Quantcast
Channel: Blog Makan Mahamahu
Viewing all 1338 articles
Browse latest View live

Cara Lain Untuk Nikmati Kimchi Jom Cuba Resipi Maggi Kimchi

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Korang semua mesti ramai yang suka Kimchi ini kan. Kalau nak makan Kimchi mesti nak kena pergi ke restoran Korea baru dapat yang original. Tapi sekarang ni dah ada produk Kimchi keluaran tempatan yang di jamin Halal dan rasa seperti asal.


Patut lah orang Korea suka makan Kimchi ini sebab ia mengandungi bakteria baik iaitu Laktobacilli yang dihasilkan secara semulajadi. Pastu kaya dengan vitamin A, C, B1, dan B2, beta-karotin, kalsium dan zat besi. Macam tak percayakan walaupun hanya sayur diperap tapi banyak khasiatnya sebab tu orang Korea cantik-cantik hehehe.


Tapi kita orang Malaysia pun boleh dapatkan Kimchi dengan cepat dan mudah. Maha saja-saja lah nak cuba Kimchi By Kak Lo mereka dah ada jual secara online. Yang bestnya produk mereka ini bukan sahaja ada satu rasa tapi 3 rasa mengikut tahap kepedasan yang kita suka.


Maha ni bukan orang yang kuat pedas sangat jadi Maha ambil yang Perisa Mild. Bagi perisa ini kurang pedas dan manis dengan tambahan gula Melaka. Kimchi ni bukan sahaja boleh makan macam tu sahaja dengan nasi putih tapi boleh korang masuk dalam masakan. Maha pun cuba satu resipi buat sendiri jer ni. Kali ni Maha cuba buat Resipi Maggi Kimchi sesuai untuk orang bujang yang nak cepat tapi sedap. Bahan pun tak banyak paling penting kena ada produk Kimchi By Kak Lo.


Bahan-bahan 
1 pek Mee Segera
1 pek Kimchi By Kak Lo
1 biji Bawang Besar
1 biji Telur
2 ulas Bawang Putih
1 biji Tomato
1/2 biji Lada bengala
2 sudu Cili Kisar
Garam

Maha tak guna rempah Maggi yang ada kerana nak kekalkan rasa original Kimchi tu. Cara nak memasak lak korang leh tonton kat sini memang sangat mudah.


Kalau nak pedas korang boleh lah cuba yang Kimchi Perisa Hot & Spicy yang ni memang buatkan mee korang akan rasa pedas tak perlu tambah cili. Maha tahu ada yang suka makan Kimchi pedas-pedas ni. Maha ada tengok orang masak Kimchi ni dalam resipi Asam Pedas, Lasagna, Sardin Kimchi dan macam-macam lagi.


Produk mereka ni apa yang Maha baca ia boleh tahan selama 4 bulan selepas dibuka tapi kena simpan dalam peti ais. Tapi kalau korang yang memang suka setakat satu pack 250gram macam ni boleh habis sekali hadap harga pun RM12.00. Mereka juga ada produk dalam balang lebih besar bersaiz 500gram dengan harga RM22.00. Harga tak termasuk kos penghantaran.


Sempena dengan bulan Disember ini mereka buat promosi dengan setiap pembelian akan dapat free chopstick tapi bukan yang besi tu tau hehehe. COD akan dibuat area KL, PJ dan Subang Jaya juga penghantaran pos seluruh Malaysia. Mana nak dapatkan Kimchi ini boleh order kat bawah ni. Nanti korang cuba boleh share resipi dengan Maha ok. Selamat mecuba semua.

Tempahan dan pembelian boleh buat di sini :
Whatsapp : 019-669 5062 (Arina)





Korang Pernah Makan Snack Rangup Dari Kulit Ikan Produk HOFU

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Tanya lagi sekali korang pernah makan snack yang dihasilkan daripada kulit ikan. Selalu snak atau kerepek kita makan dari kentang atau dari ubi lain betul tak. Tapi kali ini pasti korang akan suka makan tanpa henti tak caya.


HOFU adalah satu gaya makanan snack yang mudah daripada Jepun tapi kini kat Malaysia boleh dapat. Snack ini lebih sedap dan sihat kerana ia menggunakan kalau kulit ikan itu adalah Ikan Salmon yang diimport dan juga yang kentang pula mereka menggunakan kentang US Russet jadi saiz lebih besar. 


Maha dapat rasa sebab nak tahu sangat snack daripada kulit ikan tak pernah rasa kalau ada pun keropok ikan tu adalahkan. Produk ini peling penting bebas bahan pengawet, pewarna tiruan, MSG dan GMO. Setakat ini Hofu untuk kulit ikan dan kentang ini ada 5 perisa yang menjadi pilihan ramai.


Perisa Nasi Lemak

Ini yang Maha maksudkan tadi bahawa korang tak tahun pun mereka boleh hasilkan perisa Nasi Lemak untuk snack ini. Kalau korang makan korang akan dapat rasa kacang, ikan bilis dan sambal dalamnya memang gabungan menarik dan menghasilkan rasa yang sedap.


Perisa Telur Masin

Bagi Maha untuk telur masin ini Maha suka lagi kulit ikan daripada kentang dan korang memang akan dapat rasa telur masin kerana mereka gunakan egg yolk. Tapi Maha suka yang ni makan dengan nasi kosong atau makan dengan nasi lemak sedap.


Perisa Bonito Seaweed  

Ini pula kalau korang buka dalam bekas tu akan ada potongan rumpai laut dalamnya jadi memang kena makan sekali baru dapat rasa menarik. Kalau korang suka rumpai laut memang ini pilihan terbaik.


Perisa Spicy Korean

Kalau korang yang suka kepada rasa pedas ini memang bagus untuk korang cuba. Tapi jangan makan bersulam air kosong cuba habiskan satu balang tu kalau boleh hehehehe. Ia sangat pedas macam makan Ramen pedasnya.


Perisa Katsu Curry

Ini lebih rasa kari tapi bukan kari tempatan ia adalah campuran kari yang terbaik serata dunia mereka buat. Ni juga Maha suka yang kulit ikan makan pula dengan nasi putih sedap sebab rasa karikan.


Jadi mana yang korang rasa nak cuba atau dah mula teretarik nak rasa. Korang boleh dapatkan semua snack HOFU yang kini dah ada jual dalam Ben's Independent Grocer di Publika Solaris Dutamas, Plaza Batai, Damansara City Mall, Glo Damansara dan Ikano Power Center. Manakala orang Sabah boleh dapatkan di Chokolatte - The Coffee Ministry.


Harga pula untuk kulit ikan ini RM34.00 satu botol dan untuk kentang pula RM28.00 sebotol. Selamat mencuba semua mana tahu nak makan sambil tonton tv bersama keluarga atau sambil minum petang dengan kawan-kawan. Kita hidangakan yang lain dari lain mesti di akan nak beli juga.

Juga boleh beli di sini :
HOFU Outlet
No.32G, Jalan Teknologi 3/6C, 
The Core Sunsuria, Taman Sains Selangor 1, 
Seksyen 3, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya Selangor.
Facebook : https://www.facebook.com/hofujapanesesnacks
Instagram : https://www.instagram.com/hofu_japanese_snacks





Nikmati Keseronokan Raikan 25 Tahun Sunway Lagoon Musim Cuti Sekolah Ini

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Apa perancangan korang cuti sekolah ini adakah untuk balik kampung bawa anak-anak atau nak berjimba-jimba sambil berseronok mandi-manda. Jom kita ke Sunway Lagoon bersempena dengan sambutan 25 tahun taman teman tersebut.


Kita tahu kalau datang Sunway Lagoon mesti ingat nak mandi jer. Sebenarnya taman tema ini terdapat 6 tarikan menarik di dalamnya. Diantaranya seperti Water Park, Scream Park, Amusement Park, Extreme Park, Wildlife Park dan Nicklodeon Lost Lagoon.


Bestnya Nicklodeon Lost Lagoon ini merupakan taman teman Nicklodeon pertama di Asia. Ketika meenyusuri di sepanjang taman tema ini kita akan dapat lihat pembinaannya menampilkan konsep dari siri animasi Nicklodeon kegemaran kanak-kanak seperti Sponge Bob SquarePants, Dora The Explorer dan Teenage Mutant Ninja Turtle.



Kalau korang bertuah pada waktu-waktu tertentu, kemunculan penampilan istimewa watak-watak ini di kawasan Nicklodeon Lost Lagoon pastinya sangat dinantikan kanak-kanak yang datang bersama keluarga berlibur di sini. Teenage Mutant Ninja Turtle ini bukan sahaja diminati golongan kanak-kanak bahkan golongan dewasa juga. Seronok tengok geng TMNT yang begitu sporting beraksi di depan kamera.


Dalam kawasan Nicklodeon Lost Lagoon memang sesuai untuk kita bawa anak-anak kecil mandi di sini. Terdapat banyak juga kolam mandi memang dibina khas yang mesra kanak-kanak. Janji ianya harus juga dipantau oleh golongan dewasa.


Selain daripada kemunculan watak siri animasi Nicklodeon, terdapat juga acara seperti 'SLIME time di Spongebob Splash Adventure'. Namun  bagi anak-anak saya sendiri jika dah dapat peluang main air dengan pelbagai 'slide' disini, ianya sudah diibaratkan taman syurga buat mereka.


Orang KL nak pergi pantai yang sebenar agak jauh jadi datang jer ker Sunway Lagoon Malaysia kita boleh merasainya sendiri di Pantai Terbuka Buatan Manusia Terbesar di Malaysia. Dengan keluasan 13,000 meter persegi, pantai ini juga mempunyai ombak (sangat real) jadi kita akan dapat menikmati suasana sebenar bermain air di pantai.



Selain mandi pantai ada juga ruag Surf Beach terdapatnya Flowrider, Surf Beach, Mushroom/Umbrella, Water Disco, Surf Deck, Harbour Deck, Islands, Promenade dan Volcano. Bagi korang yang sukakan aktiviti lasak, bolehlah mencuba pelbagai aktiviti ekstrem di Extreme Park Sunway Lagoon. Ada permainan kayak, paintball, bungee trampolin, go-kart, ATV, flying fox, terjunan bungee, G-Force dan banyak lagi.


Kalau penat mandi manda atau bermain boleh jalan-jalan di Wildlife Park Sunway Lagoon yang mempunyai lebih daripada 150 spesis haiwan. Paling mencuri perhatian adalah dua ekor Harimau Putih iaitu Samson dan Asha. Selain itu dengan adanya Zola dan Zuri pasangan singa putih dan juga harimau kumbang hitam menjadikan ianya antara kenapa anak-anak dan orang dewasa sendiri begitu teruja untuk melihat spesis unik ini dari dekat di sini.


Semestinya berada di Wildlife Park Sunway Lagoon kita akan menantikan pertunjukan istimewa dari haiwan-haiwan yang jinak di sini. Macam-macam gaya dan keletah yang cukup menghiburkan. Maha sebenarnya sudah lupa nama-nama burung yang membuat persembahan. Tapi kami sempat dihiburkan melihat gelagat bagaimana burung yang pandai bermain bola keranjang, menyelesaikan masalah matematik, mengeja dan juga burung yang prihatin dan bertanggungjawab menjaga kebersihan alam sekitar.


Jika berani bolehlah anda mencuba sendiri memikul ular sawa yang cukup besar dan berat. Tapi sebenarnya peluang bergambar bersama ular sawa ini dibawah selian jurulatih mereka tentunya ianya meninggalkan momen yang begitu manis sekali. Banyak lagi haiwan di sini seperti kuda padi, ayam, itik, kambing, arnah, ikan, burung dan macam-macam. Mereka boleh melihat, menyentuh dengan lembut dan ada untuk kawasan tertentu anak-anak ini berpeluang memberi makanan kepada haiwan-haiwan jinak ini.


Banyak sebenar yang hendak dikongsikan tentang taman tema Sunway Lagoon Malaysia dan terlalu banyak sebenarnya aktiviti yang kita boleh lakukan bersama keluarga dan rakan apabila berada di sini. Bahagian mainan pun ada juga roller coaster, rumah hantu dan banyak lagi. Kiranya untuk menjelajah satu hari di sini memang tidak cukup. Tapi ianya memang memberi kepuasan yang tidak boleh digambarkan.


Selamat Ulangtahun yang ke 25 tahun Sunway Lagoon Malaysia! Moga terus sukses dan terus menerus menjadi taman tema no. 1 terbaik di Asia. 


Rebut peluang semperna dengan promosi FamFun yang merangkumi 2 tiket dewasa + 2 tiket kanak-kanak dengan hanya RM390 ataupun 4-To-Go untuk 4 orang dewasa dengan hanya RM456 atau beli 3 Percuma 3 (Beli 3 dewasa PERCUMA 3 dewasa) pada harga RM510.

Keterangan lanjut boleh layari:
Laman web : www.sunwaylagoon.com
Tel :  03-5639 0000





Kerepek Mission Multigrain Serta Jagung Dan Beras Yang Berkualiti Untuk Masa-masa Bahagia

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sapa tak tahu produk Mission Foods yang cukup dikenali ramai sebagai antara jenama snek sihat. Sekarang ni mereka menampilkan kerepek dengan dua perisa baharu iaitu Multigrain serta jagung dan beras.


Diperbuat 100% daripada jagung, kedua-dua perisa baharu ini mengandungi 30% kurang minyak daripada kerepek kentang, tiada bahan pewarna, perasa tambahan atau pengawet dan kerepek Mission pastinya memberi korang kelebihan untuk menikmatinya lebih daripada satu paket. 

Bertambah meningkatnya minat masyarakat hari ini dalam semua perkara yang melibatkan kesihatan seperti pengambilan makanan yang betul, makan secara positif, dan makanan yang berkhasiat, hari ini orang ramai dilihat mencari makanan yang diperkaya dengan bahan-bahan nutrien seperti oat, kacang soya dan bijan hitam yang semakin popular. Serat, asid lemak omega-3, vitamin dan mineral adalah kata kunci bagi mereka yang ingin menikmati makanan ringan.


Di sinilah kerepek Mission Multigrain serta jagung dan beras memainkan peranan - kerepek Mission multigrain diperbuat daripada jagung yang diperkaya dengan khasiat seperti oat, kacang soya, bijan putih dan hitam, serta biji rami yang memberikannya rasa kacang yang tersendiri dan teksturnya yang kasar menjadikannya makanan ringan ideal dengan gaya yang sendiri dan juga kesihatan yang seimbang.

Oat yang sememangnya mengandungi banyak manfaat kesihatan turut membantu mengawal tahap gula dalam darah dan untuk membuang toksin di dalam badan. Oat juga dapat meningkatkan penghadaman dan merupakan sumber protein yang baik. Kacang soya yang membantu memberi tenaga dalam badan dan jantung turut memperbaiki pencernaan dan kesihatan tulang, dan turut meningkatkan fungsi metabolik.


Bijan hitam dan putih yang menambah rasa kacang pada kerepek terbukti menggalakkan kesihatan, bersifat anti penuaan dan turut mengandungi lemak yang sihat seperti Omega-6dan asid lemak. Biji rami yang mengandungi asid amino dan Omega-3 juga dilihat dapat membantu meningkatkan kesihatan otak.

Bagi mereka yang mencari makanan ringan bebas gluten, anda bolehlah mencuba kerepek Mission jagung dan beras. Diperbuat daripada jagung yang dicampur bersama limau dan juga beras, ia memberikan rasa ringan dan anda boleh menikmatinya tanpa rasa ragu-ragu. Rasa kerepeknya yang ringan dan seimbang membolehkannya dinikmati dengan apa juga jenis pencicah sama ada yang pedas, berkrim atau pekat.


Kedua-dua kerepek Mission multigrain serta jagung dan beras ini juga boleh dinikmati bersama sos pencicah buatan sendiri atau dibeli di kedai untuk dikongsi bersama ahli keluarga semasa musim perayaan atau apa juga majlis keraian.

Mission Food juga akan mengedarkan sampel percuma di pasaraya-pasaraya yang mengambil bahagian. Selain itu untuk promosi musim perayaan, dengan setiap pembelian dua paket kerepek perisa terbaharu ini anda akan mendapat bekas ketuhar gelombang mikro secara percuma.


Selain kerepek multigrain serta jagung dan beras, perisa-perisa lain yang boleh dapati ialah asli, keju, tomato, bbq, mentega dan bawang putih, serta pedas dan berempah. Boleh didapati dalam dua bungkusan bersaiz 65g dan 170g, masing-masing dijual pada harga RM2.99 dan RM6.99. Dapatkan maklumat lanjut mengenai kerepek Mission anda boleh layari laman sesawang www.missionfoods.com.my.








Kopi Hijau Alana Lebih Memberi Kesihatan Luar Dan Dalam

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Selalu kita minum green tea sahaja tapi pernah kita cuba kopi hijau pula. Kali ini apa kata kita cuba satu minuman baru yang dihasilkan daripada kopi hijau iaitu kopi yang belum dipanggang.


Kelebihan kepada kopi ini ia memiliki kandungan asam klorogenet yang tinggi berbanding dengan kopi biasa. Asam klorogenet ini mampu meningkatkan kadar metabolisma badan. Selain itu juga ia sangat bagus untuk membakat lemak lebih cepat dan selamat. Terbukti mengamalkan minum kopi hijau ini dapat menurunkan berat badan 1 minggu dalam 2kg hasil dari testimoni.


Dalam minuman Kopi Hijau Alana ini campuran 4 element utama iaitu kopi hijau, Habbatus Sauda, Chia seeds dan susu kambing. Macam mana yang kita tahu Habbatus Sauda ini sangat bagus untuk badan ia bersifat antibakteria, mengawal kadar gula dalam darah, mengatasi masalah pencernaan dan macam-macam masalah dalaman badan. 

Chia seeds pula semua orang suka masuk dalam makanan kerana kebaikannya iaitu mampu melawan diabetis, mengandungi serat yang banyak, kaya dengan Omega 3, kaya dengan protein dan banyak lagi yang bagus untuk tubuh.


Susu kambing pula kaya dengan vitamin seperti Vitamin A, Vitamin B, Vitamin B2, Vitamin C, Vitamin D, laktosa, nitrogen, kalsium, zat besi, fosfor dan juga protein. Salah satu minuman sihat untuk menjaga kesihatan jantung dan paru-paru adalah susu kambing. Susu kambing kaya dengan kalsium yang dapat membantu anda untuk melancarkan peredaran darah, mengurangi risiko strok serta menstabilkan tekanan darah
 

Maha ni bukanlah pecinta kopi tapi bila dapat mencuba minuman yang menarik dan sihat ini baru rasa kelainan. Setakat ni dah amalkan minum air ni setiap hari dapat memberi kesegaran dan tenaga lebih untuk pergi kerja setiap pagi.


Satu kotak kopi hijau Alana ini mengandungi 15 sachet harga pula berpatutan RM42.90 untuk semenanjung Malaysia manakala Sabah & Sarawak RM52.90. Produk buatan Malaysia ini mudah untuk diambil hanya perlu tuangkan 1 sachet kopi hijau kedalam cawan yang mengandungi air panas. Jadi lepas ni sapa nak cuba boleh dapatkan dari pengedar yang sah seluruh Malaysia. Cuba jangan tak cuba.

Tempahan dan info lanjut layari :-
Tel : 017-3909092







Cheers Cheese IOI City Mall Putrajaya

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Nak rasakan minuman yang penuh dengan cheese melimpah di dalamnya. Kalau korang tak pernah rasa atau nak cuba apa kata datang ker Cheers Cheese IOI City Mall Putrajaya. Baru-baru ini mereka mengadakan sambutan pembukaan cawangan tersebut.


Berkesempatan dengan pembukaan cawangan kedua mereka ini Cheers Cheese telah menawarkan 100 minuman percuma untuk pelanggan terawal yang datang ke kedai mereka. Jadi Maha adalah antara yang terawal datang pada 23 Dis 2017 yang lepas. Kalau makan dan minum free ni memang tak lepaskan peluang.


Selain tu juga bagi pelanggan yang datang membeli 1 minuman akan dapat 1 lagi minuman secara percuma. Itu semua hanya pada hari pembukaan tersebut bagi meraikan kedai minuman ini. Kalau korang shopping kat IOI City Mall Putrajaya naik level 1 kat area center court tu adalah nampak kedai minuman ini.



Pada hari pembukaan itu pelanggan awal boleh pilih antara 3 minuman yang menjadi trademark mereka iaitu Cheese Jasmine Green Tea, Cheese Milk Tea dan Cheese Four Season Tea. Sebab boleh pilih satu jer Maha cuba yang Cheese Milk Tea. Memang penuh dengan cheese atas minuman ini. 


Kalau korang berbaris untuk tempah minuman kat situ korang boleh tengok bagaimana mereka menghasilkan minuman itu. Boleh tengok krim keju yang dibuat sendiri yang sangat pekat dan likat mereka letakkan dalam minuman ini. Bila korang hirup memang terasa sangat segar dan menyegarkan.



Kedai ini mesra muslim masih dalam proses untuk mendapatkan persijilan halal dari JAKIM. Tapi tak perlu risau kerana mereka menggunakan produk yang selamat bebas daripada bahan tiruan dan juga pastinya segar. Harga minuman dan makanan kat sini pun sangat berpatutan dengan kualiti dan kesedapan yang mereka berikan. Nak tahu lebih lanjut kena datang sendiri lah kat Cheers Cheese untuk menikmati semua minuman special mereka. Selamat mencuba semua ok.

Promosi dan info lanjut layari :-






Restoran Hana Japanese Dining Terletak Dalam Ikano Power Center Mutiara Damansara

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Baru-baru ini kebetulan dengan cuti Hari Natal dan juga Tahun Baru Maha jalan-jalan lah kat area IPC Mutiara Damansara. Jalan punya jalan perut lapar dan tiba-tiba nak makan makanan Jepun lak. Kebetulan memang kat dalam IPC tu ada satu restoran Jepun yang di beri nama Hana Japanese Dining.



Mula takut juga nak masuk tapi mereka tak serve pork kat sini ok lah Makan apa yang boleh makan jer hehehe. Ia kelihatan mewah dari luar, dan Maha gembira untuk menikmati pengalaman makan yang luar biasa di restoran ini.


Hana Japanese Dining bukan sahaja menyajikan pelbagai jenis masakan masakan Jepun, tetapi juga mempunyai set-set yang sesuai untuk korang datang dengan keluarga. Jadi Malam tu dinner kat sini jer dibuka setiap hari dari pukul 10.00pagi hingga 10.00malam. So kalau shopping kat area IKEA atau IPC Mutiara Damansara boleh singgah sini.
Umaki

Red Rock Maki

Engawa Maki

Apa lagi kalau dah ada dalam restoran makanan Jepun ni mesti nak cuba sushikan kat sini mereke perkenalkan 3 jenis yang popular iaitu Red Rock Maki, Umaki dan Engawa Maki. Semua ni memang Maha suka cuma yang Red Rock Maki ini agak sedikit pedas kalau yang suka ok lah.

Nan-Kotsu, Suna Gimo, Tori-Kawa, Reba, dan Salmon Toro

Ribeye, Gyutan, Tsukune, Teba-Saki dan Negima

Selain tu juga hidangan lain yang Maha cuba adalah grill. Ada 2 pinggan ini korang boleh tengok ni namanya Kushiyaki Charcoal Grill khas yang jarang lihat di tempat lain. Sebenanya ada lebih 5 korang boleh pilih sebab harganya ikut batang. Ada kat situ kepak ayam, daging dan ada juga bahan dalaman seperti hati dan pedal ikut selera koranglah.

Kanpachi Cappuccino

Salmon Cappuccino

Sapa suka makan Luxury Tapas sini ada dua pilihan yang menarik iaitu Salmon Cappuccino dan Kanpachi Cappuccino. Bagi Maha dua-dua ok no problem nak makan sedap sekali ngap jer korang order memang dapat satu pinggan ni tau 3 ketul.

Yasai Stick

Small SSC Salad

Tsuke Nagaimo

Bagi yang nak diet untuk makan dengan sayur segar sebab orang Jepun memang suka mereka akan makan Yasai stick, Small SSC Salad dan Tsuke Nagaimo. Semua sayur sini segar kalau ada pun mereka celur sikit jer dalam air panas. Kemudian bawah ni pula untuk sapa duka makanan yang goreng iaitu Tofu Yamakake Niniku, Torikatsu Tororo dan Chicken Karaage.

Tofu Yamakake Niniku

Torikatsu Tororo

Chicken Karaage

Amat disyorkan sapa nak sup panas korang boleh ambil set ini iaitu Beef Kimchi Nabe memuaskan dengan rasa sup sayur campur dan juga bersama daging. Yang ni baru betul masak hehehehe korang boleh masak sendiri jangan risau mereka bantu.

Beef Kimchi Nabe

Bagi Maha harga boleh tahanlah almaklumlah makanan Jepun sekali sekala nak datang makan boleh bawa rakan pejabat atau bawa keluarga untuk keluar makan bersama. Last sekali sebelum Maha lupa kalau datang sorang korang boleh order Mini Don. Dalam ni ada 8 jenis korang boleh pilih 3 daripadanya dapat terlur rebus dan timun. Saiz makan yang ni tak besar letak dalam mangkuk kecik jer seorang makan sangat sesuai.

Mini Don

Jadi satu lagi restoran makanan Jepun dalam list korang ok. Belum terlambat Maha nak ucapkan selamat tahun baru dan selamat tinggal 2017 moga tahun depan rezeki kita semua lebih murah dan berganda In Sha Allah kan. Selamat mencuba semua ok.

Lokasi dan alamat :-
Hana Japanese Dining (IPC)
G.23a, Ground Floor, IPC Shopping Centre,
No. 2, Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya, Selangor

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 3/5







Sunny Queen Sunway Pyramid Menghidangkan Makanan Itali

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan jug rakan-rakan sekalian. Hari cuti tahun baru last esok kita ada sehari sebelum menjelangnya 2018. Mana yang korang dah pergi makan restoran Jepun, restorant Jamaica atau restoran Italiano. Yahuuu sempena dengan tahun baru ni Maha nak bawa korang ker restoran baru buka konsep makanan Itali di Sunway Pyramid.



Sapa yang pergi sambut tahun baru kat area Sunway nanti boleh singgah makan kat restoran Sunny Queen. Restoran ni betul-betul terletak di bahagian pintu masuk Sunway Lagoon dan Sunway Pyramid tingkat LG1. Korang nampak pintu gerbang dan tulisan SQ kat tepi ni tu lah restorannya.



Restoran ni menyajikan makanan Itali yang memenuhi selera kita semua dan jangan bimbang semua sedap. Masa Maha pergi cuba hari tu restoran ni nampak sangat macam family type punya restoran ada teddy bear, ada ruang khas untuk wanita tapi ada juga yang nampak exclusive mempunyai reka bentuk kayu-kayu dan lampu yang romantik.

Spicy Squid Ink Mixed Seafood

Ok lah kita pergi kepada menu yang ada kat sini kalau Itali mesti wajib spaghetti. Terdapat banyak jenis dan rasa spaghetti kat sini tapi yang 3 ini ada unik sikit iaitu Spicy Squid Ink Mixed Seafood, Mentaiko Shrimp Spaghetti dan Mixed Seafood Pesto Spaghetti. Semua ini adalah spaghetti makanan laut yang sangat banyak korang mesti puas hati.

Mentaiko Shrimp Spaghetti

Mixed Seafood Pesto Spaghetti

Satu lagi ni Cherry Duck Aglio Olio Spaghetti dan ia agak pedas dan sesuai dengan selera kebanyakan orang Malaysia kot. Tapi terpulang pada korang nak cuba mana satu Maha bagi gambaran jer.

Cherry Duck Aglio Olio Spaghetti

Selain tu juga popular dan menjadi kegemaran kat sini adalah Truffle Parmesan Cheese Rice. Nasi yang di masak bersama dengan cheese kalau makan memang boleh kenyang sehari. Satu lagi ada ayam kalau tak nak makan nasi boleh cuba Dancing Queen (Half Chicken). Maha suka ayam ni bahagian kulit agak rasa rempah tapi tak tahu rasa apa.

Truffle Parmesan Cheese Rice

Dancing Queen (Half Chicken)

Kalau dah makan tak minum tak sah lak kan kat sini mereka menyediakan minuman segar fresh daripada buah-buahan. Tengok sendiri mereka korek dan perah jus buah tu masuk dalam buah tu memang sedap dan segar. Tembikai tu namanya I Am Watermelon, yang tembikai susu I Am Melon dan yang nanas tu pula I Am Pineapple.

I Am Watermelon

I Am Melon

I Am Pineapple

Sapa suka smoothie mereka juga hasilkan segar dan berjus yang paling Maha suka adalah Mango Smoothie dan Berry Smoothie. Memang lepas makan spaghetti tadi minum semua jus ini segar dan rasa relax jer. Suasan tenang walaupun kedai ni baru tapi agak boleh tahan ramai juga orang yang datang.

Mango Smoothie

Berry Smoothie

So korang tunggu apa lagi ada masa cuti hujung tahun atau hujung minggu ker atau shopping jalan-jalan kat Sunway Pyramid boleh singgah ker restoran Sunny Queen ini sambil cuba menu Italiano. Restoran buka setiap hari kerana dalam mall dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam. So Maha dah pergi korang bila lagi selamat mencuba semua. Selamat tahun baru ok.

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 3.5/5






Copyright Salah Satu Khidmat MyIPO Kepada Penggeluar Hasil Sastera, Muzik Dan Filem

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sebelum ini Maha ada tulis pasal MyIPO atau Perbadanan Harta Intelek Malaysia yang menjaga banyak akta untuk paten, tanda dagangan, hak cipta dan banyak lagi. Salah satu khidmat yang penting disediakan oleh MyIPO iaitu menjaga Hak Cipta atau Copyright.


Mari kita lihat lebih dalam lagi apa yang di maksudkan dengan Hak Cipta ini. Maksud Hak Cipta dalam MyIPO adalah hak eksklusif untuk mengawal kerja-kerja kreatif yang dicipta oleh penulis, pemilik hak cipta dan pelaku untuk tempoh tertentu yang ditadbir di bawah Akta Hak Cipta 1987. Maka semua ini terpakai dibawah Akta Hak Cipta.

Siapa pula yang layak untuk mendaftar dibawa aktar ini? Mereka yang layak untuk menggunakan khidmat melindungi Hak Cipta ini iaitu mereka yang berada dalam karya sastera, kerja-kerja muzik, kerja seni, kerja perfileman, rakaman bunyi, siaran (broadcast) dan kerja derivatif. Jadi kalau anda ada mencipta satu lagu atau muzik boleh daftar dibawah akta ini untuk lindungi karya seni anda.

Tempoh Hak Cipta


Semua karya yang telah di daftar di bawa akta ini akan dilindungi mengikut waktu yang ditetapkan dan terbahagi kepada 3 bahagian utama. Namun kebanyakan ia menjaga untuk tempoh yang sangat lama dan kita pun belum tentu ada waktu tesebut tapi hasil karya masih dilindungi.


1) Karya Sastera, Muzik dan Artistik
Umumnya, kategori karya hak cipta ini mencerminkan kepada manusia yang akan wujud selama kehidupan penulis ditambah 50 tahun setelah kematiannya. Jadi hasil kaya akan dilindungi selagi orang tersebut masih hidup dan ditambah 50 tahun lagi setelah ia pergi.

2) Filem, Rakaman Bunyi dan Pelakon
Kategori karya hak cipta ini akan wujud selama 50 tahun dari kerja diterbitkan, diperbetulkan dalam penetapan untuk filem dan rakaman bunyi. Bagi pelaku, kerja hak cipta akan wujud daripada persembahan yang dilakukan atau penetapan dalam rakaman bunyi.

3) Siaran (Broadcast)
Bagi hak cipta dalam siaran, perlindungan itu berlaku dalam cara penghantaran sama ada melalui wayar atau cara tanpa wayar, tempoh selama 50 tahun akan dihitung dari yang mana siaran pertama kali dibuat.

Hak Pemilik Selepas Hasil Didaftarkan Hak Cipta


1) Hak Hukum
Pengarang, pemilik hak cipta dan pelaku diberi hak eksklusif untuk dikendalikan di bawah undang-undang hak cipta. Hak-hak undang-undang yang diberikan kepada mereka termasuk hak untuk menguatkuasakan karya berhak cipta mereka dalam kes-kes pelanggaran sama ada oleh tindakan sivil atau jenayah. Dari segi pendakwaan jenayah, dilakukan oleh Divisi Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (MTDCC) atau Polri Diraja Malaysia.

2) Hak Ekonomi
Hak ekonomi yang diberikan kepada pemegang hak termasuklah hak-hak pengeluaran semula, hak komunikasi kepada orang awam, hak untuk melaksanakan, memperlihatkan atau bermain kepada orang awam, hak-hak pengedaran dan hak sewa komersial. Hak ini boleh dilaksanakan dalam tempoh perlindungan yang dikawal di bawah Akta Hakcipta 1987. Hak-hak ekonomi membolehkan pemilik hak mendapatkan ganjaran kewangan daripada penggunaan karya-karyanya oleh pengguna atau tujuan komersil. Bentuk hak ekonomi boleh dilakukan melalui penyerahan, pelesenan dan pelepasan wasiat.

3) Hak Moral
i- Hak Persahabatan
Hak ini membenarkan pengarang menuntut hak keaslian penciptaannya.

ii- Hak Integriti
Hak ini memberi kuasa kepada pengarang untuk menghalang mana-mana pengguna daripada penyimpangan, penolakan atau pengubahsuaian lain karya-karyanya di mana hasil pengubahsuaian akan mengubah kerja asal dengan nyata dan menjejaskan kehormatan atau reputasi penulis.


Pelanggaran Hak Cipta


Siapa pun yang menggunakan apa-apa karya hak cipta tanpa persetujuan atau kebenaran daripada pengarang, pemilik dan pelaku, ia mungkin merupakan pelanggaran di bawah Akta Hak Cipta 1987. Antara perbuatan pelanggaran yang diambil kira termasuk:

  1. Mengeluarkan semula dalam apa-apa bentuk, melakukan, menunjukkan atau memainkan atau mengedarkan kepada umum.
  2. Mengimport apa-apa artikel ke Malaysia untuk tujuan perdagangan atau keuntungan kewangan.
  3. Membuat jualan atau menyewa apa-apa salinan yang melanggar.
  4. Menjual, menyewa atau melalui perdagangan, mendedahkan atau menawarkan untuk dijual atau menyewa apa-apa salinan yang melanggar.
  5. Mengedarkan salinan yang melanggar.
  6. Memiliki, selain dari penggunaan pribadinya dan domestiknya, apa-apa salinan yang melanggar.
  7. Mempamerkan orang awam apa-apa salinan yang melanggar dengan cara perdagangan.
  8. Membuat atau mempunyai dalam milikannya apa-apa maksud yang digunakan atau bertujuan untuk digunakan bagi maksud membuat salinan yang melanggar.
Jadi anda rasa Hak Cipta ini penting kepada hasil karya yang sekarang ni banyak digital dah boleh ditiru, diterbitkan atau disalahgunakan. Contoh kita boleh lihat sekarang ini kes buat facebook live dari panggung kepada laman facebook mereka. Siapa yang menanggung  kerugian yang besar dan siapa yang dapat untung atas angin. Jadi ini semua dapat melindungi harta walaupun dalam alam maya.


Kalau korang nak dapatkan maklumat lebih lanjut selain daripada penerangan yang Maha sediakan ini atau kurang faham boleh terus ke laman web mereka atau laman sosial media yang disediakan. Moga ia dapat sedikit sebanyak membantu korang dalam memahami hak cipta. 






Menikmati Kemakmuran Di Bufet Tahun Baru Cina Di Armada Hotel Petaling Jaya

$
0
0


Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Hari ni kita dah masuk pertengah bulan Jan tahun baru begitu cepat masa berlalu. Bulan Feb kita akan sambut pula Tahun Baru Cina. Hotel-hotel dan restoran mula sibuk membuat persiapan untuk bufet tahun baru yang akan datang. Kali ini jom kita merasai bufet makan malam di Utara Coffee House sebagai pelbagai hidangan istimewa Tahun Baru Cina akan ditawarkan untuk memuaskan sebarang keinginan perayaan.


Bufet di sini akan bermula dari 1 Februari hingga 2 Mac 2018, barisan bufet akan memaparkan pelbagai hidangan ‘Good Luck’ untuk Majlis Makan Malam Buffet Reuni Tahun Baru Cina seperti Ketam Goreng dengan Sos BBQ, Ayam Panggang dengan Halia dan Scallion, Tong Kwai Itik panggang dengan Sos Plum, Ikan goreng dengan Cendawan Jamur Hitam, dan Udang Goreng dengan Telur Masin York untuk menamakan beberapa. Makan Malam Buffet Reunion Tahun Baru Cina berharga RM88 + seorang dewasa, RM62 + untuk warga emas dan RM44 + setiap anak. 

Sebelum hari perayaan sebenar, memulakan tahun baru yang makmur dengan menaikkan penyepit dan Loh Hei untuk meningkatkan nasib dan kemakmuran dengan Pilihan Yee Sang yang menarik. Kat sini ada pelbagai jenis set Yee Sang seperti Yee Sang Marinated Scallops (versi Jepun), King Salmon Yee Sang, Udang Harimau dan Kerang Yee Sang dan Fruitti Veggie Yee Sang (vegetarian). Manakala harga pula bermula dari RM78 + satu bahagian.

Bagi tetamu yang lebih menyukai persekitaran yang lebih privercy, nikmati menu set eksklusif mereka yang disediakan oleh Chef Eksekutif, Chew Teik Chye dan pasukannya. Terdapat 3 set menu yang melambangkan Kemakmuran sesuai untuk minimum 10 pax seperti untuk keluarga, rakan atau rakan perniagaan. 


The Blissful Abundance Set Menu berharga RM1188 +, terdiri daripada Yee Sang dengan Crustacean Coral Oyster, Braised Seafood Broth dengan Roes & Crabmeat Ikan, Deepfried Garoupa dengan Bawang dan Ginger Gravy, Udang Goreng Wajan dengan Mentega Oatmeal, Cendawan Braised dengan Mustard Plant Sos Fatt Choy, Nasi Goreng Kemakmuran dengan Makanan Laut Daging, Krim Kacang Merah Sweet dengan Salju Sago dan Daging Ikan Emas.

Menu Set Kejayaan yang Everlasting yang bernilai RM1288 + juga terdiri daripada hidangan seperti Yee Sang dengan Soft Shell Crab, Konsumen Ayam Herbal dengan Scallop Flakes, Ayam Panggang dengan Sos Raisin Barbeque, Muara Gulai Steamed Steamed di Abalone dan Kulat Hitam, Udang Harimau Tossed dengan Buttered Coconut Flakes, Sayuran Campuran Braised dengan Beancurd, 'Hunan' Gaya Yong Chow Nasi Goreng di Lotus Leaf, Kelapa Laut Rebus Double dengan Kulat Putih dan Duet of Golden Pei Golden Fancy Fancy. 

Menu Set Bountiful Treasures berharga RM1388 +. Tetamu boleh mencuba hidangan seperti Yee Sang dengan Salmon, Delapan Sup Esut Es, Kanton Gaya Kanton dengan Sau Plum Saus, Garuupa Kunyit dengan Superior Halia dan Scallion, Fried Buttered Udang dengan Sesame Goma, Cendawan Braised dengan Timun Laut, Nasi Goreng dengan Ayam Asap, Tradisional Sweet Longan yang kering dengan Leng Chee Pak Hup dan Admiral Fancy Duet.





 

WHISK Memudahkan Kerja Memasak Di Rumah Buat Mereka Yang Sibuk

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Korang mesti pernah sampai satu masa tak tahu nak makan apa. Nak masak kat rumah pulak bila buka peti ais kosong tak ada langsung bahan untuk dimasak. Maha sendiri kadang-kadang buntu tak tahu nak masak apa nak beli bahan tak tahu pulak.


Tapi sekarang tak perlu risau lagi kerana telah ada WHISK. Apa tu WHISK? Ia lebih kepada penyelamat waktu kecemasan anda. Sekarang ni WHISK memberi 6000 kotak secara percuma untuk rakyat Malaysia. Kalau kempen 6ribu kotak ni dah tercapai target baru mereka start menjual makanan-makanan dalam laman web mereka. Maha sendiri telah dapatkan satu kotak daripada mereka korang tunggu apa lagi cepat pergi dapatkan sekarang.


Korang hanya perlu masuk laman web mereka www.whiskmeal.com dalam tu ada beberapa resipi makanan yang mereka sediakan untuk dipilih. Kita juga boleh undi untuk menu baru mereka yang akan datang di What’s Next dan klik ‘like’ button. Produk makanan WHISK membantu mengatur diet kita kerana mereka menyertakan fakta nutrisi pada kad manual. Juga bahan mereka segar sampai depan pintu dalam kotak yang menarik dan pack yang berkualiti.
 

Hari tu Maha cubalah Chicken Ball Spaghetti mereka. Buka kotak tu semua dah ada hanya masak ikut arahan sahaja. Mudah pulak tu nak masak jom kita belajar memasak hari ni.

Cara memasak Chicken Ball Spaghetti:-
1)    Didihkan spaghetti yang diberikan dalam satu kotak ini cukup untuk satu orang makan jadi masak jer semua akan habis.


2)     Sambil tu kita buat meatball dengan daging yang diberikan tak perlu nak perap atau campur hanya gentel sahaja jadi bulat-bulat. Saiz Maha buat ini akan jadi 5 ketul.



3)    Lepas tu masukan minyak masak dalam kuali tapi minyak mereka tak sediakan kita kena guna minyak sendiri. Goreng bebola daging tu sehingga separuh masak.


4)    Bila dah masak masukkan terus bawang putih dan bawang besar yang disediakan semua dah siap potong hanyak campak jer dalam kuali mudah.
5)    Bila dah naik bau kemudian baru kita masukan tomato sos dan stock ayam yang dibekalkan.


6)  Masak sehingga sedikit pekat dan last masukan garam dan lada hitam ni pun mereka tak bekalkan kena sedia sendiri.

7)    Last sekali spaghetti yang telah direbus tadi masuk dalam kuah tu dan masak 2 minit. 


8)    Sedia untuk dihidangkan dan dimakan mudah bukan.

Bagi orang Bujang macam Maha ni tak perlu nak fikir beli bahan dan apa bahan yang nak cari. Order sahaja kat Whisk ini semua dah siap dalam sukatan yang sebenar hanya terus masak sahaja tanpa ragu-ragu. Tapi ingat jangan buang kotak Whisk dan icepack yang ada jika kita pulangkan semula kotak dan icepack akan dapat kumpul point.


Kalau ibu-ibu yang bekerja pun boleh juga beli satu box macam ni dan sampai rumah masak jer tak perlu nak kupas-kupas dan potong semua dah siap. Main campak-campak sahaja. Lepas ni kalau sapa malas sangat nak masak tak tahu lah. Semudah ini telah ada dipasaran dan sangat membantu.






Stiq Rahsia Masakan Beef, Lamb Dan Chicken Istimewa Di Wangsa Maju

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kalau kat KL ni nak makan steak memang banyak tempat nak yang mahal yang murah dan juga yang tepi jalan. Tapi ada ker yang kualiti masakan seperti hotel 5 bintang tapi harga pada level street food.


Ada sebab Maha pernah makan dan pernah rasa teramata puas hati dan rasa nak datang setiap hari makan kat sini. Tempat yang Maha maksudkan tu ada di stiq area Seksyen 2 Wangsa Maju. Restoran ni koran tak akan nampak macam restoran mewah hanya dapur yang di bina di kaki lima sahaja tapi cukup lengkap dan paling berkuasa.


Apa yang menjadikan restoran stiq ini begitu istimewa adalah cara masakan steak mereka. Menurut kata chef di sini mereka menggunakan teknik sousvide sebagai teknik masakan yang istimewa.  SousVide adalah teknik masakan yang selalunya digunakan di restoran fine dine untuk mengawal keseragaman suhu dalam masakan.


Ini di mana setiap bahagian protein, ada suhunya tersendiri untuk memastikan daging tidak terlalu masak atau kurang masak. Dengan teknik masakan SousVide Chef boleh mengekalkan flavour & juiciness daging. Itu yang sempat Maha berborak dengan permilik restoran ini kenapa ia begitu istimewa lain daripada restoran steak yang lain.

Bone Ribs

Kat sini terbahagi kepada 3 jenis daging iaitu lamb, beef and chicken. Paling mendapat perhatian oran ramai adalah Bone Ribs. Maha mula-mula makan yang ini memang sangat lembut dagingnya dan hancur dalam mulut. Dengan sos yang special pulak tu membuatkan ia kombinasi yang terbaik.

Lamb Shank

Lamb Stiq

Kalau yang suka lamb tu boleh order special yang juga menjadi pilihan ramai pelanggan di sini iaitu Lamb Shank, Lamb Stiq dan Kambing Lambak. Korang boleh tengok sendiri semua daging kambing ini di penuhi dengan sos istimewa mereka. Setiap hidangan beef mahupun lamb dihidangan dengan berat dalam lingkungan 250-300gm jadi ia sangat sesuai untuk seorang makan.

Kambing Lambak

Pada yang suka daging ayam pula ada juga dimasak dengan cara yang sama korang kena order Chicken Blackpepper. Kalau korang perasan semua hidangan daging mahupun ayam mereka didatangkan dengan salah segar dan juga kentang US saiz lebih besar.

Chicken Blackpepper

Bagi pilihan daging pula Maha sarankan untuk order Beef Stiq. Nampak besar tapi daging tu sangat lembut dan mudah untuk dikunyah dan sangat sedap. Juga menarik untuk pilihan korang adalah Grass Ged Striploin daging dipotong panjang-panjang sangat mudah untuk makan cicah dengan sos yang disediakan lagi menawan.

Beef Stiq


Grass Ged Striploin

Kalau yang nak tukar selera makan burger kat sebelah restoran stiq ini ada kedai Burger Kaw Kaw. Boleh order yang ramai orang perkatakan iaitu Burger Permaisuri dan Burger Baconizer. Banyak lagi pilihan tapi ini yang ramai orang perkatakan menarik. So puas boleh makan daging pastu makan burger pulak memang kenyang satu malam tu.

Burger Permaisuri

Burger Baconizer

Walaupun kita datang hanya makan berbumbungkan pohon pokok dan ada juga lah yang ada khemah bersama dengan lampu neon ia tetap menarik minat ramai orang untuk datang makan kat sini. Maha nampak ramai yang datang pasangan makwe pakwe date kat sini sebab makanan sini masih nampak mewah tapi tetap mampu banyar sekali sekala nak belanja awek hehehehe.


Jadi Maha dah jumpa tempat makan steak terbaik kat KL ni iaitu stiq Wangsa Maju. Korang yang tak pernah datang kena datang cuba tak menyesal memang silap-silap nak datang lagi. Kedai ini buka setiap hari dari pukul 6.00petang hingga 1.00pagi. Restoran baru jer beroperasi pada 27 Oktober tahun lepas dan kita mereka mula stabil dan mengorak langkah menjadi peneraju masakan steak terbaik di KL.

Untuk makluman lanjut layari:
Facebook  : https://www.facebook.com/stiqofficial
Instagram  : https://www.instagram.com/stiqofficial
Alamat :
Stiq Wangsa Maju
Jln 4/27A Seksyen 2
Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur


Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 3.5/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 4/5







Membeli-Belah Dengan Gembira Di ezbuy

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha tahu korang memang kaki shopping kat online tapi macam mana nak cari laman shopping yang betul-betul terbaik untuk pembelian kita? Maha banyak dah tengok laman shopping online ini, tapi nak jumpa satu laman yang ada segalanya memang sukar!

Korang pernah dengar tak laman membeli-belah ezbuy? Maha tertarik nak membeli kat sini sebab mereka sentiasa update barang yang terbaru dan paling murah setiap hari. Di ezbuy ini memudahkan kita mencari sesuatu di laman yang kita sukai seperti JD.com dan mogujie.com.


Maha tertarik dengan JD.com ini, sebab bila masuk saja, sangat nampak exclusive dengan warna merah dan juga susun atur produk. Kita rasa membeli di laman web beli-belah yang mahal tapi sebenarnya barangan yang ditawarkan sangat mampu milik.

Di ezbuy paling mudah nak cari apa saja produk kerana ia sudah di susun mengikut kategori. Anda boleh mendapatkan pelbagai barangan daripada barangan dapur, barang keperluan harian lelaki dan wanita, barangan elektrik, barangan kecantikan, sukan, travel dan juga kesihatan. Jadi, anda tidak perlu membuka banyak di tab yang berlainan. Melalui ezbuy, anda boleh mendapatkan pelbagai barangan daripada JD.com dengan mudah!

Kebetulan Maha tengah mencari pembakar BBQ sebab nak senang masak bila kat luar, jadi carilah kat sini. Memang rambang mata sebab ada yang mahal dan ada yang berpatutan. Cari punya cari, akhirnya Maha jumpalah BBQ Stove Electric Oven ini.


Maha suka sebab harga tak mahal sangat dan juga dari segi fungsi yang ada pada peralatan tu juga sangat membantu untuk kerja memasak. Lepas tu kita boleh tengok keterangan yang disediakan dalam tentang fungsi produk ini sangat lengkap di laman ini. Cara nak beli pun tak susah, hanya ADD TO CART dan pilih proses pembayaran dan pengesahan alamat. Mudah sangat.

Tu Maha nak cari barang dapu,  tapi ada satu lagi laman dalam ezbuy iaitu mogujie.com. Di sini adalah tempat yang maha suka cari barang keperluan harian. Ada banyak barang seperti pakaian untuk lelaki dan wanita, kasut, accessory, alat makeup dan semua yang lembut-lembut sahaja.


Mungkin bagi orang perempuan laman ini sangat sesuai dengan jiwa mereka dan kalau boleh satu hari untuk menghadap laman membeli-belah ini. Harga tak adalah mahal sangat dan pada kadar yang berpatutan serta berkualiti. Produk mereka kebanyakan daripada Taiwan, China, Korea, Amerika dan banyak lagi.

Maha tak tahu apa yang nak beli kat sini tapi bila buka, suka pulak tengok bagaimana mereka menyusun dan memberikan kemudahan kepada kita untuk mencari produk yang kita perlukan walaupun perlu banyak klik. Klik punya Klik ternampaklah satu kasut ini: Men’ Shoes Fall Tide yang menarik.


Jadi Maha pun klik ADD TO CART untuk membeli kerana tak perlu fikir panjang. Kalau barang seperti baju dan kasut, mereka sediakan saiz yang ada mengikut kehendak kita. Jadi pastikan kita pilih saiz yang betul. Nanti tak adalah masalah kes nak pulang semula. Selalunya kalau pembelian secara online ini, isu macam ini sangat sensitif.

Sekarang ni ezbuy membuat tawaran kepada semua pengguna yang baru nak mendaftar dengan mereka di sini https://ezbuy.my. Dimana korang akan secara automatic layak untuk dapat RM15 cash baucer dan juga dapat 15% shipping fee diskaun. Tapi untuk setiap pendaftaran yang BERJAYA sahaja boleh menang RM500 untuk setiap pendaftaran dalam kempen ini, tertakluk pada terma dan syarat. Jadi tunggu apa lagi, daftarlah sekarang.

Maha dah daftar terus nak mendapatkan promosi ini sebab nak beli barang-barang yang kat atas tu. Shopping kat ezbuy ini selamat dan memudahkan. Anda tidak akan rasa serabut disebabkan oleh terlalu banyak promosi dan iklan seperti laman shopping online yang lain. Bergembirlah membeli-belah di ezbuy.





Kaki Bola Di Malaysia Jom Kita Ke Manchester!

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Bola sepak, mempunyai dan sentiasa menjadi sebahagian daripada budaya Malaysia. Muda atau tua, untuk peminat bola sepak yang mati-matian, tidak ada yang lebih besar daripada menonton perlawanan bola sepak secara langsung apa lagi jika ia adalah MCFC (Kelab Bola Sepak Manchester City) vs MU (Manchester United). Suasana yang mengejutkan, nyanyian kelab, keseronokan, tenaga, kesakitan atau kegembiraan yang dirasai tidak dapat dijelaskan.


Liga Perdana Inggeris adalah salah satu liga bola sepak paling popular dengan jumlah pengikut tertinggi, walaupun di Malaysia. Ia benar-benar mimpi menjadi kenyataan untuk semua peminat footie dapat menonton perlawanan live di salah satu stadium terkenal.

DASHING, jenama dandanan lelaki terkemuka memahami adrenalin lelaki yang semangat untuk dunia bola sepak. Dengan ini, DASHING sedang berjalan untuk tahun ke-3 Let's Go Contest Manchester! Penginapan percuma, 4 hari 3 malam perjalanan balik ke Manchester, United Kingdom untuk 6 pemenang bertuah yang termasuk tiket VIP untuk menonton pertandingan langsung antara MCFC vs MU sebagai hadiah utama dalam Let's Go Manchester Contest! Itulah 4 hari pengalaman makan, tidur dan berjalan di Manchester!


Bukan sahaja pemenang akan menonton 2 daripada kelab bola sepak terbesar di dunia yang bertarung menentang satu sama lain dari tempat duduk VIP mereka di Stadium Etihad tetapi juga termasuk lawatan dan lawatan ke Muzium dan Stadium Bola Sepak Kebangsaan seperti Old Trafford, Etihad dan Anfield. Selain itu, terdapat peluang untuk berinteraksi dan autograf daripada beberapa Legenda MCFC. Di samping itu, terdapat Tour Misteri Magical untuk para pemenang di mana mereka akan dibawa ke lokasi yang berkaitan dengan band muzik terkenal, The Beatles. 

Apa yang perlu anda lakukan ialah membeli mana-mana produk DASHING atau ELITE dalam satu resit tunggal dan Whatsapp dengan jelas satu resit tunggal penuh, nama seperti dalam NRIC atau Pasport, nombor NRIC atau Nombor Pasport dan belian pembelian ke + 6016-9972373. Ia adalah sangat mudah seperti ABC!


Jadi, tunggu apa lagi? Sertai sekarang dan jadilah VIP duduk menonton perlawanan langsung di hadapan mata anda dengan 50,000 peminat dan DASHING, jenama penjagaan lelaki terkemuka di Malaysia! Peraduan ini berakhir pada 31 Januari 2018.

Dapatkan maklumat lanjut dengan melayari layari www.facebook.com/Dashing.MY atau www.dashing.com.my juga hubungi talian bantuan talian 03-80238311.






Kempen PizzArt Kedua Lebih Menyeronokkan Dan Lebih Banyak Makanan

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Penyedia perkhidmatan makanan tenusu terkemuka Fonterra, Anchor Food Professionals meraikan musim perayaan dengan meningkatkan keseronokan pizza ke tahap yang baru.


Kempen PizzArt ini merasakan keseronokan pizza menjadi lebih baik dengan menjana trend makanan global ke dalam kegemaran tempatan. Dengan PizzBurger yang dibekalkan daging keju, sebagai salah satu daya tarikan utamanya, empat lagi piza pizza yang dicipta oleh Anchor Food Professionals termasuk UltiMeat Pizza, a spin on Chicago’s authentic Deep Cheese Pizza, a hearty Cheese Pretzza as well as delicate Pizza Rolls. 


Kempen PizzArt kedua ini berikutan kejayaan besar kempen PizzArt yang pertama, yang dijalankan di seluruh negara dari Mei hingga Oktober 2017. Satu kempen yang memberi kesedaran kepada pengusaha dan pengguna tentang produk Fonterra.


Bercakap pada pelancaran kempen PizzArt kedua di Kuala Lumpur baru-baru ini, Director Anchor Food Professionals Malaysia, Cik Linda Tan berkata tentang bagaimana jenama itu menjejaki penyelidikan berasaskan New Zealand mereka dan peranan mereka sebagai perunding kepada restoran dan pelanggan rakan mereka. 

Cik Linda Tan Director Anchor Food Professionals Malaysia

Beliau menambah bahawa pasukan sentiasa bersedia menghadapi cabaran untuk menarik inspirasi dari trend di seluruh dunia dan menyesuaikan diri mereka di dalam negara untuk membantu pengusaha restoran berada di hadapan menggunakan tenusu terbaik oleh Anchor. Dengan penyelidikan dan kepakaran berasaskan New Zealand AFP, pasukan ini dapat membantu mereka mencapai kelebihan daya saing.


Sejak pelancaran penjenamaan semula pada bulan Ogos 2016, Anchor Food Professionals telah aktif bekerja bersama pelanggan untuk membawa penyelesaian perniagaan dan produk yang meningkatkan keuntungan dan mengurangkan sisa. Antara kempen inovatif sebelum ini yang membuat gelombang dalam adegan F & B tempatan termasuk Anchor’s Say Cheese dan Anchor Travel Cake.


Pizza inventif di bawah PizzArt telah dikonseptualisasikan dan dicipta oleh Professionals’ Hot Cooking Chefs sebagai cara untuk membantu rakan-rakan mereka mewujudkan lebih banyak keseronokan dan kepelbagaian dalam apa yang mereka tawarkan kepada pelanggan. Pizza ini hanya boleh dibuat oleh krew dapur dengan kemahiran masakan lanjutan, dan di restoran dengan ketuhar pizza.


Bersama dengan cawangan di Semenanjung dan Malaysia Timur, Anchor Food Professionals akan memperkenalkan ciptaan ini melalui kempen yang bermula dari Disember 2017 hingga awal Jun 2018 ini. Anchor Food Professional berharap dapat mengesan pergerakan pizza inovatif yang semakin popular di Malaysia. Menjadi hidangan makan sarapan pagi mahupun makan tenghari kepada peminatnya.


Jika anda nak rasai hidangan kempen PizzArt ini boleh didapati di restoran-restoran ini U Pizzeria di Subang, Selangor, Pizza House di Bandar Utama, Selangor, Pizza 185 di Bandar Puchong Jaya, Selangor, Havana di Changkat, Bukit Bintang, The Butcher’s Table in Petaling Jaya, Pizza AS di Bayan Lepas & Georgetown, Penang, Mustard Sandwich House and Food & Desire in Ipoh, Perak, Temasek Hotel Café (Portugese Settlement Hotel) di Ujong Pasir, Melaka, Hungry Bear di Bukit Beruang, Melaka, Finale Kitchen Bar di Segamat Johor Bahru, The Chubs Grill and Mad Ben Café in Kota Kinabalu, Sabah, Osome Wood Fired Pizza in Kuching, Sarawak, Chillax Café & Bistro in Miri, Sarawak dan Bistecca & Bistro in Sibu, Sarawak.


*Gambar kedit kepada kawan-kawan





CoolBlog Membuka Cawangan Terbesar Dan Lebih Menarik Di Melawati Mall

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha ni sebenarnya adalah peminat no 1 minuman CoolBlog sebab ia ada macam-macam rasa. Kita boleh pilih yang segar dan yang menyegarkan. Rupanya sudah masuk tahun ke-10 CoolBlog dalam industri minuman di Malaysia.


Baru-baru ini CoolBlog terlah membuka kedai pertama yang terbesar mereka di Melawati Mall. Sebagai jenama minuman berasaskan kiosk, CoolBlog kini telah melompat ke penjenamaannya dengan mendedahkan rupa baru lebih segar. Selalunya CoolBlog dalam kiosk kecik jer yang nampak sempit tapi ni nampak luas.


Bermula sebagai jenama minuman pencuci mulut berasaskan kiosk telah memikat hati rakyat Malaysia dengan mencipta perisa tempatan dan global. CoolBlog dikenali sebagai jenama antarabangsa, memperkenalkan lebih daripada 25 perisa minuman dan pencuci mulut dengan lebih daripada 300 varian produk.




Rupanya kedai baru ini berkeluasan 973 kaki persegi memberi ruang yang lebih ramai kepada pelanggan untuk datang. Ia mempunyai kelengkapan kayu dan bingkai sebagai asas kaunter utamanya. Masih mengekalkan warna merah jambu yang meenjadi warna koporate dan  kombinasi warna hitam dan merah jambu yang boleh dilihat di seluruh kedai. Kedudukan kedai ini betul-betul bersebelahan dengan pangung wayang jadi mungkin lebih menarik orang ramai yang nak singgah.



CoolBlog juga menawarkan 'Minuman Edisi Terhad' bersempena pembukaan kedai baru ini. Minuman ini boleh didapati bermula dari hari pembukaan sehingga 28 Februari 2018. Hanya akan ditawarkan di cawangan Melawati Mall ni sahaja ok. Jadi sapa jalan-jalan sana boleh lah singgah kat rumah Maha jauh hehehe.



Banyak aktiviti sempena dengan majlis pembukaan tersebut dan semoga dengan pembukaan cawangan baru ini lebih memajukan CoolBlog dan lebih banyak cawangan baru. Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai CoolBlog, layari ke halaman Facebook mereka, http://www.facebook.com/coolblog.my/.







Carian Rakyat Malaysia Di Shopee Meningkat Menjelang Perayaan Tahun Baru Cina

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut perayaan Tahun Baru Cina dan semua orang sibuk bercuti sekarang. Walaupun cuti agak panjang pada hujung minggu ini tidak memutuskan semangat untuk membeli belah di saat akhir.


Shopee platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara, telah menyaksikan peningkatan sebanyak 32% dalam jumlah carian produk di Shopee dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang tempoh akhir nak beraya ni. Sejak pelancaran Kempen Wang Bersama Shopee pada 15 Januari yang menawarkan potongan harga sehingga 90% dan hadiah kemenangan berjumlah lebih daripada RM1 juta, semakin ramai rakyat Malaysia memilih untuk membeli-belah di Shopee dalam membuat persiapan akhir sempena Tahun Baharu Cina ini.


Shopee menyediakan platform yang pantas, mudah dan selamat untuk membeli-belah dan dengan insentif penghantaran percuma ke seluruh Malaysia dan komisyen sifar. Carian paling popular sempena Tahun Baharu Cina bagi tahun 2018 adalah bagi kategori Pakaian Wanita, Mobil & Gajet, Permainan, Kanak-kanak & Bayi, Kasut Wanita dan Beg Wanita.

Manakala carian tertinggi menggunakan kata kunci pula adalah Blaus, Jeans, Gaun Panjang, Gaun Pendek, Cheongsam, iPhone, Samsung,Jam Pintar, Xiaomi, Pakaian Budak Perempuan, Pakaian Budak Lelaki, Pakaian Bayi, Tommee Tippee, Kasut, Kasut Sukan, Kasut Jenis Wedges, Sandal, Beg Sangkut, Beg, Dompet dan Beg Galas.

Itu baru senarai carian sangat banyak dan memang orang Malaysia ni suka membuat servay dan ini sangat bagus. Tapi kalau korang tengok pula senarai pembelian paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang musim perayaan ini juga sangat banyak.

Mengikut Kategori
Kasut Wanita, Permainan, Kanak-kanak & Bayi, Perhiasan Rumah, Kesihatan & Kecantikan, Runcit & Haiwan Peliharaan.

Mengikut Produk Paling Popular Terjual
Kasut Terbuka, Set Pakaian Bayi, Set Hadiah Tupperware, Set Solekan Mata Tahun Baharu Cina dan KitKat Edisi Khas. 


Jadi nikmati potongan harga dan promosi hebat atas pelbagai produk sempena Kempen Wang Bersama Shopee yang berlanjutan sehingga 25 Februari. Dengan pilihan lebih daripada 6 juta produk yang ditawarkan oleh lebih 200,000 usahawan di Shopee Malaysia, pelanggan boleh memenuhi keperluan membeli-belah sempena musim perayaan ini. Tambahan lagi, pengguna boleh terus bermain permainan Fortune Ang Pao untuk memenangi Tiket Emas dan hadiah utama berbentuk wang tunai berjumlah RM8,888.


Seterusnya, Shopee akan melancarkan Kempen Hari Gaji daripada 26 hingga 28 Februari yang akan membariskan pelbagai tawaran hebat bagi pelbagai jenama terkemuka termasuklah Jualan Murah Komputer Riba Shopee dengan jenama popular seperti Acer, ASUS, Dell dan Lenovo. Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play sekarang juga untuk nikmati semua ini. Layari www.shopee.com.my untuk maklumat lanjut.






Minum Petang Bersama Resipi Banana Cheese Roll Yang Lazat

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Dah lama sebenarnya Maha tak keluar dengan resipi masakan dapur sendiri pun dah lama tak berasap hehehehe. Almaklumlah sibuk dengan kerjaya tahun baru ini. Tapi tak apa kali ni Maha nak kongsi dengan korang satu resipi mudah dan pasti ramai suka.


Actually resipi ni sebelum ini ramai orang buat kerana ia agak popular tapi Maha ada olah sedikit ikut citarasa sendiri nak bagi kelainan. Resipi ini menggunakan pisang dan cheese tapi bukan nak buat pisang cheese ok. Resipi ini Maha namakan sebagai Banana Cheese Roll.


Kita tahu buah pisang ini banyak khasiatnya bagi mereka yang nak diet pisang adalah pemakanan yang sangat bagus. Pisang juga mampu merawat masalah sembelit kalau sapa-sapa rasa susah nak buang air besar banyak-banyak lah makan pisang hehehehe.


Sedikit info kesihatan pasal buah pisang jom sekarang kita tengok pula bahan-bahan yang Maha gunakan untuk membuat resipi ini.


Bahan-bahan
1 sikat Buah Pisang Emas/Berangan
1 sudu serbuk Kulit Kayu Manis
10 helai Kilut Popiah
10 keping Ceddar Cheese 
1 sudu Tepung Gandum
Sedikit air 

Itu jer bahan-bahan yang digunakan cuma pisang tu ikut korang nak guna pisang jenis apa tapi paling sedap pisang yang manis dan tidak berbiji. Kalau korang ada pisang lain yang sedap juga boleh tapi jangan guna Pisang Tanduk besar sangat. Jom kita tonton lak cara memasak yang Maha sediakan dalam bentuk video mudah ini.


Taraaa so korang rasa macam mana mudah tak cara nak buatnya. Menu ni boleh dijadikan makan petang atau juga juadah penyambut tetamu yang datang. Mudah sangat nak buat kalau sapa rasa nak cuba dialu-alukan dan nanti bagi lah komen sikit kat sini ok. Selamat mencuba semua.







GoodMorning VHalia 18 Bijirin Minuman Sejuta Khasiat Juga Boleh Buat Biskut

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Selalu korang kalau pagi-pagi ada tak minuman tambahan yang korang ambil untuk memastikan sentiasa bertenaga sepanjang hari. Sekarang ni Maha tengah mencuba satu minuman bijirin yang nampak macam bagus ditambah lagi dengan Halia Buluh didalamnya.


Inilah dia minuman GoodMorning VHalia 18 Bijirin adalah minuman halia-bijirin yang komprehensif dengan 18 jenis bijirin serta halia yang berkualiti tinggi. Ok Maha senaraikan 18 bijirin yang ada dalam minuman ini Job’s Tears, Beras Merah, Biji Teratai, Biji Rami, Bijan Hitam, Walnut, Biji Chia, Kacang Soya Hitam, Kernel Aprikot, Berat Pulut, Beras Perang, Jagung, Kacang Soya, Gandum, Barli, Kacang Mug, Kacang Hijau dan Lentil.


Semua ini kalau kita study sikit ia bagus untuk organ dalaman seperti jantung, peparu, buah pinggang, limpa & perut dan hati. Jadi ia memang menjaga semua sekali tapi kenalah minum dengan konsisten kalau setakat minum sebulan lepas tu nak sihat dan baik memang tidak lah.


Tapi sebab apa nama minuman ini VHalia 18 Bijirin paling utama adalah Halia. Mereka menggunakan bukan halia biasa yang kita buat masak kat dapur tapi ini adalah Halia Buluh yang boleh didapati di negara Taiwan. Halia Buluh ini mempunyai aroma dan rasa yang pekat sebab itu bila korang bancuh minuman ini ia lebih pekat dan bau yang kuat.


Tak apa sapa yang suka halia memang tak ada masalah apabila habis hujung minuman akan ada rasa pedas sedikit. Halia ini tujuannya untuk memanaskan badan, penghadaman, menggalakkan peredaran darah dan anti-inflamasi dan selsema.


Jadi memang minuman ini bagus untuk orang dewasa mahupun warga emas semua orang boleh minum tak ada masalah. Cara penyediaan minuman ini mudah sangat sebab ia dah dijadikan serbuk jadi hanya campurkan 3 sudu VHalia dengan 150ml air suam sahaja. Kacau sampai larut dan boleh minum waktu pagi boleh atau malam pun boleh.


Tapi Maha bukan sahaja minum macam tu setiap hari Maha jadikan satu resipi masakan menggunakan produk VHalia 18 Bijirin ni. Nak minum setiap hati tak berapa lalu sebab bau dan rasa kuat halia tu jadi Maha cipta satu resipi dan masih boleh nikmati VHalia ini.


Resipi tersebut adalah Biskut VHalia dan bahan-bahan yang digunakan sangat sikit tapi paling penting kena ada produk VHalia lah ok. Jom kita tengok bahan-bahan yang Maha gunakan.


Bahan-bahan:-
1) 2 cawan Tepung Gandum
2) 3 sudu VHalia 18 Bijirin
3) 125 gram Mentega
4) 1 cawan Gula Perang (dikisar)
5) ½ cawan air panas
6) 1 camca besar Madu

Dah cukup hanya ini sahaja bahan yang Maha gunakan untuk jadikan biskut yang boleh makan setiap hari tak rasa sangat halia. Cara penyediaan biskut ini pula sangat mudah pakai campur jer jom kita tengok pula cara nak masak.


Cara penyediaan :

1)    Satukan bahan tepung gandum, VHalia, mentega dan gula perang. Ingat tau gula perang tu kena kisar halus sebab nanti bila adun gula tu tak hancur dan biskut yang hancur. Gaul dengan ramas hingga menjadi seperti serbuk roti.


2)    Buat lubang di tengah adunan tadi untuk masukan air panas dan madu. Gaul lagi hingga semua bahan sebati dan bagaikan menjadi doh adunan yang lembut.


3)    Pada waktu ini panaskan oven. Masa untuk membuat bentuk ikut suka kita nak buat bentuk apa. Maha sebab nak jadikan ia nampak biskut jadi buat bulat sebesar duit 50sen dan leperkan. Pastikan ia tidak tebal seperti mana yang Maha buat ia akan membuatkan biskut lambat masak.


4)    Sediakan satu bekas pembakar yang disalut dengan mentega untuk elak dari melekat. Susun pada jarak yang jauh sikit untuk pastikan ia tidak bercantum.


5)    Akhirnya masukan dalam oven dan masak pada suhu 200◦ selama 15 minit sahaja kalau tak tebal biskut tersebut.

Sekarang dah siap dan boleh dimakan masih ada bau halia yang kuat dan juga masih dapat rasa halia tapi dalam bentuk biskut ok lah sikit. Boleh bawa ke pejabat atau mana-mana sahaja untuk setiap masa menikmati VHalia ini.


Kalau korang rasa nak bawa dalam bentuk sachet pun mereka ada produk minuman ini dengan dalam satu pek tersebut ada 8 sachet hanya RM10.90. Ini untuk memudahkan kita minum setiap hari tak perlu sukat dah siap hanya masuk dalam cawan dan masuk air suam. Good Morning VHalia 18 Bijirin kini boleh didapati di Guardian, Caring dan kedai-kedai farmasi, anda juga boleh membuat pesanan secara dalam talian. Selamat menikmati minuman VHalia dan semoga anda mendapat manfaat kesihatannya. Maklumat selanjutnya: https://goo.gl/YJWRno. Selamat mencuba.






Ayamas Kitchen Lancar Lagi 3 Produk Rangkaian Ready-To-Eat Untuk Kehidupan Lebih Mudah

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Tahun lepas Ayamas Kitchen telah melancarkan 3 produk Ready-To-Eat (RTE) iaitu Nasi Briyani Bukhara Ayam, Nasi Pilaf Ayam Mentega dan juga Nasi Kandar Ayam Masala. Korang dah cuba ker semua produk yang mudah disediakan dan pastinya sedap ini.


Baru-baru ini Ayamas Kitchen telah melancarkan lagi 3 produk baru untuk melengkapkan set RTE mereka. Tapi kali ini lebih memberikan variasi rasa tempatan dan antarabangsa. Korang boleh makan hidangan dari Thailand hingga ker Korea. 


Koleksi produk RTE yang baru dilancarkan adalah Nasi Ayam Kari Hijau Thai, Nasi Bijan Ayam Bulgogi dan Bihun Goreng Istimewa.



Teruja tak nak cuba produk baru mereka ini dengar nama pun dah sedapkan. Maha sendiri dah cuba ketiga-tiga menu ini dan memang sangat puas hati rasanya. Ini kerana mereka masih mengekalkan kualiti yang tinggi dan kadar nutrisi yang tepat untuk memberi produk yang sihat kepada pelanggan mereka.

Nasi Bijan Ayam Bulgogi

Maha paling suka sekali adalah Ayam Bulgogi tu sebab dapat rasa daging ayam yang lembut dan empuk serta kemanisan kuah seperti original. Kemudian yang Kari Hijau tu pun menarik juga dan pasti produk ni tak susah untuk disediakan.

Nasi Ayam Kari Hijau Thai

Bihun Goreng Istimewa

Ini kerana produk ini adalah sejuk beku ia tidak perlu di nyah bekukan lepas keluar daripada peti sejuk hanya perlu menebuk bungkusan plastik pada bekas dengan garpu dan panaskannya selama  4 - 5 minit dalam ketuhar gelombang mikro.



Maha faham rumah bujang kebanyakan tak ada gelombang mikro kan korang boleh gunakan periuk kukus untuk masak menu ini. Selepas beberapa minit sahaja dah boleh terus nikmati hidangan ini panas-panas sangat sedap.


Harganya pula mampu beli iaitu Bihun Goreng Istimewa dijual pada harga RM5.90 untuk setiap paket, manakala Nasi Bijan Ayam Bulgogi dan Nasi Kari Hijau Ayam Thai dijual pada harga RM7.90 setiap paket. Semua produk rangkaian RTE ini boleh didapati di Kedai Ayamas seluruh Malaysia. 


Kalau nak maklumat lebih lanjut pasal produk rangkaian RTE ini atau lokasi Kedai Ayamas sila layari laman web www.kedaiayamas.my atau pergi ke Facebook Kedai Ayamas - Ayamas Roasters. Korang kena cuba sebab memang sangat sedap tak menyesal.







Viewing all 1338 articles
Browse latest View live