kenapa Maha pilih hotel ini kerana Maha tahu bilik mereka sangat bergaya dan harga pun mampu untuk bayar. Ala sekali sekala manjakan diri untuk bermalam satu malam di hotel apa salahnya.



Bilik hotel Delux ini bila Maha masuk hampir semua kemudahan ada seperti TV besar, bahan membuah teh dan kopi, seterika, kotak penyimpanan barang dan juga peti sejuk mini. Kebanyakan orang cari hotel mesti kena ada kemudahan wifi kat sini pun ada laju lagi.





Bilik air pun best luas kalau nak tido dalam tu pun boleh heheheh. Tak adalah bath tab ada shower dan juga semua keperluan toiletries kalau korang lupa nak bawa. Yang penting katil empuk dan lena kalau Maha tidur tak bangun rasa hehehe.

Keduduk Strategik Antara Selangor Dan KL


Sebenarnya lokasi hotel ni terletak betul-betul kat tepi Lebuh Raya Persekutuan diantara Selangor dan juga KL. Jadi kalau mereka yang menginap atas urusan kerja memang sangat sesuai mudah untuk akses kemana-mana sahaja lokasi. Paling senang naik pengankutan awan kerana hotel ni dekat dengan station LRT Asia Jaya. Maha hari tu datang bawa kenderaan sendiri dan sini parking sangat banyak sekitar hotel ada jadi tak risau nak park.


Maha rasa kalau datang bawa keluarga yang ramai pun sini selesa ada bilik yang besar seperti Family Deluxe. Ini kerana hotel ini sangat dekat dengan beberapa kawasan percutian yang menarik di sekitarnya seperti Sunway Lagoon yang mengambil masa hanya 20 minit jer, lepas tu shopping mall seperti Mid Valley Megamall, Amcorp Mall dan Jaya Shopping Mall hanya 10 minit jer. 



Hari pertama Maha kat hotel tu memang habiskan masa dalam bilik nak rehat dan menikmati aircond yang sejuk serta pemandangan sekitar hotel setinggi 24 tingkat ini. Kalau korang nak buat aktiviti lain juga ada kat sini macam gymnasium pun ada.

Bilik Mesyuarat dan Ballroom Untuk Aktiviti Koporat


Maha terfikir kalau syarikat yang nak buat aktiviti koporat kat sini ada banyak kemudahan meeting room dan event. Dari sekecil bilik yang mampu memuatkan 20 orang hingga ke bilik 100 orang kalau nak buat conference, kursus atau mesyuarat. 





Bagi mereka yang merancang mencari lokasi untuk menjalankan majlis perkahwinan sini pun tak silap ada Ballroom yang mampu memuatkan sehingga 350 - 500 orang tetamu dalam satu masa. 




Tentang makanan jangan risau Maha jamin ia sedap kerana selalu Maha makan bufet kat sini dah tahu level kesedapan dan juga makanan yang disediakan memang akan memenuhi tekak kita orang Malaysia ni. Lepas ni Maha akan cerita pasal makanan kat hotel ni mesti korang nak tahu dan juga ada bilik karaoke exclusive. Nantikan next post dari Maha pasal pengalaman menginap kat Hotel Armada Petaling Jaya ni ok. Selamat berehat semua.

Maklumat lanjut dan tempahan boleh layari:-






Lelaki Dengan Masalah Kuat Berpeluh DASHING SPORT Penyelesaian Terbaik

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha memang pengguna produk Dashing dari mula mengenali deodoran dan juga pewangi mereka semasa zaman study dulu lagi. Sampai sekarang memang menggunakan produk mereka dan setiap tahun ada sahaja promosi terbaru seperti baru-baru ini ada Dashing Anytime EDT dalam pek kecil.


Itu salah satu sebab kenapa Maha suka kepada produk ini sentiasa ada update terbaru dan lagi baru sekarang ni mereka keluarkan pula DASHING SPORT. Walaupun sasaran mereka adalah kepada lelaki aktif dan juga ahli sukan tapi orang biasa ada masalah kuat berpeluh juga sangat sesuai.


Koleksi baru ini datang dengan dua variasi iaitu Dashing Hitman dan juga Dashing Golden Boot terdiri daripada deodoran semburan badan dan Eau De Toilette. Ia adalah sesuai untuk mereka yang kuat berpeluh macam Maha ni. Sebenarnya Maha ni kalau makan pedas sangat memang akan berpeluh habis muka dan satu badan.



Tahu kadang-kadang ada lelaki kat luar sana yang jalan kaki nak pergi ke parking kereta juga boleh berpeluh. Paling ketara celah ketiak, bagi Maha deodoran dan pewangi baru ini adalah pelengkap kepada keperluan lelaki yang ada masalah ini. 


Semburan deodoran ini bukan sahaja memberi perlindungan 24 jam tetapi juga memberikan manfaat 6-dalam-1 yang berkesan mencegah bau badan. Ia mengandungi anti-bakteria, formula cepat kering, tidak meninggalkan kesan di kulit atau di baju serta memberikan keharuman dan kesegaran maskulin optimum sepanjang hari.



Kalau orang tanya Maha perbezaan dua produk deodoran dan pewangi ini adalah dimana yang DASHING Hitman dapat bau aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood. Manakala DASHING Golden Boot Aroma dari daun Rhubarb dan Pimento memberikan kehangatan maskulin kepada si pemakai, manakala kombinasi Kayu Kashmir dan Leather memberikan aroma kelelakian maskulin.


DASHING SPORT Eau De Toilette boleh didapati dalam reka bentuk bottle yang sporty bersaiz 50 ml. Keluaran edisi terhad ini boleh didapati pada harga yang berpatutan iaitu RM12.90 untuk semburan deodoran 125 ml dan RM24.90 untuk Eau De Toilette 50 ml. 


Selalu Maha akan beli kat Guardian sebab dekat dengan rumah jadi korang juga boleh dapat mana-mana pasaraya besar. Selamat mencuba dan bertukar kepada wangian baru ini.






Majlis Pra Pelancaran MAHA 2018 Dengan Tema Segalanya Wanita

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Siapa masih ingat lagi semasa pergiKarnival MAHA 2016dua tahun dulu. Kalau korang tak ingat atau lupa Maha ada ceritakan di blog kemeriahan sambutan acara dwi tahunan itu yang sangat meriah dan gilang gemilang.


Tahun ini ia kembali lagi dalam kalender negara sebagai event pertanian terbesar di Malaysia. MAHA 2018 tahun ini membawakan tema Segalanya Wanita, ini kerana bertepatan dengan tahun ini sebagai tahun memperkasakan wanita.


Jadi Maha sebagai orang yang memang suka pergi acara seperti ini sangat menantikannya. Tahun ini mereka menganggarkan lebih daripada 3.5 juta pengunjung selama 11 hari karnival ini akan berlangsung. Macam biasalah ia akan diadakan di lokasi yang strategik iaitu MAEPS Serdang dan bakal dipenuhi usahawan dengan sasaran 30% daripadanya datang dari golongan belia.


Baru-baru ini Maha sempat menghadiri Majlis Pra Pelancaran MAHA 2018 yang telah diadakan di Pavilion Sarawak MAEPS Serdang. Majlis ini dilancarakan oleh orang kuat disebalik karnival gilang-gemilang ini iaitu Dato' Sri Ahmad Shabery bin Cheek iaitu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. 



Dalam ucapan beliau juga turut menegaskan tentang kepentingan wanita dalam dunia pertanian ini yang segalanya mampu mereka lakukan. Betapa besarnya pengorbanan dan kesungguhan wanita dalam kehidupan keluarga sehingga hari ini kaum wanita mula berjinak dalam bidang usahawan yang melibatkan agromakanan ini.




Mereka juga turut memperkenalkan 3 ikon usahawanita yang sudah berjaya dalam bidang agromakanan iaitu Puan Rohazawati (pengusaha durian crepe), Puan Sharifah (pengusaha cili Bangi) dan Puan Norli (usahawan biskut dan kerepek). Juga sama turut diraikan 11 penaja utama acara terbesar negara ini. 


Jadi tahun ini orang perempuan kena datang beramai-ramai ke MAHA 2018 yang akan berlangsung pada 22 November sehingga 2 Disember 2018 hujung tahun ini. Ini bagi menunjukkan tanda sokong kepada memartabatkan perjuangan dan usaha wanita dalam mengembangkan ekonomi negara juga. MAHA tahun ini mensasarkan jualan lebih daripada 300 juta dari semua produk dan industri.


Bagi Maha sendiri tak rugi datang acara ini kerana bukan setakat dapat membeli tapi kita juga boleh dapat ilmu kerana kita dapat tahu teknologi dan sistem baru yang mereka guna dalam industri agriculture di negara kita. Pulak tu ada lebih daripada 1,500 gerai jualan yang akan dibukan dengan pelbagai aktiviti menarik.



Merancakkan lagi MAHA 2018 kementarian telah merancang karnival bergerak ditiga lokasi untuk acarajelajah Road To MAHA 2018. Di antara lokasi yang telah dan akan berlangsung adalah di Lundu Sarawak (24-25 Mac 2018), Teluk Intan Perak (31 Mac- 1 April 2018) dan Kemaman Terengganu (5-7 April 2018)


Berita baik untuk usahawan di luar sana, jika berminat untuk menyertai MAHA (membuka booth) boleh hubungi pihak urusetia memandangkan akan dibuka tempahan gerai jualan dan sehingga entri ini ditulis, dikatakan sebanyak 30 peratus daripada 1500 gerai jualan telah dilanggani.

Boleh hubungi:-
SEKRETARIAT MAHA 2018
Contact No. : 012-2787936
Email : maha.sales.team@gmail.com 

Untuk keterangan lanjut boleh layari:-
Facebook Page : https://www.facebook.com/MAHA2018my
Instagram : https://www.instagram.com/maha2018my







Tempat Makanan Pilihan Menarik Di SkyAvenue Mall Genting Highland - Food Trail Sesi 1

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kalau bercuti atau berjalan-jalan di puncak Genting Highland selain daripada hiburan kita nak juga cari tempat makan yang sedap-sedap bukan. Ok kali ni Maha nak bawa kepada korang 20 tempat makan yang pasti lazat dan boleh jadi pilihan bila berada di puncak sana terutama di SkyAvenue Mall.


Bagi sesi pertama ini Maha senaraikan kedai makan yang menyediakan hidangan sesuai untuk makan tengah hari atau makan malam. Nanti sesi yang kedua lak Maha akan senaraikan lagi tempat makan yang menyediakan pencuci mulut atau manisan yang sesuai walaupun berada di tempat sejuk.

1) Boat Noodle 

Sapa tak kenal dengan restoran Boat Noodle ini memang menjadi pilihan rakyat Malaysia bagi menikmati hidangan masakan Thai yang asli walaupun pekerjanya banyak warga asing. Menu restoran yang berada di sini sama sama jer dengan menu-menu yang ada dicawangan lain.





Restoran ini terletak di tingkat paling atas iaitu level 4 mall ini. Hari tu masa kami datang makan kami pilih menu yang simple dan mengenyangkan untuk makan tengah hari seperti Flame Grilled Ayam, 4 Mangkuk Mee serta sebagai pencuci mulut kami ambil Hot Steam Sangkaya





Kalau kat sini cukup terkenal dengan konsep makan dalam mangkuk yang kecil dan ramai yang datang berebut untuk menjadi pelanggan paling banyak menghabiskan makanan dalam mangkuk mereka. Minuman ada pelbagai juga ikut korang nak pilih, yang Maha suka adalah Chan Yen atau Thai Ice Tea

2) Texas Chicken

Bagi yang nak makan dengan konsep fast food pilihan Texas Chicken ini adalah yang menarik juga sesuai untuk seisi keluarga dan juga kanak-kanak. Senang je kat sini boleh order ikut set yang mereka telah sediakan. Hari tu sebab dah banyak makan Kami hanya order Spicy Chicken kemudian ada French Fries dan juga dessert iaitu Shortcake with ice cream. 




Kalau kanak-kanak paling senang order fries ni dan ice cream jer mereka dah suka. Restoran ini pun berada di level 4 tapi kedalam sikit kena masuk kawasan yang ada gajah jaga kat pintu masuknya. Bagi yang nak cepat ini pilihan terbaik makan order dan siap semua cepat kalau tak ramai orang lah.

3) Only Mee

Nama pun dah Only Mee kalau datang sini kena order makanan berasaskan mee lah baru sesuaikan. Restoran ini juga berada di level 4 SkyAvenue Mall  dan ia dibuka 24 jam jadi kalau korang menginap di hotel genting masih boleh datang makan kat sini bila-bila masa.




Bagi Maha menariknya kat sini adalah cara kita nak pilih menu tak perlu nak tengok buku menu tapi ada satu ruang di pintu masuk restoran ini yang menyediakan gambar menu dan juga batang seperti batang aiskrim yang ada tulis menu. Kita hanya perlu ambil jer batang tu dan bawa ke kaunter dan buat pembayaran.

4) JR Curry House

Restoran ala-ala macam kedai mamak ini berada sebelah jer dengan restoran Only Mee tadi sebab mereka satu pengurusan yang sama. Restoran ini kalau dah sebut kari house memang makan nasi lah jawabnya. Konsep nasi campur dengan pelbagai lauk pauk yang boleh kita pilih sendiri.





Kami hari tu sebab tak makan nasi jadi ambil memang over banyak termasuk ambil sekali udang galah. Jangan sangkat kat kawasan tinggi macam mall besar ini tak tak udang galah ok memang makan sini akan buat kita rambang mata. Tapi ambil dengan berkhemah agar tak over dan berjimat cermat tak membazir.

5) BMS Organics 

Sekiranya anda seorang yang vegetarian yang hanya makan sayur dan buah-buahan restoran BMS Organics ini adalah tempatnya. Restoran ini terletak di level 2 mall ini dan ada bahagian menjual barang-barang makan yang sihat-sihat berlaka. Memang makana kat sini 100% menggunakan bahan sayuran serta sihat.





Menu yang kami order pun hari tu semua dari sayur walaupun burger dimana patty ditengah burger tu dibuat daripada buah Nangka ok. Nampak macam daging tapi tidak semua sayuran. Kemudian korang boleh order Nasi Lemak yang menggunakan beras perang dan juga Kari Laksa yang menggunakan soya bukan santan sebagai kuahnya.

6) Sushi Zanmai

Restoran Jepun pun ada kat sini korang boleh masuk makan kat Sushi Zanmai yang terletak di level 4 mall ini. Restoran ini kalau time dinner memang ramai orang penuh berbaris dan tidak cukup kerusi meja kena tunggu. 








Macam biasalah kat sini korang boleh makan masakan Jepun seperti lebih 100 jenis Sushi, Ebi Tempura, Sashimi, Nabemono dan macam-macam lagi. Restoran ini selesa dan masih mengekalkan suasana restoran di negara Jepun termasuk chef mereka.

7)  Babajia

Restoran ini berada di level 1 mall ini dan ia menyediakan masakan Baba Nyonya yang asli. Kalau korang masuk restoran ni konsep hiasan dalam seperti restoran baba nyonya dengan meja kerudi termasuk juga pinggan mangkuk yang diguna pakai masih ada hiasan lama. Memang menarik dan menawan nak makan kat sini.






Hari tu tak cuba banyak menu sebab perut dan kenyang jadi kami order yang best iaitu Satay Ayam, Nasi Goreng Nyonya, Char Kueh Teow dan ada beberapa tak ingat nama lak korang cuba lah nanti. Restoran ini kat sini buka 24 jam jadi kalau menginap kat hotel genting ni boleh makan bila-bila masa jer.

8) Richdad

Ini adalah restoran yang berada bersebelahan dengan Babajia dan mereka juga dalam pengurusan yang sama sebab dapur pun sama. Restoran ini lebih kepada hidanga masakan barat yang menyediakan hidangan segar dan panas. 





9) DC Super Heroes Cafe

Ini adalah satu restoran kalau kanak-kanak atau orang muda lalu kat tepi mesti akan tertarik dan nak masuk kalau tak makan pun akan tergoda dengan koleksi super hero DC yang ada dalam restoran ini. Restoran konsep super hero ini terletak di level 3 mall ini. Bila masuk memang banyak koleksi patung-patung besar mahupun kecil comel-comel ada tersusun menarik kat sini. 









Kerana teruja sangat masuk cafe konsep super hero macam ni jadi hari tu order banyak sikit. Ada menu Superman Punch Burger, Crusader Cheese Squeeze, Hawkman Pasta Plan dan Pizza. Kemudian minuman pun menarik kat sini macam yang best sejuk korang boleh order Smallville Prophecy iaitu Penut Butter Ice Blander, manakala yang panas Crunch Time Cappu iaitu minuman cappuccino.

10) DOME Cafe

Restoran ini sangat popular kat sekitar KL pun ada banyak dan kalau yang rindu makanan ini kat kawasan tinggi boleh datang sini. Restoran DOME ini terletak di level 3 mall ini. Menu yang ada tak perlu nak cerita semua memang ramai orang suka tambah-tambah minum kopi.





Tapi hari tu kami makan yang berat-berat juga seperti Salmon Steak, Grilled Beef Steak, Chicken Pastrami and Pineapple, Spicy Olio Pasta dan special promosi masa kami datang ada Asam Pedas. Sebab tak pernah makan asam pedas kat cafe jadi kami order memang boleh tahan rasa asam dan pedas yang cukup dengan ikan yang lembut dalamnya.




Nak bagi tahu tau yang semua restoran ini bukan Maha makan seorang tapi dengan kawan-kawan blogger lain. Semua 10 restoran ini tak habis dalam masa satu hari kami ambil masa 2 hari untuk pilih mengikut kesesuaian waktu. Tapi nanti ada lagi untuk Food Trail kedua 10 restoran akan senarai ok. Selamat mencuba semua.


*Maaf tak sempat nak letak nama makanan dan harga korang kena datang sendiri makan sini harga berpatutan.






Crispy Chicken Rendang Memang Wujud Juri Masterchef Malaysia Tunjukkan Resipi

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan seklian. Minggu ni kecoh pasal isu Crispy Chicken Rendang hampir kat semua sosial media ada dan menjadi tular. Maha cuma tahu resipi Rendang Tok jer kalau korang nak cuba bolehlah. Maha mula-mula tak tahu isu ini tapi bila selalu naik kat timeline Facebook dan twitter tu tengok-tengok juga apa kesnya.


Sebenarnya ia bermula apabila seorang peserta program realiti Masterchef UK dari Pahang membuat masakan Nasi Lemak dengan Rendang Ayam. Kemudian seorang juri Masterchef UK iaitu Gregg Wallace membuat komen menyatakan rendang ayam yang disediakan tidak rangup.


Ia membuatkan peserta tersebut tersingkir pada minggu itu. Akibatnya ramai netizen dan juga peminat makanan ini diluar sana mengkritik komen yang dibuat oleh chef tersebut. Tidak kurang juga Chef No.1 di Malaysia iaitu Datuk Prof Chef Wan juga mengkritik kenyataan itu dan menyindir juri program tersebut.


Baru-baru in juga ada kenyataan daripada pelbagai pemimpin besar dalam dan luar negara menyatakan pendirian yang sama. Tidak bersetuju dengan komen juri tersebut terhadap hidangan paling disukai rakyat Malaysia. Malah juga turut dihasilkan parodi dan sindiran dilaman sosial syarikat makanan tekemuka di Malaysia.


Namun Juri Masterchef Malaysia iaitu Chef Jo tampil berlainan dengan menyatakan bahawa memang ada resipi Crispy Chicken Rendang. Beliau siap menghasilkan video bagaimana rupa dan cara resipi ini dihasilkan bagi memberi penerangan kepada juri dari program masakan luar negara tersebut.


Korang boleh tengok video berdurasi 3 minit lebih ini menunjukan cara sebenar dan bagaimana rupa Crispy Chicken Rendang. Video ini telah mendapat tontonan lebih daripada 10 ribu orang. Moga juri Masterchef UK yang kekwat tu mengetahui tentang perbezaan Rendang Ayam dan juga Crispy Chicken Rendang ok. 





Kali Ini Kita Makan-Makan Dan Berkaraoke Di Hotel Armada Petaling Jaya

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Yerrr kali ini nak sambung balik pengalaman menginap di Hotel Armada Petaling Jaya untuk post yang kedua. Sebelum ini banyak cerita pasal bilik tidur dan juga kemudahan bilik acara kali ini cerita pasal makan dan juga tempat berhibur yang ada di hotel ini.


Orang kata kalau dah duduk hotel tu kita nak manjakan diri nak semua makanan sedap-sedap dan juga buat perkara yang tidak fikirkan kerja serta kesibukan kota. Tapi memang benar sepanjang Maha selalu makan kat hotel ini makanan mereka dari bufet kepada makanan bertema juga tidak pernah mengecewakan.


Kat hotel ni Utara Coffee House adalah satu-satu lokasi untuk bufet makan sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang dan juga makan malam. Kalau selalu mereka akan sediakan lebih daripada 50 jenis makanan dalam bufet tu jadi memang rambang mata nak pilih. Coffee house ini buka seawal jam 6.30 pagi untuk sarapan dan juga sehingga lewat malam 11.00 malam bagi makan malam.


Kalau korang datang beramai-ramai atau ada function kat hotel ini, coffee house ini mampu memuatkan sehingga 180 orang dalam satu masa. Menyediakan makanan tradisional Melayu, Cina dan India. Juga terdapat makanan barat yang memberikan perlbagai variasi kat sini. 





Kalau menginap hujung minggu macam Maha hari tu Jumaat dan Sabtu malam mereka sediakan makanan BBQ khas dengan satu harga yang sama untuk bufet makan malam. Korang leh tengok makan seperti kambing panggang, makanan laut panggang ada udang, ikan, sotong dan banyak lagi. Paling orang suka adalah daging panggan dan kambing panggang lah memang selalu habis cepat.




Harga untuk bufet hujung minggu bersama BBQ adalah RM80+ untuk dewasa manakala kanak-kanak RM40+ dan warga emas pula RM48+ sahaja. Variati makanan cukup banyak pilihan dan memang kenyang korang untuk malam minggu, dah kenyang makan malam kita pergi berhibur pula. Bagi yang nak cuba makanan Jepun mereka ada satu restoran khas iaitu Shokudo, yang ni Maha tak sempat pergi lagi sebab hari minggu dan cuti umum tak buka.


Satu-satu keistimewa kat hotel ini yang tak ada tempat lain adalah mereka ada apa yang dipanggil The Merchant LIVE. Kalau korang lalu laluan ada gelung lampu yang cantik dan berwarna-warni ini korang akan menghala ke gerbang hiburan tanpa had. Merchant LIVE dilengkapi dengan tiga suite peribadi dengan hiburan karaoke di setiap suite. Selain karaoke, suite terbesar iaitu Gold Suite juga mempunyai meja pool British dan mesin Darts Elektronik.



Maha sempat berkaraoke malam tu walupun tak ramai orang memang puas nyanyi lagu sorang-sorang. Lagu terbaru seperti Aiman Tino dan juga Sufian Suhaimi ada tau jangan risau. Korang memang boleh berhibur sampai lewat malam kat sini sehingga penat dan balik bilik tido sahaja.



Sambil bernyanyi dan berhibur ini korang lapar lagi kena order Nasi Lemak bungkus mereka memang sangat sedap sambal dan juga nasi yang sangat berlemak terbaik. Masa keluar daripada gerbang warna-warni tadi selepas karaoke ada satu ruangan yang dipanggil 'The Balcony'. Ia adalah ruang tempat duduk luar dengan pemandangan yang mengagumkan yang menghadap Lebuhraya Persekutuan yang sibuk dan kaki langit Petaling Jaya.



Ok rasa dah cukup kot Maha cite pasal hotel Armada Petaling Jaya ini semua kemudahan yang ada sehingga ker makanan memang berbaloi. Bagi Mahalah siapa yang datang atas urusan kerja atau bercuti bersama keluarga hotel ini pilihan yang tepat dan sesuai. Lepas ni akan datang lagi makan kat hotel ni bufet mereka sangat awesome. Selamat menjamu selera semua.

Maklumat lanjut dan tempahan boleh layari:-
Laman web : https://ireward.superghs.com/armada
Facebook : https://www.facebook.com/HotelArmadaPJ
Instagram : https://www.instagram.com/hotelarmadapj






Hari Minggu Jalan-Jalan Cari Makan Di Thai Food Festival Di Pakir Giant Kota Damansara

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kalau korang peminat dan pecinta makanan dari negara Thailand ini adalah lokasi yang korang boleh tuju iaitu Giant Kota Damansara. Sebab kat sana sekarang tengah berlangsungnya Thai Food Festival bermula dari 7 April hingga 16 April 2018.



Ini sebab Maha masa tu kebetulan pergi jalan-jalan kat area Kota Damansara lepas tu ada nampak banner tentang festival ini terus datang. Masa Maha datang tu hari pertama jadi tak ramai orang kat situ sebab baru buka tapi makanan yang dijual dah banyak. 



Bila Maha tengok semua makanan ada macam Som Tam yang original rasa pedas dan juga Kerabu Kaki Ayam pun ada. Kemudian yang nak makan kalau kita Malaysia panggil Kerabu Maggi memang pure sangat mereka buat.




Lepas tu juga ada Mee Tomyam, Nasi Kaomok, Bae Mang Daging Bola, Baby Crab Crispy, Mee Celup, Kuey Teow Thai dan macam-macam lagi. Maha nak cerita semua memang tak habis banyak sangat. Tak silap ada lebih dari 30 vendor makanan dibawah satu khemah panjang kawasan parking ni. Bestnya kat sini boleh beli dan terus makan kerana ada sediakan meja makan dan kerusi tapi tak banyaklah.



Maha tak risau datang makan sini sebab semua peniaga yang menjual makanan di sini adalah orang Islam walaupun mereka datang dari Thailand dan ada sesetengah daripada mereka fasih berbasa Melayu. Bagi korang yang nak cari macam makanan dessert popular negara Thai seperti Miang Kham,Pulut Mangga, Thai Tea, Aiskrim Gulung, Churros, Dim Sum dan banyak lagi semua menarik.



Kalau Maha bebel kat sini korang tak rasa sendiri tak tahu jadi memang kena datang kat sini sementara mereka masih ada. Tak silap festival ini dibuka dari pukul 10.00 pagi sehingga 12.00 malam. Yang datang dengan kereta parking sini banyak jadi tak perlu risau dan parking free dalam kawasan pasaraya Giant Kota Damansara ni jer. 


Ok ini antara makanan yang Maha dah cuba dan bawa pulang sebab terlalu banyak semua harga juga berpatutan tidaklah mahal sangat. Kalau korang nak produk-produk Thai juga ada di jual macam colek buah, keropok ikan dan pelbagai lagi boleh bawa pulang makan kat rumah. So datanglah sapa yang ada masa ok. 





Promosi Istimewa Di Restoran On The Table TTDI Sempena Ramadhan

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Ok kali ni kita ke sebuah lagi restoran yang baru sahaja beroperasi dalam tahun ini juga bulan Februari macam tu. Restoran yang Maha maksudkan adalah On The Table yang terletak di dalam Plaza TTDI Kuala Lumpur.


Restoran ni mula-mula Maha masuk tengok dekorasi seperti sebuah restoran timur tengah dengan lampu dan juga beberapa perhiasan yang ada disekeliling restoran. Tapi ia adalah sebenarnya sebuah restoran menyediakan hidangan makanan nasi campur dengan menu-menu tradisi rakyat Malaysia.



Bestnya masa Maha datang tu kita sebenarnya boleh request kepada chef di restoran tersebut untuk sediakan hidangan masakan yang istimewa. Macam hari yang Maha datang tu ada makanan Masak Tempoyak Ikan Patin serta Char Kueh Teow. Tapi kena hubungi mereka awal supaya dapat mereka mencari bahan mentah dan menyediakan hidangan tersebut. 



Bagi Maha masakan Ikan Patin mereka sedap dan lengkap dengan segalanya terasalah Tempoyak cuma ia kurang pedas jer sesuai untuk semua bangsa. Selain daripada menu utama tu dah kata restoran ini ada masakan nasi campur menyediakan pelbagai masakan Melayu popular seperti Sambal Petai Udang, Kari Kambing, Rendang Ayam, Daging Masak Berlada, Pucuk Paku Masak Lemak dan macam-macam lagi.









Juga ada bahagian yang mereka sediakan hidangan seperti Mee Udang yang memang rasa udangnya dan sangat pedas. Lepas tu ada Sup Ayam dan juga bahagian pembuka selera seperti Tauhu Sumbat, Kerabu Mangga, dan juga ulam-ulaman kampung bersama Sambal belacan. 








Kalau nak makan pencuci mulut kampung kat sini ada banyak seperti Lai Chi Kang, Karipap, Kuih Bakar, Kuih Lapis, Agar-agar, Bubur Kacang Hijau, Payasam dan banyak lagi. Semua ini memang membuka selera Maha bila datang kat sini.

Promosi Istimewa Bufet Ramadhan


Istimewanya kat restoran ini mereka menyediakan bufet makan Melayu ini sempena dengan Ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi. Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan untuk mereka yang datang bagi makan berbuka puasa bersama rakan pejabat atau keluarga.


Harga yang ditawarkan sempena bufet Ramadhan 2018 adalah seperti dibawah :-

Tempahan Awal
RM33.90 nett (Dewasa)- jika tempah sebelum 15th April 2018.
RM35.90 nett (Dewasa) – jika tempah antara 16 April – 5 Mei 2018
RM37.90 nett (Dewasa) – jika tempah antara 6 Mei – 10 Mei 2018

Harga Walk In
RM39.90 net (Dewasa),
RM25.00 net (Warga Emas 60 tahun ke atas)
RM25.00 net (Kanak-kanak 8 – 12 tahun)
Kanak-kanak bawah 7 tahun percuma

Info mengenai tempahan:
*Nombor tempahan akan diberikan.
*50% bayaran pendahuluan diperlukan pada 1 Mei 2018.  

Hari-hari biasa restoran ini buka dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari. Manakala untuk Ramadhan ini yang bermula 20hb Mei – 11hb Jun 2018 akan bukan dari pukul 6.30 petang hingga 10.00 malam.




Keseluruhan apa yang Maha dah rasa kat restoran ini memang semua sedap dan cukup rasa. Memenuhi kehendak tekak orang Malaysia yang suka kepada makanan tradisi kita. Juga pilihan makanan yang sangat banyak membuat kita rambang mata nak pilih.

Tempahan dan pertanyaan sila hubungi :-
Jay: 011 2653 2128
Taufiq: 019 385 2148
Alamat :
On The Table
B-01-03, Plaza TTDI, Jalan Wan Kadir 3
60000 Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur


Facebook : https://www.facebook.com/On-The-Table-806668626210546
Instagram : https://www.instagram.com/onthetable.ttdi

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 4/5





Mencari Asam Laksa Yang Terbaik Hanya Di D'Laksa

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Asam Laksa sinonim dengan negeri Pulau Pinang tapi kali ini tak perlu lagi jalan jauh-jauh nak cari menu yang cukup popular ini kerana dah ada kat serata Malaysia. Maha tahu pun sebab pergi cuba makan nak kata restoran tiada konsep restoran tapi lebih kepada stall iaitu D'Laksa.




Kat Malaysia ini sahaja dah ada 11 cawangan stall di beberapa buah negeri seperti:-

Johor Baharu
- D'Laksa KSL City Mall
- D'Laksa Sutera Mall
- D'Laksa AEON Bukit Indah

Melaka
- D'Laksa Dataran Pahlawan Melaka Megamall

Selangor 
- D'Laksa AEON 1Utama
- D'Laksa AEON IOI Mall Puchong
- D'Laksa AEON Mall Shah Alam

Kuala Lumpur
- D'Laksa MyTown Mall Cheras
- D'Laksa AEON Midvalley Megamall
- D'Laksa AEON Taman Maluri

Penang
- D'Laksa AEON Queensbay Store

Kalau dari segi rasa Maha dah cuba makan memang sangat puas hati sebab yang penting Asam Laksa ni kuahnya yang penuh dengan ikan dan mereka menggunakan Ikan Sardin. Lepas tu mee laksanya juga kenyal dah sedap dikunyah. Dalam Asam Laksa tu semua sayur ada seperti timun dan nanas serta pelengkap mesti kena letak Petis Udang . 




Selain daripada Asam Laksa dengan harga RM7.00, mereka ada juga menu lain seperti Asam Fishball dan juga Fruit Rojak dengan harga RM5.00. Bagi Maha Asam Fishball tu sangat menarik dengan ada 5 ketul bebola ikan yang besar serta menggunakan kuah Asam Laksa yang sama. Kemudian yang rojak buah tu pun sangat sesuai untuk menghilangkan rasa pedas selepas makan Asam Laksa. Dalamnya mereka letak buah seperti Sengkuang, Nanas dan Timun bersama taburan kacang goreng.






Kalau korang datang nak makan kat situ pun boleh sebab mereka ada sediakan beberapa meja dan kerusi juga kalau nak bungkus pun boleh. Kuah tu memang mereka sediakan setiap masa kalau habis akan buat dengan masak panas-panas. 



Stall D'Laksa ini juga mendapat pensijilan Halal daripada JAKIM jadi tak perlu nak risau atau was-was untuk makan ok. Bagi Maha ia adalah makanan tradisi yang ramai orang suka dan sekarang dah boleh dapat bila-bila masa sahaja. Selamat mencuba semua nanti tinggalkan komen kat sini ok.



Promosi dan maklumat lanjut layari :-

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 4/5




Crispy Jo Inspirasi Dari Rendang Ayam Viral Satu Keunikan Di Symphony By Chef Jo

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Ada lagi isu pasal Rendang Ayam yang tidak rangup diperkatakan, baru-baru ini pula juri program Masterchef UK itu mengubah kenyataan kepada tidak masak dan tidak boleh dimakan. Biasalah orang kalau dah salah macam-macam cara dibuat untuk tegakkan benang yang basah.



Setelah teruk dikritik dan diperkatakan tentang isu Crispy Chicken Rendang ini maka juri Masterchef Malaysia pula tampil dengan masakan yang tular ini. Restoran Symphony by Chef Jo baru-baru ini telah mengeluarkan satu hidangan dengan nama Crispy Jo yang berinspirasi kepada isu ini.

Crispy Jo

Maha hari tu berkesempatan untuk mengunjungi restoran istimewa ini untuk menikmati sendiri menu baru tersebut. Melalui apa yang Maha rasa dan makan ia adalah satu hidangan yang tidak merubah sebarang rasa asal masakan itu cuma ditambah menjadi lebih rangup dengan cara tersendiri daripada chef profesional.


Bila Maha rasa menu Crispy Jo ini memang dapat rasa rendang pada bahagian isi ayam dan juga pada bahagian kulit rangup setelah digoreng. Adalah cara yang dilakukan oleh chef tu untuk mengekalkan rasa itu Maha tak sempat nak belajar tapi dah rasa memang sangat lazat dan rangup.


Menu ini hanya untuk masa terhad ini sahaja tak silap hingga hujung minggu ini. Jadi kalau korang rasa nak cuba ayam rendang rangup yang sebenar apa dikatakan oleh juri Masterchef UK tu boleh datang ker sini. Dalam satu set hidangan tu ada kuah rendang dan tartar sebagai sos untuk dimakan bersama ayam tu. Juga ada Ubi Keledek yang dijadikan seperti fries rangup untuk melengkapi hidangan ini.



Puas hati kalau korang datang makan sini walaupun nampak sahaja restoran ini exclusive tapi masih mampu untuk dinikmati oleh semua peringkat masyarakat di Malaysia. Maha tertarik dengan konsep restoran ini iaitu gabungan moden dan klasik yang menaikan semangat serta selera untuk makan.

Grilled Steak in Bread Bowl with Meltique Beef Ribeye Steak

Selain daripada menu yang istimewa Crispy Jo tu ada lagi beberapa menu lain yang boleh korang nikmati setiap masa. Paling best yang Maha dah cuba adalah menu terbaru iaitu Grilled Steak in Bread Bowl with Meltique Beef Ribeye Steak. Panjangkan nama menu ni dan memang unik cara penyediaannya. Kalau order ni akan datang dengan cheese yang cair dan akan dituang atas daging tadi bagi memberikan rasa lebih lemak.

POUSSIN FUME

Ini menu terbaru, Maha antara orang pertama yang dapat cuba kalau korang nak kena datang sini. Selain tu ada juga korang kena cuba POUSSIN FUME iaitu menu ayam panggan diasapkan untuk memberi rasa yang lebih aromatik bersama herba istimewa. Ini memang unik dan menarik tak ada kat tempat lain hanya kat restoran ini sahaja. Daging ayam lembut datang pula bersama sos tartar atau sos chimichurri lagi enak.

Asari Clam "Pindang" Pasta

Lepas tu masakan yang modern di tradisikan menjadi seperti masak kalau orang kita panggil masak Singgang tapi menu ini diberi nama  Asari Clam "Pindang" Pasta. Korang dapat rasa pasta ini berkuah seperti kuah singgang dan juga ada lala didalamnya yang banyak. Puas sangat makan dan dapat rasa selera kampung sangat.

Musang King Gelato

Tu baru menu utama kalau datang tak sah kalau tak cuba juga pencuci mulut istimewa di sini iaitu Musang King Gelato dan juga Jack Pavlova. Gelato tu memang mereka buat sendiri resipi sendiri dari chef menggunakan isi Durian yang asli. Bila makan sambil pejam mata seperti makan buah Durian sebenar dan ia bukan aiskrim yer. 

Jack Pavlova

Kemudian Jack Pavlova ini adalah yang pertama Maha jumpa kerana sebelum ini orang letak buah-buah import tapi di sini mereka menggunakan buah tempatan iaitu Nangka bagi memberi kelainan dalam pencuci mulut ini. Tak terlalu manis kerana kita dapat rasa manis dari buah Nangka tersebut.

Nitro Coffee

Watermelon Peach Mocktail

Kalau makan kena ada minuman dah masa Maha datang tu kami dihidangkan dengan 3 jenis minuman istimewa iaitu Nitro Coffee, Watermelon Peach Mocktail dan Rooibos Tea. Maha paling suka mocktail tu memang istimewa disediakan dalam bekas yang boleh goncang dan juga minum sejuk-sejuk sangat segar. 

Rooibos Tea

Roibos Tea pula adalah minuman teh herba yang dapat memberi kesegaran kepada perut yang kenyang. Tak sama macam Chinese Tea yang selalu kita minum ini lebih ringan dan lebih sedap minum tanpa gula. Best satu pengalaman baru bila datang makan kat restoran macam ni selain daripada makanan yang sedap kita juga boleh dapat cara penyediaan makanan yang unik dan menarik.


Maha cerita panjang lebar pun mesti korang tak percaya tapi nak tahu memang kena datang sendiri cuba makan kat sini. Satu pengalaman yang menarik dan menyeronokkan dapat makan di restoran milik chef yang berpengalaman luar negara ini. Chef Jo kalau tak ada apa-apa event beliau akan ada sentiasa di restoran ini dah boleh berjumpa, bergambar atau beramah mesra bersama chef.


Maha juga sempat juga cuba satu minuman daripada jus anggur yang diimport luar negara. Nampak botol macam sesuatukan tapi ia adalah minuman yang Halal dan memberi satu rasa yang luar biasa. Nak datang restoran Symphony by Chef Jo ini dibuka dari hari Isnin hingga Sabtu dan Ahad tutup. Operasi pulak dari pukul 12.00 tengahari hingga 10.00 malam. Selamat mencuba semua ok.

Maklumat lanjut dan promosi layari :-

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 3.5/5





Mencari Pelbagai Jenis Cendol Sampai Ke Ezietech Cafe Nilai

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Selalu kita dengar cafe dan juga kedai jual tudung atau baju dalam tu kan tapi kali ni kafe bersama kedai aksesori telefon. Itulah dia Ezietech Cafe yang terletak di Desa Cempaka Nilai. Kalau orang area Sepang, Putrajaya, Bangi dan sewaktu dengannya tahulah kawasan baru ini.


Kafe ini kalau tengok dari luar nampak macam kafe biasa tapi bila masuk dalam baru kita nampak semua aksesori telefon ada dipamerkan dan dijual. Kalau korang nak beli casing telefon, power bank, charger telefon, top up dan macam-macam lagi ada. 




Bestnya lagi kalau duduk makan kat sini dan nak guna telefon tiba-tiba habis bateri, tak perlu risau sebab mereka ada sediakan sudut untuk mengecas telefon bagi semua jenis model. Jadi tak perlu nak risau kalau nak upload gambar makanan kat sosial media. Kat sini pun ada wifi percuma juga jadi bolehlah duduk makan lama-lama sikit.


Ok Maha nak cerita pula pasal makanan yang disediakan kat sini. Dari segi makanan disediakan konsep barat dimana mengutamakan makanan seperti burger, spaghetti, meetball dan macam-macam lagi. Paling best kena cuba adalah variasi burger yang ada kat sini iaitu Riz Ultimate Burger, Chicken and Cheese Crispy Burger dan American Classic Cheese Burger.

Riz Ultimate Burger

Chicken and Cheese Crispy Burger

American Classic Cheese Burger


Beza semua burger ini adalah yang ultimate burger tu gabungan dua jenis patty iaitu daging dan juga ayam. Kesemua patty burger di sini dihasilkan sendiri dan sangat tebal tidak kedekut. Burger juga  dilimpahi dengan cheese yang banyak diatasnya dan juga diapit dengan waffer berwarna-warni. Warna waffer itu mengikut tema mingguan tau jadi masa Maha datang semua warna merah jambu mungkin masa korang datang warna lain pulak.

Spaghetti Udang Galah

Riz Chicken Chop

Riz Chicken Grill

Kemudian siapa suka spaghetti juga kat sini popular dengan Spaghetti Udang Galah yang besar. Tengok ada seekor udang galah kat dalam hidangan ini sangat sedap dan tidak terlalu pedas. Bagi yang nak makan nasi korang boleh cuba dua menu ini iaitu Riz Chicken Chop dan Riz Chicken Grill. Dua menu ini mengandungi nasi goreng bawah telur mata kerbau tu cuma tak nampak jer. 

Meatball

Roti John

Cheezy Wedges

Menu sampingan lain yang juga korang kena cuba bila datang kat kafe ini iaitu Meatball, Roti John dan Cheezy Wedges. Semua ini dituang diatasnya dengan mayonis berwarna-warni juga mengikut tema. Jadi kalau korang datang tu warna lain jangan pelik kerena itu memang tema mereka. 

Cendol Durian Pencuci Mulut Istimewa


Tapi unik dan paling best dan menarik kat kafe ini adalah cendol yang korang memang wajib kena try. Ada banyak variasi cendol yang membuatkan untuk orang yang suka cendol dengan Durian dan juga yang tiada Durian. Bagi Cendol dengan Durian ini dipanggil Duren Bar Special Menu ada 4 jenis kesemuanya.

Duren Bar Aiskrim

Duren Bar Original

Paling ramai orang suka adalah Duren Bar Aiskrim, kemudian ada juga Duren Bar Original, Duren Bar Oreo dan Duren Bar Bubble. Kalau datang ramai-ramai korang kena order keempat-empat pencuci mulut ini supaya dapat kongsi kesedapannya kerana semuanya memang sedap.

Duren Bar Bubble

Duren Bar Oreo

Bagi mereka yang pecinta raja buah tu boleh juga beli isi buah Durian yang mereka ada. Juga boleh menikmati buah Durian di kafe mereka setiap kali stock baru sampai jadi korang memang kena follow facebook mereka untuk dapat info yang terkini sebab selalu cepat habis. 

Cendol Mangga

Cendol Bubble

Cendol Nata D'coco

Cendol Aiskrim

Manakala bagi yang sesetengah tak suka bau Durian tu boleh lah cuba variasi empat cendol ini iaitu Cendol Mangga, Cendol Bubble, Cendol Aiskrim dan juga Cendol Nata D'coco. Bagi Maha semua cendol sini menarik tidak terlalu manis dan cukup rasanya jadi boleh dinikmati semua peringkat usia. 


Kalau korang tengok menu-menu yang ada kat sini tidak rasa kecewa nak travel jauh sikit untuk mencuba semuanya. Restoran ini buka setiap hari dari pukul 12.00 tengah hari hingga 10.00 malam. Kawasan ini pun nak parking memang sangat luas dan tidak perlu risau jadi boleh datang bila-bila masa sahaja. Selamat mencuba semua ok.

Promosi dan juga menu special lain boleh layari :-
Alamat : Ezietech Cafe
               No 12, Cempaka Street Mall 2,
               Jalan BBN Nilai 6/3A,
               Desa Cempaka 71800 Nilai

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 3.5/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 4/5







Jom Cuba Makan Di Blue Cafe Bandar Mahkota Cheras Ada Pizza Rendang

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Satu lagi kafe yang Maha nak perkenalkan kepada korang yang memang kaki makan macam Maha ni. Kafe yang Maha maksudkan adalah Blue Cafe yang terletak di Bandar Mahkota Cheras. Bagi mereka yang tinggal area Balakong, Hulu Langat dan sewaktu denganya boleh try makan sini.


Kafe ni nampak simple jer dalamnya tak ada hiasan yang mewah tapi ada satu sudut tingkat atas korang boleh rasai makan dengan suasan bersila. Kafe ini dua tingkat kat atas tu selalu mereka sediakan ruang kepada private function seperti sambutan harijadi, majlis pelancaran atau juga apa-apa sahaja.




Cuma bagi Maha kawasan ini agak sukar sikit untuk dapatkan parking terutama kalau waktu office hour. Nasib Maha datang waktu hujung minggu jadi masih ada ruang untuk parking tu pun nak kena pusing berkali-kali juga. Sebab area ni ramai orang tahu memang tempat untuk mencari makan terlalu banyak restoran mahupun kafe menarik seperti kafe ini.

Seafood Platter

Menu yang ada kat pun adalah gabungan fusion dan barat dimana korang boleh dapat makan laut, spaghetti, oblong, pizza dan macam-macam lagi. Banyak juga menu yang Maha dan kawan-kawan sempat cuba seperti paling popular adalah Seafood Platter. Dalam satu pinggan ini ada macam-macam makanan laut seperti sotong, udang, lala dan ikan. Pastu bawah tu ada pula pasta dan juga instant mee.

Mixed Grilled Platter

Bagi set ini moleh makan dalam 3 ke 4 orang memang banyak dan kenyang. Satu lagi set ada makanan laut korang boleh cuba iaitu Mixed Grilled Platter. Ini mereka panggan semua makanan laut tu dan ada juga daging serta daging ayam dalam satu set. Cuma bagi Maha kuah black paper tu agak macam kurang sikit ada yang tidak kena.

Fish N Chips

Grilled Chicken Chop

Cheese Chicken Chop

Lagi menu lain menarik kat sini seperti Fish N Chips, Grilled Chicken Chop dan Cheese Chicken Chop. Bagi yang nak rasa makanan popular negara Itali iaitu pizza tapi citarasa tempatan boleh order Rendang Chicken Pizza. Memang atasnya dapat rasa rendang daging tapi yang ni tak crispy ok hehehe. Lepas tu ada satu lagi pizza juga menarik rasa lain dari lain iaitu Smoked Duck Pizza

Rendang Chicken Pizza

Smoked Duck Pizza

Tadi Maha ada sebut pasal spaghetti antara menu pilihan kat sini korang boleh order Spaghetti Vongole dan juga Smoke Duck Aglio Olio. Memang sini popular dengan daging itik dan ia rasa lembut. Oblong pula satu ni menarik besar dan penuh korang boleh cuba juga iaitu Oblong Beef Burger.

Spaghetti Vongole

Smoke Duck Aglio Olio

Oblong Beef Burger

Kafe ini sebenarnya kaya dengan pelbagai jenis minuman dan memang macam-macam campuran sampai Maha sendiri dah lupa mana satu. Tapi Maha senaraikan antara yang sempat cuba iaitu Sirap Bandung, Ice Lemon Tea, Strawberry Soda, Peach Mojito, Strawberry Latte, Rossie Latte dan juga pelbagai jenis minuman berasas kopi.






Last sekali mesti datang kena makan mereka punya pencuci mulut jadi kat sini yang popular dan ramai orang order kata merekalah iaitu Tiramisu dan juga Brownies besama aiskrim. Lega sangat dapat segarkan tekak dengan dessert ini.

Tiramisu

Brownies

Bagi Maha kafe ini ok boleh korang datang dan cuba terutama pada pizza rendang tu satu yang wow dan menarik tiada lagi kat tempat lain. Kafe ini buka setiap hari kecuali hari Isnin dan beroperasi dari pukul 11.00 pagi hingga 12.00 malam. Datanglah nak tahu semua menu yang Maha ceritakan tadi mana tahu selera korang lain pulakkan. Selamat mencuba semua.

Tempahan dan promosi boleh layari :-
Alamat : Blue Cafe
               No 7, Jalan Temenggung 25/9, 
               Seksyen 9, Bandar Mahkota Cheras
               Cheras, Selangor

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 3.5/5







Sambungan Misi Mencari Makan Di SkyAvenue Mall Genting Highland - Food Trail Sesi 2

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sambung lagi Food Trail di SkyAvenue Mall Genting Highlanddan kali ini Maha senaraikan makanan kategori dessert atau pencuci mulut atau makanan ringan.


Walaupun berada kat atas suasa yang sejuk tetap ada makanan dan minuman sejuk dijual kat sana ok. Ada 10 lagi restoran dan kedai yang boleh cuba dan pastinya sedap memikat selera. Maha paling suka makan aiskrim dan juga waffer kat sana. Jom kita tengok senarai kedaia pilihan Maha di sini ok.

1) I Love Yoo!

 



Ini adalah restoran yang menjual Charkoi goreng yang cukup popular dikalangan orang Malaysia. Restoran ini juga ada beberapa lagi menu lain yang menarik seperti Bubur Nasi, Herbal Chicken Mee, serta kuih muih seperti Karipap, Kuih Bom dan banyak lagi. Sesuai untuk makan sarapan pagi atau juga buat minum petang kat puncak tinggi ini.






Terletak di level 4 SkyAvenue Mall mempunyai ruang yang selesa walaupun ada satu masa tu ramai orang penuh nak duduk. Tapi korang kena datang awal nak makan sini dibuka setiap hari seawal 8.00 pagi hingga 10.00 malam. 

2) Nene Chicken 

 



Walaupun ada kat Malaysia tapi tetap orang cari makanan popular dari negara Korea seperti Nene Chicken ini. Konsep fastfood sediakan hidangan utama iaitu ayam goreng rangup dan pedas. Seperti yang kami makan hari tu iaitu Spicy Fried Chicken, Bulgogi Fried Chicken dan juga Freaking Hot Fried Chicken.




Paling pedas adalah yang freaking hot tu kalau tak tahan jangan makan ok boleh keluar peluh jantan korang. Tapi ada aiskrim yang dapat menyejukan dan menyegarkan selepas kepedasan kena cuba Black Seed Ice Cream. Kedai ni pun terletak di level 4 mall tersebut tapi ia di kawasan luar yang terbuka.

3) Dal.Komm Coffee

 



Kat Malaysia ni cukup popular dengan konsep kafe yang ada sediakan minuman kopi dan juga makanan manis-manis seperti Dal.Komm Coffee ini. Restoran ini terletak juga di level 4 sebelah dengan Nene Chicken tadi. Menyediakan minuman kopi berkualiti tinggi, makanan ringan yang lazat dan pencuci mulut terbaik. 







Hari tu kami makan banyak sebab semua suka makanan roti seperti Caramel Honey Shibuya Toast, Hanjuku Lava Cheese Cruffin serta Strawberrylicious Cruffin. Roti sangat lembut dan memang sedap. Lepas tu pekena pula minuman paling popular kat sini iaitu Premium Chocola'de Shake serta Hot Honey Grapfruit.

4) Gindaco 


Gindaco adalah jenama No 1 Takoyaki di Jepun, yang menyajikan bola takoyaki premium yang dipenuhi dengan sotong gurita yang berkualiti tinggi dan yang diimport. Kedai ni sambil lalu boleh take away dan makan sebab terletak di level 1 mall ini. Banyak tau satu bekas tu ada lapan biji makan memang puas sangat bersaiz agak besar.






5) Madame Waffle 

 


Madame Waffle menyajikan wafel buatan tangan artisanal Belgium yang menggunakan hanya bahan-bahan terbaik dari Jepun dan kopi campuran khusus. Satu lagi makanan Jepun yang orang suka cari kat sini di level 1 juga. 




Kali ni kami sempat cuba menu baru yang baru sahaja diperkenalkan iaitu Musang Durian Créam Brulée Crepe. Disediakan dalam bentuk kon dengan aiskrim vanila dalamnya dan atas tu adalah isi durian kemudian dibakar gula untuk memberikan rasa kehangatan dalam dessert ini. Sangat sesuai untuk pecinta raja buah ini dan boleh nikmati sambil jalan-jalan dalam mall.

6) Tokyo Secret





Tokyo Secret  terkenal dengan Hanjuku Cheese Tarts juga daripada negara matahari terbit ini. Tengok pada cheese tart mereka memang menyelerakan. Cuma kali ini kami datang untuk mencuba satu lagi dessert baru mereka iaitu Syukurimu



Bentuk jejari panjang disaluti kekacang dan dalamnya ada aiskrim vanilla memang rangup dan lambut. Makan pula bersama kopi panas special mereka terbaik. Kedai ni letak berdepan jer dengan Madame Waffle tadi di level 1 jadi kat situ memang terkumpul semua pencuci mulut terbaik di SkyAvenue Mall.

7) Dream Color

 




Kedai minuman terbaik yang boleh dimakan Dream Color tak silap Maha popular dari negara Hong Kong. Diilhamkan oleh lampu Aurora Utara, menghidangkan lampu Aurora dalam botol menggunakan bunga 100% Butterfly Pea yang digabungkan dengan teh dan jus. 




Uniknya minuman ni masa order kita nampak setiap komponen dalam minuman itu berasingan tetapi setelah diterbalikkan botol tu segalanya bercampur dan dapat satu rasa yang menarik. Ada bebera variasi menarik minuman ini iaitu Butterfly Series, Cloud Series, Fruit Series dan Tea Series. Sedap diminum waktu sejuk baru terasa segarnya.

8) Llaollao




Yang ini paling maha tunggu-tunggu sekali iaitu yougurt bukan aiskrim. Ia adalah minuman Yougurt No 1 di negara Sepanyol dan Eropah. Yogurt semulajadi dengan pilihan topping seperti buah-buahan bermusim segar, bijirin, kekacang dan sos yang lazat.



Hari tu Maha pilih untuk letak topping buah-buahan segar seperti buah Nangka, Mangga dan juga sos Chocolate yang mengeras bila terkena yougurt tersebut. Bestnya walaupun berada kat tempat sejuk tapi tetap puas menikmati yougurt ini. Ia juga terletak satu tempat dengan Tokyo Secret dan Madame Waffle tadi.

9) Tian Ma Bird Nest

 



Ini adalah makanan pertama kali Maha cuba selalu tengok orang jual jer dengan harga mahal tapi kali ini dapat cuba makanan Sarang Burung Walit. Ramai orang tahu ia popular dikalangan orang China tapi kita orang Malaysia semua boleh rasa. Rupanya rasa seperti makan agar-agar yang lembut dan sedap jer.



Hari tu kami dihidangkan dengan dua menu istimewa mereka iaitu Bird Nest Porridge dan juga Bird Nest Coconut Drink. Sedap sangat walaupun pertama kali makan tak terasa kenyang. Menurut kepercayaan orang China ia mampu menyembuhkan sakit dalaman seperti paru-paru, batuk, asma, cepat penat dan banyak lagi. Ia terletak di level 4 mall ini.

10) Eggette Lab

 



Bagi kedai yang kesepuluh ini kami gerak jauh sikit iaitu ke arah Genting First World Plaza depan dengan Snow World di level 2. Eggette Lab ini sediakan dessert yang seperti waffle tapi ia berbentuk bulat-bulat. Rangup diluar dan dalam penuh dengan rasa yang berbeza mengikut apa kita nak.


Hari tu kami cuba Tricolor iaitu gabungan 3 rasa Chocolate, Charcoal dan Original. Manakala ada yang sedap juga iaitu Chicken Floss dan Golden Custard. Makanan ini juga popular di Hong Kong kena makan panas-panas baru dapat rasa garing diluar.


Ok itu tadi 10 kedai dan restoran makanan ringan atau pencuci mulut yang cukup popular dan ramai orang cari di SkyAvenue Mall Genting Highland. Kalau korang datang berjalan-jalan atau menginap kat sini tak perlu risau dah nak cari tempat makan memang banyak. Lepas ni ada lagi satu post special untuk penginapan Maha di First World Hotel pulak kalau nak tahu kena tunggu. Selamat menjamu selera semua.


 



Viewing all 1337 articles
Browse latest View live